Jom Beli Handphone Realme X2 Pro !

Kongsikan Sekarang

Jom Beli Handphone Realme X2 Pro !

Realme X2 Pro

realme x2 pro

Realme X2 Pro adalah peranti baharu daripada Realme. Ia merupakan peranti mercu pertama Realme yang masuk ke pasaran Malaysia. Peranti ini membawakan pelbagai spesifikasi menarik dan mengejutkan. Siapa sangka, jenama yang kerap menghasilkan peranti kelas pertengahan mampu menghasilkan peranti dengan spesifikasi mercu.

 

Hari ini, Realme Malaysia telah melancarkan peranti ini secara rasmi. Ia dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 855+, mempunyai RAM 12GB, storan dalaman 256GB berasaskan UFS 3.0 dan skrin bersaiz 6.5-inci daripada panel Super AMOLED. Skrinnya juga bukan skrin AMOLED biasa, tetapi adalah jenis Fluid Display seperti yang digunakan oleh OnePlus 7T – iaitu mempunyai kadar segar semula 90Hz. Jika itu tidak membuatkan hati anda gembira, peranti ini mempunyai kapasiti bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 50W yang boleh mengecas peranti dari 0%-100% dalam masa 30 minit sahaja.

 

Untuk kamera, Realme menggunakan tetapan kuad-kamera di belakang yang menggabungkan lensa 64MP + 13MP telefoto (5x zum optikal hibrid & 20x zum hibrid) + 8MP sudut ultra lebar + 2MP lensa bokeh. Manakala, lensa swafoto pula adalah 16MP. Realme X2 Pro juga menggunakan pembesar suara stereo yang dioptimasikan dengan Dolby Atmos, hadir dengan eniin getaran haptik yang menghampiri OnePlus 7 Pro ke atas dan juga masih mengekalkan port bicu audio 3.5mm. Rekaan peranti ini boleh tahan premium dengan bahan binaan kaca di hadapan dan belakang, bingkai aluminium, dan untuk sekuriti ia menawarkan pengimbas cap jari bawah skrin yang boleh tahan laju.

6.5″ FULL HD+ | SUPER AMOLED | SNAPDRAGON 855+ | 12GB RAM | 256GB ROM | QUAD REAR CAMERA 64MP+13MP+8MP+2MP | 16MP FRONT CAMERA | 4000mAh (50W SuperVOOC Flash Charge) | DOLBY ATOMS | ORIGINAL set

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *