Blog Sejarah STPM

Perkembangan Intelektual zaman kerajaan Abbasiyah STPM Semester 2

By Jack

September 13, 2019

Perkembangan Intelektual zaman kerajaan Abbasiyah STPM Semester 2

 

2.3 Perkembangan Intelektual

2.3 Perkembangan Intelektual

Pendahuluan

  1. Pada zaman kerajaaan bani abbasiyah, para ulama merupakan nadi perkembangan ilmu naqli pada masa itu. Golongan pemerintah pada masa itu jarang sekali membantu para ulama dalam usaha untuk membangunkan ilmu ini kerana mereka lebih memberi perhatian kepada pembangunan ilmu aqli.
  2. Zaman kerajaan Saljuk, seoarang wazir kepada pemerintahan Abbasiyah zaman Saljuk bernama Nizam al-muluk yang sangat berminat dalam bidang ilmu. Beliau sangat berjasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau telah mendirikan Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1067 m. Madrasah ini merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama.
  3. Antara guru yang mengajar di sini ialah Imam al-Ghazali dan Abu Ishaq al-Syirazi. Kedua-dua tokoh ini merupakan guru kepada Nizam al-Muluk.
  4. Muncul Ibn Maskawaih (936-1030 M.) yang terkenal sebagai ahli falsafah akhlak. Terutamanya melalui karyanya Tahzibul-Akhlak.
  5. Kemunculan al-Ghazali (1058-1111 M.) dalam suasana ketika pemujaan terhadap falsafah Yunani telah mencapai kemuncaknya, hingga menggoncang akidah masyarakat islam. Di peringkat awal, al-Ghazali turut berkecimpung dengan falsafah Yunani, tetapi akhirnya beliau menyerang ilmu falsafah dan ahli-ahli falsafah.
  6. Pada zaman ini juga, muncul seorang tokoh matematik iaitu Umar Khayyam. Beliau merupakan ahli dalam bidang algebra. Beliau Berjaya menyelesaikan masalah cubic equation (persamaan isi padu) dan mengenal pasti sebanyak 13 jenis. Beliau juga terkenal dalam bidang geometri. Beliau telah diperintahkan oleh pemerintah Saljuk memperbaiki sistem takwim.

Pendahuluan

Isi-isi penting

  1. Pada tahap ketiga pemerintahan kerajaan Abbasiyah, ia berada di bawah kekuasaan Bani Buwaih. Pada zaman ini, telah muncul ahli-ahli fikir terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina, al-Biruni, Ibn Miskawayh dan golongan pelajar Ikhwan al-Safa. Al-Farabi, Ibn Sina dan al-Biruni merupakan ilmuwan terkenal dalam bidang falsafah. Manakala Ibn Miskawayh pula bukan sahaja dapat menguasai ilmu falsafah tetapi juga merupakan seorang ahli sejarah yang berwibawa.
  2. Menjelang abad ke-11 M, al-Istakhri merupakan tokoh falsafah yang turut terlibat dengan aktiviti pelayaran, di samping juga  merupakan seorang ahli ilmu bumi. Sementara a-Nasawi pula menyumbangkan kemahirannya dalam bidang matematik dengan memperkenalkan huruf (angka) India ke wilayah Arab.
  3. Pada zaman kekuasaan Bani Saljuk (1055-1199 M) pula, perkembangan kedua-dua ilmu ini agak ketara dengan terdirinya Universiti Nizamiyah dan Hanafiah serta cawangan-cawangan Universiti Nizamiyah pada setiap kota Iraq dan Khurasan. Penubuhan institusi ini penting kerana ia telah Berjaya melahirkan ramai cendekiawan Islam dalam ilmu akli.
  4. Hujjat al-Islam yang terkenal, iaitu Imam al-Ghazali merupakan individu yang pakar dalam ilmu akli. Beliau telah menghasilkan karya Tahajut al-Falsafah. Beliau juga merupakan antara ahli falsafah yang unggul dalam sejarah perkembangan falsafah islam.
  5. Umar al-Khayyam pula bukan sekadar seorang ahli falsafah, malah beliau juga mahir dalam bidang algebra dan geometri. Kehebatannya dalam bidang matematik menyebabkan Malik Shah Jalal memerintahkannya supaya memperbaiki sistem takwim.

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting:

  1. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umayyah di Andalusia, ilmu naqli berkembang subur di wilayah islam sebelah timur yang lain. ramai sarjana islam yang lahir di bumi Andalusia semasa 800 tahun pemerintahan kerajaan Khalifah Umayyah. sarjana-sarjana tersebut berkecimpung dalam bidang fiqah, hadis, tasawwuf dan qiraat.
  2. Pemerintah yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu naqli ialah Abdul Rahman III dan anaknya, al-Hakam II yang memerintah pada abad ke-10 masihi. Mereka mendirikan sekolah-sekolah agama dan menjemput para ulama dari timur mengajar di Andalusia. usaha mereka telah diteruskan oleh pemerintah-pemerintah islam seterusnya. dalam tempoh ini juga, muncul ramai tokoh agama yang terkemuka di andalusia khususnya pada abad ke-11 dan abad ke-12 masihi.
  3. Dalam bidang fiqah, sarjana-sarjana terkemuka seperti; Abu al-Qasim Abdullah dari Granada, menghasilkan kitab al-Tashil li Ulum al-Tanzil dan kitab al-Anwar al-Saniyyah fi al-Alfaz al-Saniyyah. Ibn Hazm (994-1065 M.) dianggap imam dalam ilmu fiqah. antara kitab dan syariah yang beliau hasilkan ialah Masa’il Usul al-Fiqh,al-Ahkam fi Usul al-Ahkam dan Ibtal al-Qiyas wa al-Ra’y wa al-Istihsan wa al-Taqlid. Karya Ibn Hazm paling penting ialah al-Fasl fi al-Milal wa ‘i-ahwa’ wa ‘i-nithal’.karya ini merupakan sebuah buku kajian tentang sejarah para nabi,perbincangan segala agama,pendapat ahli falsafah, dan hujah yang menolak golongan anti-Tuhan  khasnya penentang Islam.
  1. Perkembangan bidang hadis pula dapat diukur dengan kemunculan tokoh terkemuka seperti Ibn Abd al-Barr (978-1070 M.) Ibn Abd al-Barr  merupakan seorang ulama hadis yang terkenal di Sepanyol dan Afrika Utara. Beliau mendalami sejarah para sahabat nabi Muhammad s.a.w. dan ilmu Mustalah Hadis.karya beliau paling agung ialah al-Istiab li Sahabah. Beliau juga pernah dilantik menjadi kadi di Lisbon, Portugal. Ibrahim al-Ansari pula menghasilkan kitab al-Arbain Hadithan al-Buldaniyyah dan kitab fi Tabyin al-Mushkilat al-Hadithah.
  1. Kejatuhan kerajaan Bani Umayyah pada tahun 1031 M. tidak menjejaskan perkembangan aktiviti keilmuan di Andalusia. Hal ini kerana pemerintah al-Muwahiddun yang berkuasa selepasnya turut mengambil terhadap perkembangan ilmu. Pemerintah al-muwahiddun berusaha gigih mengumpul para cendekiawan dari seluruh dunia bagi mengisi keperluan tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi yang mereka dirikan.
  1. Pemerintah al-muwahiddun juga bertanggungjawab dalam perkembangan ilmu tafsir di andalusia. sarjana islam digalakkan membuat tafsir bukan sahaja mengikut ayat tetapi juga membuat pelbagai ulasan dan pendapat tentang ayat yang dibaca.mereka juga menghuraikan maksud sesetengah ayat secar mendalam dan terperinci berbanding sebelumnya.
  1. Pada abad ke-12 masihi, Qadi Iyad yang berasal dari Ceuta merupakan tokoh agama dan seorang pakar dalam bidang hadis, fiqah, dan sejarah dan menghasilkan lebih 20 kitab dalam bidang-bidang tersebut. Beliau pernah bertugas sebagai tokoh agama mahzab Maliki dan menjadi penasihat kerajaan al-Murabitun.

Penutup:

Pendahuluan

Isi-isi penting:

  1. Golongan intelektual Islam di Andalusia berjaya menggabungkan ilmu falsafah Yunani dengan ilmu falsafah Islam. Ilmu falsafah berkembang pesat di Andalusia ketika masyarakat Kristian di Eropah berada dalam Zaman Gelap. Terdapat beberapa tokoh falsafah yang terkenal di Andalusia seperti Ibn Rushd, Ibn Bajjah, Ibn Tufail, Ibn Maimon, Said Ibn Fattuh dan Ibn Hazm.
  1. Selain itu, bidang astronomi berkembang pesat di Andalusia apabila ahli astronomi berjaya mencipta alat astrolab bernama Safihah dan membolehkan orang Eropah menentukan saiz bumi dengan lebih tepat berbanding pengiraan yang dilakukan oleh ahli astronomi Greek. Abu Ishaq Ibrahim bin Yahya yang dikenali sebagai al-Zarqali (Arzachd) merupakan ahli astronomi pertama yang mengemukakan teori bintang, pergerakan planet dan kedudukan matahari. Beliau membina sebuah jam air yang menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta menyusun nama-nama hari dalam setiap bulan.
  1. Perkembangan Ilmu matematik berkait rapat dengan bidang astronomi iaitu matematik tulen dan matematik gunaan. Antara ahli matematik terawal ialah Abu Habbah bin Ubaidah Manakala, Abu Ayyub merupakan sarjana terkenal dalam bidang geometri. Kemunculan ilmuan Islam yang memperkenalkan teknologi dalam bidang kimia membolehkan mereka mencipta banyak ubat baharu serta menghasilkan pharmacopoeia iaitu daftar buku ubat-ubatan dan menubuhkan kedai-kedai apotekaris atau farmasi.
  1. Ilmu perubatan di Andalusia sangat memberangsangkan malah pencapaian mereka lebih tinggi berbanding pencapaian ahli perubatan di sebelah Timur.  Abu al-Qassim al-Zahrawi telah menulis sebuah ensiklopedia perubatan lengkap berjudul Kitab al-Tasrif yang membincangkan tentang pembedahan seperti pemotongan anggota badan, pembedahan gigi dan mata serta rawatan anggota yang luka dan parah. Abu Marwan Ibn Zuhr menerangkan tentang penyakit tumor mediastinal dan penanahan di dalam ruang paru-paru. Ibn Zuhr dianggap doktor Muslim yang pertama kerana berjaya memberi penjelasan tentang penyakit barah dalam perut dan rawatan penyakit buah pinggang.
  1. Ilmu geografi iaitu Abu Ubaid Abdullah bin Abd. Aziz al-Bakhri merupakan tokoh geografi yang terkenal di Andalusia. Beliau menghasilkan Kitab al-Masalik wa al-Mamalik dan sebuah kamus geografi bertajuk Mu’jam ma isti’jam. Selain itu, Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdullah bin Idrisi al-Sharif merupakan orang pertama yang menghasilkan peta dunia seperti peta glob yang diperbuat daripada perak. Penguasaan dalam pelbagai ilmu, menyebabkan sarjana Islam menggembangkan idea yang mengatakan bumi ini berbentuk sfera dengan menggabungkan ilmu geografi, astronomi dan matematik.

Penutup

Pendahuluan

  1. Peranan pemerintah dalam menekankan kemajuan intelektual di Andalusia kerana minat mereka dengan ilmu pengatahuan. Khalifah menjemput serta mengumpulkan ramai intelektal dari pelbagai tempat di Andalusia. Kegiatan ilmu pengetahuan dibentuk melalui sistem pelajaran yang intensif, membawa masuk buku-buku, guru-guru dan sarjana-sarjana dari timur ke Andalusia di samping menghantar pelajar-pelajar ke timur bagi mempelajar pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Khalifah mendirikan sekolah, perpustakaan dan universiti di bandar Cordova. Kesannya, Andalusia berjaya menghasilkan golongan ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang termasuk sains dan  teknologi.
  1. Pemerintah Andalusia membari penghargaan dan penghormatan yang tinggi terhadap golongan sarjana yang dianggap sebagai teras negara. Sumbangan mereka dalam sesuatu bidang dianggap oleh pemerintah melebihi sumbangan para pentadbir.
  1. Masyarakat Andalusia yang berlainan agama berminat dengan ilmu pengetahuan. mereka sanggup mengembara ke dalam negeri atau luar negara untuk mendalami pelbagai ilmu pengetahuan. Golongan wanita turut terlibat dalam kegiatan keilmuan terutamanya bagi golongan yang miskin sebagai menyalin al-Quran dan buku. Aktiviti ini dilakukan di kedai-kedai buku.
  2. Masyarakat Andalusia cuba menguasai bahasa arab dengan menghafal al-Quran, membaca dan menulis dengan menggunakan bahasa al-Quran, mempelajari puisi, dan perkara-perkara yang membantu mereka menguasai bahasa arab.
  1. Kota cordova menjadi pusat keilmuan yang termasyur di Eropah. pasarnya yang terkenal dengan aktiviti penjualan buku. Penjual dan pembeli datang dari pelbagai tempat di Andalusia.
  1. Perpustakaan menjadi pemangkin kepada perkembangan institusi pengajian dan intelektual. perpustakaan merupakan tempat untuk mengumpul bahan atau sumber ilmu zaman lalu dan kini yang digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mendapatkan ilmu. Tumpuan ini diberikan untuk melahirkan pemimpin yang berkemampuan dan bertanggungjawab,amanah,dan bertaqwa. pembangunan manusia merujuk kepada pembangunan berdasarkan agama.

