Apa Itu ABMS? Anti-Bribery Managment System

Kongsikan Sekarang

Apa Itu ABMS? Anti-Bribery Managment System

 

MS ISO 37001:2016 ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (MS ISO 37001)

International Organization for Standardization (ISO) – iaitu badan penetapan standard antarabangsa – telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Project Committee ISO (PC 278) pada tahun 2013. Jawatankuasa tersebut yang dianggotai oleh pakar lebih daripada 50 buah negara dan organisasi antarabangsa termasuk Malaysia telah bekerjasama untuk membangunkan ISO37001 Anti-Bribery Management System. Project Committee ISO (PC 278) telah berbincang melalui beberapa siri mesyuarat yang telah diadakan di Spain (Madrid), France (Paris), USA (Miami), Malaysia (Kuala Lumpur) dan Mexico antara bulan Jun 2013 hingga Jun 2016. Seterusnya pada bulan Oktober 2016, ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ISO 37001) telah dilancarkan.

Pada bulan Disember 2016, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Standard Malaysia (JSM) – sebagai sebuah badan yang memberikan pengiktirafan standard di Malaysia – untuk menerima pakai (adopt) ISO 37001 di Malaysia. Pada bulan Oktober 2017, pelancarannya telah dilaksanakan dan kemudiannya dikenali sebagai MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (MS ISO 37001).

ISO 37001/ MS ISO 37001 ini adalah sistem kawalan dalaman sesebuah organisasi secara sukarela bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambahbaik langkah pengurusan anti-rasuah secara berkesan. Ia juga merupakan satu instrumen yang fleksibel dan dapat disesuaikan dengan risiko rasuah yang mungkin dihadapi oleh mana-mana organisasi.

Standard ini direka untuk membantu organisasi bagi membuktikan kepada pihak berkepentingan (stakeholders) bahawa mereka mempunyai amalan dan inisiatif anti-rasuah yang mencukupi dan dilaksanakan sebaiknya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah mengenai perkara ini, sila berhubung terus dengan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. PPj Siti Zakiah binti Che Man 03-8891 1331 zakiah
 2. PsK Yip Ai Tsin 03-8891 1345 msyip

 

POLISI LARANGAN BERI DAN TERIMA HADIAH SEKTOR AWAM

Polisi larangan memberi dan menerima hadiah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sesungguhnya terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan pada 14 November 2014, yang mana SURAT ARAHAN TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (PENGURUSAN DAN PROFESIONALISME) BIL. 1/14; LARANGAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH menjelaskan arahan bahawa satu keputusan telah dibuat oleh Mesyuarat Pengarah-pengarah Bahagian SPRM pada bulan Oktober 2014, bahawa:

“Pegawai-pegawai kanan SPRM yang seringkali menerima pelawaan untuk merasmikan seminar, bengkel, pameran dan sebagainya, selalunya diberikan cenderahati oleh pihak penganjur sebagai tanda penghargaan.”

 

Pegawai awam tidak boleh memberi atau menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun jika ia ada hubungan dengan tugas rasminya (Rujuk Para 5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998) dan/atau bentuk, jumlah atau nilai hadiah tersebut tidak sepadan dengan niat hadiah tersebut.

Merujuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan 8 (1), pegawai awam tidak boleh menerima atau memberi atau melalui pihak lain yang ada kaitan tugas rasminya. Walau bagaimanapun dalam keadaan yang sukar ditolak, dan merasa ragu-ragu maka dengan seberapa segera melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatannya untuk kebenaran. (Rujuk Para 9 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998)

Soalan lazim berkaitan dengan pemberian dan penerimaan hadiah

 

 

POLISI LARANGAN BERI DAN TERIMA HADIAH SEKTOR SWASTA

Sekarang semakin bertambah organisasi yang mula mendokong polisi larangan memberi dan menerima hadiah. Antara syarikat korporat yang telah melaksanakan polisi ini adalah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *