6 Sebab Mengapa Video Memberi Impak Dalam Bisnes Anda

Kongsikan Sekarang

6 SEBAB MENGAPA VIDEO MEMBERI IMPAK DALAM BISNES ANDA

“Video marketing ialah salah satu cara pengiklanan yang terbukti berkesan dalam mempromosikan produk anda di sosial media, berikut adalah serba sedikit dengan penggunaan video mampu memberi impak kepada bisnes anda :

1. Video menarik minat pembeli yang malas membaca
👉🏼 Video adalah sebuah cara berinteraksi dengan pelanggan anda, dengan penggunaan video prospek anda tidak perlu penat membaca, dengan menonton video anda sahaja mereka sudah boleh mengetahui tentang produk anda

2. Penerangan anda disingkatkan dalam video
👉🏼Prospek tidak perlu membaca dengan lama malah menonton video juga boleh dilakukan dalam apa jua keadaan, hal ini menyebabkan mesej anda lebih mudah diterjemah dan prospek anda tidak perlu berimiginasi mengenai copywriting anda

3. Video lebih menonjol kepada pengguna telefon bimbit
👉🏼 Salah satu point yang tidak dapat diendahkan iaitu penggunaan video lebih menarik minat prospek untuk berhenti scroll dan melihat content anda berbanding karangan dan gambar, jangan sia-siakan 5saat pertama video anda, tarik minat prospek dengan mesej yang menonjol

4. Pengiklanan lebih murah menggunakan video
👉🏼 Kurang orang bahawasanya penggunaan video sebagai iklan lebih murah berbanding gambar dan copywriting, baik di social media seperti FB dan IG, malah iklan berbentuk video di youtube juga ternyata lebih murah berbanding format lain

5. Video membina trust
👉🏼 Dengan penggunaan video ia secara tak langsung memberi lebih kepercayaan kepada prospek, seperti contoh prospek lebih percaya jika dapat melihat video testimoni keadaan kulit sekarang pengguna produk kecantikan berbanding hanya gambar. ini kerana jika penggunaan gambar sahaja mereka boleh beranggapan bahawa gambar diedit manakala video tidak

6. Ia memberi satu langkah lebih berbanding pesaing anda
👉🏼 Ramai orang tahu bahawa kos pembikinan sesebuah video tidaklah mudah, dengan adanya video yang canggih dan menonjol ini secara tidak langsung memberi tanggapan bahawa produk anda lebih canggih dan maju berbanding owner produk yang hanya menggunakan gambar dan copywriting sebagai medium memperkenalkan produk mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *