Blog

Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Fasa 2

By Jack

January 20, 2021

Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Fasa 2

Tarikh Pembayaran BPN 2.0 Fasa 2

 

SOALAN LAZIM MENGENAI PEMBAYARAN FASA KEDUA DAN PERMOHONAN BAHARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 (BPN 2.0)

A. PEMBAYARAN FASA KEDUA BPN 2.0 1. Siapakah yang akan menerima bayaran Fasa Kedua BPN 2.0? Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 akan diterima oleh Penerima Fasa Pertama BPN 2.0 dan Permohonan Baharu / Kemas kini perubahan status perkahwinan BPN 2.0 yang berkelayakan dan menepati syarat ditetapkan. 2. Berapakah bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 yang akan diterima? Bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 yang akan diterima adalah seperti berikut: i. Permohonan sedia ada BPN 2020 (Penerima Fasa Pertama BPN 2.0)  Pembayaran Fasa Kedua Kategori Pendapatan Fasa Bayaran Bayaran Jumlah Fasa Pertama Bayaran Fasa Kedua Isi Rumah B40 RM4,000 ke bawah RM700 RM300 RM1,000 M40 RM4,001- RM8,000 RM400 RM200 RM600 Bujang B40 RM2,000 ke bawah RM350 RM150 RM500 M40 RM2,001- RM4,000 RM200 RM100 RM300 ii. Permohonan Baharu / kemas kini perubahan status perkahwinan BPN 2.0  Pembayaran penuh sekaligus Kategori Pendapatan Jumlah Isi Rumah B40 RM4,000 ke bawah RM1,000 M40 RM4,001-RM8,000 RM600 Bujang B40 RM2,000 ke bawah RM500 M40 RM2,001-RM4,000 RM300

2 3. Bilakah tarikh pembayaran Fasa Kedua BPN 2.0 akan dibuat? Pembayaran Fasa Kedua BPN 2.0 adalah seperti berikut: Kategori Tempoh dan Kaedah Bayaran B40 (Isi Rumah) B40 (Bujang) M40 (Isi rumah) M40 (Bujang) Ada Akaun Mulai 21 Januari 2021 (dikreditkan ke akaun yang didaftarkan pada permohonan BPN) Mulai 25 Januari 2021 (dikreditkan ke akaun yang didaftarkan pada permohonan BPN) Tiada Akaun Tuntutan tunai di Cawangan BSN mulai 25 Januari 2021

4. Bagaimanakah kaedah bayaran Fasa Kedua BPN 2.0 ini dilaksanakan? Pembayaran Fasa Kedua BPN 2.0 adalah seperti berikut: Bil. Perkara Kaedah Bayaran i. Penerima Fasa 1 BPN 2.0 Sama seperti kaedah pembayaran semasa Fasa Pertama BPN 2.0 ii. Permohonan baharu atau kemas kini perubahan status perkahwinan BPN 2.0 Berdasarkan maklumat yang dilaporkan semasa permohonan: Bil. Perkara Kaedah Bayaran a. Ada Akaun Bank  Berjaya kredit Kredit ke akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BPN  Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) Tuntutan Tunai di Cawangan BSN b. Tiada Akaun Bank Tuntutan Tunai di Cawangan BSN Nota: tuntutan tunai boleh dibuat di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan di portal rasmi BPN, https://bpn.hasil.gov.my

5. Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak yang tidak mendaftarkan maklumat akaun bank dalam permohonan BPN 2.0? Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibuat mulai Februari 2021 melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

3 6. Saya berstatus kahwin dan telah diluluskan bayaran tunai Fasa Pertama BPN 2.0. Semasa tempoh permohonan BPN 2.0, saya telah mengemaskini status perkahwinan daripada Kahwin kepada Ibu Bapa Tunggal. Walau bagaimanapun, semakan mendapati status BPN 2.0 saya tidak lulus. Adakah saya boleh membuat penunaian Fasa Pertama BPN 2.0 yang saya telah terima? Tuntutan bayaran Fasa Pertama BPN 2.0 boleh dibuat seperti berikut: Bil. Penerima Penunaian i. Pasangan Hanya pasangan sahaja yang layak untuk membuat Penunaian Fasa Pertama BPN 2.0 ii. Pemohon Anda boleh membuat penunaian Fasa Pertama BPN 2.0 Sekiranya pembayaran Fasa Pertama belum ditunaikan, penunaian boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) selewat-lewatnya pada 31 Januari 2021.

7. Akaun Bank yang saya laporkan semasa permohonan BPN 2.0 salah atau tidak aktif. Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank? Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah seperti jawapan bagi Soalan 4.

8. Bilakah tarikh akhir penunaian BPN 2.0 boleh dibuat di Kaunter BSN? Tarikh akhir penunaian BPN 2.0 di kaunter BSN adalah seperti berikut: Bil. Fasa Pembayaran Tarikh Akhir Penunaian i. Fasa Pertama 31 Januari 2021 ii. Fasa Kedua dan Bayaran penuh sekaligus 30 Jun 2021 Nota : Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. B. SEMAKAN STATUS

9. Bilakah dan bagaimanakah semakan status pembayaran BPN 2.0 boleh dibuat? Semakan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di Portal Rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my bagi semakan status berikut: i. Pembayaran Fasa kedua BPN 2.0; atau ii. Status Permohonan dan Pembayaran bagi Permohonan Baharu atau perubahan status perkahwinan

10. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan semasa log masuk Portal BPN dan gagal menjawab soalan keselamatan yang diminta? Pemohon perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan. Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03-89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

4 C. HAL-HAL LAIN 11. Saya adalah penerima Fasa 1 BPN 2.0 dengan status kahwin. Semakan telah dibuat dan didapati permohonan BPN 2.0 saya berstatus tidak lulus serta status perkahwinan juga telah berubah kepada Ibu Bapa Tunggal walaupun saya tidak membuat kemas kini permohonan? Tindakan kemas kini permohonan akan dibuat berdasarkan permohonan dan dokumen sokongan yang diterima daripada bekas pasangan anda. Semakan semula kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan status perkahwinan terkini anda.

12. Saya berstatus bujang tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal. Berapakah kelayakan BPN saya? Jika anda berstatus bujang dan tiada sumber pendapatan penggajian tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal sahaja, kelayakan BPN anda adalah sebanyak RM300.

13. Semakan mendapati saya telah lulus BPN 2.0 tetapi bayaran dibuat kepada bekas pasangan saya. Adakah saya boleh membuat tuntutan BPN 2.0 berkenaan? Tuntutan BPN 2.0 hanya boleh dibuat oleh penerima BPN 2.0 sahaja.

Kemaskini: 13 Januari 2021