JPJ Latest Number Plates
semakan nombor pendaftaran kenderaan terkini
As on 22 June 2019 @ 5:10 pm (Saturday)
JOHOR – JTL9108
KEDAH – KES4317
LANGKAWI – KV1910E
KELANTAN – DDM8251
KUALA LUMPUR – VDH7409
MELAKA – MDE509
NEGERI SEMBILAN – NDL6334
PAHANG – CED1956
PULAU PINANG – PNY3631
PERAK – ALH9287
PERLIS – RAC4009
SELANGOR – BPW7594
TERENGGANU – TCB6930
KOTA KINABALU – SYC5314
SANDAKAN – SMA6057
KUDAT – SK3750B
TAWAU – SW9674
BEAUFORT – SB5170D
KENINGAU – SU6430E
LAHAD DATU – SD1527P
KUCHING – QAA560X
SIBU – QS4317K
MIRI – QM1507F
SRI AMAN – QBD5825
SARIKEI – QRM1383
BINTULU – QTS3859
LIMBANG – QLC2269
KOTA SAMARAHAN – QCJ4513
KAPIT – QPB3219
LABUAN – LG2670
PUTRAJAYA – FC9999*
informasi terkini Pembelian nombor pendaftaran siri baru kini boleh membuat belian secara dalam talian dan juga boleh membuat tender secara online yang dikenali sebagai JPJebid. Anda perlulah membuat id di jpj dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut.
berikut merupakan soalan Lazim
Soalan Lazim
1. Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?
Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal JPJeBid:
i) Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
ii) Perniagaan/Syarikat: Perniagaan/Syarikat yang berdaftar.
2. Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?
Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak mestilah mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.
3. Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal JPJeBid?
Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak yang tidak mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP perlu mendaftar di mana-mana pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC terlebih dahulu. Sila kemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:
i) Individu: Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa
ii) Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian:
a. Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau
b. Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)
c. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
iii) Syarikat Sdn. Bhd:
a. Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.
b. Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.
* Sila pastikan anda telah menerima email pengesahan daripada Sistem mySIKAP sebelum membuat capaian di Portal JPJeBid. Anda juga disarankan menggunakan akaun emel yang aktif dan peti masuk yang sedia menerima sebarang notifikasi.
4. Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di portal JPJeBid?
Sebarang kemaskini maklumat peribadi kecuali nombor telefon tidak boleh dibuat didalam portal JPJeBid tetapi mestilah dibuat di pejabat Negeri dan cawangan JPJ kecuali UTC.
5. Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan portal JPJeBid?
Orang awam atau pengguna portal JPJeBid disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11,Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.
6. Apakah fi dan caj yang dikenakan untuk transaksi bidaan?
RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
7. Berapa lamakah tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor kenderaan berlangsung?
Tempoh Bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama 5 hari dan tamat pada pukul 2359 Hrs pada hari kelima (5). Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu bayaran bidaan pada pihak bank.
* Anda digalakkan untuk melakukan membida awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.
8. Adakah pembida perlu meletakkan deposit?
Tiada deposit diperlukan tetapi pembida harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.
9. Bagaimana penentuan harga bidaan dikira?
Setiap nombor kenderaan memerlukan satu bayaran minima mengikut jadual di bawah :
Kategori | Harga Minima (RM) | Kenaikan Bidaan Minima (RM) |
Nombor Bernilai Utama | 20,000.00 | 1,000.00 |
Nombor Menarik | 3,000.00 | 150.00 |
Nombor Popular | 800.00 | 40.00 |
Nombor Biasa | 300.00 | 15.00 |
Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.
Peningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.
Formula :
5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima
Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan
Contoh :
Kenaikan Bidaan Minima (RM) (Kadar 5%) | |||||
Jumlah Bidaan | |||||
Kategori | Harga Minima (RM) | Kenaikan Bidaan Minima (RM) | Kenaikan Pertama | Kenaikan Kedua | Kenaikan Ketiga |
Nombor Bernilai Utama | 20,000.00 | 1,000.00 | 21,000.00 | 22,000.00 | 23,000.00 |
Nombor Menarik | 3,000.00 | 150.00 | 3,150.00 | 3,300.00 | 3,450.00 |
Nombor Popular | 800.00 | 40.00 | 840.00 | 880.00 | 920.00 |
Nombor Biasa | 300.00 | 15.00 | 315.00 | 330.00 | 345.00 |
Peningkatan amaun minima ada dipaparkan pada halaman bidaan sebagai rujukan.
Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre- Authorization
10. Apakah had untuk membida?
Tiada had untuk membida. Walau bagaimanapun, setiap individu hanya layak menjadi pemenang untuk maksimum tiga (3) nombor kenderaan manakala bagi Perniagaan/Syarikat adalah lima (5) nombor kenderaan bagi setiap siri.
11. Bolehkah pembida menarik balik bidaan?
TIDAK. Pembida tidak dibenarkan menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan berlangsung.
12. Adakah pembida akan menerima apa- apa makluman semasa tempoh bidaan?
Ya, segala aktiviti yang melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang dibida akan dikemaskini di dalam peti masuk
13. Bilakah keputusan rasmi bidaan diumumkan?
Keputusan bidaan rasmi akan diumumkan sehari selepas proses bidaan ditutup pada jam 1200hrs. Keputusan rasmi yang diumumkan adalah muktamad.
14. Bagaimana untuk mengetahui jika pembida telah menang/gagal bidaan?
Pentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal. Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal JPJeBid melalui carian nombor kenderaan yang dibida sahaja.
15. Bagaimanakah kaedah pembayaran bidaan dilakukan?
Pembida hanya boleh melakukan pembayaran bidaan melalui kad kredit tempatan dan kad debit tempatan ((Malaysia Issuer)) sahaja.
16. Bolehkan pembida menggunakan lebih dari satu kad kredit / kad debit semasa membuat tambahan bida?
Pembida boleh menggunakan lebih dari satu kad kredit atau kad debit untuk membuat tambahan bidaan.
17. Apa yang berlaku pada bayaran bidaan jika bidaan pembida berjaya?
Jika bidaan berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad debit pembida dengan serta-merta.
18. Apa yang berlaku pada amaun bidaan jika bidaan pembida tidak berjaya?
Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.
19. Berapa lamakah tempoh penyelesaian pembayaran bidaan sekiranya bidaan pembida tidak berjaya?
Amaun penyelesaian bayaran akan dikreditkan ke kad kredit / kad debit pembida dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).
20. Sekiranya pembida mengalami masalah berkaitan kad kredit / kad debit seperti transaksi penolakan dan bayaran balik, kepada siapakah harus pembida rujuk?
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).
21. Apakah dokumen yang perlu dibawa ke JPJ bagi proses pendaftaran nombor kenderaan?
Pemenang boleh hadir sendiri ke JPJ ataupun mana- mana wakil pemenang dan perlu membawa dokumen seperti dibawah:
i) Cetakan E-mel Surat Keputusan Berjaya Bidaan
ii) Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat
22. Apakah tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan?
Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran.
23. Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran?
Surat Tawaran yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
24. Apa yang berlaku jika pembida tidak mahu menerima nombor pendaftaran yang dimenangi?
Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
25 Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama?
Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan. Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.
26. Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh dibuat permohonan lanjutan tempoh pendaftaran?
Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.
27. Apakah yang perlu dilakukan jika pembida lupa kata laluan untuk log masuk ke portal JPJeBid?
Pembida boleh menetapkan semula kata laluan dengan memilih e-mel yang didaftarkan melalui cara berikut:
i) Ketik lupa kata laluan pada skrin log masuk
ii) Kemudian masukkan nama alamat e-mel yang didaftarkan.
(iii) Ketik pada ruangan saya bukan robot.
(iv) Ketik butang hantar
(v) Mesej akan dihantar pada e-mel berdaftar pembida dan ikuti arahan selanjutnya pada skrin berkenaan.
28. Apakah saluran yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat apa- apa pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan sistem JPJeBid?
Anda boleh menghubungi:
i) Bahagian Perlesenan Kenderaan Wilayah Persekutuan KL
Telefon : 03-4145 0879/0870/0800
ii) Customer Care & It Support
E-mel : aduan.jpjebidwpkl@jpj.gov.my
iii) Mana-mana kaunter JPJ yang berdekatan
29. Panduan Pengguna:
Ini bukanlah website rasmi bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Website rasmi: www.jpj.gov.my.