Penyatuan Negara Bangsa Nota Sejarah STPM Semester 1
2.3 Penyatuan Negara Bangsa
Pendahuluan
- Negara bangsa merujuk kepada pembentukan Negara bangsa moden Eropah. Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat,kerajaan berpelembagaan dan Negara bangsa moden. Beberapa kurun lamanya , Itali terbahagi kepada negeri kecil yang menjadi rebutan Negara Eropah. Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke 19. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian Utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih di kuasai oleh Austria.
- Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillio Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Count Camillio Cavour amat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan berusaha mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austriapada tahun 1860.
Isi-isi penting
Proses Penyatuan
- Penyatuan melalui Gerakan di Itali bermula sejak tahun 1815 oleh kelas Pertengahan Itali.Faktor pertama ialah penduduk Perancis pada era Napoleon Bonaparte di Itali menyaksikan sistem pentadbiran yang berkesan perlu diwujudkan. Napoleon memperbetulkan undang-undang supaya lebih adil kepada semua kelas. Keistimewaan golongan aristokrat dihapuskan & golongan menengah yang rajin berusaha dinaikkan pangkat yang sama seperti golongan aristokrat.
- Faktor kedua berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi golongan saudagar, mereka percaya dengan penyatuan Itali, dapat memberi faedah dalam bidang ekonomi. Faedahnya termasuklah cukai kastam dapat dihapuskan, pasaran lebih luas, pembinaan jalan pengangkutan diseluruh Itali & penyediaan prasarana pelabuhan yang lebih baik. Itali juga dapat menjadi penghubung antara England dengan India apabila Terusan Suez dibuka.
- Faktor ketiga ialah semangat untuk menyatukan Itali dikuatkan lagi dengan sentimen anti-Austria yang menguasai Lombardy & venetia serta menempatkan tentera di 4 kawasan strategik di Itali iaitu Verona, Mantua, Peschiera & Legnano.
- Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830, kemungkinan berperang secara terbuka dengan penjajah Austria agak sukar dilakukan. Mereka yang menentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam bentuk kongsi gelap. Kongsi gelap yang terpenting ialah Carbonari. Walaupun Carbonari melakukan 2 kali penentangan pada tahun 1818 & 1830, namun gerakan tersebut mengalami kegagalan.
- Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan Itali dapat diperhatikan melalui beberapa gerakan yang dipimpin oleh Mazzini, Count Camillo Benso di Cavour & Guiseppe Garibaldi.
Langkah-langkah Penyatuan Itali
- Perjuangan Mazzini
- Mazzini (1805-1872), berasal dari Genoa menubuhkan satu gerakan yang dikenali sebagai Itali Muda ( Young Itali ). Beliau berhasrat menjadikan Itali sebuah kerajaan republik. Gerakan Young Itali cuba bersifat nasional dengan mempengaruhi pelbagai golongan seperti golongan pertengahan, pekerja, buruh, pegawai, petani,pengawai tentera & sebagainya. Pada tahun 1833, dianggarkan 60000 menjadi ahli gerakan ini.
- Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles Albert.
- Perjuangan Count Camillo Benso de Cavor
- Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count Camillo Benso de Cavor (1810-1861), Perdana Menteri dalam kerajaan Raja Victor Emmanuel di Piedmont ( Sardinia). Semasa pemerintahan Raja Charles Albert, Count Camillo Benso tidak terlibat dengan kerajaan tetapi apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki tahkta, Count Camillo Benso de Cavour terlibat secara langsung dalam bidang politik. Pada tahun 1849, beliau dipilih sebagai ahli Parlimen Piedmont. Pada tahun 1850, beliau menjawat Menteri Pertanian & Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau menjadi Menteri luar & Perdana Menteri Piedmont.
- Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan Piedmont dengan menurunkan kadar cukai, membina kilang, membawa masuk jentera, memperbaiki jalan raya & membina jalan kereta api. Sistem kewangan kerajaan disusun semula & menghadkan keistimewaan yang diberi kepada penguasa gereja. Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan kepada cita-citanya iaitu menyatukan Itali. Oleh sebab itu, beliau telah menyusun semula tenteranya dengan berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di Itali yang ingin menghalau pemerintah Austria dari Itali .
- Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimer bagi menentang Rusia. Namun ramalan Count Camillo Benso de Cavour yang menjangkakan Austria akan menyertai Rusia tidak berlaku dan rancangan pertama ini gagal. Langkah kedua dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan dengan Perancis akhirnya pada tahun 1858 Cavour menandatangani perjanjian dengan Napoloen III yang bertujuan membebaskan Itali daripada penguasaan Austria.
- Peperangan antara Sardinia-Perancis dengan Austria meletus dan Austria dapat ditumpaskan di Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis memberhentikan peperangan tersebut dan membuat perjanjian dengan Austria. Kekalahan Austria telah memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria seperti Tuscany, Parma dan Modena kerana kehilangan sokongan pihak luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun takhta dan melarikan diri.
- Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour merasakan perlunya Sardinia terlibat secara aktif di kawasan tertentu seperti di negeri-negeri Papal. Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal dan akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh ke tanganSardinia kecuali Rom. Kemenangan ini bermakna Cavour berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.
- Perjuangan Giusepppe Garibaldi (1807-1882)
- Di bahagian selatan Itali, iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Raja Bourbon, Ferdinand II dan penggantinya Francis II. Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi pemberontak disana. Dalam masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya menguasai Sicily dan Naples.
- Sehingga tahun 1861, semua negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali Rom danVenetia. Parlimen Sardinia bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17 Mac 1861, Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.
- Bantuan Luar
- Kerajaan Piedmont mendapat bantuan dan sokongan daripada negara-negara Perancis, Prusia dan Britain untuk menyatukan Itali. Dengan bantuan Perancsi, Itali berjaya menguasai Lombardy pada tahun 1859. Itali juga dapat memperoleh wilayah Parman, Modena, Tuscany dan Romagna pada tahun 1860.
- Dengan bantuan Prusia, Itali berjaya dalam usahanya untuk menguasai Venetia. Begitu juga sokongan moral daripada pihak Britain. Dengan bantuan daripada negara-negara lain, pemimpin nasionalis Itali berjaya menyatukan negara mereka.
- Kepimpinan Piedmont
- Kerajaan Piedmont mendapat bantuan dan sokongan daripada negara-negara Perancis, Prusia dan Britain untuk menyatukan Itali
- Piedmont diiktiraf sebagai harapan membebaskan Itali daripada cengkaman kuasa asing kerana memiliki tentera yang ammpu untuk menentang Austria, mempunyai perlembagaan dan kerajaan yang bebas dan berdaulat dan mengetuai usaha ke arah perpaduan nasional dalam kalangan bangsa Itali.
- Penyatuan semula Giusepppe Garibaldi (1807-1882)
- Pada 1859, beliau memimpin tentera gerila bagi membantu Piedmont dalam peperangan dengan Austria. Pada 1860, beliau memimpin tentera Kerajaan Revolusi di Bahagian Tengah Itali.
- Terdapat kebimbangan Garibaldi akan menyerang Venetia atau Rom. Beliau juga tidak berpuas hati dengan tindakan penyerahan wilayah Nice kepada Perancis.
- Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki Rom
- Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke penghujungnya.
- Penyatuan bahagian Selatan dan Utara Itali mempunyai lima faktor , di mulakan dengan Kemunculan Semula Garibaldi dan di akhiri dengan Penguasaan Naples dan Sicily. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali Dengan menggunakan amalan realpolitik,
- Count Camillio Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Count Camillio Cavour amat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan berusaha mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi menentang Austriapada tahun 1860.
- Kemunculan Semula Garibaldi
- Pada tahun 1859, Garibaldi memimpin tentera gerila bagi memimpin tentera gerila bagi membantu Piedmont dalam peperangan. Pada tahun seterusnya, beliau memimpin tentera kerajaan revolusi di bahagian tengah itali.
- Garibaldi bimbang untuk menyerang Venetia atau Rom dan beliau tidak berpuas hati dalam penyerahan wilayah Nice kepada Perancis.
- Kekacauan di Selatan Itali
- Raja Fancis II (Raja Naples) menjalankan reformasi untk mengelak kebangkitan rakyat di wilayahnya kerana bimbang terhadap golongan pemberontak berjuang untuk membebaskan wilayah Sicily daripada penguasaan Naples.
- Pada masa itu , seorang tokoh republik bernama Crispi menghasut rakyat Sicily untuk memberontak.
- Ekspedisi Seribu Sukarelawan
- Garibaldi berjaya mengumpulkan seribu sukarelawan di Genoa lalu mendarat di Marsala, Sicily pada 11 Mei 1860 untuk menguasai Sicily.
- Penaklukan Sicily
- Garibaldi berjaya menewaskan tentera Naples di Calatafini lalu merekrut semula tentera-tenteranya.
- Pertengahan bulan Julai 1860, Garibaldi berjaya menguasai seluruh Pulau Sicily lalu beliau menubuhkan sebuah kerjaan republik yang mngakibatkan Cavour bimbang.
- Penguasaan Naples dan Sicily
- Pada 18 Ogos 1860, pasukan tentera Garibaldi menyeberang Selat Messina manakala pada 6 September, Raja Naples meninggalkan Naples dan berundur ke Gaeta yang mengakibatkan Garibaldi menguasai Naples pada keesokan hari nya. Pada 12 September 1860, Cavour menhantar pasukan tentera nya ke wilayah-wilayah Paus dan berjaya menewaskan tentera Paus pada 18 September 1860.
- Garibaldi menerahkan kuasa kepada Raja Victor Emmanuel dan membuat keputusan untuk bersara di Caprera disebabkan oleh pungutan suara majoriti penduduk wilayah-wilayah selatan ingin bersatu dengan Piedmont.
Penyatuan Akhir (1886-1870)
- Pembentukan Kerajaan Baharu di Itali
- Pemimpin-pemimpin di selatan Itali diberi jaminan oleh Cavour tentang kuasa autonomi yang diberikan.
- Populariti Raja Victor Emmanuel mula merosot disebabkan oleh kerjaan pusat telah mengabaikan adat dan peraturan wilyah selatan Itali tetapai pada 17 Mac 1886 beliau diisytiharkan sebagai Raja Itali.
- Kematian Cavour
- Pada Jun 1861 merupakan kematian Cavour yang memberikan tamparan hebat kepada pembentukan Itali membuatlan pemimpin-pemimpin selepasnya tidak mempunyai kewibawaan bagi menyatukan bahagian utara dan selatan Itali.
- Penaklukan Venetia
- Setelah pelbagai usaha diplomatik dilakukan untuk memperoleh wilayah Venetia , pemimpin Itali menawarkan 1000 million Lire walaupun Raja Francis Joseph berminat namun tidak disetujui oleh golongan tentera. Pada tahun 1866, Itali bersekutu dengan Prusia untuk menentang Austria. Tentera darat Itali ditewaskan di Custozza manakala di Lissa bagi tentera laut Itali.
- Namun demikian, tentera Prusia berjaya menewaskan Austria lalu menyerahkan wilayah Venetia sebagai balasan penyertaana Itali dalam peperangan tersebut.
- Pendudukan Rom
- Tindakan politik terakhir Cavour adalah mendapatkan deklarasi Parlimen mengistiharkan Rom sebagai ibu kota Itali.
- Rakyat Itali menganggap penyatuan Itali tidak lengkap selagi Rom tidak berada di bawah penguasaan mereka.
- Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia dalam usaha mengusir Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom (Vatican City) supaya keluar bagi menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil oleh tentera Itali untuk memasuki Rom Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke penghujungnya
- Garibaldi berjaya menguasai Sicily dan Naples tetapi terpaksa bersara kerana penduduk d wilayah selatan ingin bergabung dengan Piedmont. Kematian Cavour tidak memutuskan semangat pemimpin Itali dalam menyatukan utara dan selatan Itali.
Pendahuluan
- Di Jerman terdapat dua buah negeri yang paling berpengaruh dan bersaing sesama sendiri iaitu Prusia dan Austria. Kebangkitan Revolusi 1848 menyebabkan golongan bangsawan bimbang penyatuan Jerman menggugat status quo mereka.
- Keadaan masih belum jelas kuasa yang manakah lebih dominan sama ada Prusia dan Austria. Sesetengah golongan percaya penyatuan Jerman akan menggabungkan negeri-negeri kecil di Jerman tanpa memasukkan Austria. Keadaan di Prusia dan Austria, 1850-an tidak menunjukkan tanda-tanda dalam kalangan nasionalis bahawa penyatuan Jerman akan berlaku.
Isi-isi penting
Langkah-langkah ke arah penyatuan
- Kongres Vienna 1815 menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan Perancis menyebabkan negeri-negeri di Jerman mengadakan kerjasama ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.
- Prusia memiliki sistem pemerintahan yang cekap dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. Kuasa politik dipegang oleh tuan-tuan tanah atau junkers. Junkers menggalakkan perdagangan di negeri-negeri di Jerman dengan menubuhkan kesatuan ekonomi yang dipanggil Zollverein. Zollverein memparkenalkan sistem mata wang, sistem ukuran dan sistem timbangan yang standard.
- Prusia dilihat berpotensi memainkan peranan ke arah penyatuan Jerman. Pada tahun 1861, William I ditabalkan sebagai Raja Prusia menggantikan abangnya, Raja Frederick William IV. William I percaya Prusia boleh memimpin menyatukan Jerman dan memperbesarkan angkatan tentera Prusia dan memperkenalkan cukai.
- Menteri Pertahanan Prusia mencadangkan supaya menambah pegawai tentera, mengambil jumlah rekrut yang ramai dan memanjangkan perkhidmatan tentera sukarelawan kepada 3 tahun. Bagaimanapun, golongan nasionalis liberal bimbang angkatan tentera Prusia akan dikuasai oleh golongan junkers. Di dewan perwakilan, wakil nasionalis mengundi untuk tidak membenarkan kerajaan mengenakan cukai ke atas rakyat.
- Raja William I melantik perdana Menteri baharu, iaitu Otto Eduard von Bismarck seorang junkers, anggota dewan parlimen di Prusia dan Duta Prusia ke Rusia dan Perancis. Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli-ahli parlimen supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja. Apabila parlimen menolak usul perbelanjaan tentera, Bismarck membelakangkan keputusan parlimen dan melaksanakan dasar kutipan cukai.
Penutup
- Kekuatan semangat kebangsaan telah menyatukan Jerman. Bismarck mengamalkan realpolitik iaitu amalan politik yang dipelopori oleh Niccolo Machiavelli yang menggunaknan pelbagai cara untuk menumpaskan musuh-musuhnya.
- Tindakan seperti menipu, berkompromi, berkawan semula, mengugut, menekan, serta berperang digunakan untuk mencapai matlamat politiknya, iaitu menyatukan Jerman. Bismarck berpegang kepada matlamat menghalalkan cara iaitu dasar baik kalau boleh dasar jahat kalau perlu.
Pendahuluan
- Di Jerman terdapat dua buah negeri yang paling berpengaruh dan bersaing sesama sendiri iaitu Prusia dan Austria. Kebangkitan Revolusi 1848 menyebabkan golongan bangsawan bimbang penyatuan Jerman menggugat status quo mereka. Keadaan masih belum jelas kuasa yang manakah lebih dominan sama ada Prusia dan Austria. Sesetengah golongan percaya penyatuan Jerman akan menggabungkan negeri-negeri kecil di Jerman tanpa memasukkan Austria.
- Keadaan di Prusia dan Austria,1850-an tidak menunjukkan tanda-tanda dalam kalangan nasionalis bahawa penyatuan Jerman akan berlaku.
Isi-isi penting
Siri Peperangan
- Bismarck merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasa ekonomi Prusia supaya dapat mengurangkan pengaruh Austria. Untuk melaksanakan dasar ini Bismarck melibatkan Prusia dalam 3 peperangan. Peperangan pertama Bismarck ialah menentang Denmark atas isu daerah Schleswig dan Holstein. Raja Christian IX mendakwa Schleswig sebagai wilayah Denmark menyebabkan penduduk berbangsa Jerman meminta bantuan negeri-negeri Jerman supaya membantu mereka. Bismarck memujuk Austria supaya bekerjasama dengan Prusia untuk mengisytiharkan perang terhadap Denmark. Dalam masa yang singkat sahaja, Denmark dapat ditewaskan. Kemenangan ini memberi dua kesan. Pertama, kuasa-kuasa Eropah mula sedar akan kekuatan tentera Prusia dan kedua , kaedah menyelesaikan tuntutan selepas perang ke atas kedua-dua daerah Denmark dijadikan alasan oleh Bismarck untuk berperang dengan Austria.
- Bismarck meminta bantuan Rusia, itali dan Britain dan paling membimbangkan Bismarck ialah Perancis kerana Perancis lebih pro-Austria dan menentang penyatuan Jerman. Bismarck telah mendapat persetujuan Raja Prusia bagi menyerang Austria. Ketua-ketua tentera berada di pihak Bismarck. Bagaimanapun, Bismarck menghadapi masalah di parlimen apabila Parti Progresif menentang tindakan Bismarck untuk menyerang Austria. Perubahan ini menyebabkan Parti Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen. Bismarck menggunakan tipu daya menentang pentadbiran Austria di Holstein. Bismarck menuduh Austria melanggar Persetujuan Gastein kerana Austria menentang Bismarck.
- Peperangan Prusia-Austria mengambil masa selama tujuh minggu. Kemenangan ini menyebabkan Prusia menubuhkan Kesatuan Jerman Utara pada tahun 1867 dimana Austria dikeluarkan daripada kesatuan itu. Prusia berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman. Nepoleon III tidak menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman selagi Jerman tidak menerima sagu hati daripada Prusia kerana tidak menyebelahi Austria dalam Perang Tujuh Minggu.
- Pada tahun 1868, revolusi di Sepanyol yang menyingkirkan Ratu Isabella daripada takhta Sepanyol. Kerajaan Sepanyol menawarkan kuasa pemerintahan kepada Putera Leopold dari Hohenzollern iaitu sepupu Raja William dari Prusia. Nepoleon III bimbang Prusia-Sepanyol akan membentuk sekutu dan menentang Perancis lalu membantah tawaran itu. Perancis mendakwa waris Hohenzollern tidak pernah menjadi Raja Sepanyol. Raja William tetap ingin sepupunya menaiki takhta Sepanyol. Baginda menghantar telegram kepada Bismarck menerangkan terperinci pertemuan baginda dengan duta Perancis .
- Bismarck menggunakan tipu helah dengan mengubah kandungan telegram menunjukkan Raja William I melakukan tindakan yang memalukan lalu memberikan salinan telegram itu kepada pihak akhbar. Tersebarnya berita itu, Nepoleon III mengisytiharkan perang ke atas Prusia. Peperangan Prusia-Perancis berlangsung dan Perancis dapat dikalahkan. Kesatuan Jerman Utara menjemput negeri-negeri selatan bergabung dengannya. Raja William I dilantik menjadi Kaiser atau Maharaja Jerman dan Bismarck menjadi Chancellor atau perdana menteri Jerman.
Penutup
- Kekuatan semangat kebangsaan telah menyatukan Jerman. Bismarck mengamalkan realpolitik iaitu amalan politik yang dipelopori oleh Niccolo Machiavelli yang menggunaknan pelbagai cara untuk menumpaskan musuh-musuhnya.
- Tindakan seperti menipu, berkompromi, berkawan semula, mengugut, menekan, serta berperang digunakan untuk mencapai matlamat politiknya, iaitu menyatukan Jerman. Bismarck berpegang kepada matlamat menghalalkan cara iaitu dasar baik kalau boleh dasar jahat kalau perlu.
Baca juga >>Negara Kesatuan dan Persekutuan Nota Sejarah STPM Semester 1
Sumber Nota Blog Sejarah