Contoh Karangan Minit Mesyuarat

Kongsikan Sekarang

Contoh Karangan Minit Mesyuarat

Contoh Karangan Minit Mesyuarat

Contoh Minit Mesyuarat STPM

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN PRA-U
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI BESTARI BIL. 2/2014

Tarikh   : 12 Februari 2014
Hari       :  Selasa
Masa     : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Sri Bestari

Yang Hadir:
1. Sdr. Amin bin Azman                                 –  Pengerusi
2. Sdr. Nur Afifah binti Mohd Lazim          –  Setiausaha
3. Sdr. Sabina binti Hamid                             –  Bendahari
4. Sdr. Shahir bin Khairul                               –  AJK
5. Sdr. Poohan Raj a/l Muthu Raj               –  AJK

Yang Turut Hadir
1. Puan Rusnah binti Amsyar                       –  Guru Penasihat

Yang Tidak Hadir ( dengan kenyataan)
1. Sdr. Tan Wei Chan                                       –  AJK   (Sakit)
2. Sdr. Muhd Najib bin Roslan                     –  AJK   (Latihan Sukan)
3. Sdr. Ng Ling Mei                                           –  AJK   (Aktiviti Luar)

1.0  Ucapan Pengerusi.

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankusa (AJK) dan mengucapkan terima kasih atas kesudian ahli jawatan kuasa meluangkan masa untuk menhadiri mesyuarat pada kali kedua ini. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Rusnah binti Amsyar selaku Penasihat Persatuan Pra-U SMK Sri Bestari atas kesudian menghadiri mesyarat ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perancangan dan pelaksanaan program dan persatuan sepanjang tahun 2014.

1.3 Pengerusi menggesa AJK bertindak pantas terhadap segala keluhan dan aduan ahli-ahli persatuan. Pengerusi berharap agar AJK dapat melaksanakan semua aktiviti yang dirancang seperit yang dijadualkan.

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan minit mesyuarat Bil.1/2014
       Minit mesyuarat Bil.1/2014 diterima sebulat suara daripada semua ahli tanpa sebarang pindaan.

3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Merujuk kepada perkara 4.3 (Mesyuarat Bil.1/2014), ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa yuran
persatuan ditetapkan sebanyak RM30.00 setahun setelah mendapat persetujuan daripada
semua ahli melalui soal selidik yang diedarkan. Bayaran sebanyak RM30.00 ini termasuk yuran
keahlian, yuran unit beruniform, yuran sukan, dan tabung kebajikan persatuan.

Tindakan : Bendahari

3.2 Saudara Shahir mencadangkan supaya papan kenyataan Persatuan Pra-U SMK Sri Bestari
sentiasa dikemaskinikan maklumatnya dari semasa ke semasa. Hal ini supaya semua ahli dapat
mengetahui perkembangan terkini persatuan dan aktiviti yang dijalankan setiap minggu kerana
kebanyakan ahli perlu berjumpa pengerusi atau guru penasihat untuk mengetahui tentang
aktiviti yang akan dilaksanakan.

Tindakan : Setiausaha

4.0 Perbincangan Aktviti.
      
4.1 Aktiviti yang Dirancang

4.1.1 Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur
Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa lawatan ke Kuala Lumpur dicadangkan pada 29 April
2014.Antara tempat yang akan dilawati ialah Muzium Negara, Istana Negara Lama,
Perpustakaan Negara dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).  Pada tarikh yang
dicadangkan, di PWTC sedang mengadakan Pesta Buku Antarabangsa 2014. Ahli boleh
mengambil kesempatan ini untuk menggunakan Baucar Buku yang diberikan oleh kerajaan
ketika berada di sana. Rombongan ini akan diketuai oleh Cikgu Kamal dan beberapa orang
guru pengiring lain. Semua surat-menyurat yang berkenaan dengan lawatan tersebut telah
dihantar dan kini hanya menunggu jawapan daripada pihak yang berkenaan.

Tindakan : Setiausaha

4.1.2  Sambutan Hari Kantin Sekolah
Sempena Sambutan Hari Kantin yang dianjurkan oleh pihak sekolah peda minggu kedua bulan Ogos ini, Pengerusi  Persatuan memaklumkan bahawa pihak persatuan akan terlibat dengan aktiviti penjualan barangan terpakai. Saudari Sabina mencadangkan pihak persatuan menjual barangan terpakai seperti buku, pakaian, beg sekolah, dan aksesori. Barangan yang terpakai dan masih boleh digunakan lagi akan dikumpul daripada ahli-ahli persatuan dan dijual dengan harga yang amat bepatutan. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara  oleh ahli jawatan kuasa. Semua AJK diminta bekrjasama dalam mengumpul barang-barang terpakai itu.

Tindakan : AJK yang berkenaan

4.1.3 Kempen Derma Darah
Mesyuarat memutuskan akan mengadakan kempen derma darah adalah untuk membantu mengatasi masalah kekurangan darai di hospital-hospital dan Pusat Darah Negara. Kempen akan dijalankan selama dua hari iaitu pada 29 September dan 30 September 2014 seperti yang dicadangkan oleh Pengerusi Persatuan. Pihak persatuan menyasarkan seramai 100 orang akan menderma darah pada hari tersebut. Kumpulan sasaran tersebut ialah para pelajar Pra-U, guru-guru, dan kakitangan sokongan yang sihat tubuh badan. Selain itu, perkhidmatan tambahan seperti pemeriksaan Indeks Jisim Berat Badan, pemeriksaan kandungan kolestrol dan kandungan gula dalam darah serta ceramah kesihatan akan diadakan pada hari yang sama.

Tindakan : AJK yang berkenaan dan Setiausaha

4.2 Laporan Kewangan
4.2.1 Bendahari telah melaporkan perbelanjaan kewangan persatuan. Mesyuarat dimaklumkan
bahawa baki wang persatuan salam akaun setakat Januari 2014 adalah sebanyak RM303.95

4.2.2 Mesyuarat menerima penyata kewangan yang dibentangkan itu.

Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal lain
5.1 Untuk menambahkan wang tabungan persatuan, Bendahari mencadangkan supaya projek kitar
semula, iaitu engumpulan surat khabar lama dijalankan. Setiap ahli persatuan diminta untuk
membawa sekurang kurangnya enam naskah surat khabar lama ke sekolah untuk
dikumpulkan dan seterusnya akan dijual.

Tindakan : Semua ahli persatuan

5.2 Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan pungutan derma di sekolah bagi meringankan beban
seorang ahli persatuan, Muhammad Firdaus bin Hashim, pelajar tingkatan 6 Atas Cerdas yang
baru sahaja kehilangan bapanya pada 30 Januari 2014 dengan meminta kebenaran daripada
pengetua. Pihak persatuan juga akan memberikan wang daripada tabung kebajikan persatuan.

Tindakan : Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari

6.0 Penutup/Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dan mesyuarat seterusnya akan diadakan pada bulan Mac 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *