Blog Sejarah STPM

Reaksi masyarakat tempatan Sejarah Dunia STPM Semester 1

By Jack

August 09, 2019

Reaksi masyarakat tempatan Sejarah Dunia STPM Semester 1

 

4.1 Reaksi masyarakat tempatan

4.1    Reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa Barat (China & India)

    Isu perdagangan

Isu candu

Isu perundangan

Isu agama Kristian

Isu kawasan petempatan orang asing

Isu Pengenalan teknologi Barat.

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting:

  1. Tindakan anti terhadap kuasa asing. Terdapat dua kumpulan anti asing di China. Kumpulan pertama ialah golongan yang membenci orang asing tetapi tidak bertindak. Kumpulan kedua ialah golongan yang menolak semua kehadiran asing seperti agama Kristian dan teknologi Barat. Agama Kristian yang dibawa oleh orang Barat megancam kedudukan agama dan kepercayaan tradisi China seperti Confucius, Taoisme dan Buddha. Pada tahun 1870, berlaku gerakan menentang mubaligh Kristian di Tientsin. Orang China berprasangka buruk terhadap aktiviti membaptis yang dijalankan oleh rahib wanita terhadap kanak-kanak China yang sakit.Golongan mubaligh dituduh mencungkil mata kanak-kanak untuk tujuan membuat logam yang berharga. Ada juga tuduhan menyatakan bahawa kanak-kanak China disihir, dipotong badan, diambil hati, dan mata mereka untuk dijadikan ubat.
  1. Pemberontakan boxer Pada tahun 1899, orang China marah dengan tindak-tanduk kuasa asing yag menceroboh wilayah China. Peristiwa ini dikenali sebagai pemberontakan boxer. Pengikut Boxer mendakwa aktiviti orang asing telah membawa kemarahan Tuhan yang menurunkan bencana kepada penduduk China. Oleh itu, orang China bertanggungjawab untuk menghapuskan oraang asing yang ada dibumi China. Kumpulan Boxer (peninju) medapat restu daripada maharani dan gabenor-gabenor wilayah. Mereka menggalakkan perkembangan kongsi gelap bertujuan memperkuatkan China supaya tidak terjejas oleh kemaraan kuasa-kuasa barat yang semakin berleluasa ketika itu.
  1. Maharani Dowager juga telah mengisytiharkan perang terhadap kuasa Barat. Tindakan tersebut merupakan akibat rasa terkilan kerana campur tangan Barat dalam urusan Negara China. Keputusan mengisytiharka perang tidak medapat sokongan daripada pegawai-pegawainya di beberapa wilayah China. Pegawai seperti Chang Chih-tung dan Li Hung-chang telah mengabaikan arahan Maharani Dowager berperang dengan Barat. Ada juga pegawai di wilayah tertentu yang memberi jaminan utuk melindungi warga asing. Oleh itu, kebangkitan Gerakan Boxer hanya meletus di beberapa kawasan sahaja seperti Peking, Shansi, Tientsin, Manchuria, dan Mongolia.
  1. Pemberontakan Boxer telah menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk menghantar tentera ke China. Pada tahun 1900, terdapat lebih 45000 tentera bersekutu di utara China. Satu pasukan tentera yang terdiri daripada pelbagai Negara telah dibentuk oleh Setiausaha Amerika Syarikat, iaitu John Hays. Pasukan ini telah berjaya mengalahkan pasukan Boxer dan kerajaan China di Peking pada Ogos 1900. Maharani Dowager, maharaja dan pengikutnya telah melarikan diri ke Sian. Pada tahun 1901, satu perjanjian telah ditandatangani untuk menamatkan Pemberontakan Boxer yang dikenali sebagai Protokol Boxer.
  1. Protokol Boxer 1901, kandungannya ialah yang pertama Kerajaan China perlu menghadap Maharaja Jerman untuk menyampaikan rasa kesal atas pembunuhan Baron Von Ketteler. Kerajaan China juga diminta membina tugu peringatan kematian von Kettler di tempat beliau dibunuh. Tugu itu ditulis dengan kata-kata kekesalan pihak Maharaja China atas kematian von kettler dalam tiga bahasa, iaitu Latin, Jerman, dan China. Tentera asing dibenarkan bertempat di 12 kawasan strategik sepanjang jalan kereta api dari Peking hingga ke Shanhaikuan. Kuasa Barat mendapat hak untuk mengekalkan tentera di Peking yang bertujuan untuk menjaga kedutaan asing. Kerajaan China akan membayar kerugian sebanyak 67.5 juta paun secara insuran selama 39 tahun. Menyekat pengimportan senjata api dan peluru ke China selama lima tahun. Menghukum pemimpin-pemimpin yang menyokong Pemberontakan Boxer.

Penutup   

Isi-isi penting :

Faktor-faktor:

(a) Konsep perdagangan yang bertentangan.

(b) Sekatan terhadap perdagangan asing.

(c) Sistem hubungan antarabangsa yang bertentangan.

(d) Pertentangan konsep undang-undang.

(e) Kekejaman undang-undang China.

(f) Kemasukan Candu.

(g) Tindakan Lin Tsu-hse.

Penutup :

Isi-isi penting :

Kesan-kesan Perang Candu Pertama

Kesan Politik

  1.             Perang Candu jelas sekali menunjukkan bahawa dinasti Manchu mengalami kemerosotan yang amat ketara.  Kekalahan kerajaan China dalam peperangan tersebut menunjukkan bahawa dinasti Manchu tidak mempunyai keupayaan untuk menghadapi penentangan kuasa-kuasa Barat.
  2.             Kelemahan dinasti Manchu menyebabkan rakyat mula menentang kerajaan hingga tercetus Pemberontakan Taiping.
  1.                Perjanjian Nanking menunjukkan kelebihan kuasa-kuasa Barat dalam bidang sains dan teknologi. Perjanjian ini telah menyedarkan masyarakat China tentang kepentingan menguasai ilmu pengetahuan dari Barat.
  2.             Kesedaran ini telah membangkitkan minat masyarakat China untuk memulakan gerakan menguatkan diri.

Kesan Ekonomi

  1.             Penghapusan Co-hong menyebabkan muncul golongan pedagang baharu di China. Golongan ini terlibat dalam penubuhan pelbagai jenis industri dan perusahaan.
  2.             Perkembangan ini menyebabkan muncul sistem ekonomi moden menggantikan sistem ekonomi tradisional.
  1.                Perniagaan candu telah meningkat secara mendadak selepas Perang Candu. Perjanjian Nanking yang menamatkan Perang Candu tidak menyentuh tentang sekatan terhadap perdagangan candu.
  2.                Perkembangan ini menyebabkan jumlah candu yang dibawa masuk oleh saudagar-saudagar Barat meningkat. Umpamanya import candu meningkat sebanyak 300 peratus pada tahun 1858.

Kesan Sosial

  1.             Masyarakat China terdedah kepada penyebaran agama Kristian. Mubaligh-mubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di pelabuhan-pelabuhan.
  2.             Perkembangan agama Kristian menyebabkan kebudayaan dan adat resam masyarakat Cina terjejas. Masyarakat Cina juga terdedah kepada pemikiran dan pengaruh kebudayaan Barat.
  1.             Selepas perjanjian Nanking ditandatangani, amalan kowtow ditamatkan.
  2.             Orang Barat tidak perlu menyembah Maharaja China dengan cara kowtow.

Penutup :

Faktor-faktor Perang Candu Kedua

  1. Kelemahan Perjanjian Nanking. Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F. Beers mendakwa kelemahan Perjanjian Nanking merupakan faktor utama meletuskan peperangan yang kedua antara China dengan British pada 1856-1860. Keengganan China untuk mematuhi syarat-syarat Perjanjian Nanking dan tindakan British untuk memaksa China mematuhinya serta menuntut keistimewaan-keistimewaan tambahan telah meruncingkan hubungan antara China dan British.
  1. Masalah Amoy dan Ningpo. Mengikut Perjanjian Nanking 1842, China membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Walau bagaimanapun, selepas perjanjian tersebut ditandatangani, British mendapati Amoy dan Ningpo tidak sesuai dari segi perdagangan. Oleh itu, mereka telah mendesak China menukar pelabuhan-pelabuhan tersebut dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih sesuai. Selain itu, British berhasrat untuk mengembangkan kegiatan perdagangan ke seluruh China. Mereka tidak mahu kegiatan perdagangan hanya tertumpu di 5 pelabuhan perjanjian. Oleh itu, mereka telah mendesak China membuka lebih banyak pelabuhan kepada pedagang asing. Kehendak British tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat. Keengganan China untuk memenuhi kehendak British dan tindakan British untuk memaksa China memenuhi tuntutan mereka sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dan British.
  2. Masalah Canton dan Foochow. Mengikut Perjanjian Nanking, pedagang-pedagang asing diberi kebebasan berdagang di kesemua 5 pelabuhan perjanjian. Walau bagaimanapun, pedagang-pedagang asing masih lagi dikenakan sekatan-sekatan dan tekanan-tekanan terutamanya di Canton dan Foochow. Keadaan ini berlaku kerana sikap anti asing penduduk tempatan lebih-lebih lagi kerana mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana yang merasai kepentingan mereka terjejas akibat kehadiran barat. Selain itu, Maharaja China yang baru menaiki takhta pada 1850 iaitu Hsien Feng dan Pesuruhjaya Tinggi China yang baru dilantik pada 1852 iaitu Yeh Ming Chen juga bersikap anti asing. Penduduk-penduduk tempatan telah memulaukan barang-barang barat. Selain itu, berlaku di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan kapal perang British membedil Canton. Sebagai tindak balas, pihak China telah membunuh 6 orang rakyat British. Peristiwa ini sudah tentu meruncingkan hubungan antara China dengan British.
  1. Krisis ekonomi. Perang Candu pertama telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi masalah ekonomi, China telah merayu supaya British mengurangkan ganti rugi. Keengganan British telah menjejaskan hubungan antara mereka
  1. Mambaharui perjanjian. Bila Brtitish menyedari China tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat Perjanjian Nanking, mereka telah mendesak China supaya diadakan rundingan bagi mengkaji semua syarat-syarat Perjanjian Nanking. Tindakan ini diambil kerana British dipengaruhi oleh syarat Perjanjian Wanghsia 3 Julai 1844 antara China dengan Amerika dan Perjanjian Whampoa 24 Oktober 1844 antara China dengan Perancis yang menegaskan perjanjian-perjanjian tersebut akan dikaji semula dalam tempoh 12 tahun. British menuntut keistimewaan ini berdasarkan prinsip “layanan negara yang diutamakan”. Sekiranya keistimewaan ini dinikmati oleh British, bermakna Perjanjian Nanking perlu dikaji semula pada 1854. British mahu mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Nanking dengan tujuan untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tambahan seperti kebebasan berdagang di kawasan pedalaman, Bandar-bandar serta pelabuhan-pelabuhan di pinggir pantai dan juga untuk menempatkan perwakilan diplomatik di Peking. Desakan British supaya China mengkaji semula syarat Perjanjian Nanking dan keengganan China untuk memenuhi kehendak tersebut telah meruncingkan hubungan antara mereka. Pihak China telah mendakwa negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat.

Kesan-kesan Perang Candu Kedua

  1. Menyedarkan China barat lebih superior.Kekalahan China dalam Perang Candu kedua merupakan kekalahan kedua mereka kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad. Kekalahan inimenyedarkan mereka bahawa barat lebih superior daripada China. Buktinya mereka mula meniru teknik-teknik barat untuk dilaksanakan di negeri China. Pemimpin-pemimpin China seperti Tseng Kao Fan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang telah meniru idea-idea barat dalam politik, ekonomi dan sosial untuk dilaksanakan dalam Rancangan Pembaharuan “Gerakan Memperkuatkan Diri 1864-1894”.
  1. Lahir dua golongan .Peperangan Arrow telah mengakibatkan lahirnya 2 golongan dalam masyarakat China iaitu golongan pro barat dan golongan anti barat. Golongan pro barat meniru idea-idea barat untuk dilaksanakan di negeri China manakala golongan anti barat menjalankan kegiatan menentang kegiatan orang barat serta pengaruh mereka di China. Contohnya pada 21 Jun 1870, mereka telah menyerang rumah kanak-kanak yatim Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang terbunuh termasuk 10 rahib wanita. Pada tahun 1875, Raymond Margary serta 5 orang Cina yang menjadi pengikutnya telah dibunuh semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat dari Myanmar ke China.
  1. Hubungan diplomatik. Selepas Perang Arrow, China mula mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat. Bagi menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa barat, Pejabat Hal Ehwal Luar yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah diwujudkan pada 11 Mac 1861. Sejak tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara mereka ialah Anson Burlingame (duta Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan De Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866, dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah. Pada tahun 1868 dengan bantuan Anson Burlingame, satu perwakilan China yang diketuai oleh Chih Kong dan Sun Chia Ku telah dihantar ke Amerika. Perwakilan ini kemudiannya melawat negara-negara Eropah. Sejak tahun 1877, duta-duta China mula ditempatkan di negara-negara asing seperti di Amerika, British, Perancis, Jerman, Rusia, Sweden, Sepanyol dan lain-lain lagi.
  1. Krisis ekonomi. Perang Arrow telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi di China.
  1. Penghijrahan.  Perang Arrow, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara. Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara. Tambahan pula, Kerajaan China juga tidak menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut selepas termeterainya Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking. Orang-orang China sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di China.

Pendahuluan:

Isi-isi Penting:

Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895)

Pemberontakan Boxer

         Gerakan Pembaharuan Ching (1901-1911)

 Penutup

Pendahul u a n

Isi-isi penting      

Proses Gerakan Menguatkan Diri

Kejayaan Gerakan Menguatkan Diri

  1. K etenteran
  1. P elaksanaan projek ekonomi
  1. Membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan
  1. Hubungan diplomatik
  1. P endidikan

Pengenalan :

Isi-isi Penting:

Gerakan Menguatkan Diri

Faktor-fakor kegagalan Gerakan Menguatkan Diri

  1. Ketiadaan Pemimpin Nasional Yg Cekap.
  1. Tentangan Daripada Golongan Konservatif.
  1. Masalah Kewangan.
  1. Ketiadaan Penyelarasan.
  1. Kesan Imperialisme Barat & Jepun.
  1. Pemodenan Terhad.
  1. Kelemahan Kerajaan Manchu.

Kesimpulan

Pendahuluan

Sentimen Anti orang Asing

Sentimen Anti kristian

 

Penguasaan Ekonomi Oleh Kuasa Asing

Masalah Kewangan

Bencana Alam

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting

Kemerosotan Kerajaan Manchu

Kemerosotan maruah Kerajaan Manchu

Masalah kewangan Kerajaan Manchu

Perang Rusia-Jepun meletus

Muncul gerakan pembaharuan

Penutup

Gerakan Pembaharuan

Langkah-langkah Pembaharuan

  1. Pendidikan
  1. Ketenteraan
  1. Perlembagaan
  1. Ekonomi
  1. Sosial
  1. Pentadbiran

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting

Transformasi Sosial tempatan di China

Transformasi Ekonomi tempatan di China

Transformasi Intelektual tempatan di China

Penutup

Baca juga >> Kemajuan Pendidikan Sejarah Dunia STPM Semester 1

 

Sumber Nota Blog Sejarah