Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan

Kongsikan Sekarang

Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan

Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan

 

2.3 Pengubahsuaian

2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan

Soalan 44: Huraikan perubahan pentadbiran dalam sistem residen (1874) di negeri-negeri Melayu.

Pendahuluan

  • Sistem Residen yang diperkenalkan pada tahun 1874 merupakan satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak langsung di negeri-negeri Melayu. Residen ialah seorang pegawai British yang ditugaskan untuk menasihati sultan dan nasihatnya itu mesti dipatuhi dalam semua perkara, kecuali melibatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • Kuasa memerintah jatuh ke tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan. British telah memperkenalkan beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu.

Isi-isi penting

  1. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri
  • Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran negeri. Pada tahap awal penubuhannya, Majlis Mesyuarat Negeri berperanan sebagai badan penasihat. Majlis Mesyuarat Negeri dianggotai oleh sultan sebagai ketua, Residen British, 12 orang pembesar Melayu, dan seorang wakil masyarakat Cina. Mesyuarat ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan semua usul dan cadangan dibahas sebelum dijadikan undang-undang.
  • Tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Kuasa sultan dalam Majlis juga terbatas kerana baginda hanya berkuasa dalam agama dan adat istiadat melayu.
  1. Sistem Pentadbiran Tanah
  • Sistem Residen telah mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan British meneruskan usaha mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. British telah mengambil langkah untuk menyusun semula sistem pentadbiran tanah. Antaranya memperkenalkan undang-undang dengan menjadikan tanah sebagai hak milik persendirian.
  • Akibat pengenalan langkah ini, tanah menjadi satu daripada sumber pendapatan kerajaan. Pengenalan perubahan ini menimbulkan bantahan dan membangkitkan penentangan para pembesar Melayu terhadap pentadbiran British.
  1. Sistem Pentadbiran Negeri
  • British mengadakan perubahan pentadbiran dengan membahagikan negeri kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh seorang Pemungut Cukai dan Majistret untuk memungut cukai dan mentadbir keadilan di daerah itu. Pemungut cukai dan Majistret ditukar kepada Pegawai Daerah dan ditambah beberapa tugas.
  • Pembahagian negeri kepada daerah menyebabkan wujudnya sempadan geografi yang jelas antara negeri. Di bawah sistem pentadbiran negeri yang baharu, setiap daerah dibahagikan kepada beberapa buah unit pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Unit di peringkat bawah sekali ialah kampung yang diketuai oleh seorang ketua kampung. Beliau berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung dengan pentadbir yang lebih tinggi.

Penutup

  • Walaupun Sistem Residen merupakan satu sistem pemerintahan yang secara tidak langsung, tetapi sistem ini dilaksanakan tanpa garis panduan yang lengkap.
  • Sistem Residen dijalankan dengan terlalu bebas sehingga banyak kuasa terlepas ke tangan British.

Soalan 45: Huraikan sebab-sebab dan kesan-kesan penubuhan dan Persekutuan 1896 terhadap perubahan pentadbiran di negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Pendahuluan.

  • Pada tahun 1893, Frank Swettenham mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
  • Perjanjian persekutuan ditandatangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. Perjanjian ini telah membawa kepada penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.

Isi-isi penting

Sebab-sebab Penubuhan Persekutuan 1896

  1.             Masalah Kewangan Pahang
  • British campur tangan di Pahang pada tahun 1888. Pahang menghadapi masalah kewangan yang rumit akibat kebangkitan rakyat menentang British. Perbelanjaan negeri melebihi pendapatan. Oleh yang demikian, Pahang banyak meminjam dari Negeri-negeri Selat. Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak lagi mampu meneruskan pinjaman itu kerana turut menghadapi masalah kewangan.
  • Pegawai-pegawai di Pejabat Tanah jajahan bimbang dengan masalah kewangan Pahang. Mereka mempuyai dua pilihan, sama ada menarik diri dari Pahang tanpa menyelesaikan masalah kewanganya atau mencari penyelesaian. Imej dan martabat Bitish akan jatuh sekiranya British menarik diri dari Pahang. Pembentukan Persekutuan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang paling baik atas alasan negeri kaya seperti Perak dan Selangor yang membantu Pahang.
  1.             Mengurangkan kuasa Residen
  • Residen di keempat-empat buah negeri Melayu bertindak tanpa panduan yang jelas. Terdapat kes-kes di mana Residen mempuyai kuasa yang lebih luas daripada sultan. Gabenor Negeri-negeri Selat yang tinggal jauh di singapura tidak dapat mengawal Residen secara langsung.
  • Tanpa pengawasan yang berkesan, Residen menjadi teralu berkuasa sehingga Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak berupaya mengawal mereka. Majlis Mesyuarat Negeri hanya berfungsi meluluskan usul yang dibentangkan oleh Residen.
  1.             Keseragaman Pentadbiran
  • Keempat-empat buah negeri Melayu tidak mempuyai sebarang penyelarasan dan keseragaman. Setiap negeri mempuyai sistem kehakiman, undang-undang tanah, dan sistem percukaiannya tersendiri. Pembentukan Persekutuan membolehkan sumber di keempat-empat buah negeri Melayu ini digunakan secara optimum. Begitu juga dari segi kecekapan pentadbiran.
  • Terdapat juga faedah dari segi kekuatan pertahanan apabila semua negeri yang disatukan itu dapat menghadapi ancaman anasir luar secara bersama.
  1.             Dasar Penjajah British
  • Sejak tahun 1890-an, kerajaan British telah menggalakkan tanah jajahan dan negeri-negeri naugannya menubuhkan Persekutuan.
  • British telah memulakan dasar ini dengan jayanya di Australia dan afrika.

Kesan-kesan politik Persekutuan 1896

  1. Kesatuan politik
  • Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) bukan satu persekutuan dalam erti kata sebenar. Ianya lebih mirip kapada satu kesatuan politik disebabkan NNMB tidak memenuhi syarat-syarat pentadbiran yang berupa sebuah persekutuan. Sepatutnya, setelah keempat-empat buah negeri Melayu itu dijadikan Persekutuan, salah seorang atau berdasarkan sistem giliran, keempat-empat Sultan dijadikan Ketua Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, dalam NNMB yang berkuasa ialah Residen Jeneral sebagai ketua Kerajaan Persekutuan.
  • Asas pembentukan sesebuah persekutuan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Pembahagian ini tidak wujud dalam Persekutuan 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya melaksanakan beberapa tugas tidak penting. Segala tugas dan dasar penting digubal oleh kerajaan Persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur.
  1. Kuasa Residen Jeneral
  • Persekutuan memberikan kuasa yang luas kepada Residen Jeneral. Hampir semua kuasa dan tugas Residen dipindahkan ke tangan Residen Jeneral.
  • Pesuruhjaya Tinggi yang berada di Singapura tidak berupaya mengawal dan mengawasi Residen Jeneral.
  1. Kehilangan kuasa sultan
  • Lebih banyak pegawai British dilantik dalam Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Ini secara Implisitnya menuju ke arah pemerintah lansung berbeza dengan pemerintah secara tak langsung semasa di bawah sistem Residen. Dengsupaya pemerintahan an demikian, kuasa sultan semakin merosot jiak dibandingkan di bawah sistam Residen.
  • Sultan-sultan berkenaan terpaksa menyerahkan kuasa mereka secara sah kepada Residen Jeneral. Antara tahun 1874 hingga tahun 1896, penyerahan kuasa tidak berlaku kerana Residen hanya dihantar untuk membentuk dan membaiki pentadbiran. Melalui Persekutuan British seolah-olahnya mempuyai kuasa penuh di keempat-empat buah negeri itu.
  1. Penubuhan Persidangan Raja-raja Melayu Durbar (1897)
  • Penubuhan Persekutuan 1896 telah membuka mata sultan-sultan dan golongan Intelektual Melayu. Buat pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu (sejak Kesultanan Melayu Melaka) , sebuah gagasan empayar Melayu dapat mewujudkan keempat-empat negeri Melayu dalam satu gabungan jang jelas. Sultan dari keempat-empat buah negeri dapat bertemu antara satu sama lain dan perbincangan tertumpu kepada hal ehwal adat,agama islam, dan kebajikan orang Melayu.
  • Ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, empat orang Sultan, Residen Jeneral, dan empat orang Residen. Durbar diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, Perak dan Durbar kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Melalui Durbar, Sultan mengkritik pemusatan kuasa yang berlebihan dalam tanagan Residen Jeneral. Mereka juga membantah kehilangan kuasa mereka. Sultan juga tidak berpuas hati tentang bilangan pegawai British yang kian bertambah. Melalui Durbar, Sultan menyeru supaya kuasa pemerintahan dikembalikan semula.
  1. Pembentukan Majlis Mesyuarat Pesekutuan 1909
  • Pada Persidangan Durbar kedua, Sultan Idris mencadangkan desentralisasi (pengagihan kuasa pusat). Residen Jeneral seharusnya membahagikan kuasanya dalam kalangan Sultan Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen. Kesan cadangan Sultan Idris, langkah pertama ke arah pengagihan kuasa pusat bermula pada tahun 1909 dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP). MMP sepatutnya menjadi  sebuah badan penasihat kepada sultan tetapi sultan hanya menjadi biasa saja.Sultan tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP atau mempunyai hak membatalkan usul yang dibentangkan dalam MMP.
  • Ini bermakna MMP boleh menjalankan tugasnya tanpa kehadiran sultan kerana kehadiran sultan sebagai ahli biasa tidak penting sedangkan segala usul yang diluluskan oleh MMP ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya oleh sultan. Pemusatan kuasa terletak pada tanga Pesuruhjaya Tinggi selaku Presiden MMP. Pesuruhjaya Tinggi mempuyai kuasa luas seperti mencalonkan ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi, memberhentikan ahli-ahli tidak rasmi sebelum tamat tempoh perkhidmatan mereka, dan mempuyai undi pemutus.

Kesimpulan

  • Sebab-sebab penubuhan persekutuan 1896 adalah masalah kewangan di mana British campur tangan di pahang pada tahun 1888. seterusnya mengurangkan kuasa residen. Hal ini menyebabkan, sultan dan majlis mesyuarat tidak mampu mengawal kuasa residen. keseragaman pentadbiran setiap negeri mempunyai sistem yg tersendiri seperti kehakiman, undang-undang tanah, cukai dan pertahanan. Dasar penjajahan sejak 1980, mereka menggalakkan tanah jajahan dan negeri-negeri sebagai persekutuan.
  • Kesan-kesan politik 1896, kesatuan politik. Kempat-empat Sultan dijadikan ketua kerajaan persekutuan dan Residen Jeneral merupakan ketua bagi kerajaan persekutuan.Kuasa Residen Jeneral,persekutuan memberikan kuasa yang luas kepada residen jeneral.
  • Penubuhan persidangan Raja-Raja Melayu Durbar 1897, menyeru supaya kuasa pemerintahan dikembalikan semula. Pembentukan majlis mesyuarat persekutuan 1909. Sultan tidak mempunyai kuasa untuk mempengerusikan mesyuarat MMP. Segala usul yang diluluskan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi.

Soalan 46 :  Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya  di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.

Pendahuluan:

  • Menurut L.A. Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia melibatkan pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada kerajaan negari.  Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.
  • Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang  keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran ditadbirkan dibawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur. Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan  Pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri.

Isi-isi Penting:

Sebab-sebab pengagihan Kuasa Pusat  

  1. Rasa tidak puas hati sultan-sultan
  • Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja.  Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.
  1. Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
  • Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran.  Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut.
  • Ini kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.
  1. Kemelesetan ekonomi dunia tahun1920-an
  • Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.  Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
  • Disamping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris.  Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.
  1. Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi
  • Sir Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan.  Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri kuasa Rasiden Jeneral akan dapat dikurangkan.
  1. Sokongan orang Melayu untuk memperimbangi sikap anti-Inggeris.
  • Bertujuan untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.

Langkah-langkah Pelaksanaan Dasar Desentralisasi

  1. Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George Maxwell 1923 Untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pengagihan kuasa pusat
  2. Antara cadangannya:  Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan kuasa pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan negeri. Walaubagaimanapun cadangan ini masih mempunyai beberapa kelemahan.
  3. Sir L. G telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai Pengagihan kuasa pusat pada tahun 1925.
  4. Cadangan-cadangan Cecil Clementi untuk mempercepatkan proses Desentralisasi.

Kesimpulan:

  • Walaupun berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British untuk melaksanakan dasar desentralisasi namun akhirnya ia tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan.

Soalan 47: Huraikan Perubahan pentadbiran Dasar Desentralisasi 1909-1939 di negeri-negeri Melayu

Pendahuluan

  • Desentralisasi ialah satu proses pemulangan kuasa dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Dasar ini dilaksanakan kerana Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Dasar desentralisasi 1909 bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada pada Residen Jeneral dan Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
  • Semasa pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan melonggarkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi.

Isi-Isi Penting

Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir John Anderson.

  • Pada tahun 1909, percubaan pertama ke arah  melonggarkan pemusatan kuasa yang ada di negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John Anderson. Perubahan perlembagaan yang besar ialah penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan ( 1909 ).
  • Desentralisasi dalam erti kata yang sebenar belum lagi bermula kerana tidak wujud pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Ini menunjukkan  Sir John Anderson tidak berniat membahagikan apa-apa kuasa kepada kerajaan negeri. Malahan, setelah Sir John Anderson menjadi Presiden MMP, beliau memusatkan kuasa yang berlebihan dalam tanganya. Jelas di sini bahawa Anderson hanya mahu mewujudkan hubungan rapat antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat dan mengurangkan kuasa Residen Jeneral. Pemusatan kuasa yang dahulunya tertumpu di Kuala Lumpur kini Berpinda ke Singapura.

Dasar desentralisasi  semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemard

  • Pada tahun 1920-an, dasar desentralisasi telah dimulakan selepas pelantikan Sir Lawrence Guillemard sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Sebab-sebabnya, sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu membantah kehilangan kuasa mereka dan pemusatan kuasa pentadbiran dalam tangan Pesurujaya Tinggi. Sultan NNMB berasa kecewa dengan penubuhan MMP.
  • British ingin memujuk Negeri-negeri melayu Tidak bersekutu menyertai Persekutuan. Dasar desentralisasi dipikirkan sebagai langkah yang paling berkesan kea rah tujuan itu apabila perubahan yang dijalankan dapat mengembalikan kuasa kepada sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1924, Sultan Idris telah berangkat ke London dan mendesak Pejabat Tanah Jajahan supaya meneruskan dasar desentralisasi. Baginda mengritik perubahan tahun 1909 yang tidak memuaskan itu.

Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir Cecil Clementi

  • Dasar desentralisasi semasa Sir Cecil Clementi dipercepatkan pada tahun 1930-an. Cadangan-cadangan Sir Cecil Clementi. Climenti mencadangkan supaya Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan dibentuk satu kesatuan yang menggabungkan semua negeri. Selain itu, Negeri-negeri ini diberi kuasa mentadbir semua jabatan kecuali Jabatan Kereta Api, Kastam, dan  Pos. Jawatan ketua setiausaha dibubarkan. Tempatnya diambil alih oleh Setiausaha Persekutuan yang lebih rendah kedudukannya daripada seorang Residen.
  • Reaksi terhadap cadangan Sir Cecil Clementi. Golongan pedagang Cina, Eropah, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu membantah dengan hebatnya. Bantahan dari NNMTB berdasarkan pandangan bahawa pemansuhan jawatan Ketua Setiausaha akan membawa kepada perubahan kuasa kearah Singapura. Masyarakat Cina bimbang mereka akan dikuasai oleh orang melayu.
  • Bantahan terhadap cadangan Clementi telah menimbulkan masalah. Oleh itu, kerjaan British melantik Sir Samuel Wilson, Setiausaha Rendah Tetap di Pejabat Tanah Jajahan mengkaji keadaan di Tanah Melayu dan cadangan Clementi

Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson

  • Pada tahun 1933, kerajaan British menerima laporan dari Sir Samuel Wilson. Hasil laporan Sir Samuel Wilson, hasil drpd cadangan dlm Laporan Sir Samuel Wilson, dasar desentralisasi dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1934 sehingga tahun 1941.
  • Majlis Mesyuarat Negeri diberi lebih kuasa. Pada tahun 1935, jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan digantikan dengan jawatan Setiausaha Persekutuan. Menjelang tahun1939, jabatan pertanian, perhutanan, kesihatan, perlombongan dan kerja raya dipindahkan dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis Mesyuarat Negeri tidak dibenarkan memungut hasil sendiri tetapi akan diberikan peruntukan tahunan (annual grant) oleh Kejaraan Pusat. Bilangan ahli tidak rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri ditambah.

Penutup

  • Dasar ini dilaksanakan kerana Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Dasar desentralisasi 1909 bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada pada Residen Jeneral dan Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
  • Semasa pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan melonggarkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi.

Soalan 48: Bincangkan pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah dan keluarga Brooke di Sarawak pada abad ke-19.

Pendahuluan:

  • Syarikat Berpiagam Borneo utara memperkenalkan pentadbiran Barat di Sabah.
  • Keluarga Brooke menjadi pemerintah di Sarawak dengan menggunakan penduduk tempatan.

Isi-isi Penting:

Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) di Sabah.

  1. a)Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London.Majlis penasihat ditubuhkan untuk menasihati gabenor dalam hal ehwal pentadbiran. Pada peringkat awal pentadbiran SBUB Sabah dibahagikan kepada dua buah residensi sahaja. Iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi bertambah menjadi 4.
  2. b)Setiap residensi diketuai oleh seorang residen yang bertanggungjawab terhadap semua daerah dalam residensinya. Residensi pula dibahagikan kepada 10 buah daerah yang setiap satunya diketuai oleh pegawai daerah. Pegawai daerah bertugas sebagai majistrate, pegawai buruh, pemungut cukai ,bendahari daerah dan ketua pentadbir semua jabatan pada peringkat daerah.
  3. c)SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa memerintah Sabah. Bagi mengatasi masalah ini SBUB telah menyerapkan system pentadbiran penduduk tempatan dengansistem pentadbiran syarikat dengan mengekalkan jawatan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.
  4. d)Ketua Anak Negeri membantu pegawai daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah. Mereka diberi surat kuasa oleh SBUB untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan .Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.
  5. e)Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampong. Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat.
  6. f)Dalam bidang perundangan SBUB telah menggunakan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang Barat dan undang-undang tempatan. Selain itu, diwujudkan juga mahkamah majistrate yang menggunakan undang-undang Barat untuk mengendalikan kes-kes berat seperti membunuh, menculik dan merompak dan diadili oleh pegawai daerah.

Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak.

  1. a)Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Keluarga ini mengamalkan system pemerintahan beraja. Walaupun mereka menjadi pemerintah Sarawak yang mutlak system pemerintahan tradisional masih dikekalkan dengan melantik semula pembesar-pembesar yang disingkirkan oleh Pengiran Mahkota. Brooke juga mengadakan hubungan yang rapat dengan ketua-ketua tempatan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan masyarakat pribumi Sarawak.
  2. b)Pentadbiran keluarga Brooke dibantu oleh sebuah Majlis tertinggi. Tugas utama MT ialah meluluskan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran Sarawak. Majlis Negeri juga dibentuk untuk membawa semua ketua kaum Bumiputera dalam satu perjumpaan besar dan ketua-ketua kaum Bumiputera boleh bertukar-tukar pendapat dan menyuarakan pandangan.
  3. c)Bagi memudahkan pentadbiran, keluarga Brooke telah membahagikan Sarawak kepada tiga bahagian kemudian ditambah menjadi lima bahagian pada tahun 1912.
  4. d)Pemerintahan Brooke telah mengadakan sebuah Mahkamah Keadilan dan beliiau menjadi hakimnya. Pemerintah Brooke juga masih mengekalkan undang-undang tradisional bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan adapt resam masyarakat pribumi.
  5. e)Pada 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang menggariskan pemerintahan sendiri kepada Sarawak. Charles Vyner Brooke akan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
  6. f)Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan kerana Jepun telah menyerang dan menawan Sarawak. Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua , Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British. Pada 1 Julai 1946, Chharles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British dan seorang gabenor telah dilantik untuk menjalankan pentadbiran di Sarawak.

Kesimpulan:

  • Kedua-dua pihak mempunyai pentadbiran yang terpisah dengan kerajaan British. Pentadbiran mereka mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.

Soalan 49: Bandingkan perluasan kuasa asing di Sabah dan Sarawak.

Pendahuluan :

  • Perluasan kuasa British di Sarawak bermula pada 24 Jun 1841 dengan perlantikan James Brooke sebagai raja Sarawak oleh Raja Muda Hashim iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan James Brooke adalah untuk membalas jasa baik beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pengiran Indra Mahkota.

Isi-isi Penting:

Sabah :

  1. Perluasan kuuasa British bermula apabila seorang pegawai British yang  bernama Alexender Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada 1761. Menurut perjanjian tersebut British diberi kebenaran mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sultan sulu iaitu di timur Kimanis. Pada 1763 Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan. Pada 1775, petempatan British di Balambangan diserang dan dimusnahkan oleh Datu Tating  saudara  Sultan Israel Sulu.
  2. Kemudian John Harbet serang pegawai British yang mentadbir Balambang terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan tetapi terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
  1. Sebelum syarikat Berpiagam Borneo Utara, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika iaitu Charles Lee Morses yang mendapat konsesi ke atas kawasan pantai barat Sabah selama sepuluh tahun dengan bayaran  ringgit 9500 daripada Sultan Brunei. Kemudian Morses menjualkannya kepada William Torey , seorang pedagang Amerika syarikat di Hong Kong.
  1. Torey cuba memajukan dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan, lalu menjualkan kepada Baron Ven Overback dan Alfred Dent. Overback dan Dent memperbaharui perjanjian dengan Sultan Sulu dan membentu sebuah Syarikat British supaya rakyat boleh melabur. Dent menjadi pemilik tunggal kerana Overback telah menjualkan bahagiannya kerana beliau bukan berbangsa British. 1881, Piagam Diraja telah diberikan oleh Keerajaan British dan Syarikat Berpiagam Utara ditubuhkan dan meluaskan pengaruhnya dari 1881 hingga 1946.

Sarawak :

  1. 1842, James Brooke telah melawat Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak. James Brooke mendapat tentangan pribumi seperti orang Iban di kawasan Seribas dan Sekiang serta Shariff Shahab seorang ketua lanun di Sadung.
  2. 1843-1846 James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.
  3. Jamees Brooke meluaskan kuasanya ke Mukah yang kaya dengan sagu. Setelah mendapat kebenaran sultan Brunei meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alas an untuk menjaga keamanan di situ.
  4. 1853-1856, sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan James Brooke antaranya sungai Sadong ,Saribas, Rejang, samarahan, Krian, Sekrang  dan dari rejang ke Tanjung Kidurung.
  5. 1890 Sultan Brunei menyerahkan kawasan Limbang kepada Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di situ.

Kesimpulan :

  • Perluasan di Sarawak lebih mendapat penentangan oleh kompulan pribumi berbanding Sabah . Manakala pentadbiran di Sabah banyak kali bertukar tangan kerana keadaan muka bumi yang kurang subur untuk pertanian.

Soalan 50: Huraikan perubahan pentadbiran di sarawak pada tahun 1841-1946

Pendahuluan

  • Sistem pemerintahan beraja diamalkan dan raja mempunyai kuasa mutlak dengan gelaran  Raja Putih. Raja Putih Sarawak yang pertama ialah James Brooke (1841-1868)
  • Pentadbiran berasaskan pengubahsuaian sistem barat dengan beberapa unsur tempatan.

Isi-isi Penting:

  1. Pentadbiran James Brooke (1841-1868)
  • Beliau mengekalkan jawatan Ketua tempatan Melayu Sarawak iaitu Datu Patinggi, datu Temenggung, dan Datu Bandar.mereka dikehendaki memungut cukai di kawasan masing2 dan menyerahkan sebahagian hasil kepada pentadbiran Brooke. Pembesar2  tempatan berperanan sebagai penasihat kepada Brooke.
  • Pada tahun 1855, sebuah Majlis Tertinggi Sarawak di bentuk untuk membuat dasar2 pentadbiran. James brooke menubuhkan majlis tertinggi dan majlis negeri dan di bahagikan kepada 5 bahagian yang ditadbir oleh majlis bahagian.
  1. Pentadbiran charles Brooke (1868-1917)
  • Charles Brooke mengantikan James Brooke sebagai raja puitih sarawak yang ke-2.  Asas pentadbiran ialah sistem pemerintahan tradisional masih diteruskan.
  • Majlis negeri ditubuhkan pada tahun 1865, untuk membantu pentadbir dalam pemerintahan negeri. Majlis negeri dianggotai oleh ahli majlis tertinggi, pegawai kanan kerajaan, dan pegawai tempatan.  Majlis negeri mengadakan mesyuarat 3 kali setahun dan bersidang buat kali pertamanya pada tahun 1867 di Sibu.
  • Charles Brooke membahagikan sarawak kepada 3 bahagian yang diketuai oleh seorang residen dan dibantu oleh pegawai anak negeri, pegawai rendah dan ketua2 suku. Diperingkat kampung, ketua orang melayu atau ketua orang cina menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan memungut cukai.
  • Badan perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan kehakiman, jabatan polis, pejabat kastan dan cukai. Pada tahun 1888,Badan perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan kehakiman, jabatan polis, pejabat kastan dan cukai.
  • Pada tahun 1888, kerajaan british mengiktiraf sarawak sebagai negeri naungan british dan charles brooke yang sah.
  1. Pentadbiran Charles Vyner Brooke (1917-1946)
  • Majlis tertinggi sarawak dikurangkan dan tidak dipanggil bersidang dari tahun 1927-1941. Sebuah jawatankuasa pentadbiran terdiri daripada 8 orang pegawai kanan eropah, 2orang melayu, dan 2 orang cina ditubuhkan.
  • Pada tahun 1941, beliau memperkenalkan perlembagaan baharu bagi sarawak,antaranya; Menyerahkan kuasa mutlak charles vyner brooke kepada majlis tertinggi(majlis eksekutif) dan majlis negeri(majlis perundangan), Majlis tertinggi mempunyai 5 orang ahli dan majlis negeri mempunyai 25 orang ahli, Kedua2 ahli majlis ini dilantik oleh Raja brooke dan Sarawak dijanjikan kemerdekaan.
  • Perlembagaan sarawak tidak dapat dilaksanakan kerana serangan jepun ke atas sarawak pada November 1941. Pentadbiran Brooke pada tahun 1841-1940 merupakan pentadbiran personal rule kerana tidak terdapat satu perlembagaan formal.

Penutup

  • Apa-apa yang berkaitan

Soalan 51: Huraikan perubahan pentadbiran di Sabah 1881-1946

Pendahuluan

  • Syarikat  Berpiagam Borneo Utara British (SBBU) mengambil alih pemerintahan Sabah pada tahun 1881. Pada tahun 1888, Sabah dijadikan sebuah negeri di bawah naungan Empayar British dan diperintah secara langsung oleh SBBU antara tahun 1881 sehingga 1946.
  • SBBU  tlh menggabungkan institusi pentadbiran British dgn institusi tempatan dlm pentadbiran awam  negeri. Pentadbiran  negeri Sabah diketuai oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh Lembaga Pengarah SBBU dgn persetujuan kerajaan Britain di London.

Isi-isi Penting:

1)      Sabah yang ditadbir oleh SBUB merupakan sebuah syarikat awam di mana saham dijual kepada orang awam. SBUB mempunyai struktur pentadbirannya sendiri yang digabungkan dgn institusi tempatan. Sabah  menjadi negeri naungan British mulai tahun 1888.

2)      Gabenor merupakan ketua pentadbir SBUB yg dilantik oleh Lembaga Pengarah London. Ibu pejabatnya di Sandakan dan beliau dibanttu oleh Majlis Penasihatnya yg di anggotai oleh pegawai kanan SBUB seperti Setiausaha Kerajaan, Bendahari, dan Ketua Pasukan Keselamatan.

3)      Setiap residensi di Sabah  dibahagikan kpd daerah yg diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah dibantu oleh Ketua Anak Negeri.

4)      SBUB mengekalkan golongan  peribumi dlm pentadbirannya. Ketua Anak Negeri yg bergelar Orang Kaya-Kaya dilantik utk menguruskan  perkara berkaitan dengan masyarakat tempatan. Antara Ketua Anak Negeri yang pernah dilantik ialah OKK Haji Mohammad Arshad.

5)      Walaupun Ketua Anak Negeri mempunyai kuasa tertentu, tetapi kuasa sebenar terletak dlm tangan Residen dan Pegawai Daerah. Residen dan Pegawai Daerah melantik dan mengawal Ketua Anak Negeri.

6)      Di Peringkat Kampung, ketua kampung atau digelar Orang Tua dilantik. Pentadbiran kampung dikenali sebagai Majlis Orang Tua-Tua

Penutup

  • Pada tahun 1912, Majlis Undangan ditubuhkan bertujuan utk mendapatkan pandangan pelbagai kaum dlm penggubalan undang-undang. Pada tahun 1915, jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan. Jawatan  ini disandang oleh penduduk tempatan.
  • Majlis Penasihat Ketua-Ketua Anak Negeri berperanan sebagai orang tengah antara kerajaan dgn rakyat tempatan. Sebuah Majlis Penasihat Cina dibentuk bagi menasihati Gabenor mengenai hal ehwal orang Cina. Ini menunjukkan betapa pentingnya orang Cina dlm kegiatan ekonomi Sabah.

Soalan 52: Huraikan sejarah perkembangan Perusahaan Bijih Timah pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan

  • Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke-19 bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga bidang ekonomi, dan social. Setelah keamanan dapat dipulihkan, ekonomi Tanah Melayumula berkembang dengan pesat.
  • Penjajah British secara beransur-ansur mula mengubah corak ekonomi Tanah Melayu daripada pertanian sara diri kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial. Selain modal tempatan, British membawa masuk modal asing untuk dilaburkan ke dalam sektor seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.

Isi-isi penting

  1. Sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sampingan. Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.
  2. Pada awal tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mula berubah apabila orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah setelah terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan pengenalan teknik melombong yang baharu.
  3. Orang Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air untuk memisahkan bijih daripada tanah. Mereka juga menggunakan saluran air dan pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah banjir atau mengawal bekalan air.
  4. Setelah orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka usaha mencari gali semakin diperluaskan. Mereka menggunakan peralatan yang lebih moden seperti kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah. Akibatnya, mereka dapat menguasai monopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.
  5. Apabila Revolusi Perindustrian meletus di Eropah, permintaan terhadap bijih timah meningkat. Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan. Pengeluaran bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di dunia pada akhir abad ke-19.
  6. Sebahagian besar bijih timah dieksport ke Amerika Syarikat. Hasil pendapatan ini digunakan untuk membiayai pentadbiran dan pembangunan ekonomi di negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Penutup

  • Satu skim bagi mengawal harga dan pengeluaran bijih timah turut diperkenalkan untuk mengurangkan lebihan penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia, Indonesia, dan Nigeria menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Skim Kawalan Timah.
  • Melalui perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu berpandukan angka pengeluaran pada tahun 1929 untuk menggelakkan lebihan penawaran.
  • Hasil daripada perjanjian ini, Majlis Timah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Kawalan pengeluaran bijih timah menerusi perjanjian ini telah berjaya menstabilkan harga bijih timah.

Soalan 53: Huraikan perkembangan dan kesan-kesan pertanian dagangan pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan

  • Pertanian dagangan mendapat tempat dalam sektor ekonomi dunia. Terdapat beberapa tanaman menjadi tumpuan negara untuk keperluan mereka dalam menghasilkan produk negara.
  • Terdapat dua peringkat dalam pertanian dagangan.

Isi-isi Penting:

Perkembangan

  1. Pertanian dagangan peringkat pertama
  • Antara jenis tanaman pada peringkat pertama ialah Ubi Kayu, Kopi, Gambir dan Lada Hitam, Tebu. Ubi Kayu dimulakan oleh orang Cina pada tahun 1850-an. Mendapat permintaan tinggi daripada pasaran British dan menjadi tanaman dagangan yang menguntungkan di Melaka pada tahun 1850. Kopi menjadi tanaman eksport yang menguntungkan pada abad ke-19 dan abad ke-20. Ditanam secara besar-besaran di selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor oleh pengusaha Eropah.
  • Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina dari Singapura di sepanjang sungai di selatan Johor. Gambir dan lada hitam menjadi eksport utama negeri Johor pada tahun 1910. Tanaman ini dibuka di Selangor dan Negeri Sembilan. Tebu diusahakan oleh orang Cina dan Eropah pertengahan abad ke-19. Ladang tebu dibuka di Seberang Perai, Linggi di Melaka dan Kerian di Perak.
  1. Pertanian dagangan peringkat kedua
  • Perusahan Getah telah digiatkan. Pada peringkat pertama, perusahan getah ini kurang mendapat sambutan. Pada awal kurun ke-20, permintaan terhadap getah meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat. Perusahaan getah pesat berkembang atas sumbangan H.N. Ridley, dasar kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kejatuhan harga kopi dan sumbangan peneroka-peneroka perintis. Selain itu, pelaburan individu dan syarikat-syarikat Eropah, peningkatan permintaan getah dunia, tenaga buruh yang murah dan penyelidikan saintifik.
  • Kelapa sawit juga mula ditanam tetapi sebagai pohon perhiasan sahaja. Ladang kelapa sawit pertama muncul di Selangor atas usaha Henri Fauconnier pada tahun 1917. Kelapa sawit muncul apabila berlaku kemelesetan dalam perusahaan getah. Kawasan penanaman utama di Tanah Melayu ialah Perak, Johor dan selangor. Johor pengeksport utama kelapa sawit.

Kesan-kesan

  • Kesan daripada perkembangan pertanian dagangan, permintaan pertanian perdagangan telah meningkat.
  • Perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat telah meningkatkan lagi permintaan getah.
  • Pertubuhan penanam-penanam getah ditubuhkan pada tahun 1907.
  • Orang asing dari luar dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk mengusahakan tanaman.

Penutup

  • Apa-apa sahaja yang berkaitan

Soalan 54: Huraikan sebab-sebab perkembangan dan zaman kemelesetan perusahaan getah pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan

  • Peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke 19 bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik tetapi juga dalam bidang ekonomi dan sosial.
  • Walaupun ekonomi berkembang pesat tetapi kegiatan ekonomi tidak dipelbagaikan. Tumpuan hanya diberikan kepada dua jenis komoditi iaitu bijih timah dan getah. Tanaman getah yang ditanam di Tanah Melayu berasal daripada jenis Hevea Brasiliensis.

Isi-isi penting

Sebab-sebab perkembangan

  1. Sumbangan H.N. Ridley
  • Pada tahun 1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Botanical Gardens, Singapura. Beliau memainkan peranan penting dalam perkembangan penanaman getah. Beliau berusaha memujuk peladang-peladang kelapa, kopi dan tebu yang masih ragu-ragu terhadap potensi getah supaya menanam getah. Beliau memenuhkan saku kawan-kawannya dengan biji getah sambil merayu kepada mereka supaya cuba menanamnya. Keazaman dan minat beliau terhadap getah sangat mendalam sehingga beliau dikenali sebagai “Ridley Getah” atau “Ridley Gila”.
  • Atas usaha beliau, cara menoreh getah iaitu sistem ibedem atau sistem tulang ikan herring mula digunakan pada tahun 1897. Sistem ini membolehkan torehan dilakukan beberapa kali tanpa merosakkan pokok getah. Beliau juga telah memperkenalkan cara mengangkut anak getah dalam keadaan iklim yang panas dengan selamat iaitu dengan membungkus anak-anak getah dalam arang yang lembap.
  1. Dasar kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
  • British telah mengambil beberapa langkah menggalakkan penanaman yang lebih luas. Pada tahun 1897, tanah yang digunakan bagi penanaman getah hanya dikenakan cukai tanah sebanyak 10 sen seekar untuk tempoh 10 tahun yang pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah akan dinaikkan sebanyak 50 sen seekar. Cukai ke atas getah hanya 2.5% selama 15 tahun daripada tarikh kerja dimulakan. Selepas itu, cukai tidak akan melebihi 5%.
  • Pada tahun 1905, British telah memberikan 45 dividen kepada syarikat pengusaha getah dan pengecualian cukai eksport selama 50 tahun. Kerajaan juga mengambil langkah dari segi kewangan. Pada tahun 1899, sebanyak $4 000 diperuntukkan untuk usaha penanaman getah dan tanaman lain.
  1. Kejatuhan harga kopi
  • Pada pertengahan tahun 1890-an, harga kopi merosot disebabkan penawaran yang berlebihan di pasaran dunia. Persaingan kopi dari Brazil dan ancaman penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk memaksa orang ramai mencari tanaman gantian.
  • Orang ramai mula menanam getah yang ketika itu menjadi tanaman gantian yang paling sesuai.

