Fingo

Ayat Pickup Line Untuk Lelaki Cair

Kongsikan Sekarang

Ayat Pickup Line Untuk Lelaki Cair

Disebabkan ramai yang mencari ayat pickup line untuk lelaki, so saya buat artikel ini. Bukan lelaki saja nak tackle perempuan dengan ayat pickup line ni, tapi perempuan pun nak juga cuba.

Baca juga: Ayat Power Pickup Line

Baca Juga Panduan Memikat Lelaki

Mungkin mereka saja nak seronok-seronok dan menguatkan lagi hubungan, tak gitu!

Selalu saya tengok untuk pikat perempuan je, pening juga la nak cari atau buat sendiri ayat pickup line untuk buat lelaki cair ni, al maklum la saya ni lelaki dan tak berapa kreatif sangat bab mengayat ni, hahaha. So, pickup line ni saya kutip dari twitter dan telegram.

Ayat Pickup Line Untuk Lelaki Cair

Ok kat bawah ni saya share ayat pickup line buat lelaki atau bakal boyfriend korang bertambah cair, korang pilih la yang mana berkenan. Kadang-kadang bila baca tu dia datang sendiri idea nak buat ayat, so jadikan bacaan ni sumber idea untuk korang ok. Jom kita lihat.

 

Awak tak payah lah nak cakap i love you ke i miss you ke sebab saya dah boring dengar semua tu

Habistu awak nak saya cakap apa?

Satu je saya nak dengar ” Saya terima nikahnya”.

 

Awak ada pensil tak

Ada nak buat apa?

Saya nak lukis wajah hakim rayyan

Ehh, sapa hakim rayyan tu

Bakal anak kita nanti ahhh.

Awak nampak barang saya tak.

Barang apa?

Barangkali ku mencintaimu.

 

Awak ada surat khabar tak?

Ada, nak buat apa?

Nak cari jawatan kosong untuk menjaga hati awak.

 

Awak ni doktor ke?

Ye kenapa

Sebab saya nak mintak tolong awak checkkan hati saya. sebab hati saya berdebar bila jumpa awak.

 

Hai nama awak adam ke?

Oh hai. iya saya adam kenapa ye.

Saya dah lama cari awak

Carik saya, kenapa ye?

Nama saya hawa, erm kalau awak adam, sayalah hawanya ehh.

 

Kenapa awak tak call nak datang rumah

Dah call pun

Mana takde pun misscall dekat handphone ni

Dah call dalam hati awak, tak kan tak dengar, cia cia cia

 

Maaf bang, tumpang tanya, abang orang sini ke?

Ye saya, kenapa ye

Saya dari tadi cari jalan tak jumpa

Oh ye ke, awak nak ke mana?

Nak ke hati abang la.

 

Boleh tolong tak?

Tolong apa.

Tolong pura-pura jadi BF saya.

Sampai bila?

Sampai awak lupa yang kita hanya pura-pura.

 

Awak jangan la senyum macam tu

Eh kenapa plak?

Saya takut nanti senyum awak tu melekat dihati saya.

 

Awak ada facebook tak?

Takde

Twitter, Istagram ke?

Takde juga

Habis apa yang awak ada?

Saya hanya ada awak dalam hati saya

 

Baca Juga Panduan Memikat Lelaki

 

Malam Tadi Saya Mimpi Hantu
Awak Malam tadi kan saya mimpi hantu..seram sejuk badan saya dibuatnya
Oh awak bertenang je, saya kan selalu berada di hati awak

Sejak Kenal Awak Saya Cuma Tahu Satu Musim
Kenapa ye sejak kenal awak ni saya cuma tahu musim di dunia ni hanya satu
Musim Apa?
Musim rindukan awak

Ibarat Kucing Dan Tikus
Kalau saya jadi kucing saya harap biarlah awak jadi tikusnya
Eh Kenapa?
Sebab bila saya dapat tangkap cinta wak mesti susah untuk saya lepaskannya!

Sejak Kenal Awak Saya Jadi Rajin Belajar
Awak tau tak sejak kenal awak ni saya jadi rajin belajar.
Belajar apa?
Belajar menjadi yang terbaik buat awak

Cuba Tengok Botol Besar tu
Cuba tengok botol besar yang kosong tu
ok, kenapa?
walaupun botol tu besar tapi dia tak mampu untuk mengisi rasa cintaku kepadamu

Nak Mintak Izin satu Perkara
Awak saya nak mintak izin satu perkara je boleh tak?
Izin Apa?
Izinkan aku mencintai kamu

Awak Ni Anak Pertama ye
Awak Ni Anak Pertama Ye?
Eh..Bukan Lah
Tapi Kenapa ya Saya rasa saya sedang jatuh cinta pada pandangan pertama

Awak Ni Anak Kedua Ye
Awak ni anak kedua ye?
Eh mana tau?
Tak kisah la anak kedua ketiga keempat yang penting awak tetap yang pertama buat saya

Eh Kenapa Duduk Situ
Eh, Kenapa duduk kat situ?
Dah tu, Duduk kat mana?
Duduk di Pelamin menjadi pasangan aku

Cuba Awak Tengok Air Pancut
Cuba awak tengok air pancut tu tinggi kan?
Yup tinggi la jugak
Tapi tidak setinggi pancutan cintaku padamu

Apa Beza Awak Dengan Bantal
Nak tau tak apa beza awak dengan bantal?
Apa bezanya?
Bantal untuk dipeluk tapi awak untuk dicintai

Tadi baru Beli Jam
Tadi aku baru je beli jam, tau tak jam ni aku nak guna untuk apa
untuk Apa?
Untuk aku mengira setiap detik-Detik cintaku padamu

Beza Awak Dengan Bunga
apa beza u dengan bunga?
tak tahu
Bunga hanya menghiasi halaman rumah..tapi u menghiasi hati i

Mak Ayah Tak Cari Ke
Mak ayah awak takde cari awak ke?
Eh kenapa?
Sebab awak setiap malam hadir dalam mimpi saya

Nak Mintak Tolong Boleh?
Weh nak mintak tolong boleh?
Tolong apa?
Tolong pulangkan balik hati aku yang kau dah curi

Saya Ada Banyak Sijil Kat Rumah
Awak saya ada banyak sijil kat rumah tau, cuma satu je beluma da lagi,
Sijil apa?
Sijil nikah kita lah

Warna Kegemaran Awak
Apa warna kegemaran awak ek?
Tak perlu nak ada warna kegemaran kot sebab saya rasa
awak dah cukup mewarnai hidup saya setiap masa

Kena Usaha dalam Masa Terdekat
Wehh Dalam masa terdekat ni saya memang kena usaha!
Usaha apa
Usaha dalam mendapatkan hati awak!

Lautan Samudera Dalam Tak?
Weh Lautan samudera dalam tak?
Mesti la dalam
Tapi Tidak Sedalam Cintaku Padamu..

Awak tau tak beza awak dgn internet?
Internet 4G awak 4 me …🤣🤣

 

“Lepas ni awak kena jumpa saya lebih kerap lagi.”
“Kenapa?”
“Sebabnya saya dah tak larat nak tanggung rindu! Sakit tau tanggung rindu ni…”

“Awak… awak boleh tolong saya tak?”
“Tolong apa?”
“Awak tolong ucap terima kasih pada mak ayah awak sebab dah hadiahkan seorang lelaki yang
paling baik untuk saya.”

“Awak nak tahu kenapa duit kertas ni ada gambar agong?”
“Kenapa?”
“Sebab kalau ada gambar awak kat sini dah tentu saya sayang nak guna buat belanja.”

“Terima kasih untuk bunga ni. Bunga ni memang wangi… tapi tak sewangi bunga yang lagi satu.”
“Bunga apa yang lagi wangi tu?”
“Bunga bunga cinta dari awak pada saya”

“Saya tak sangka awak ni pencuri!!”
“Taklah… saya takde curi apa pun.”
“Ada! Awak dah curi hati saya”

“Alamak… saya lupalah!!”
“Lupa apa?”
“Saya lupa nak bawa kunci ke pintu hati saya untuk serah pada awak. Takpe esok saya bagi ye.”

“Maaah kalau awak tak suka… tapi kereta ni je saya mampu beli”
“Sebab itulah saya tak suka! Kan lagi baik awak guna duit beli kereta ni untuk buat belanja masuk
minang saya

“Awak, raya ke dua nanti jangan lupa datang beraya rumah saya ya.”
“InshaAllah… takde apa aral saya sampai.”
“Jangan lupa pakai baju warna biru tau….”
“Kenapa mesti pakai baju biru?”
“Sebab mudah nak matching dengan warna baju saya.. barulah kita betul-betul nampak macam
loving couple”

“Awak.. awak.. lekas lekas call polis!!!”
“Haaa.. call polis? Nak buat apa?”
“Untuk minta polis tangkap awak sebab hari ni awak dah benar-benar berjaya bawa lari hati saya.”

 

Baca juga

Ayat-Ayat Pujuk Perempuan Merajuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fingo