Blog

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

By Jack

April 21, 2020

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

 

Cara keluarkan duit ASB online 2020 (TERKINI) Pada 20 April 2020, pemegang unit ASB dibenarkan untuk mengeluarkan duit ASB dari akaun sendiri secara online.

Namun, had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, sahaja.

Pengeluaran ASB ini boleh dilakukan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan 2020 dan lain-lain lagi.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.

Jumlah transaksi dibenarkan hanyalah sebanyak 3 kali sebulan.

Ikuti langkah seperi di bawah untuk buat pengeluaran ASB secara online:

ASNB Perkenal Pengeluaran Dalam Talian

KUALA LUMPUR, 20 April 2020: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung-tabung unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB bermula hari ini. Kemudahan ini bertujuan memberi lebih fleksibiliti kepada para pelabur dalam pengurusan pelaburan masing-masing dan pada masa yang sama, dapat memastikan mereka kekal fokus terhadap objektif pelaburan, khususnya bagi mengimbangi keperluan kewangan semasa dan jangka panjang. Ini selaras dengan komitmen ASNB untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelabur, terutamanya dalam memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa. Menerusi kemudahan pengeluaran ini, pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5. Jumlah tersebut seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja yang berikutnya. Waktu pengeluaran dibenarkan adalah mengikut waktu operasi sedia ada portal myASNB iaitu:  Unit Amanah Harga Tetap 7:00 pagi – 6:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum  Unit Amanah Harga Berubah 7:00 pagi – 4:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum 2/2 Pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi. Walau bagaimanapun, kemudahan pengeluaran menerusi myASNB ini dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur. Kemudahan pengeluaran dalam talian ini juga akan ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih myASNB bermula 27 April 2020. Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

 

 

 

Soalan Umum Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Mengenai Kemudahan Pengeluaran dalam Talian @ myASNB

1. Apakah kemudahan Pengeluaran Dalam Talian @ myASNB?

2. Berapakah had minimum dan maksimum pengeluaran yang dibenarkan menerusi kemudahan ini?

3. Bilakah kemudahan pengeluaran dalam talian ini dilancarkan?

4. Adakah sebarang caj dikenakan untuk kemudahan ini?

5. Adakah pemegang unit boleh mengeluarkan wang mereka dari mana-mana unit amanah ASNB secara dalam talian?

6. Apakah waktu urus niaga untuk pengeluaran secara dalam talian?

(*kecuali cuti umum) Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.

7. Jika saya belum mendaftar sebagai pengguna myASNB, bolehkah saya menggunakan kemudahan ini?

Tidak boleh. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.

Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my. Klik pautan di sini untuk cara-cara mendaftar myASNB.

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

8. Saya terlupa kata laluan dan nama pengguna / Akaun myASNB saya telah dorman. Bagaimana saya hendak menetapkan semula / mengaktifkan semula akaun saya?

9. Mengapa ASNB membenarkan pemegang unit mengeluarkan wang secara dalam talian?

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

10. Mengapakah pengeluaran dihadkan sebanyak RM500 sahaja sebulan?

Melabur dalam unit amanah sepatutnya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dapat mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan sumber kewangan pada waktu memerlukan.

Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan.

Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

ASNB akan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa terutamanya dalam keadaan yang sukar, namun pada masa yang sama kami komited untuk membantu mereka mencapai matlamat pelaburan yang diinginkan.

Sumber rujukan ASNB

Baca juga  Cara Nikah Online 2020