Penutup

Pendahuluan

  1. Menyandang Jawatan Penting
  1. Bapa Matematik Moden
  1. Peneroka Ilmu Geometri & Astronomi
  1. Ahli Geografi Islam
  1. Kepakarannya dalam matematik diiktiraf oleh Khalifah Abbasiyah
  1. Memperkenalkan sistem nombor
  1. Pengenalan sistem angka yang sistematik
  1. Pengenalan sistem al-Jabar (Algebra)
  1. Pengenalan istilah baharu
  1. Pengiraan pembahagian harta pusaka
  1. Sumbangan dalam Bidang Perubatan
  1. Bidang Falsafah
  1. Bidang Geografi
  1. Bidang Geologi dan Kimia
  1. Bidang Psikologi

 1 . Menghasilkan karya perubatan , iaitu al-Qanun fi al-Tibb

2 . Mengemukakan Teori-teori Anatomi dan Fisiologi .

3 . Menyatukan dengan teori perubatan Yunani

4 . Menyembuhkan pemerintah Bukhara

5 . Membincangkan kaedah pembedahan

6       . Kerap melakukan penyelidikan

Pendahuluan

Isi-isi penting

  1. Bidang Falsafah

Al-Ghazali lebih terkenal dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Muqasid ul-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah. Kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah barat tentang fizik dan metafizik dari sudut pandangan Islam yang dihasilkan di Baghdad dan memaparkan kritikan dan kecaman hebat terhadap ilmu falsafah Barat. Contohnya, beliau menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia yang berasal daripada keadaan tidak ada dan diciptakan oleh Tuhan.

  1. Bidang Kegamaan

Sumbangan beliau seterusnya ialah dalam bidang keagamaan. Karya beliau iaitu kitab Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-ilmu agama) telah dihuraikan oleh ramai ulama selepasnya,. Oleh kerana keraguannya yang tinggi terhadap aspek ketauhidan yang diperolehnya, al-ghazali pernah melibatkan diri dalam pelbagai aliran pemikiran semata-mata untuk memahami dengan terperinci tentang ajaran islam serta membangunkan kembali ajaran islam. Kitab ini menjadi pegangan umat Islam masa kini dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, Turki, Jerman dan Urdu

  1. Bidang Sains Politik

Beliau turut dikaitkan dengan bidang sains politik. Terdapat bukti yang nyata bahawa al-ghazali pernah belajar ilmu sains politik daripada gurunya, Imam juwaini yang pernah bertugas sebagai imam masjidil Haram, Makkah, Masjid Nabawi dan Madinah. Buku penulisan beliau dibahagikan kepada teori kenegaraan dan teori pemerintahan. Antara buku-buku yang dihasilkan ialah Mustazh-hiri danal-Munqiz. Karyanya berjudul al-iqtiad fil-Itiqad membincangkan tentang soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam. Beliau juga menyatakan cara memperbaiki urusan politik seseorang pemimpin seperti mana terkandung dalam karyanya al-Tik al-Masbuk Fi nasihat al-Muluk.

  1. Bidang pendidikan.

Berdasarkan pengalaman al-Ghazali sebagai pelajar, guru dan ketua di Universiti Nizamiyah, beliau banyak memberikan pandangan dalam bidang pendidikan. Kitab beliau yang berjudul Ayyuha al-Walad (Aduhai Anakku) menjelaskan tentang kewajiban ibu bapa terhadap anak-anak dan kewajiban seorang murid dan guru. Kitab ini dianggap penting kerana mengandungi nasihat beliau kepada muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada 8 perkara dan telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.

Penutup

Pengenalan

Isi-Isi

  1. Kitab al-Ibar
  1. Muqaddimah Ibnu Khaldun
  1. Bidang pengkajian sejarah
  1. Mengkaji sejarah daripada perspektif sosiologi
  1. Penekanan kepada aspek-aspek dalaman
  1. Bidang teori dan pendekatan sejarah
  1. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sikap berat sebelah
  1. Perkara yang perlu dilakukan untuk menganalisis laporan sejarah

Kesimpulan

Pendahuluan

  1. Karya teragung Ibnu Khaldun yang mengangkat beliau sehingga diberi gelaran (Bapa Ketamadunan)  ialah kitab Al-Ibar. Dalam kitab ini, yang paling menonjol ialah pengenalan pada kitab yang diberi nama Muqaddimah Ibnu khaldun setebal lebih kurang 700 helai muka surat. Dalam kitab Muqaddimah, Ibnu khaldun membahagikan kepada pendahuluan dan enam bab utama.  Dalam pendahuluan, beliau membicarakan tentang sejarah, tema-tema,dan kesalahan dalam meriwayatkan peristiwa yang terjadi.Bab pertama memuatkan kajian pertumbuhan umat manusia.Bab kedua menceritakan kehidupan desa dan kaum Badwi manakala bab ketiga membahaskan tentang Negara,institusi Khalifah,dan sesebuah kerajaan.
  2. Di dalam bab 4,ibnu khaldun menyatakan kajiannya tentang perkembangan negeri-negeri dan kota-kota serta bagaimana untuk membezakan antara satu kota dengan kota yang lain melalui bentuk bangunan, social, ekonomi, dan bahasa.Bab kelima menerangkan tentang kehidupan ekonomi penduduk sesuatu tempat dan bab keenam dimuatkan tentang cara mempelajari ilmu pengetahuan.Melalui Muqaddimah,ahli sejarah cuba memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia.
  1. Menurut ibnu khaldun, sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Beliau menganggarkan kadar tempoh sesebuah peradaban terbahagi kepada empat generasi, iaitu generasi pengamal, generasi pengikut, generasi pemelihara, dan generasi pemusnah tradisi.
  1. Ibnu Khaldun turut memperbaharui kaedah penyelidikan sosiologi. Beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab sejarah. Menurut beliau, jika pengkaji hanya mengkaji sesuatu peristiwa tanpa mengetahui latar belakangnya, maka pengkaji hanya menghasilkan sejarah am. Sebaliknya, jika seseorang pengkaji itu menitikberatkan dekua-duanya, maka sejarah itu dianggap sejarah khas. Sejarah khas terbahagi kepada dua,iatu zahir dan batin.zahir yang di maksudkan ialah kejadian sesuatu peristiwa seperti berita-berita perang, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan, atau kemajuan sesebuah masyarakat. Batin pula bermaksud tinjauan dan penyelidikanserta keterangan yang nyata tentang kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu kejadian dan sebab musababnya.
  1. Kajian Ibnu khaldun memberi penekanan dalam aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat. Para pengkaji sebelum ibnu khldun kurang mengetahui tentang sosiologi masyarakat dan mereka menulis berdasarkan maklumat yang diberikan tanpa mengetahui tentang asal-usul, sifat semula jadi,atau sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian.
  1. Ibnu khaldun juga merupakan ahli ekonomi Islam yang melihat kepentingan tenaga kerja dan kaitannya dengan penawaran dan permintaan.Bagi beliau, kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dan permintaan.Menurut Ibnu khaldun, buruh merupakan factor pengeluaran utama walaupun terdapat faktor-faktor lain untuk menghasilkan pengeluaran.

Penutup

 

kredit Nota Blog Sejarah