12 Kesalahan Interview Yang Selalu Berlaku, Berdasarkan Pengalaman Panel Temuduga

Kongsikan Sekarang

12 Kesalahan Interview Yang Selalu Berlaku, Berdasarkan Pengalaman Panel Temuduga

 

#KESALAHAN INTERVIEW 1: DATANG LAMBAT
“ Jika ada calon yang terlewat untuk menghadiri temuduga, saya tidak akan interview mereka, melainkan ada alasan yang kukuh dan munasabah atau menghubungi pihak penemuduga terlebih dahulu”.

#KESALAHAN 2: TAK BERMINAT
“ Saya pernah menemuduga seorang gadis sebelum ini untuk kerja part-time. Dia keluarkan handphonenya sambil complain yang interviewnya sangat lama.”

#KESALAHAN 3: TIDAK MENGIKUT ARAHAN
“Saya letakkan iklan kerja kosong di job posting site, dan pada ayat terakhir iklan tersebut saya nyatakan; sila hantar resume dan cover letter anda dalam PDF.”

“Saya mendapat beratus permohonan. Mau tahu berapa permohonan yang hantar resume dan cover letter dalam PDF? Hanya 20 orang. Patutlah saya hairan kenapa saya susah dapat dapat kerja selepas habis belajar dulu.”

#KESALAHAN 4: JANGAN GAMBARKAN DIRI SEBAGAI SEORANG MEMPUNYAI BAD ATTITUDE
“Saya pernah interview seorang calon, dan hampir kesemua jawapannya seolah-olah melawan authority.”

‘Boleh awak ceritakan pengalaman ketika awak diberikan tugasan yang banyak, dan bagaimana awak handle nya?’

‘Well, ada pernah sekali bos saya suruh saya berhenti tolong rakan sekerja yang lain sebelum siapkan kerja saya dahulu, dan saya beritahunya bahawa saya akan tolong kalau saya rasakan perlu dan bos saya tak sukakannya…..’

#KESALAHAN 5: JANGAN KELENTONG CV DAN GAGAL PULA UNTUK BACKUPNYA
“Jangan state yang kamu ada excellent communication skills,buat grammar errors dalam CV ditambah pula spelling mistake, dan masa interview, kurang responsive atau cakap tak berhenti.”

#KESALAHAN 6: GUNAKAN EMAIL YANG PROFESSIONAL ATAU PROPER
“Pernah ada seorang calon temuduga, datang dengan berpakaian t-shirt dan jeans yang kelihatan sangat tidak professional walaupun untuk jawatan pekedai. Apa yang lagi teruk ialah email address nya …DANKWAGON420. Tak perlu ditanya samada dia di hired atau tidak.”

#KESALAHAN 7: JANGAN BERPURA JADI PERFECT
“Bersikap seperti kamu seorang yang tidak pernah mempunyai sebarang masalah. Jika saya tanya kamu bagaimana caranya kamu akan selesaikan masalah dan kamu jawab bahawa kamu tidak akan pernah membuat masalah, saya akan beranggapan yang kamu adalah seorang pembohong.”

#KESALAHAN 8: TIADA SOALAN
“Bila tiada research dibuat tentang jawatan yang dipohon/jabatan atau soalan mengenai position yang ditawarkan.”

“Cubalah tanya seperti ‘Saya ada membuat research mengenai position dan/atau jabatan….tugasan untuk pekerjaan ini/itu/lain……betulkah/begitukah?’

“Ianya menunjukkan yang kamu telah membuat research, seorang yang proactive dan dalam masa yang sama kamu akan lebih faham tentang scope position yang kamu masih kurang jelas.”

#KESALAHAN 9: BERPENAMPILAN SELEKEH
“Jaga penampilan sebaik mungkin untuk interview. Saya tidak maksudkan anda harus wajib bersut dan tie, namun saya pernah menolak untuk menemuduga seorang lelaki gara-gara penampilannya.”

“Dia bertanya kenapa, dan saya menjawab bahawa dia tidak bersedia untuk ditemuduga. Dia memakai cap dengan t-shirt terpampang perkataan ‘I Love Hot Moms’, berkasut dengan 2 warna yang berbeza tanpa shoe lace diikat, dan jeans yang lusuh sehingga menampakkan boxernya.”

#KESALAHAN 10: JANGAN TUKAR ATAU ELAK SOALAN
“Bila mereka cuba menukar soalan ‘apa kelemahan terbesar anda’ kepada peluang untuk memuji diri sendiri dengan memberikan jawapan seperti ‘saya adalah seorang perfectionist’ atau ‘saya seorang yang terlalu mementingkan kerja’.”

#KESALAHAN 11: JANGAN BIARKAN PERASAAN GEMENTAR DAN KALUT YANG MELAMPAU
“ Terdapat perbezaan diantara seseorang yang gementar semasa interview yang saya rasakan itu adalah sesuatu yang baik kerana menunjukkan anda betul-betul berminat terhadap position tersebut berbanding orang yang terlalu kalut.”

“ Saya lebih memilih untuk bekerja dengan orang yang lebih santai dan boleh terima teguran serta improve. Ianya sangat susah untuk bekerja dengan orang yang tidak mahu mendengar dan tergesa-gesa, deal dengan pekerja yang terlalu kalut dan tidak boleh menerima kritikan sangat memenatkan.”

#KESALAHAN 12: MEMBURUKKAN PEKERJAAN SEBELUM INI
“Bila calon terlalu complain tentang majikannya terdahulu, ianya mungkin menjadi masalah untuk saya sebagai majikan suatu hari nanti, dan saya tidak mahu mengambil pekerja sedemikian.”

 

baca juga Soalan Temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *