Sistem Ekonomi STPM Sejarah Semester 3
Sistem Ekonomi STPM Sejarah Semester 3
1.4 Sistem Ekonomi
1.4 Sistem Ekonomi
Pendahuluan:
- Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai “Suvarnabhumi” yang bermaksud “bumi emas.” Ini kerana, hasil bumi Tanah Melayu kaya dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak.
- Kedudukan Tanah Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan tumpuan kepada kegiatan perdagangan. Ini membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi.
Isi-isi penting:
Konsep ekonomi tradisional
- Ekonomi tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga. Kegiatan ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan kegiatan asas dan kegiatan utama bagi masyarakat pada masa itu.
- Tiada pengkhususan dalam pekerjaan ; masyarakat boleh melakukan pelbagai pekerjaan pada masa yang sama seperti petani, nelayan, penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur.
- Peralatan tradisional digunakan untuk mengerjakan suatu pekerjaan. Misalnya, bubu, tangguk, lukah, serkap dan jala khusus digunakan bagi menangkap ikan.
- Berskala kecil. Tidak menghasilkan sesuatu keperluan untuk orang lain, hanya apabila adanya lebihan, barulah ada aktiviti penjualan.
Ciri-ciri ekonomi tradisional
1) Tiada Pengkhususan Pekerjaan
- Melakukan pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. Pekerjaan juga melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua.
- Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan, menganyam tikar, dan memungut rotan.
2) Kegiatan Ekonomi Berkait Rapat Dengan Kawasan Penempatan
- Tertumpu di kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika kawasan penempatan berhampian laut, maka kegiatan utama masyarakat cenderung kepada aktiviti perikanan.
- Pertanian pula, lebih dekat dengan masyarakat yang tinggal di pedalaman kerana kekayaan hasil bumi seperti rotan, buluh, damar, kabung, mengkuang, pinang dan akar-akar kayu.
3) Tiada Peralatan Moden
- Hanya menggunakan peralatan tradisional dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan.
- Alatan tradisional tersebut biasanya dibuat sendiri oleh seseorang pekerja. Misalnya, bubu yang diperbuat dari rotan kemudian dijadikan satu alat untuk menangkap ikan.
4) Amalan Bergotong-royong
- Amalan gotong-royong seperti berderau menjadi satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat tempatan. Berderau adalah amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta mempercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat.
- Amalan seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan menuai padi sawah.
5) Tiada Lebihan Hasil
- Dalam ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya.
- Masyarakat tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan lebihan penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor, iaitu: Masalah tenaga buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya kepada tenaga keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah dan sawah, Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu hanya mula digunakan dalam kerja-kerja membajak pada suku akhir abad ke-19, iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan., Petani terpaksa menanggung beban kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan dan Petani di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil mereka kepada golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepada golongan pemerintah akan ditambah.
Penutup:
- Kesimpulannya, ekonomi tradisional Melayu adalah lebih kepada kegiatan secara kecil-kecilan, belum terdedah kepada aktiviti penjualan langsung. Masyarakat petani pada masa itu, percaya sekiranya mereka mahu menambahkan harta dengan aktiviti ekonomi yang lebih besar, ini bermakna mereka perlu menyerahkan kepada pembesar dalam bentuk cukai yang juga lebih tinggi.
- Oleh sebab itu, pengumpulan kekayaan lebih tertumpu kepada golongan pemerintah dan bukannya dalam kalangan petani itu sendiri.
Pengenalan
- Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan.
- Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem ekonomi separa diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial dijalankan di Johor dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan.
Isi-isi Penting:
- Ekonomi sara diri
- Bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor iaitu; Alat-alat tradisional digunakan seperti parang, cangkul, tenggala, Saiz tanah kecil dan tenaga buruh tidak mahir
- Hasil pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja. Antara kegiatan yang dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi sawah di Kedah, Kelantan dan Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh orang Asli. Tanaman sampingan seperti pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh yang ditanam di sekeliling. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu, kambing, kerbau untuk bekalan makanan dan bekerja di sawah. Meramu seperti mengumpul damar, rotan, buluh , ubat-ubatan. Menangkap ikan air tawar dan air masin.
- Ekonomi Separa Sara Diri
- Terdapat di Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain contohnya Pulau Pinang.
- Tanah dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah tersebut.
- Pertanian Komersial
- Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja ladang gambir dan lada hitam. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan melalui Singapura.
- Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh pedagang Eropah.
- Perlombongan
- Diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh Cina seperti di Taiping, Larut, dan Sungai Ujong.
- Terdapat perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah contohnya Ngah Ibrahim dengan ketua kongsi gelap Perak.
- Perdagangan Antarabangsa
- Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas tahun 1820an. Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem ekonomi kapitalis.
- Juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.
Kesimpulan
- Ini membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan ekonomi sara diri sahaja. Kesan daripada perkembangan ekonomi telah menghapuskan sistem barter dan digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan sistem sukatan barangan bertujuan untuk memudahkan sistem perdagangan. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.
- Sistem ekonomi sara masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai,iaitu sara diri,separa sara diri,ekonomi komersial,dan perdagangan. Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu,sistem ekonomi separa sara diri dijalankan di Kedah dan Perlis,kegiatan pertanian komersial dijalankan di Johor,Singapura,Pulau Pinang,dan Melaka serta aktiviti perdagangan.
- Sebahagian besar daripada masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk sara diri.Sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja.Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran,hasil tersebut akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain.
- Alat-alat tradisional yang digunakan untuk bertani.
- Alat-alat tradisional seperti cangkul,parang,dan tenggala serta ketiadaan ternakan seperti lembu dan kerbau yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Kegiatan ekonomi tradisional dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian.
- Masyarakat tempatan pada masa ini tidak menggunakan teknologi moden. Alatan pertanian adalah mudah dan tradisional,iaitu penggunaan haiwan atau binatang dan manusia tanpa teknologi moden.
- Saiz tanah pertanian.
- Masyarakat melayu memiliki saiz tanah dalam ukuran yang kecil sahaja.Oleh sebab itu, masyarakat melayu tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian yang berlebihan hanya mampu untuk sistem sara diri dan memenuhi keperluan seharian mereka.
- Petani disesetengah neger diminta menyerahkan satu persepuluh daripada hasilmereka kepada golongna pembesar sebagai sememnuhi tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang dihasilkan adalah bertambah , maka sumbangan kepada golongan pemerintah juga terpaksa ditambah.
- Tenaga buruh tidak mahir.
- Masyarakat tempatan pada zaman dahulu tidak mempunyai tenaga buruh yang mahir. Mereka tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang khusus dalam satu-satu bidang pekerjaan sebagai contoh pertanian. Mereka hanyak mengusahakan tanah pertanian mereka secara tradisional tanpa menggunakan sebarang alat-alatan moden untuk meningkatkan mobiliti buruh.
- Penduduk terikat kepada sistem kerah.
- Petani terpaksa mematuhi perintah kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah.Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah,kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan.
Penutup
- Faktor-faktor yang berlaku menyebabkan petani dalam masyarakat melayu tradisi tidak berusaha untuk melebihi keupayaan sendiri. Mereka hanya mengusahakan tanaman yang dapat menampung keperluan diri dan keluarga sahaja.
- Secara umumnya,masyarakat melayu telah mengamalkan sistem ekonomi sara diri untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka sejak berabad lamanya dan dibahagikan kepada dua sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi tradisional dan sistem ekonomi kormesial.
Pendahuluan :
- Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini disebabkan golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab, dan kerajaan serantau.
- Bukti hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian perdagangan antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.
Isi-isi penting :
Konsep Ekonomi Komersial
- Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menjurus kepada lebihan pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan itu akan dieksport dan dijual kepada pedagang bagi mendapatkan keuntungan.
- Kegiatan menternak, memburu binatang, mengumpul hasil hutan, dan menanam padi yang dianggap sara diri sebenarnya menjurus ke arah ekonomi komersial. Kegiatan ekonomi komersial lebih tertumpu kepada kegiatan perdagangan dan perlombongan. Kegiatan ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan pemerintah iaitu raja dan pembesar.
Kegiatan Ekonomi kemersial Melayu
- Perdagangan
- Perdagangan dilakukan secara jual beli dan secara eksport. Pemodal terdiri daripada raja dan pembesar dan memonopoli kegiatan perdagangan. Rakyat menjalankan kegiatan perdagangan secara berjaja di pasar atau di luar kawasan. Mereka menjual barang seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, hasil kraf tangan dan sebagainya.
- Lokasi perdagangan di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai. Pelabuhan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang. Contohnya, pelabuhan Kedah, Klang dan Singapura.
- Penanaman lada hitam dan gambir
- Pemerintah Johor iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan sistem Kangcu pada tahun 1833 dan memajukan perdagangan lada hitam dan gambir. Beliau mengawal dan mengawasi penanaman lada hitam dan gambir melalui sistem kangcu. Melalui sistem ini, orang cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai surat sungai untuk menetap dan mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir di tebing sungai. Setiap Kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.
- Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan membawa kepada peningkatan eksport dan mendapat sambutan yang baik di pasaran singapura dan eropah.
- Pemungutan hasil hutan
- Catatan Munsyi Abdullah mengatakan bahawa terdapat orang Jakun yang mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, kayu wangi untuk diperdagangkan dengan orang melayu di Pahang pada tahun 1838. Pada tahun 1844, Bendahara Ali melantik seorang ketua orang Asli sebagai wakil di penempatan orang Asli di Pahang untuk mengawal kegiatan pemungutan hasil hutan.
- Di Johor, Temenggung Ibrahim memonopoli kawasan getah perca dengan bantuan orang melayu dan orang Asli, beliau Berjaya membawa bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke luar negara. Hasil hutan mendapat pasaran yang baik di China.
- Penanaman Padi
- Masyarakat peribumi mengusahakan penanaman padi secara tradisional tetapi telah menjurus ke arah tahap komersial apabila padi dieksport ke negeri lain. Padi dieksport ke negara jiran terutama dari kawasan yang subur. Kedah dan Kalantan menjadi pembekal padi utama. Kedah membekalkan padi ke Pulau Pinang manakala Kelantan pula ke Singapura.
- Begitu juga Selangor, Perak dan Terengganu. Pada abad ke-19, Selangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu mengimportnya lagi.
Penutup :
- Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan ekonomi masyarakat peribumi lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi tradisional tetapi terdapat juga kegiatan ekonomi komersial. Hal ini berlaku kerana sistem ekonomi masyarakat Melayu bersifat terbuka.
- Masyarakat peribumi sebelum kedatangan British bukannya masyarakat pertanian semata-mata. Terdapat bukti mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial melalui kegiatan jual beli dan kegiatan pengeksportan tanaman dan hasil galian.
Pendahuluan :
- Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini disebabkan golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab, dan kerajaan serantau.
- Bukti hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian perdagangan antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.
Isi-isi penting :
- Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi
- Pada zaman dahulu, antara barang berharga yang diterima sebagai wang dalam urusan jual beli ialah logam berharga daripada emas, perak, tembaga atau timah yang berbentuk ketul, keping atau dibentuk seperti binatang.
- Misalnya tampang buaya (berbentuk buaya kecil), bapa ayam (bentuk ayam jantan), jongkong tampang (bentuk empat segi) dan syiling yang mempunyai nama pemerintah.
- Urusan jual beli dijalankan di tempat yang tertentu
- Mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi bercorak komersial biasanya berniaga di pasar atau luar dari pelabuhan dengan menggunkan perahu atau kapal kecil.
- Tempat-tempat seperti kuala sungai sering menjadi tumpuan para pedagang kerana mempunyai pelabuhan yang dapat menjadi persinggahan kapal perdagangan daripada dunia luar.
- Melibatkan semua lapisan dalan masyarakat
- Kegiatan ekonomi bercorak komersial dijalankan oleh semua lapisan dalam masyarakat. Kegiatan ekonomi komersial bagi rakyat biasa dikenali sebagai berjaja dan mereka biasanya berniaga di pasar.
- Golongan pembesar juga terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial secara tidak langsung. Mereka hanya menjadi pemodal dengan melantik wakil-wakil tertentu untuk menjalankan dan menguruskan perniagaan mereka. Wakil-wakil ini yang dikenali sebagai kiwi terdiri daripada orang yang mahir dalam mengendalikan urusan perniagaan.
- Wujudnya aktiviti perdagangan dengan dunia luar
- Kegiatan ekonomi komersial telah mewujudkan aktiviti perdagangan dengan dunia luar yang giat dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan. Di tanah Melayu, terdapat empat buah pelabuhan utama yang menjadi pelabuhan persinggahan, iaitu Kedah, Melaka, Kelang, dan Johor Lama.
- Pelabuhan ini sering menjadi pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar-saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab dan China.
- Kemasukan pelabuhan Asing untuk tujuan eksport
- Selepas kemasukan penjajah British, ekonomi Tanah Melayu secara berunsur-unsur telah berubah daripada kegiatan pertanian tradisional kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial. Selain adanya modal tempatan yang dilaburkan oleh golongan pemerintah yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi, pihak British juga membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan ke dalam beberapa sektor penting seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.
- Ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah yang diusahakan para pemodal asing.
Penutup
- Ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Walaupun kegiatan ekonomi komersial telah wujud, tetapi bilangan penduduk tempatan yang melibatkan diri dalam kegiatan tersebut amat sedikit dan lebih tertumpu kepada golongan pembesar.
- Pada peringkat awal, kegiatan ekonomi bercorak komersial diusahakan melalui tanaman ladang untuk tujuan dagangan. Kegiatan ini mula diberi perhatian secara besar-besaran setelah perlombongan bijih timah dan perusahaan getah mendapat tempat dan berkembang pesat menjelang pertengahan abad ke-19.
Pengenalan
- Sistem residen yang diperkenalkan di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad 19 bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga melibatkan bidang ekonomi. Keamanan yang Berjaya dipulihkan telah melahirkan satu suasana yang membolehkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat.
Isi-isi Penting:
- Perkembangan di peringkat antarabangsa seperti keperluan utk bahan mentah oleh Negara perindustrian di Barat, penggunaan kapal wap yg dpt mempercepat perjalanan & pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan pelayaran mempengaruhi corak ekonomi Tanah Melayu.
- Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dgn sumber bahan mentah mendorong kuasa Barat untuk menguasainya. British berpeluang utk meluas dan mengukuhkan pengaruh di Tanah Melayu.
- Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api menggalakkan lagi perkembangan ekonomi Tanah Melayu. Kemudahan tersebut dibina bagi memudahkan bahan-bahan diangkut dgn mudah
- Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan dgn sebahagian besarnya tertumpu dgn kawasan yg hamper dengan perusahaan itu. Pembangunan infrastruktur ini terbatas kpd kawasan yg terdapat kedua-dua komoditi berkenaan.
Penutup
- Negeri-negeri di pantai Timur yg mempunyai bilangan penduduk yg sedikit dan sistem perhubungan yg tidak terbatas tidak mengalami banyak perubahan.
- Sebaliknya lebih tertumpu di sepanjang pantai Barat seperti Johor dan Perak terutamanya di kawasan pengeluaran bijih timah dan getah
Pengenalan
- Kedudukan ekonomi Tanah Melayu lebih bersifat sara diri sebelum kedatangan British meskipun terdapat aktiviti-aktiviti ekonomi bersifat komersial yang dilakukan dalam skala yang kecil dan membabitkan golongan pemerintah. Sistem ekonomi komersial diperkenalkan oleh barat telah membawa perubahan besar kepada perkembangan struktur masyarakat di T.Melayu.
Isi-isi Penting:
- a)Pengenalan sistem ekonomi komersial sangat berkait rapat dengan kemasukan pelabur asing, pelaburan modal, penggunaan teknologi baru, pengenalan tanaman baru telah membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat tempatan.
- b)Kemasukan imigran asing terutama dari India dan China mempunyai kaitan langsung dalam bidang perlombongan bijih timah dan pertanian seperti getah, tebu dan sebagainya.Keadaan ini menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk.
- c)Dasar pecah dan perintah British menyebabkan masyarakat dikenali berdasarkan pekerjaan mereka dan lokasi tempat tinggal dan bekerja.
- d)Wujud pendidikan vernakular yang mengasingkan pendidikan Melayu, Cina, India dan Mubaligh daripada segi bahasa pengantar, guru, sukatan pelajaran dan buku.
- e)Budaya yang pelbagai mengikut kaum seperti penggunaan bahasa pertuturan, adat resam, sambutan perayaan, agama, kesenian, cara berpakaian dsb.
- f)Kewujudan amalan kongsi gelap dalam masyarakat Cina yang menyebabkan timbulnya masalah pergaduhan dan keganasan. Amalan sistem kasta dalam masyarakat India.
- g)Pertambahan penduduk Tanah Melayu.
Kesimpulan
- Pengenalan ekonomi komersial sama ada dalam bidang pertanian mahupun perlombongan menjadi faktor penting yang mengubah struktur masyarakat di Tanah Melayu.
- Satu rumpun bangsa menjadi sekurang-kurangnya tiga bangsa yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Sistem pendidikan dijadikan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum yang akhirnya menerima proses asimilasi.
Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2
Sumber nota Sejarah blog STPM