Blog

Budaya Minda Wang Kawal Status Kewangan Anda.

By Jack

October 16, 2019

Budaya Minda Wang Kawal Status Kewangan Anda.

 

 

Budaya Minda Wang.

Kawal Status Kewangan Anda.

 

Oleh : TaukeReload

K andungan.

Part #1 : Wang dan anda.

Part #2 : Bagaimana hendak mengejar kekayaan?

Part #3 : Syarat utama untuk melabur.

Part #4 : Bagaimana hendak keluar dari masalah kewangan?

 

Part #1 : Wang dan anda.

               Sekarang kita berada situasi di mana kita perlukan wang untuk terus hidup. Tiada wang, tiada hidup.  Wang sudah membelenggu kehidupan kita. Setiap hari kita lebih memikirkan tentang wang dari Pencipta kita yang Maha Esa. Namun, dengan wang juga kita dapat berbakti kepada-Nya. Manusia tidak perlukan wang untuk hidup, tetapi kebanyakan dari anda perlukan ia untuk terus hidup.

 

Arrrgh!!!! Wang takde, macam mana ni?

Yeye, banyak duit?

Mak, Ali nak patung robot tu boleh? Ish, mana boleh, Mak tak cukup duitlah.

 

Semua perkara memerlukan wang. Kasih-sayang, kepercayaan, kesihatan dan berbagai perkara lagi di dalam kehidupan kita perlukan wang untuk jadikan ia kenyataan. 

 

Apa yang anda perlu faham mengenai wang?

 

Menjadi sifat semulajadi untuk sebilangan manuisia mahukan yang terbaik dalam hidup mereka. 

Mahu rumah lebih besar, 

mahu kereta lebih besar, 

mahu berikan yang terbaik untuk keluarga. 

Kita selalu mengharapkan lebih. Sifat utama wang untuk datang lebih kepada kita adalah jika kita mahukan sesuatu yeng lebih, kita mesti lakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini.

Anda tidak boleh harapkkan situasi berikut akan berlaku.

Sentiasa lakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza.

Jika anda bekerja makan gaji, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada diri anda. Tidak mungkin bos anda akan panggil anda dan berkata :

       Arif, Hari ini saya nak naikkan gaji awak?

Bekerja makan gaji bermaksud anda perlu beratur untuk menerima kenaikan gaji. Saya tidak berkata bekerja makan gaji itu tidak bagus tetapi jika anda melakukan perkara yang sama setiap hari, anda tidak boleh mengharapkan keajaiban akan berlaku kepada anda. Untuk dapat lebih, setiap hari anda perlu fikir bagaimana hendak memotong barisan tersebut dengan cara yang sepatutnya.

Bertukar tempat kerja tidak akan mengubah nasib anda sepenuhnya. Kadang-kadang, gaji yang lebih di tempat kerja yang baru lagi merunsingkan anda. Berniaga itu bagus, namun, bukan semua sanggup berniaga.

Kesimpulan : Mempertaruhkan masa dan tenaga seperti melakukan sesuatu perkara yang sama untuk mendapatkan keputusan yang berbeza adalah sesuatu yang tidak bijak bagi anda untuk kewangan jangka masa panjang. Anda bazirkan masa bertahun melakukan sesuatu tetapi anda masih berada dalam situasi yang sama. 

Perlaburan dan perniagaan adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk menjamin masa hadapan. Fikirkan perkara berikut:-

Gaji yang tinggi bermaksud lagi tinggi cukai anda kena bayar dan lagi tinggi kos untuk menampung kehidupan seharian. Anda perlu lakukan sesuatu untuk menjamin kesejahteraan hidup anda di masa hadapan. 

Ini sahaja perkara yang perlu anda faham mengenai wang.

 

Apa itu wang?

 

Setiap pandangan berbeza. Ada yang menganggap wang adalah alat untuk pertukaran.

Namun, saya menganggap wang adalah kayu pengukur kehidupan seseorang pada zaman sekarang. 

Lagi banyak wang, lagi kaya.

Lagi banyak wang, lagi di hormati.

