Cara Renew Roadtax Motosikal Terbaru

Kongsikan Sekarang

Cara Renew Roadtax Motosikal

 

Cara Renew Roadtax Motor

 

secara ringkasnya cara renew roadtax kereta sangat mudah.
1. beli insuran kereta/motor di secara online (Beli disini) pusat insurans atau agen insuran (dokumen yang perlu anda bawa cuma geran kereta samaada salinan atau original)
2. pergi ke Pejabat JPJ ( Dokumen yang perlu anda bawa cuma IC- Paling Penting, cover note insuran atau Geran kereta)
3. Ambil nombor giliran dan tunggu no di panggil.
4. selesai

 

jika anda rajin baca ini untuk lebih Faham.

Cara nak renew senang saja, anda boleh renew dekat Pejabat Pos atau Di Pejabat JPJ. Tapi anda perlu beli dulu insurance.Insurance boleh beli melalui Online atau di mana mana Agensi Insurance.Insurance ni ada bermacam-macam cuma terpulang pada korang nak pilih yang mana satu. Insurance ni juga ada bermacam-macam jenis harga mengikut harga semasa motosikal anda sebab apa jika ada kehilangan motosikal insuran akan beri pampasan mengikut cover insuran yang anda beli, ada yang paling minima sampai maksima. Yang paling minima untuk motosikal Rm 187.00, Cover untuk Rm 1000.00. Lepas anda beli Insurance tu dorang akan bagi satu Cover Note. Cover Note ni nanti penting korang kene bawak bila nak renew roadtax ok.

Renew Di Pejabat Pos
(Korang boleh pergi dekat mana-mana Cawangan yang terdekat dengan korang)

Dokumen yang anda perlu

– IC anda ( Jika Lupa Bawa Pinjam IC member) WAJIB   ADA kalau tidak ada anda tidak boleh renew roadtax.
-Pastikan geran asal kenderaan atau Salinan pun boleh jangan risau.
– Bawa Cover Note Insurance
– Duit pun kene sediakan ye (Selalau kalau renew roadtax kt JPJ kene bayar Rm 2.00) tapi di pejabat pos ni kena bayar lebih skit sebagai upah untuk dorang..huhu..

Renew Roadtax di Pejabat JPJ
(Saya pergi Pejabat JPJ Wangsa maju atau Pergi je di mana-mana Utc pejabat JPJ )

– Cover Note Insurance ( Kalau korang lupa nak beli Insurance, dekat Pejabat JPJ ada bersepah agen-agen yang jual insurance ni, ada agen duduk di kerusi atau pun berlegar-legar area situ, dia akan tanya korang insurance dik..insurance ke?,korang tinggal pilih je.Cover Note nanti dorang akan emailkan kepada korang, dekat JPJ tu korang cuma tunjuk resit pembelian insurance je, JPJ boleh cek melalui sistem dorang.)
– Bayaran untuk renew hanyalah Rm 2.00 sahaja.

Bagi yang belum ada geran motosikal, sebab masih belum habis bayar, anda boleh dapatkan salinan geran di Mana-mana pejabat JPJ tetapi pemilik sahaja yang boleh dapatkan, wakil tidak boleh.

Saya harap dengan perkongsian ni dapat membantu anda serba sedikit, lagi-lagi untuk rider macam saya ni..hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *