Karangan Kebaikan Koperasi Sekolah

Kongsikan Sekarang

Karangan Kebaikan Koperasi Sekolah

 

Kebaikan Koperasi Sekolah

 

Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun ini,saya pasti setiap sekolah menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid.Antara kemudahannya ialah sebuah koperasi.Koperasi yang dianggap tidak mempunyai faedah ini sebenarnya mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-murid di sekolah.Tahukah anda apakah maksud koperasi yang sebenar? Koperasi merupakan sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan perkhidmatan.Koperasi ditubuhkan megikut Akta Koperasi.Kopersi ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung.Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Setiap sekolah mesti mengadakan mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya.Jelaslah di sini bahawa koperasi sekolah merupakan sesuatu yang penting seiring dengan perkara-perkara lain.

Kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat berniaga dalam kalangan murid.Hal ini kerana apabila mereka berniaga di koperasi dan melayan murid lain membeli,mereka akan berasa gembira dan akan melahirkan semangat suka untuk berniaga.Melalui koperasi,para murid berpeluang mengetahui asas selok-belok dalam mengendalikan urusan perniagaan.Selain itu,ahli koperasi iaitu murid-murid ini terlibat dalam aktiviti  jual beli,membuat akaun,pemasaran dan pembekalan.Semangat berniaga tidak datang secara paksaan tetapi dengan sukarela kerana mereka mengadakan aktiviti jual beli hampir setiap hari.Di samping itu,penguasaan matematik mereka juga akan bertambah cekap kerana mereka sering mengira setiap kali pembelian dibuat.Jelaslah di sini bahawa,koperasi sekolah mampu memupuk semangat untuk berniaga dalam diri murid-murid.

Seterusnya,kebaikan koperasi sekolah ialah mengenakan harga yang murah pada setiap barangan contohnya buku tulis,pen,pensil,kertas kajang dan sebagainya.Alatan-alatan pelajaran ini merupakan satu keperluan rasmi bagi seorang murid untuk memulakan pembelajaran.Para murid tidak akan mampu untuk belajar dengan baik jika kelengkapan mereka tidak cukup.Justeru itu,mereka harus menyediakannya terlebih dahulu.Dengan adanya koperasi sekolah,sudah tentu hal ini akan memudahkan mereka membeli barangan keperluan sekolah mereka.Harga yang murah juga dapat membantu murid yang dari keluarga yang kurang senang untuk belajar.Hal ini kerana mereka mampu untuk membeli peralatan tersebut.Sudah terang lagi bersuluh bahawa meletakkan harga yang murah merupakan salah satu daripada kebaikan koperasi.

Selain itu,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid.Hal ini kerana mereka tidak perlu pergi ke kedai-kedai yang jauh daripada rumah mereka kerana hanya ingin memfotostat hanya sehelai kertas.Sudah tentu perkara ini akan menjadi suatu beban buat mereka terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai perkhidmatan tersebut.Hal ini akan memaksa mereka untuk mereka keluar ke bandar.Bagi murid yang keluarganya berpendapatan rendah dan tiada pengangkutan seperti motorsikal atau kereta,mereka mungkin tidak akan membuat kerja yang diberikan oleh guru mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain dan  menginginkan kehidupan yang lebih selesa dan keluar dari belenggu kemiskinan tersebut.Dengan adanya perkhidmatan fotostat di koperasi sekolah,perkara ini dapat membantu murid-murid.Kesimpulannya,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid dengan perkhidmatan yang disediakan.

Di samping itu,koperasi sekolah dapat mengajar para murid untuk berjimat cermat.Hal ini kerana apabila mereka membeli di koperasi,mereka tidak perlu menggunakan semua dari duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa mereka.Duit lebihan itu dapat mereka simpan dan duit tersebut boleh digunakan  jika ada kecemasan contohnya berlaku kebakaran,ingin melakukan pembedahan dan sebagainya.Amalan berjimat cermat ini juga harus diterapkan dalam kalangan murid sejak mereka kecil lagi.kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Para murid harus menyimpan atau menanbung kerana menabung merupakan satu amalan yang mulia.Mereka tidak perlu menyimpan dalam kuantiti yangbanyak setiap hari.Kuantiti yang sedikit sepert 10 sen atan 50 sen sudah memadai kerana sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap berjimat cermat dapat dipupuk melalui koperasi sekolah.

Kesimpulannya,koperasi sekolah bukan sekadar menjual dan membeli barang,malah memberi banyak lagi faedah kepada kita.Dengan adanya koperasi,kita dapat melahirkanmurid yang lebih yakin ketika berkomunikasi,pintar bergaul dan matang dalam membuat keputusan,murid-murid yang selama ini kurang bercakap akan berani untuk menyuarakan pendapatnya.Selain itu,koperasi sekolah juga dapat dijadikan sebagai orang tengah kepada guru dan murid ketika mahu berurusan membuat tempahan buku dengan pembekal di luar,’Usaha tangga kejayaan,itulah gambaran bagi sebuah koperasi kerana sudah berusha untuk menyediakan satu perkhidmatan yang dapat memnudahkan murid dan guru.Marilah sama-sama kita renungkan tentang kebaikan koperasi di sekolah.

 

Sumber Rujukan Karangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *