Apa Itu JPJeBid?

Kongsikan Sekarang

Apa Itu JPJeBid?

Apa Itu JPJeBid?

 

JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia telah memutuskan pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid ) dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan dilaksanakan pada 15 April 2019.

Pelaksanaan JPJeBid dijalankan secara perluasan skop sistem mySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran.

Proses-proses di dalam JPJeBid meliputi proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran dan juga ketetapan aplikasi dan akaun. Semua proses ini perlu dilakukan secara kendiri oleh pembida terlibat dan akan dikawal selia oleh pihak JPJ.

Proses-proses di dalam JPJeBid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat, mesra pengguna dengan menawarkan elemen-elemen yang berteraskan User Experience (UX) yang ringkas, meningkatkan kecekapan proses bidaan secara manual kepada secara dalam talian, persekitaran keselamatan sistem yang terjamin dan kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time dimana-mana sahaja tanpa mengira masa.

Pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid ) merupakan langkah strategik JPJ yang wajar dilaksanakan dan memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara. Melalui pelaksanaan JPJeBid pengurusan nombor kenderaan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan hanya melalui sistem urusniaga dalam talian.

Baca juga Soalan Lazim JPJebid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *