Cara Merawat Buasir dengan Berkesan

Kongsikan Sekarang

Cara Merawat Buasir dengan Berkesan

 

Apakah itu buasir?
Adakah anda tahu apa itu penyakit buasir? Ia juga dikenali sebagai hemorrhoid, iaitu pembengkakan disebabkan pembesaran saluran darah yang terdapat di dalam atau di sekeliling bahagian bawah (rektum dan dubur).

Pembengkakkan saluran daran menyebabkan benjolan keluar dari dinding dalam dubur atau dari kulit sekitarnya. Kang kala ia terkeluar dan tidak boleh ditolak ke dalam semula, atau menjadi lebih besar dan keluar dari dubur. Kemudian anda mungkin dapat melihatnya sebagai benjolan yang berpermukaan licin, lembap dan kelihatan lebih merah jambu dari kawasan sekitarnya. Dan benjolan ini lebih cenderung untuk menyebabkan kesakitan, terutamanya ketika anda membuang air besar.

Gumpalan darah boleh terbentuk dalam buasir luaran, menjadikannya berwarna ungu atau biru. Ini dipanggil trombosis. Ia boleh sakit, gatal dan juga berdarah. Benjolan yang keluar ini biasanya tidak menyakitkan kecuali apabila aliran darah terganggu.

Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa mereka mengalami masalah buasir kerana penyakit ini biasanya tidak menyebabkan sebarang simptom. Tetapi apabila gejala berlaku, pesakit boleh mengalami:

Pendarahan selepas membuang air besar- darah biasanya merah terang

Kegatalan pada keliling dubur

Terdapat benjolan yang bergantung di luar dubur, yang mungkin perlu ditolak semula selepas membuang air besar

Pelepasan lendir selepas membuang air besar

Kesakitan, merah dan bengkak di sekeliling dubur

Buasir boleh dikelaskan kepada beberapa tahap:

Tahap 1 – Benjolan kecil yang terbentuk di lapisan dalam dubur dan tidak dapat dilihat dari luar dubur

Tahap 2 – Benjolan yang lebih besar yang boleh keluar dari dubur anda apabila anda pergi ke tandas

Tahap 3- Satu atau lebih benjolan lembut keluar dan tergantung dari dubur dan boleh ditolak ke dalam semula

Tahap 4 – Keluar benjolan yang lebih besar yang tergantung daripada dubur dan tidak boleh ditolak masuk

Jenis buasir
Terdapat dua jenis buasir yang boleh diklasifikasikan berdasarkan asal anatomi mereka iaitu buasir dalaman dan luaran. Buasir dalaman cukup jauh di dalam rektum yang biasanya tidak dapat dilihat atau dirasai oleh para pesakit. Mereka biasanya tidak merasai sebarang kesakitan kerana tidak terdapat banyak saraf di sana. Pendarahan mungkin menjadi satu-satunya simptom buasir dalaman yang dialami oleh pesakit.

Buasir luaran pula adalah benjolan yang terjadi di bawah kulit di sekitar dubur. Para pesakit akan merasa amat sakit kerana terdapat lebih banyak saraf di sekeliling kawasan tersebut. Mereka juga boleh mengalami pendarahan dari dalam dubur. Gejala ini selalunya berlaku apabila buasir dalaman membesar hingga terkeluar dari dubur.

Punca penyakit buasir
Penyebab masalah ini adalah tidak jelas namun ia selalu dikaitkan dengan peningkatan tekanan saluran darah di dalam dan sekitar dubur. Tekanan ini akan menyebabkan radang dalam saluran darah.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesetengah orang mungkin lebih cenderung mendapat buasir seperti yang berikut:

Masalah sembelit yang berpanjangan

Diet pemakanan yang kurang serat

Sering mengangkat beban berat

Batuk berpanjangan

Masalah cirit-birit untuk tempoh masa yang panjang

Berat badan berlebihan atau obesiti

Peningkatan umur

Kehamilan

Sejarah perubatan keluarga yang mempunyai masalah buasir

Duduk untuk tempoh yang lama

Simptom dan tanda-tanda buasir

Lebihan kulit boleh dirasai sekitar bahagian dubur.

Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.

Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.

Rasa kurang selesa ketika duduk dan berdiri juga berjalan terutamanya memakai kasut tumit tinggi.

Pucat

Tekanan darah rendah

Lemah badan, lesu dan kurang bermaya, mudah pening atau pitam sekiranya pendarahan terlalu lama dibiarkan

Cara merawat buasir
Gejala penyakit ini seringkali boleh sembuh selepas beberapa hari tanpa memerlukan rawatan. Buasir yang berlaku semasa kehamilan selalunya bertambah pulih selepas melahirkan anak.

Perubahan gaya hidup membantu mengurangkan ketegangan pada saluran darah di dalam dan sekitar dubur anda. Antara cara mengelakkan masalah ini termasuklah:

Meningkatkan jumlah pengambilan serat dalam diet secara berperingkat- sumber serat yang baik adalah seperti buah, sayuran, beras, pasta dan roti bijirin penuh dan juga kekacang.

Banyakkan minum banyak cecair – terutamanya air putih dan cuba elakkan atau mengurangkan kafein dan alkohol

Segera ke tandas sekiranya terasa ingin membuang air besar- hal ini kerana najis akan menjadi lebih keras dan kering jika anda melengahkan waktu ke tandas dan anda menyebabkan anda perlu meneran. Ini adalah salah satu risiko buasir.

Elakkan ubat yang menyebabkan sembelit – seperti ubat tahan sakit yang mengandungi kodin

Kurangkan berat badan

Bersenam dapat membantu mencegah sembelit, mengurangkan tekanan darah, dan membantu menurunkan berat badan

Ubat buasir paling mujarab terdiri daripada krim dan suppositori yang boleh didapati dari farmasi tanpa preskripsi. Penggunaan krim steroid boleh mengurangkan kegatalan dan radang sekeliling dubur tetapi ia tidak membantu dalam merawat darah beku. Penggunaan krim Hydrocortisone juga membantu menangani pendarahan disebabkan oleh buasir dalaman. Namun, penggunaan krim steroid untuk jangka masa yang berpanjangan adalah tidak digalakkan. Tanyakan kepada ahli farmasi anda tentang produk yang terbaik untuk anda.

Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk buasir yang teruk. Salah satu daripada pilihan ini ialah (Banding). Prosedur bukan pembedahan ini dilakukan dengan menjerut jalur elastik yang sangat ketat di sekitar pangkal benjolan yang keluar untuk memotong bekalan darahnya. Benjolan tersebut akan tercabut sendiri selepas kira-kira seminggu.

Pembedahan boleh dijalankan dengan menggunakan anestetik umum. Anda akan tidak sedarkan diri semasa pembedahan ini berlaku. Pembedahan ini digunakan untuk membuang atau mengecilkan buasir besar atau luaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *