Sistem Ekonomi Tradisional di Vietnam dan Indonesia

Kongsikan Sekarang

Sistem Ekonomi Tradisional di Vietnam dan Indonesia

Sistem Ekonomi Tradisional di Vietnam dan Indonesia

 

1.3 Sistem Ekonomi

1.3 Sistem Ekonomi

Soalan 115: Jelaskan konsep dan ciri-ciri ekonomi tradisional di Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19 M.

Pendahuluan

  • Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan sistem ekonomi sara diri yang menjadikan pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan di Vietnam dan Indonesia menunjukkan kebergantungan yang kuat antara pemerintah dan yang diperintah.
  • Bersifat kecil-kecilan dan hanya untuk menampung keperluan sekeluarga sahaja.

Isi-isi penting

Ciri-ciri ekonomi

Vietnam

  1. Menjalankan pertanian sara diri
  • Sara diri, hanya untuk menampung keperluan bekalan makanan keluarga mereka sahaja. Tanaman utama adalah sawah padi juga tanaman yang lain seperti ubi keledek, jagung, kekacang, dan buah-buahan.
  • Hasil yang lebih ditukar kepada barang keperluan yang lain.
  1. Teknologi pertanian yang lama digunakan
  • Petani bergantung kepada sistem parit dan tali air untuk mengawal banjir dari Sungai Song Koi dan lebihan air dari delta digunakan untuk mengairi kawasan kering. Sistem tali air membolehkan petani untuk menanam padi dua kali setahun di kawasan Delta Sungai Song Koi manakala keadaan berbeza di Delta Mekong  akibat taburan hujan yang kurang menyebabkan petani hanya menanam padi setahun sekali.
  • Teknik kawalan air dan penggunaan sistem roda yang dikendalikan oleh binatang yang diambil dari  China.
  1. Tanah dikuasai oleh Tuan Tanah yang kaya
  • Petani kekal miskin kerana Tuan Tanah MENGUASAI kegiatan pertanian dan hasil pertanian dikuasai oleh Tuan Tanah. Petani yang menyewa tanah ditindas oleh Tuan Tanah mereka.
  • Hasil pengeluaran setiap kampung terhad untuk keperluan sendiri. Selain aktiviti pertanian, penduduk mengusahakan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang.

Indonesia

  1. Bersifat sara diri
  • Kegiatan sara diri seperti pertanian, merupakan kegiatan utama di Indonesia. Selain itu, perikanan, memungut hasil hutan, berburu, perlombongan, dan perdagangan secara kecil-kecilan turut dijalankan. Terhad dan untuk keperluan keluarga sahaja.
  • Lebihan hasil akan ditukarkan untuk mendapatkan keperluan asas yang lain.
  1. Menggunakan peralatan yang mudah dan tradisional
  • Aktiviti sara diri hanya menggunakan peralatan tradisi seperti cangkul, bajak dan tenggala yang ditarik oleh kerbau atau lembu untuk membajak tanah. Hasil yang diperoleh amat sedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga.
  • Penanaman padi secara tradisional yang dijalankan Pulau Jawa (Karawang dan Cianjur), Bali, Madura, dan Sulawesi.
  1. Hasil hanya mencukupi untuk keperluan sendiri
  • Padi Bukit dan Padi Sawah ditanam secara kecil-kecilan. Tidak mendapat pulangan yang banyak kerana tidak menggalakkan kegiatan secara besar-besaran.
  • Penggunaan alat yang mudah dan ringkas seperti tajak, cangkul dan sebagainya.Buruh terdiri daripada ahli keluarga sahaja.

Penutup

  • Negara Vietnam dan Indonesia mempunyai sedikit persamaan.
  • Ekonomi sara diri hanya bersifat kecil-kecilan dan tidak menggalakkan aktiviti secara besar-besaran. Bersifat terbatas dan mempunyai terhad.

Soalan 116: Jelaskan ciri-ciri  ekonomi komersial di Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19

Pendahuluan

  • Ekonomi komersial mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Penglibatan masyarakat tempatan dalan kegiatan ekonomi bercorak komersial dikatakan telah pun bermula sejal abad ke-15, namun kegiatan ekonomi komersial sejak kemunculan Melaka sebagai pusat perdangan dan beberapa buah bandar pelabuhan yang lain.
  • Pelbagai jenis ekonomi komersial diperkenalkan seperti peneneman padi, kopi, dan buah pala, perlombongaan bijih timah dan arang batu serta aktiviti pembalakan dengan megetepikan tanaman tradisional seperti penanaman padi.

Isi-isi Penting:

Konsep Ekonomi Komersial

Isi-isi Penting:

Kegiatan Pertanian Dijalankan secara Besar-besaran.

  • Vietnam menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran terutama tanaman komersial seperrti padi dan getah. Dalam penanaman padi, Vietnam menghasilkan ¼ daripada pengeluaran beras dunia.
  • Kawasan penanaman padi yang utama di kawasan Delta Sungai Merah (song-koi) dan Delta Mekong di selatan. Dalam pengeluaran getah pula, Vietnam merupakan pengeluran ketiga terbesar getah dunia.

Sistem Pengairan yang Baik

  • Kegiatan penanaman padi secara komersial dapat dilaksanakan kerana wujudnya sistem pengairan yang baik. Petani menggunakan teknologi pengairan yang dibawa oleh orang cina ke vietnam. Selain itu, sistem kawalan air yang baik melalui pembinaan benteng. Sistem ini telah berjaya menghalang limpahan air hujan dari sungai song-koi ke kawasan pertanian.
  • Oleh itu, kegiatan penanaman dapat dijalankan secara meluas seperti di wilayah Tonkin dan Annam. Penanaman padi dua kali setahun juga dapat dijalankan dengan adanya pengaiaran yang baik. Contahnya seperti di wilayah Tonkin.

Pelabuhan Modal yang Banyak.

  • Kegiatan pertanian secara komersial dibantu oleh keupayaan modal yang banyak. Saudagar Cina dan Eropah menguasai kegiatan mengeksoprt beras kerana golongan ini menguasai sebahagian besar tanah untuk diusahakan secara ladang.
  • Petani Vietnam yang berkerja untuk golongan ini di sawah akan menanam jagung dan ubi kayu sebagai tanaman makanan secara bergilir.

Ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia

Menanam Tanaman Eksport.

  • Bermula apabila Belanda memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa pada tahun 1830. Petani dipaksa menamansebahagian daripada tanahnya dengan tanaman eksport atas arahan kerajaan dan memperolehi pendapatan daripada cukai tanah.
  • Hasil tanaman eksport dikumpul dan diuruskan oleh pedagang-pedagang Belanda menggunakan kapal milik Belanda dan dijual di pelabuhan-pelabuhan Belanda.

Pengenalan Sisten Ekonomi Wang

  • Pengenalan sisten ekonomi wang berlaku terutama kesan daripada perkembangan industri gula di indonesia. Ini menggalakkan pelabur asing untuk membuka ladang bagi manaman tanaman eksport
  • Penggunaan wang sebagai upah kepada petani dan buruh yang bekerja oleh penguasa ladang atau kilang telah menggalakkan perkembangan ekonomi kemersial di indonesia.

Penguasaan Ekonomi oleh Penguasa Cina dan Eropah.

  • Belanda membuat perjanjian kepada penguasa Cina dan Eropah untuk memungut hasil tanaman bagi pihak Belanga dengan harga yang telah ditetapkan. Belanda telah memonopoli tanaman kopi apabila mewajibkan semua hasil kopi dijual pada Belanda dengan kadar yang telah ditetapkan.
  • Undang-undang Pertanian De waal telah diperkenalkan bagi membolehkan pemodal dan pengusaha swasta bebas menyewa tanah daripada penduduk tempatan mengikut perjanjian jangka pendek dengan syarat-syarat tertentu.

Pengenalan Ekonomi Pasaran Bebas atau Laissez-faire

  • Pengenalan ekonomi pasaran bebas atau laissez-faire telah meggalakkan kemasukan pelabur Barat ke Indonesia dengan membuka kilang dan ladang bagi tujuan komersial tanpa campur tangan daripada kerajaan Belanda.
  • Belanda  mendapatkan hasil daripada cukai dan duti eksport yang dikenakan laissez-faire telah menyebabkan penguasaan syarikat-syarikat Belanda di indonesia.

Penutup;

  • Corak ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan sistem ekonomi sara diri yang menjadi pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem ekonomi komersial di vietnam dan Indonesia menentukan kejayaan rakyat dalam aspek ekonomi.

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version