Blog

7 Kebaikan Vitamin C Untuk Kesihatan Kita

By Jack

June 12, 2019

7 Kebaikan Vitamin C Untuk Kesihatan Kita

 

7 Kebaikan Vitamin C

 

Apakah itu vitamin C?

Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik vitamin C:

  1. Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
  2. Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

 

7 Kebaikan Vitamin C

1.Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah.

2. Vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

3.Menguatkan Pertahanan Semula Jadi Manusia.

4.Menurunkan paras kolesterol dalam badan

5.menurunkan paras urik asid dalam badan (boleh menyebabkan gout)

6.membantu penyerapan zat besi

7.meransang sistem immunisasi

8.membantu untuk mencantikan kulit.

 

Faedah Kesihatan

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa vitamin C mungkin berkesan untuk:

  1. Selesema. Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti bahawa vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selesema tidak mempunyai kesan yang sama.
  2. Kanser. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak membawa manfaat ini.
  3. Masalah penglihatan golongan tua (Age – related macular degeneration; AMD). Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut di atas.

 

oleh yang demikian Anda boleh  mencari  Produk Makanan Tambahan Vitamin C seperti viatamin c shaklee, blackmores dan banyak lagi.

 

baca juga Kebaikan Berocca