Blog Sejarah STPM

Pertahanan dan Pembukaan Wilayah STPM Semester 2

By Jack

September 13, 2019

Pertahanan dan Pembukaan Wilayah STPM Semester 2

 

1.7 Pertahanan dan Pembukaan Wilayah

1.7.1 

  1. a) Jenis-jenis jihad.
  1.  Jihad nyawa dan tenaga.
  1.  Jihad harta.
  1. Jihad akal fikiran.
  1.  Jihad menuntut ilmu.
  1.  Jihad menentang golongan munafik.
  1.  Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran.
  1.  Jihad melawan nafsu.
  1.  Jihad menentang syaitan.
  1. b) Tujuan jihad dalam Islam:
  1.  Menjaga kesucian agama Islam.      

                                                                                                                      

  1.  Menjaga keselamatan Negara Islam.      

                                                                                                                 

  1.  Menjaga maruah umat Islam.                 

                                                                                                               

  1.  Menghapuskan kezaliman.                    

                                                                                                                   

  1. Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Islam hnaya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.
  1. Membayar cukai jizyahPihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.
  1. Mentaati arahan pemimpin atau ketua. Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan posisi yang ditetapkan)
  1. Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
  1. Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dadrurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta’if, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.
  1. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati oleh setiap individu muslim yang terlibat dalam peperangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contoh yang paling ketara adalah kesetiaan umat Islam terhadap gencatan senjanta yang diputuskan dalam perjanjian hudaibiyah.
  1. Tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kecuali bagi musuh yang benar-benar berbahaya.

1.7.2 

  1. Mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan.
  1. Mempertahankan agama.
  1. Mempertahankan kedaulatan negara.
  1. Mencari keamanan, keadilan dan melindungi hak asasi kehidupan.
  1. Melindungi rumah ibadat.
  1. Menguasai tempat strategik
  1. Kaedah bertahan/membuat benteng pertahanan dengan menggali parit
  1. Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit
  1. Kaedah penyamaran.
  1. Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh

Pendahuluan

Isi-isi penting

  1. Contoh kepimpinan yang terbaik
  1. Menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji
  1. Sering berbincang dengan para sahabat
  1. Menyarankan tidak mengejar musuh yang lari
  1. Akal dan Ilmu Pengetahuan yang Sejajar sebagai seorang ketua perang
  1. Menegaskan konsep Keadilan Terhadap Makhluk
  1. Bijak mengatur taktik dan strategik yang berkesan
  1. Memberi kefahaman tentang konsep jihad

Kesimpulan

Pendahuluan

Isi-isi penting

  1. Taktik Perang
  1. a)Taktik Menunggu Musuh: Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar. Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.
  1. b)Taktik al – Saf : Digunakan dalam Perang Badar. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
  1. c)Taktik Menggali Parit : Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab. Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang. Parit digali menghalang tentera musuh  memasuki kota Madinah. Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota. Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
  1. d)Taktik Kepungan : Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif. Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan. Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.
  1. e)Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar : Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin. Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur. Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.
  1. f)Taktik Penyamaran : Digunakan sewaktu Perang Khandak. Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi. Musuh akhirnya tewas.
  1. Strategi Perang
  1. a)Menguasai tempat strategik – contoh Perang Badar(2H).  Tindakan pantas tentera Islam menguasai kawasan punca air yang menyebabkan musuh keputusan bekalan. Perang Uhud – Nabi Muhammad s.a.w meletakkan tentera di atas Bukit Uhud.
  1. b)Menanti kedatangan musuh atau bertahan- Perang Khandak, atas cadangan Salman al Farisi, sebuah parit digali di sekeliling kota Madinah sebagai benteng.
  1. c)Tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka- Perang Tabuk, kesinambungan dari Perang Mu’tah(8H) berperang dengan tentera Byzantine yang besar jumlahnya.  Tidak mengejar musuh bagi mengelak tentera Islam dari terperangkap dengan strategi musuh.  Ini memberi kemenangan moral kepada tentera Islam
  1. d)Mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi – Perang Ta’if, ke atas benteng pertahanan pihak musuh di bawah pimpinan Malik bin Auf.  Nabi juga memberi amaran kepada Bani Thaqif untuk membakar kebun seandainya mereka enggan menyerah atau tunduk di bawah pemerintahan Islam.  Strategi ini turut digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih.

Kesimpulan :

 

  1. Menguasai Tempat Strategik
  1. Kaedah Bertahan/Membuat Benteng Pertahanan dengan Menggali Parit
  1. Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit
  1. Kaedah Penyamaran
  1. Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh
  1. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka

Pendahuluan

Isi-isi penting:

  1. Perang Badar
  1. Perang Uhud
  1. Perang Khandak (al-Ahzab)
  1. Perang Muktah
  1. Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Mekah
  1. Perang Hunayn dan Taif
  1. Perang Tabuk

Penutup

Pendahuluan

 Peristiwa Perang Uhud

  1. Keinginan untuk membalas dendam di kalangan kaum Musyrikin Makkah atas kekalahan mereka semasa Perang Badar. Kekecewaan yang dirasakan itu bukanlah semata-mata ramainya tentera mereka terbunuh atau nilai harta benda yang bernilai sebanyak 5000 dinar yang dirampas oleh tentera Islam, tetapi yang lebih penting ialah kerana nama dan maruah yang selama ini sentiasa bermegah dengan kekuatan dan kejaguhan telah jatuh.
  1. Kemaraan Tentera Abu Sufian ke Kota Madinah. Untuk menghadapi tentera Islam , kaum Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian berjumlah seramai 3000 orang yang terdiri daripada berbagai – bagai suku iaitu Quraisy , al – Ahabish ( Bani al – Harith , Kinanah dan Khuza’ah ) dan Arab Tihamah telah berlepas dari Kota Makkah pada bulan Sya’ban tahun 3 hijrah menuju ke utara.
  1. Berita ini telah disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W , kemudian baginda mengadakan perjumpaan. Dalam perjumpaan ini lahir dua pendapat, pendapat pertama mencadangkan supaya pergi menyerang . Manakala pendapat kedua pula mengesyorkan supaya bertahan sahaja di Kota Madinah. Pada mulanya baginda bersetuju dengan pendapat kedua, tetapi majoriti mahukan berperang maka baginda bersetuju dengan pendapat kedua, tetapi majoriti mahukan berperang maka baginda bersetuju pula dengan pendapat pertama. Seramai 1000 orang di bawah pimpinan baginda telah meninggalkan kota Madinah untuk menemui kaum Musyrikin. Dalam pada itu , seramai 1/3 daripada jumlah tentera itu yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay , ketua munafik telah keluar daripada barisan tentera Islam dan kembali ke Makkah.Tentera Islam dan Musyrikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit Jabal ( Uhud ) .
  1. Nabi Muhammad S.A.W telah memilih kawasan Gunung Uhud sebagai medan pertahanan dan menempatkan seramai 50 orang pemanah yang cekap di lereng – lereng gunung.Pasukan pemanah ini diketuai oleh Abdullah bin Zubir. Strategi inilah yang telah menghancurkan barisan tentera Quraisy sehingga mereka akhirnya lari dan meninggalkan kelengkapan senjata dan harta yang banyak. Pasukan pemanah Abdullah bin Zubir menyangka bahawa peperangan telah tamat lalu mereka meninggalkan lokasi masing – masing untuk turun merebut harta – harta rampasan.
  1. Pada peringkat awal peperangan ini memperlihatkan kemenangan di pihak Islam, tetapi pada akhirnya ramai tentera Islam terkorban. Hal ini berpunca daripada sikap sesetengah kaum muslimin khususnya pasukan pemanah yang ditempatkan di kawasan tinggi sekitar Bukit Uhud ini telah meninggalkan tempat tersebut kerana mengejar harta rampasan perang.
  2.  Peluang ini digunakan oleh Khalid Al –Walid untuk mengumpulkan semula pasukan berkudanya dan mara dengan pantas untuk merampas kubu pertahanan pasukan pemanah tentera Islam. Setelah kubu strategi umat Islam itu jatuh,Khalid Al-Walid menyerbu tentera Islam dari belakangsehingga mereka bertempiaran lari.Akibatnya tentera Islam telah tertangkap dan akhirnya tertewas di tangan Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian dan Khalid bin Al Walid Al – Makhzumi (Quraisy). Ramai antara sahabat –sahabat Nabi Muhammad S.A.W, termasuk bapa saudara baginda, iaitu Hamzah r.a telah gugur syahid.

Implikasi peperangan

  1. Kabilah – kabilah Arab yang lain mula memandang rendah kepada umat Islam. Mereka mula cenderung untuk kembali memihak kepada kaum Quraisy Makkah. Malah ada yang berani membunuh umat Islam sewenang – wenangnya seperti Bani Bakar yang membunuh seramai 70 orang utusan dakwah Islam di suatu tempat bernama Bir – Mauna.
  2. Kabilah Hudhail pula memohon Nabi Muhammad S.A.W mengirimkan pendakwah kepada mereka. Malangnya tiga orang daripada mereka telah dibunuh, manakala dua yang lain dibawa ke Makkah untuk dijual dan dibunuh oleh kaum Qurasiy. Dua orang bersaudara bernama Tulaihah dan Salama bin Khuwailid telah berura-ura hendak menyerang Madinah. Nabi Muhammad S.A.W mendengar berita ini lalu mengirimkan pasukan tentera seramai 150 orang untuk memerangi mereka terlebih dahulu.
  1. Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan percaya bahawa kekuatan Islam mulai lumpuh. Ini mendorong mereka untuk semakin bersemangat untuk berusaha mengalahkan umat Islam pada peperangan yang seterusnya.
  1. Umat Islam menerima ejekan dan provokasi dari golongan Yahudi dan Munafikin di Madinah. Namun kekalahan umat Islam telah memberi pengajaran agar lebih patuh dan taat kepada arahan pemimpin pada masa – masa akan datang.
  1. Peperangan ini juga membuktikan bahawa kaum Quraisy Makkah memang sentiasa berazam untuk menghancurkan umat Islam pada bila – bila masa sahaja dan tanpa diduga. Oleh itu wajarlah bagi umat Islam untuk lebih berhati – hati dalam menghadapi serangan – serangan yang bakal diterima daripada musuh – musuh mereka.
  1. Bagi pihak umat Islam , mereka menerima pengajaran mengenai konsep ketaatan terhadap pemimpin dengan bayaran yang sangat mahal. Kekalahan itu mengajar mereka betapa pentingnya mematuhi arahan pemimpin. Sikap mereka telah membawa padah yang amat besar.
  1. Namun umat Islam tidak bersedih selama- selamanya . Mereka mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut lalu menanam azam yang baru untuk lebih bersatu padu , berdisiplin , dan taat kepada pemimpin dalam menghadapi musuh yang seterusnya.
  1. Perang ini juga memberikan gambaran kepada umat Islam mengenai sifat-sifat dan bahaya – bahaya yang ditimbulkan oleh golongan Munafik. Ini mengajar umat Islam untuk lebih berhati–hati menghadapi golongan tersebut yang hanya bersemangat di bibir tetapi bukan di hati.

1.7.3 Kepemimpinan

Pengenalan

Isi-isi Penting:

  1. Menentang Tentera Salib
  1. Membebaskan Kota Baitul Maqdis
  1. Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian
  1. Memulih dan membangunkan negara
  1. Memajukan aspek pendidikan
  1. Kemajuan dalam bidang ekonomi

Penutup:

  1. Menentang Tentera Salib
  1. Dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian
  1. Memulih dan membangunkan negara
  1. Memajukan aspek pendidikan
  1. Memajukan aspek ekonomi

Penutup:

Pendahuluan

Isi-isi Penting:

  1. Menawan Konstantinople

               

  1. Kebebasan Beragama
  1. Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan
  1. Mendirikan masjid dan bangunan-bangunan lain

5-Menambah bilangan penduduk Konstantinople

6-Menyatukan Empayar di Utara Balkan

7-Menghapuskan kerajaan-kerajaan Kecil di Eropah

Penutup:

  1. Meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya.
  1. Menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih.
  1. Menanam semangat jihad terhadap tenteranya.
  1. Mengepung Kota Konstantinople.
  1. Menggunakan kaedah serangan luar biasa.

 

Kredit Nota Blog Sejarah