Lagi banyak wang, lagi senang kehidupan.

Dengan wang, anda mempunyai kuasa dan akan lebih di hormati oleh manusia lain. Memiliki wang yang lebih bermaksud lagi senang kehidupan anda.

Ramai juga yang beranggapan, wang adalah tunjang kepada semua kejahatan. Mereka silap kerana cintakan wang adalah tunjang kepada semua kejahatan. Sekali anda biarkan diri anda cintakan wang, anda akan di selubungi kejahatan.

Untuk mengelakkan diri anda dari cintakan wang, anda perlu jadikan wang sebagi hamba anda. Wang perlu mengikut arahan anda. Ada satu pepatah yang menarik untuk di kongsi.

Wang adalah hamba yang bagus, namun ia bukan tuan yang bagus.

Jika anda menggadaikan maruah anda demi wang, wang sudah mengusai masa dan kehidupan anda.

Cara terbaik untuk menghalang wang dari mengusai anda adalah pengurusan wang yang betul.

 

Beringat sebelum terkena.

 

Kenyataan kehidupan sekarang adalah sesuatu yang anda dan saya tidak dapat menerimanya. Setiap hari harga barang semakin naik, tetapi jumlah pendapatan kita kekal. Setiap hari kita di hempap perlahan-lahan oleh bebanan hidup. 

Selain keperluan hidup yang semakin meningkat, tahap kesihatan juga kian membelenggu kita. Corak kehidupan yang kurang sihat sentiasa menghantui tahap kesihatan kita. Setiap hari, ada sahaja ancaman penyakit dan virus muncul. Untuk sembuh, kita perlukan wang untuk membeli ubat dan sebagainya.

Kita perlu kawal kewangan kita sebelum kesusahan yang tidak di jangka akan menyerang kita.

 

Masa dan Wang.

 

Secara keseluruhannya, kita ada 4 jenis manusia di dunia:

  1. Tiada masa dan tiada wang.

 

Kebanyakan pekerja jatuh pada kategori ini. Mereka bekerja setiap hari dan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakn dari mereka juga kahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan kebebsan yang tidak dapat di kawal.

 

  1. Tiada masa tetapi ada banyak wang.

 

Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam kategori ini. Mereka lebih bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka ada banyak wang. Namun, mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungan sentiasa berada pada pihak mereka.

 

  1. Ada masa tetapi tiada wang.

 

Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan jatuh pada kategori ini. Mereka ada banyak masa tetapi tiada wang untuk di belanjakan.

 

  1. Ada masa dan ada banyak wang.

 

Pemilik perniagaan besar, memiliki tanah yang banyak dan pelabur jatuh pada kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk membelanjakan wang. Sudah tentu, anda pun mahu berada dalam tahap ini.

 

Part #2 : Bagaimana hendak mengejar kekayaan?.

2 cara biasa untuk kaya.

 

Semua manusia mahu memiliki wang yang lebih dan biasa manusia tergolong dalam dua kategori.

 

Orang yang duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untuk memiliki wang.

Atau

Orang yang berusaha dan kejayaan akan datang kemudian.

 

Anda berada di mana? Mari kita siasat 2 cara untuk kaya ini.

Golongan yang hanya duduk diam dan sentiasa mencari jalan terpantas untuk memiliki wang selalunya adalah golongan pekerja biasa, pelajar lepasan ijazah dan peniaga kecil-kecilan. 

Tidak salah jika anda tergolong dalam golongan ini dan saya tidak menghina anda tetapi tolonglah pertimbangkan pendapat berikut. Jika anda berada dalam golongan ini, anda sebenarnya sedang menggadaikan masa anda yang berharga untuk wang. 

Tiada jalan terpantas untuk memiliki wang yang banyak selain berusaha dan bekerja ke arahnya. Masa yang anda gunakan untuk mencarinya akan terbuang begitu sahaja. Selalunya golongan ini akan melakukan perkara berikut :

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, hanya ada satu sahaja cara untuk anda memiliki wang yang lebih iaitu lakukan sesuatu dengan sentuhan luar biasa.

 

Sekarang, mari lihat satu lagi kumpulan iaitu golongan yang berusaha dan kejayaan akan datang dengan sendirinya.

Selalunya golongan ini terdiri dari mereka yang kreatif, pencipta benda baru, pelabur, usahawan dan pemilik perniagaan besar.

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, anda patut mendengar nasihat berikut.

Berhenti bekerja untuk duit tetapi bekerja supaya anda boleh meneruskan kehidupan.

Anda boleh pilih sama ada untuk berada dalam golongan pertama atau kedua. Namun, jika anda ingin berada dalam golongan kedua. Anda perlu sedar akan perkara berikut.

Untuk berusaha, anda perlu bermula melalui perkara yang kecil dahulu. Donald Thrump, ketika melakukan temuduga melalui The Apprentice, beliau menyuruh calon-calonnya untuk menjual air lemonade di jalanan. Bagi orang lain ia tidak penting, namun, bagi beliau ia adalah penting. Jika perkara sekecil itupun, mereka tidak mampu lakukan, bagaimana mereka hendak menangani perkara yang besar?

Bermula kecil sentiasa menghasilkan keputusan yang besar.

 

3 cara untuk cari wang.

 

Berikut adalah 3 cara untuk mencari wang yang ada pada zaman sekarang.

 

  1. Menukarkan masa dengan wang – pekerja dan bekerja sendiri.

 

  1. Menghasil dan menggunakan idea yang kreatif – pelukis, jurutera dan pereka.

 

  1. Menyuruh orang lain mencarinya – pemilik perniagaan dan pemimpin.

 

Setiap cara adalah unik dan mempunyai kelemahan dan kebaikannya yang tersendiri. 

Soalan : Anda mahu gunakan cara apa untuk mencari wang ?

 

P art #3 : Syarat utama untuk melabur?

.

Makna perlaburan pada anda?

 

Apa yang terdetik pada fikiran anda ketika anda mendengar perkataan perlaburan?

Adakah ia bermakna membeli Insurans, membeli Amanah Saham atau membuka syarikat perniagaan. 

Ada manusia yang sentiasa memikirkannya. Namun, ada juga manusa yang hanya memikirkannya ketika hendak mati atau berada dalam kesusahan. Ada juga di kalangan anda yang merasakan perlaburan adalah sesuatu yang sangat kompleks untuk di fahami.

Perlaburan merangkumi berbagai perkara. Ada manusia yang membuat pembedahan plastik untuk nampak lebih cantik, ada juga manusia yang mengupah jurulatih peribadi supaya mereka nampak lebih kurus. Perlaburan adalah sesuatu yan ganda lakukan untuk diri anda., sudah tentulah untuk mendapat keputusan yang lebh baik.

 

Perlaburan untuk diri sendiri?

 

Perkara pertama yang perlu anda tahu ketika melabur adalah jika anda tidak melabur untuk diri sendiri, siapa lagi yang akan lakukan?

Ibu bapa anda hanya akan melabur pendidikan anda sehingga tamat belajar dan ia adalah keperluan asas sahaja. Namun, ketika di sekolah, anda tidak di ajar bagaimana hendak mengawal kewangan anda atau bagaimana hendak melabur. Anda hanya di ajar bagaimana hendak memberi wang kepada orang lain iaitu bekerja dengan orang lain.

Oleh kerana tiada sesiapa yang akan mengajar anda bagaimana hendak menguruskan wang, anda perlu mengambil tanggungjawab tersebut. 

Melabur untuk diri sendiri bermakna anda sedang mendidik diri anda untuk lebih pandai mengawal kewangan. Jika anda berhenti dari mendidik diri anda, anda akan berhenti belajar. Jadi, sampai ke akhir, anda akan berada pada tahap yang sama. 

Perlaburan untuk diri sendiri bermakna anda perlu bertanggungjawab atas semua tindakan yang anda lakukan. Ini bermakna, anda perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan mengenai kehidupan anda. 

Kebanyakan manusia yang kaya di dunia ini melabur untuk diri sendiri, mereka sentiasa bertanggungjawab atas semua tindakan mereka.

Ada pendapat mengatakan, jika anda melabur untuk diri sendiri, anda sedang melukis peta ke arah kejayaan anda. Jika anda memandu dari Ipoh ke Kota Bharu menggunakan panduan peta yang salah, anda tidak akan sampai ke destinasi walau sebanyak mana usaha anda. Jangan gunakan peta orang lain, tetapi lukislah peta diri sendiri untuk di ikuti.

 

Kepentingan pendidikan kewangan.

 

Anda perlu melabur untuk minda wang?

 

Melabur untuk minda wang bermaksud melabur untuk memahirkan diri anda dalam kewangan. Melabur untuk diri sendiri juga bermaksud melabur untuk minda wang. 

Perlaburan ini akan menjalinkan anda dengan pengetahuan kewangan yang kukuh di mana hanya sedikit manusia sahaja yang tahu. Memerhati dari tepi adalah berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya.

Seorang professor kewangan hanya mampu memberi ulasan tetapi tidak berani mengambil tindakan kerana mereka sentiasa memerhati dari tepi. Berbeza dari mereka yang sedang melaksanakannya, mereka barani mengambil tindakan kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan.

Apa yang anda ingin beli, lembu atau susunya?

Jika anda membeli susu, ia akan habis. Maka, anda perlu beli, beli, dan beli lagi jika mahu menggunakannya. 

Jika anda membeli lembu, anda melakukan perlaburan untuk masa hadapan. Walaupun harga lembu tersebut adalah 50 kali lebih mahal dari harga susu, anda akan dapat pulangan selepas 50 kali anda mengambil susu dari lembu tersebut. Selepas itu, anda akan mendapat keuntungan.

Semua manusia ada peluang untuk kaya walaupun anda hanya ada seluar pendek sebagai harta. Kreativiti memainkan peranan. Sebab itu, pendidikan kewangan adalah penting. 

Anda akan lebih untung jika,

Menukarkan tanah yang kosong kepada tanah yang ada tanaman.

Membaiki kereta lama untuk dijual berbanding menjualnya tanpa membaiki.

Harga sesuatu barang bergantung kepada bilangan pembekal da permintaan.

Melabur pada sesuatu yang boleh memberi pulangan pada  jangka masa panjang. Jangan terlalu melabur pada sesuatu yang ada liabiliti seperti kereta ( akan rosak ).

Sekarang, anda perlu bangun dan belajar mengenai kewangan.

 

Part #3 : Bagaimana hendak keluar dari masalah kewangan?.

Ada dua cara yang anda boleh amalkan untuk mengeluarkan anda dari masalah kewangan.

 

Strategi bertahan.

 

Potong semua perbelangaan yang tiada faedah. Anda tidak mulakan perniagaan jika keluar masuk kewangan anda tidak dapat di kawal. Aliran wang adalah penting.

Anda boleh potong perbelanjaan seperti berikut:

Pada keadaan anda mengalami masalah kewangan, jangan anda membeli sesuatu yang ada liabiliti. Liabilit bermaksud perkara yang memerlukan anda sentiasa mengeluarkan wang pada masa hadapan. Fikir dengan bijak. Apa yang anda labur pada hari ini akan membeir pulangan kepada anda kelak?

 

Strategi serangan.

 

Salah satu cara untuk memulihkan masalah kewangan anda adalah dengan berniaga. Namun, cara yang terpantas adalah perniagaan yang ada jaringan. Ia bukan perniagaan tradisional tetapi perniagaan yang berbentuk jaringan seperti perniagaan melalui internet. 

Ramai yang tidak sedar, perniagaan yang ada jaringan seperti perniagaan internet dan MLM membolehkan anda untuk mendapat pulangan yang cepat pada kos yang rendah. 

Strategi serangan bermakna anda aktifkan diri untuk mencari jalan keluar dengan melakukan perniagaan.

Antara perniagaan yang membawa pulangan yang tinggi pada kos yang rendah adalah?

 

Baca juga :

Cara Buat Duit dengan Menulis