Contoh Kerja Kursus Geografi Tingkatan 6 STPM

Kongsikan Sekarang

Contoh Kerja Kursus Geografi Tingkatan 6 STPM

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 6

TAJUK:
PROSES KEGAGALAN CERUN DI KAMPUNG DURIAN TELOR

MUHD ZULFADHLI BIN ISMAIL
ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENGENALAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN
4.1 PETA DAERAH KAWASAN KAJIAN
4.2 PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
5.0 KAEDAH KAJIAN
6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
7.0 KESIMPULAN
8.0 SENARAI RUJUKAN
9.0 LAMPIRAN

PERHARGAAN
Sekalung budi dan ucapan terima kasih ingin saya tujukan kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya sepanjang kajian dijalankan. Terlebih dahulu,saya ingin berterima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putra,PUAN HAJAH RUHANI BINTI SALLEH yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini.
Selain itu,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya Tn Hj Hamdan bin Abdullah dan Pn Zaharah binti hussain yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kerja kursus Geografi ini selesai dilaksanakan.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu En.Ismail bin Jusoh dan Puan Che Munah binti Che Man yang telah memberi bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Amirul hafizuddin , Mohd Fadli , nik Arham , Mohd Rohaizul yang telah memberi bantuan mencari maklumat berguna kepada saya. Selain itu juga mereka banyak membantu menyelesaikan masalah saya dalam menghasilkan kerja khusus ini.
Akhir sekali,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu menyiapkan kerja ini. Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN
Kegagalan cerun ialah satu fenomena di mana cerun turun secara tiba-tiba.Kegagaln cerun berlaku disebabkan faktor Alam sekitar seperti hujan dan Faktor tektonik iaitu gempa bumi. pergerakan bongkah tanah,bahan-bahan regolith tanih,dan batu menuruni cerun.Kebiasaanya,pergerakan ini berlaku disebabkan oleh daya tarikan graviti.Walau bagaimanapun, air hujan yang bertindak sebagai bahan pelican menolong mempercepat proses gerakan jisim. Kejadian gelongsoran tanah atau tanah runtuh merupakan salah satu jenis gerakan jisim yang sering berlaku di Negara kita dan mendatangkan kesan kepada kehidupan manusia contonya,kejadian gelongsoran tanah di lebuh Raya Timur Barat pada setiap tahun serta di kawasan kajian kami di Kg.Durian Telor turut mengalami kegagalan cerun.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Menyatakan bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian iaitu di Kampung Durian Telor, Jerteh.

3.2 Menghuraikan proses kegagalan cerun yang berlaku.
3.3 Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya kegagalan cerun.
3.4 Membincangkan kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal.
3.5 Mencadangkan langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan tersebut.

3.0 LOKASI KAJIAN
Kawasan kajian yang dipilih oleh kami laluan dari Hutan Lipur Lata Tembakah ke Padang Luas di Kg. Durian Telor,Hulu Besut,Terengganu.Di kawasan yang kami kaji terdapat beberapa buah kampong lain iaitu kampong Padang Tapong,Kampung Padang Biluh dan Kampung Pasir Akar.Secara amnya,penduduk yang menduduki kawasan yang kami kaji adalah bumiputera.Setelah kajian dijalankan,kami mendapati hamper 95% daripada penduduk Kampung Durian Telor terlibat dalam sektor utama,iaitu aktiviti pertanian,penternakan,dan perikanan.Secara keseluruhan,Kampung ini menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman padi,getah,buah-buahan dan kelapa sawit.Selain itu,aktiviti perikanan ikan air tawar atau akuakultur juga di jalankan di tasik atau sungai yang berhampiran.Aktiviti penternakan juga giat dijalankan.Penduduk-penduduk di kawasan kajian kami menternak haiwan seperti lembu,kambing dan ayam.Bentuk muka bumi yang beralun dan tanah pamah yang sesuai merupakan faktor kawasan pertanian dijalankan di kawasan kajian.Jarak antara kawasan kajian dengan Bandar Jerteh ialah 15 km.

4.0 KAEDAH KAJIAN
kaedah kajian dapat dikelompokkan dalam dua jenis iaitu data primer dan data sekunder.
Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara langsung dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli. Untuk mengumpulkan data primer antaranya iailah kaedah pemerhatian.Data Sekunder adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan peneliti dari berbagai sumber yang telah ada (peneliti sebagai tangan kedua). Data sekunder dapat diperoleh dari berbagai sumber seperti di perpustakaan dan internet.

1.Kaedah Pemerhatian

Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di Kg.Durian Telor dengan menggunakan dua biji mata kasar saya untuk meneliti jenis-jenis cerun yang terdapat kawasan tersebut.Selain itu,kami juga memerhati hasil proses kegagalan cerun yang berlaku dan meganalisi faktor-faktor berlakunya kegagalan cerun.Kami juga melihat kesan kegagalan cerun terhadap fizikal dan kemanusiaan.Di samping itu kami juga mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan tersebut.Kami juga mengambil gambar di kawasan kajian untuk membuktikan kaedah ini digunapakai.

2.Kaedah Rujukan

Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini,kami juga telah membuat beberapa rujukan di perpustakaan Smk Putra seperti majalah-majalah, buku, laporan, jurnal, dan lain-lain.

3.Kaedah Laman Web

Kami juga melayari laman web untuk melihat peta daerah Besut dan melukis peta lakar di kawasan kajian.Kemudahan internet jelas mempermudahkan kerja-kerja pernulisan ini di jalankan.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Menyatakan bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian iaitu di Durian Telor,Jerteh.Terengganu.

Hasil daripada kajian yang di jalankan di Kg.Durian Telor,kami mendapati bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian adalah cerun cembung.Cerun cembung adalah susunan konturnya pada bahagian atas cerun adalah jarang manakala susunan kontur di bahagian bawahnya adalah rapat.contoh Rajah 1.

Rajah 1. Cerun Cembung

5.2 Menghuraikan proses kegagalan cerun yang berlaku.
Proses Kegagalan cerun oleh Air Hujan.
Berdasar kajian yang telah dibuat unsur air hujan tahunan yang agak tinggi di negara ini menambahkan lagi risiko berlakunya tanah runtuh. Malah kejadian sebelum ini didapati banyak bencana kegagalan cerun berlaku biasanya ketika hujan lebat selain gempa bumi serta aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan pengurangan kekuatan ricih tanah dan penambahan tegasan dalam tanah. Secara amnya, semasa tempoh basah, tanah mengalami kenaikan kandungan lembapan dan sekaligus berlakunya penurunan sedutan matrik (matric suction) yang mana sedutan matrik ini memberikan kekuatan ricih tambahan kepada tanah. Penurunan sedutan matrik ini akan mengurangkan kekuatan ricih tanah dan ini akan boleh menambah risiko kegagalan cerun. Hujan yang lebat dan berpanjangan dalam bulan-bulan tertentu di sepanjang tahun akan melemahkan kekuatan ricih tanah di samping itu juga berlakunya perubahan pada paras air bumi tanah. Kenaikan paras air bumi bagi tanah cerun menyebabkan penambahan tekanan air liang. Ini mendorong kepada pertambahan tegasan-tegasan dalam tanah cerun yang mana menyumbang kepada kegagalan cerun.

Semasa berlaku curahan hujan, penyusupan air hujan ke dalam permukaan
cerun menyebabkan berlakunya kenaikan tekanan air liang terutamanya yang
berhampiran dengan permukaan cerun. Peningkatan tekanan air liang menyebabkan
penurunan kekuatan ricih tanah, ini memudahkan berlakunya kegagalan. Penyusupan
air ke dalam tanah bergantung kepada struktur tanah serta sifat-sifat tanah.
Permukaan tanah yang tidak selanjar (discontinuities) secara amnya kebolehtelapannya tinggi dan ianya akan membenarkan lebih banyak penyusupan

5.3 Mengenalpasti faktor-faktor berlaku kegagalan cerun.

Hasil daripada kajian saya di Kg.Durian Telor,Terdapat dua faktor yang sering dikaitkan dengan kegagalan cerun ini iaitu faktor fizikal dan faktor tindakan manusia.:

5.3.1 Faktor Fizikal

1.Tumbuhan Penutup Bumi
Tumbuh-tumbuhan adalah berfungsi untuk menghalang air hujan daripada mengenai secara terus ke atas permukaan tanah. Ia berfungsi melindungi permukaan tanah dari hentaman air hujan dan juga membantu menyerap tenaga air hujan. Keberkesanan konsep tumbuhan penutup bumi ini adalah bergantung kepada jenis kanopi pokok, kepadatan pada permukaan tanah dan juga kepadatan akar. Ini kerana setiap satu daripada bahagian pokok berfungsi untuk melambatkan pergerakan air sama ada di permukaan tanah mahupun di dalam tanah. Tumbuh-tumbuhan juga penting untuk mengurangkan kegagalan cerun kerana ia akan memperlahankan halaju aliran permukaan.
Selain itu, tumbuh-tumbuhan juga berfungsi menghalang butir tanah
secara fizikal. Jadi pemisahan di antara zarah-zarah tanah dapat dikurangkan.
Kehadiran tumbuhan-tumbuhan turut meningkatkan aktiviti-aktiviti
biologikal di dalam tanah serta membantu mengurangkan kandungan air
dalam tanah. Kehadiran air dalam tanah dalam kuantiti yang banyak adalah
tidak sesuai kerana air dalam tanah akan menyebabkan tanah lebih mudah
untuk dihakis dan diangkut ke tempat lain. Oleh itu, apabila air dalam tanah
sudah berkurangan, keupayaan tanah untuk menyerap air adalah lebih tinggi.

Jenis tumbuhan penutup bumi memberi kesan yang ketara terhadap kehilangan tanah. Secara amnya, hutan adalah kawasan yang paling efektif yang dapat mengurangkan kadar hakisan kerana terdapat banyak pokok yang berkanopi, tetapi tumbuhan renek juga turut penting bagi mengurangkan kesan hentaman air hujan ke atas permukaan bumi. Sekurang-kurangnya 70% permukaan tanah mestilah dilitupi tumbuh-tumbuhan untuk memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap tanah

5.3.2 Faktor Manusia

1. Pengubahsuaian cerun.
Oversteepening dan pemotongan cerun biasanya berlaku di jalan raya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap. Pemotongan cerun biasanya terjadi untuk membina bangunan-bangunan atau laluan kenderaan. Amalan ini mengalihkan sokongan lateral dan melemahkan cerun, ini akan membawa kepada tanah runtuh di banyak kawasan (Pomeroy, 1982; Schuster dan Krizek, 1978). Cerun oversteepening boleh berlaku sebagai isi adalah digunakan untuk menambah kawasan pamah dekat dengan puncak cerun.

5.4 Membincangkan kesan kegagalan cerun terhadap fizikal dan kemanusia.

5.4.1 Kesan Terhadap Fizikal

1. Perubahan landskap permukaan bumi.
Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair.Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan menjadi semaki cerun dan tidak stabil.

5.4.2 Kesan Terhadap Manusia

Tanah runtuh juga akan menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti harta benda akibat daripada daya aliran tanah atau lumpur. Ekonomi negara juga akan merosot akibat daripada kejadian ini. Kos yang banyak diperlukan bagi proses membaik pulih kerosakan akibat tanah runtuh.Bencana tanah runtuh juga akan menyebabkan perubahan landskap yang amat ketara pada permukaan bumi. Kawasan tanah tinggi berkemungkinan menjadi rata akibat timbunan tanah dan lumpur daripada bencana tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh juga sedikit sebanyak mengganggu emosi mangsa. Mangsa akan sentiasa berada dalam ketakutan. Mangsa juga terutamanya mangsa kanak-kanak akan terbelenggu dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga.

5.5 Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan tersebut.

5.5.1 Menanam pokok

Usaha pertama untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di kawasan kajian ialah penanaman semula pokok-pokok di cerun bukit terutama di kawasan yang telah dibangunkan. Usaha murni tersebut merupakan langkah terbaik untuk menjaga cerun-cerun dan kawasan yang dibangunkan daripada terdedah kepada risiko kejadian tanah runtuh. Usaha tersebut juga dapat menguatkan tanah yang telah melalui proses pembangunan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan yang dijalankan menyebabkan banyak pokok yang ditebang dan bukit ditarah atas nama pembangunan. Hutan rimba dan bukit-bukau merupakan pasak kepada ekosistem bumi. Pembalakan dan penebangan hutan tanpa kawalan telah melonggarkan ikatan tekstur tanah, menjadikan cerun longgar dan rebah. Di Malaysia, hujan lebat yang turun akan menyebabkan tanah di lereng bukit menjadi longgar dan menggelongsor. Oleh itu, pokok-pokok besar yang berakar dalam dan tanaman tutup bumi perlu ditanam untuk menyelamatkan kawasan pembangunan yang terdedah kepada cuaca dan hujan lebat. Hal ini dapat membantu menyekat pergerakan tanah daripada dibawa aliran air bawah tanah yang menggelonsorkan cerun yang tidak stabil. Usaha menanam kembali pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan, dapat memampatkan kembali kelonggaran tanah akibat pembangunan.

5.5.2 Sistem Perparitan

Sistem perparitan yang terancang penting untuk membolehkan air hujan dari cerun bukit mengalir dengan baik dan terus ke longkang atau sungai dan laut. Air tidak akan bertakung di sesuatu kawasan sehingga menyebabkan berlakunya banjir. Keadaan ini secara tidak langsung boleh mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Sistem perparitan yang dibina dapat berfungsi sebagai benteng yang kukuh di lereng bukit. Sistem perparitan yang terancang dapat memadatkan struktur tanah di lereng bukit. Sekiranya, tidak ada sistem perparitan dibina di lereng bukit, hujan lebat yang turun di kawasan bukit akan menyebabkan air bertakung dan menyerap di kawasan lereng bukit melalui tanah sehingga struktur tanah menjadi longgar dan tidak kukuh. Hal ini boleh mengundang padah seperti berlakunya banjir kilat, hakisan tanah dan tanah runtuh.Oleh itu. jelaslah pembinaan sistem perparitan yang terancang dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh.

5.5.3 Pembangunan yang terancang dan Teres

Selain itu, pembangunan yang terancang juga merupakan usaha yang dapat dilakukan untuk mengurangkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Kerajaan perlu mendepani persaingan pembangunan dengan strategik dan bijak. Tindakan strategik dan sistematik terhadap pembangunan adalah sangat mustahak dipraktikkan bagi memastikan pembangunan tidak mengundang padah. Pembangunan terancang mestilah bersifat mesra rakyat, mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Memang pembangunan tidak dapat dihentikan, tetapi pembangunan perlu dirancang sebaik-baiknya untuk mengurangkan fenomena yang membawa bencana kepada pelestarian alam dan manusia. Pembangunan seperti perumahan, perladangan dan pelancongan perlu dirancang dengan teliti demi keselamatan dalam jangka panjang. Kawasan ladang di lereng bukit perlu dibina teres selain menyusun atur tanaman dan laluan untuk menyelamatkan cerun. Kerajaan atau pemaju perumahan perlu mengkaji keutuhan tanah di lereng bukit dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh yang tidak diingini berlaku. Kerajaan juga perlu menetapkan junlah kuota untuk melaksanakan pembangunan di lereng-lereng bukit. Selain itu, pihak-pihak tertentu seperti pemaju perumahan perlu mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan untuk bertindak pantas apabila mengesan tanda-tanda pergerakan cerun berlaku. Perancangan pembangunan perlu melihat simbiosis alam dengan projek yang bakal dibangunkan. Jelasnya, Pembangunan yang terancang dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti tanah runtuh.

6.0 KESIMPULAN

Di samping itu selepas kajian ini dijalankan diharap ramai pihak akan lebih peka terhadap masalah kegagaln cerun yang berlaku di kawasan kajian kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai. Kegagalan cerun adalah salah satu masalah alam sekitar yang serius kerana ia melibatkan kehilangan nutriennutrien di dalam tanah di samping meningkatkan aras enapan di dalam sungai seterusnya boleh mengakibatkan banjir kilat di kawasan hilir.

 

Baca juga:  Kerja Kursus Ekonomi Tingkatan 6

 

Sumber : budak Form 6 blog

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *