Semakan MAIDAM 2019
Semakan MAIDAM
Berikut Merupakan Link Semakan MAIDAM 2019 atau anda boleh Menggunakan Link ini untuk ke Menu utama Semakan Bantuan MAIDAM 2019 ini.
MAIDAM
- Peningkatan kefahaman tentang kewajipan membayar zakat di kalangan orang Islam negeri Terengganu.
- Pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu dan halal dengan menggunapakai pendekatan yang berupaya untuk membebaskan umat Islam daripada garis kefakiran, kemiskinan dan kejahilan.
- Pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu melalui peningkatan kefahaman dan dakwah islamiyyah, pengukuhan aqidah, pemurnian akhlak dan perlindungan hidup (duniawi dan ukhrawi) khususnya kepada golongan sasaran dan yang berisiko tinggi.
- Peningkatan kebajikan kepada anak yatim, kank-kanak, wanita dan warga emas yang berisiko tinggi dari pelbagai sudut, khususnya dalam kalangan fakir, miskin dan muallaf.
- Pelaksanaan dan penyaluran agihan zakat dan sumber lain secara efisyen, adil dan berkesan dengan memberi keutamaan kepada asnaf-asnaf dan golongan sasaran ke arah pencapaian matlamat dan objektif MAIDAM.
- Mempertingkat sumber pendapatan tahunan melalui projek pembangunan dan pemilikan aset untuk menjana sosio ekonomi umat Islam.
- Memastikan harta-harta wakaf dan sumber am terpelihara, berkembang dan dibangunkan berlandaskan syarak.
- Pembudayaan amalan berwakaf sebagai sedekah jariah di kalangan masyarakat ke arah memperkasakan sosio ekonomi umat Islam.
- Membebaskan umat Islam daripada terjebak dengan amalan riba yang dimanipulasi oleh sistem pajak gadai konvensional melalui kemudahan pinjaman (mikro kredit) secara mudah dan cepat kepada golongan yang berpendapatan rendah.
- Menjadikan MAIDAM sebuah institusi Islam yang terbilang menjelang 2030.
- Melestarikan Pengurusan Baitulmal untuk Memartabatkan Sosio-Ekonomi Umat Islam melalui pemerkasaan Perkhidmatan Teras yang Amanah, Berintergriti dan menepati Syarak.