4 Cara Hilangkan Batuk Berkahak

Kongsikan Sekarang

4 Cara Hilangkan Batuk Berkahak

Cara Hilangkan Batuk Berkahak

Terdapat beberapa petua yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur termasuklah bayi untuk menghilangkan atau mencairkan kahak seperti:

1) Udara lembap
Melembapkan udara di sekitar anda dapat membantu untuk mencairkan kahak. Anda mungkin pernah mendengar bahawa rawatan stim boleh mencairkann kahak. Selain dari stim, anda boleh menggunakan ‘humidifier’ atau pelembap udara . Anda boleh memakai ‘humidifier’ dengan selamat sepanjang hari. Anda hanya perlu memastikan bahawa air ditukar setiap hari dan bersihkan ‘humidifier’ anda mengikut arahan pengeluar produk.

2) Kekalkan tahap hidrasi
Minum air secukupnya, terutamanya air suam. Ia boleh membantu mencairkan kahak. Cubalah minum jus atau makan sup ayam. Pilihan air yang baik termasuklah teh tanpa kafein dan jus buah suam atau air lemon.

3) Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan
Cuba ambil makanan dan minuman yang mengandungi limau, halia, dan bawang putih.
Terdapat beberapa bukti saintifik bahawa makanan dan suplemen berikut boleh menghalang atau merawat masalah pernafasan akibat jangkitan virus:
akar licorice
ginseng
beri
Echinacea
delima
teh jambu
zat besi

4) Berkumur dengan air garam
Ia boleh membantu mencairkan kahak yang melekat pada belakang tekak. Ia juga boleh membunuh kuman dan melegakan sakit tekak
Hirup sedikit campuran garam dan air kemudian condongkan kepala sedikit ke belakang.

Apakah ubatan yang efektif
Terdapat juga beberapa ubat-ubatan yang boleh anda gunakan, seperti:

A) Dekongestan
Mengurangkan lendir yang mengalir dari hidung anda. Lendir ini bukannya kahak, tetapi ia boleh menyebabkan kesesakan dada. Dekongestan berfungsi dengan mengurangkan bengkak pada hidung dan membuka saluran udara anda. Anda boleh dapatkan dekongestan oral dalam bentuk:

tablet atau kapsul
cecair atau syrup
serbuk berperisa
semburan hidung dekongestan
B) Expectorant
Anda boleh mencuba produk seperti guaifenesin (Mucinex) yang mencairkan kahak dan jenis ubat ini dipanggil ‘expectorant’, yang bermaksud ia membantu untuk mengeluarkan kahak dengan menipiskan dan melonggarkannya. Terdapat versi kanak-kanak untuk yang berusia 4 tahun ke atas.

C) Ubat sapuan
Ubat sapuan, seperti Vicks VapoRub, mengandungi minyak kayu putih untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. Anda boleh menggosoknya pada dada dan leher tiga kali sehari.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital.

 

Baca Juga : 6 Cara Hilangkan Rasa Mengantuk

Baca Penuh di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *