10 Perkara Asas Untuk Menghasilkan Perniagaan Affiliate Yang Menguntungkan
10 perkara asas untuk menghasilkan perniagaan affiliate yang menguntungkan.
Berikut adalah 10 perkara asas yang boleh anda amalkan untuk membentuk perniagaan affiliate yang menguntungkan.
Memilih satu niche.
Jangan pilih satu produk tetapi pilih satu niche. Dalam banyak-banyak niche yang ada di pasaran, anda pilih satu niche yang lekat di jiwa anda. Rezeki tidak hanya ada pada niche make money online sahaja kerana terdapat banyak lagi niche yang boleh memberi keuntungan kepada anda seperti niche keluarga, niche pendidikan seks dan niche perkahwinan.
Kunci di sini adalah anda memilih hanya satu niche bagi permulaan perniagaan anda supaya anda boleh fokus dengan segala kaedah pemasaran yang ada.
Mencari produk affiliate yang bermutu tinggi.
Untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu memilih dan mempromosi produk yang berkualiti tinggi. Produk yang berkesan dan berkualiti tinggi akan memberi tanggapan yang baik pada para pelanggan. Jadi, potensi untuk anda menghasilkan jualan adalah tinggi. Jangan tersilap langkah dan memilih produk yang menipu.
Bina website bagi setiap niche.
Jangan campur berbagai niche dalam satu blog atau website. Jika anda serius untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan affiliate, anda perlu bina website khas bagi setiap niche yang anda promosikan. Dari sini, anda boleh fokus untuk menjadikan website anda itu one stop point bagi mereka yang mencari yang mencari produk mengenai niche yang anda pilih itu.
Sediakan bajet yang mencukupi atau promosi mengikut bajet anda.
Bagi mereka yang ada modal yang banyak, mereka mungkin boleh melakukan promosi melalui pay per click. Manakala bagi mereka yang tiada modal yang banyak mereka boleh tumpukan pada pemasaran percuma seperti pemasaran laman sosial, pemasaran artikel atau SEO. Kawal bajet anda supaya anda tidak membelanjakannya terlalu berlebihan.
Bagi setiap website atau niche, anda peruntukkan bajet tertentu dan apabila sudah memperoleh untung, anda boleh labur semula untuk website tersebut bagi memperoleh ketuntungan yang lebih besar.
Sentiasa menarik terus pelanggan ke website anda.
Terdapat berbagai cara untuk menarik trafik terus ke website anda, antaranya adalah melalui pay per click, pemasaran artikel, SEO, press release dan bermacam-macam lagi. Konsep promosi anda adalah menarik pelanggan ke website anda.
Meletakkan link affiliate di dalam setiap post blog anda.
Jika anda ingin menjadi usahawan berjaya, jadilah seorang usahawan. Seorang usahawan sentiasa tidak melupakan aktiviti promosi walaupun mereka sedang tidur. Tinggalkan link affiliate di mana sahaja anda boleh tinggalkan jejak seperti di forum-forum, iklan direktori, blog comment dan lain – lain website.
Beri produk percuma untuk mengumpul senarai emel.
Setiap super affiliate pasti akan mengutamakan pengumpulan senarai emel. Ini kerana pemasaran emel adalah pemasaran yang paling santai sekali. Anda perlu ada senarai emel jika ingin bersaing dengan para otai.
Jadikan diri tempat pertanyaan
Jika ada pelanggan atau pelawat website yang mempunyai masalah, jadikan diri anda tempat mereka mengadu. Sediakan sistem support di website anda supaya mereka senang untuk hubungi anda nanti. Di dalam pemasaran affiliate, jangan sesekali anda mengurangkan jumlah potensi pembeli. Mewujudkan sistem support boleh merancakkan jualan anda.
Cuba menghasilkan pendapatan pasif
Affiliate bagi produk yang melibatkan bayaran bulanan boleh memberi pendapatan pasif pada anda. Jika anda cukup yakin, anda patut cuba untuk mengutamakan produk yang anda bayaran bulanan. Pendapatan pasif adalah salah satu sumber pendapatan yang lumayan di internet. Contoh bagi pendapatan pasif adalah affiliate bagi autoresponder seperti aweber dan web hosting seperti hosgator.
Bekerja mengikut jadual.
Perkara asas yang kesepuluh adalah apa yang anda rancangkan, anda ikut. Jangan sesekali berhenti bekerja sekali anda tidak selesaikan sesuatu tugas. Ini kerana sifat menangguh-nangguhkan kerja boleh membantutkan aktiviti promosi anda.