Contoh Karangan Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang
Contoh Karangan Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang
Pekerja yang cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak yang mulia. Antaranya…… Amanah Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri dan tidak rasuah. Ianya sedar bahawa setiap perbuatannya diperhatikan oleh Allah S.W.T..
Bijak Pekerja yang cemerlang bijak menggunakan masa serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ianya sentiasa menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya di samping sentiasa memperbaiki dirinya sama ada dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran atau prestasi kerjanya. Cergas Pekerja yang cemerlang mempunyai amalan cemerlang dalam menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosinya. Dalam menjaga kesihatan fizikal bukan sahaja ianya menjaga kualiti pemakanannya tetapi juga sentiasa melakukan latihan jasmani serta mendapat rehat atau tidur yang mencukupi. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sentiasa sihat, cergas dan produktif. Dedikasi Pekerja yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga selesai selaras dengan apa yang diharapkan oleh majikan / organisasi. Elok Pekerja yang cemerlang sangat elok dari segi penampilan diri, tutur kata, perlakuan atau tindakan-tindakannya. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin serta senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ia sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah, tidak diberkati Tuhan. Keelokan peribadinya bukan sahaja disanjung ramai termasuklah majikan, rakan-rakan sekerja, ahli-ahli keluarganya serta masyarakat sekeliling. Faham Pekerja cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan memahami sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya. Gigih Pekerja yang cemerlang komited melakukan setiap kerja atau tugasannya. Ia sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh ketekunan dan kegigihan. Walau betapa sukar pun tugasan yang diberikan kepadanya, ia tetap akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan atau menyiapkannya. Ianya juga bijak serta mudah berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang yang ditemui atau yang bekerja dengannya. Hasrat Pekerja yang cemerlang sentiasa mempunyai hasrat pada hati kecilnya untuk menjadi orang yang cemerlang dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itulah yang sentiasa memberikan kepadanya suntikan motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan kerjaya serta peribadinya. Iman Pekerja yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Tuhan. Ia sentiasa berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Selaras dengan itu, ianya juga amat mentaati majikan, undang-undang negara dan organisasi.
Baca juga :