Zaman kemelesetan perusahaan getah

  1. a)Setelah harga getah melambung sebelum perang dunia pertama, perusahaan getah mula menempuh zaman kemelesetan dan kesukaran. Antara tahun 1920-1922, harga getah mula tidak stabil dan mengalami turun naik sehingga mencecah harga terendah. Pertubuhan penanam-penanam Getah yang mewakili pengusaha ladang getah di Tanah Melayu mendesak British supaya campur tangan. British diminta merangka satu skim sekatan kepada semua pengeluar kerana stok simpanan yang bertimbun dan hatga yang semakin merosot.
  2. b)Pada tahun 1922, satu skim sekatan pengeluaran getah yang dikenali sebagai ‘Skim Sekatan Getah Stevenson’ diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah. Pada tahun 1928, skim sekatan ini dihentikan dan ketika itu, jumlah pengeluaran getah di Tanah Melayu melambung naik walaupun harga getah di paras yang rendah. Keadaan menjadi semakin buruk setelah kemelesetan besar ekonomi melanda dunia mulai bulan oktober 1929.
  3. c)Kejatuhan harga telah memaksa negara-negara pengeluar supaya berunding bagi memulihkan harga getah. Pada bulan Mei 1934, satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘ Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa’ ditandatangani antara Britain, Belanda, India, Perancis dan Siam untuk mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah.
  4. d)Semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, harapan untuk memulihkan harga getah terus musnah apabila getah tiruan diperkenalkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan getah asli yang terputus bekalannya  di pasaran antarabangsa.

Penutup

  • Apabila kemelesetan ekonomi dunia melanda sekitar tahun 1929-1931, ekonomi Tanah Melayu terjejas teruk.
  • Selepas tahun 1941, barulah ada usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan menggalakkan pengeluaran lain-lain jenis tanaman seperti kelapa sawit, kelapa kering dan nenas.

Soalan 55: Huraikan kesan-kesan perkembangan perusahaan getah dan bijih timah terhadap ekonomi Tanah Melayu.

Pendahuluan

  • Perlombongan bijih timah di Tanah Melayu bermula sebelum kedatangan British lagi. Tanah Melayu pernah mengeksport bijih timah ke India, Tanah Arab, dan China. Pada abad ke-19, bijih timah menjadi salah satu faktor penting yang menyebabkan British meluaskan politiknya di negeri-negeri Melayu.
  • Perusahaan getah jiga mengalami peningkatan pada abad ke-19 atas peningkatan permintaan.

Isi-isi penting

  • Perkembangan Ekonomi

Ekonomi Tanah Melayu melalui tahap perkembangan yang menakjubkan. Menjelang akhir abad ke-19, ciri-ciri ekonomi tanah melayu moden telah muncul. Teras ekonomi berlandaskan perusahaan bijih timah dan getah. Bijih timah dan getah tidak diperlukan di Tanah Melayu tetapi untuk dieksport. Dengan ini, wujud ekonomi moden berorientasikan eksport. Ekonomi moden ini terdedah kepada ekonomi antarabangsa dan dipengaruhi oleh turun naik ekonomi dunia. Merangkumi 47% pendapatan negara.

 

  • Perkembangan sistem perhubungan

Sistem perhubungan moden iaitu landasan keretapi dan jalan raya. Pada peringkat awal, ianya dirangsangkan oleh keperluan untuk mengangkut bijih timah dan juga disebabkan ketiadaan sistem perhubungan yang memuaskan kecuali perhubungan melalui sungai atau kereta lembu sebelum tahun 1874. Pada awalnya, jalan raya hanya dibina di antara pusat perlombonngan dengan pangkalan terdekat di sepanjang sungai. (Kerja membina landasan keretapi pertama sepanjang lapan batu antara lombong di Taiping dengan kawassan pantai di muara Sungai Larut telah bermula pada tahun 1881). Selepas itu, beberapa landasan keretapi telah dibina oleh pihak British untuk mengangkut bahan bijih timah dan getah.

  • Kemajuan pelabuhan

Dengan wujudnya landasan keretapi utama, beberapa buah pelabuhan baharu muncul contohnya Port Weld, Telok Anson, Port Dickson, dan Port Swettenham.

  • Kemunculan bandar baharu

Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah menyebabkan munculnya bandar-bandar baharu di kawasan pedalaman. Mengambil alih pentadbiran bandar contohnya Taiping, Kuala Lumpur, dan Seremban. Kuala Lumpur menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan kereta api utama manakala Gemas merupakan tempat persimpangan jalanKuala Lumpur dan Pulau Pinang terlibat dalam ekonomi moden.

  • Ketidakseimbangan perkembangan ekonomi

Selangor dan Perak yang kaya dengan bijih timah mengalami perkembangan yang pesat. British telah membina infrastuktur yang lengkap. Manakala keadaan di Pahang terus merosot kerana keadaan Geografi, masalah pengangkutan, kekurangan infrastruktur, dan kekurangan galian berharga. Negeri-negeri yang lain seperti Terengganu dan Kelantan turut ketinggalan dari aspek pembangunan  kerana tidak mempunyai potensi bijih timah dan getah.

  • Perkembangan industri sampingan

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut membawa kepada perkembangan perusahaan sampingan yang berkait rapat dengan kedua-dua perusahaan tersebut.

  • Peluang pekerjaan

Perkembangan perusahaan tersebut telah menyediakan peluang pekerjaan dan keadaan ini menyebabkan tumpuan kepada aktiviti ekonomi dan pembinaan infrastuktur di kawasan bandar atau kawasan yang kaya dengan bijih timah dan getah.

  • Kemunculan sistem dwiekonomi

Sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan penangkapan ikan tidak diambil berat oleh British. Pertanian tradisional yang diamalkan oleh Orang Melayu di kawasan luar bandar terus ketinggalan dan berbentuk sara diri. Muncul sistem dwiekonomi di Tanah Melayu yang terdiri daripada kegiatan ekonomi moden yang berlandaskan eksport di bandar dan ekonomi tradisional yang berlandaskan pertanian sara diri di kawasan luar bandar.

Penutup

  • Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah meningkatkan taraf ekonomi di Tanah Melayu. Akibat daripada perkembangan ekonomi, kemajuan dan pembangunan juga dapat dirasakan di luar bandar. Contohnya, Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai kawasan luar bandar, namun setelah British mengenal pasti potensi kawasan tersebut, maka Kuala Lumpur menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan kereta api utama dan mengambil fungsi pentadbiran.
  •  Jelaslah bahawa terdapat banyak perubahan yang berlaku akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu.

Soalan 56: Huraikan perkembangan ekonomi di Sabah pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan

  • Ekonomi komersial di sabah melibatkan Syarikat Borneo Utara British mengaut keuntungan daripada sabah. Tanaman tradisional sabah dijalankan secara komersial untuk mengekploitasi kesuburan tanah.
  • Kegiatan ekonomi komersial berasaskan kegiatan pertanian dagangan perlombongan, dan perdangangan.

Isi-isi Penting:

Tanaman Tradisional

  • Kegiatan ekonomi tradisional dan komersial meningkat di sabah pada zaman pemerintahan dan pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB), hasil eksport tradisional merupakan sumber utaman di sabah. SBUB menggiatkan usaha mencari hasil laut seperti trepang, sirip ikan yu, dan mutiara. Akitiviti ini diusahakan oleh kaum bajau. Trepang mendapat permintaan yang tinggi di Cina.
  • Gentian pokok lanut (abaka atau  manila hemp) dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal sebelum dieksport ke Eropah.

Pertanian Dagangan

  • Demi mengaut keuntungan lumayan, SBUB mengusahakan tanaman baharu seperti getah dan tembakau. Ini dilakukan memandangkan sabah menpunyai tanah yang luas dan subur.

Tembakau.

  • Tanaman eksport yang dihasilkan secara komersial pada abad ke-19 dan menjadi tanaman dagangan utama kerana mutu tembakau sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Perusahaan tembakau diusahakan oleh orang Cina. Tanaman tembakau diusahakan di pulau banggi. SBUB telah memberi tanah secara liberal dan mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau.
  • Menjelang tahun 1890, hasil eksport tembakau bernilai lebih dua juta dolar. Buruh dari singapura dan Hong Kong diambil untuk mengusahakan ladang tembakau.

Getah

  • Pembinaan landasan kereta api telah meningkatkan pembukaan ladang getah di Beaufort, Tenom, dan Jesselton. Bagi menggalakkan penanaman getah SBUB telah menberi 4% dividen kepada pengusaha getah.
  • Penanaman getah meningkatkan daripada 3 226 ekar pada tahun 1900 kepada 34 828 ekar pada tahun 1911.

Kayu Balak

  • Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau. Buruh dari Filipina dan Indonesia dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor ini.
  • British Borneo Trading and Planting company ialah syarikat terbesar yang terlibat dalam industri ini. Pada tahun 1920, BBTPC sebuah syarikat yang dibiayai olej Harrisons and Crosflied telah mendapat monopoli untuk menenbang pokok balak di sabah selama 25 tahun.
  • Sandakan muncul sebagai pelabuhan balak yang penting di dunia. Hasil balak diksport ko China, Britian, Singapura dan Australia.

Kegiatan Perlombongan

  • Di sabah, SBUB menggiatkan usaha perlombongan seperti emas, arang batu dan mangan. Orang Cina mengusahakan perlonbongan emas di sungai segama.
  • Syarikat British Borneo mengusahakan perlombongan mengan. Mengan dieksport ke Britian.

Penutup.

  • Apa-apa yang berkaitan.

Soalan 57: Huraikan perkembangan ekonomi di Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan

  • Antara tahun 1900 hingga 1941, perkembangan ekonomi di Sarawak adalah sederhana disebabkan kerajaan Brooke tidak menggalakkan pelaburan luar sevara besar-besaran demi menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak. Walaupun keluarga Brooke menguasai ekonomi Sarawak, namun orang Cina diberi peluang bergiat dalam perdagangan dan perlombongan.
  • Pembangunan ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan keluarga Brooke tidak seimbang dan kebanyakkannya tertumpu di Bahagian Pertama dan Kedua Sarawak.

Isi-isi Penting:

Pertanian Perdagangan

  1. Lada hitam dan Gambir
  • Lada hitam diusahakan oleh orang Cina disepanjang Sungai Sarawak dan Sarikei di Sungai Rajang. Lada hitam menjadi bahan eksport utama pada tahun 1910.
  • Kerajaan Brooke memberi geran tanah dan bantuan kewangan kepada orang Cina untuk menanam lada hitam. Raja Charles menggalakkan penanaman lada hitam dengan membenarkan kemasukan orang Cina dari Singapura sehingga projek penanaman lada hitam berjaya dilaksanakan di kawasan Ulu Sarawak pada tahun 1870-an dan berkembang ke Lembangan Sungai Rajang.
  1. Getah
  • Ditanam di Kuching pada tahun 1881. Diusahakan oleh orang Cina dan Iban.
  • Menjelang tahun 1910, getah menjadi bahan eksport kedua utama selepas minyak.
  1. Kayu Balak
  • Menjelang akhir tahun  1890-an – 1941, kayu balak menjadi eksport utama dan kekal pada kedudukan kedua selepas getah sebagai hasil pendapatan utama Sarawak.
  • Penanaman kayu balak dijalankan oleh orang Cina dan Syarikat Borneo di kawasan Sungai Rajang. Hasil kayu balak dieksport ke Hong Kong, Australia, dan Amerika Syarikat.
  1. Sagu
  • Sagu menjadi hasil pertanian komersial yang penting mulai tahun 1840-an. Dibawah pemerintahan keluarga Brooke, penanaman sagu dipergiatkan lagi.
  • Syarikat Borneo membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil untuk menanam sagu. Pada tahun 1880-an, Sarawak mengeluarkan separuh daripada jumlah pengeluaran sagu di dunia dan orang Cina menguasai perusahaan sagu menjelang abad ke-20.

Kegiatan Perlombongan

  • Pentadbiran keluarga Brooke mempergiatkan lagi kegiatan perlombongan emas, antimoni, dan minyak di Sarawak.
  1. Emas
  • Emas diusahakan oleh pelombong Cina di Bau.
  • Apabila orang Cina melarikan diri ke Sambas, kerana membantah pengenalan cukai, perlombongan emas diambil alih oleh Syarikat Borneo.
  1. Antimoni
  • Syarikat Borneo mendapat monopoli melombong antimoni daripada keluarga Brooke. Antimoni dilombong di Bau dan Kuching. Perusahaan antimoni menambahkan sumber pendapatan negeri Sarawak.
  • Antara tahun 1870 – 1916, eksport antimoni bernilai hampir dua juta dollar.
  1. Minyak
  • Pentadbiran keluarga Brooke memberi konsesi kepada The Anglo Saxon Oil Company untuk menjalankan kegiatan perlombongan minyak di Sarawak. Pada tahun 1882, telaga minyak yang pertama digali di Miri. Pada tahun 1909 pula, usaha mencari gali minyak ditawarkan kepada Sarawak Oil Company dan anak syarikat iaitu Syarikat Royal Dutch Shell untuk dieksport.
  • Kilang menapis minyak didirikan di Lutong pada tahun 1917.

Penutup

  • Sebab perkembangan ekonomi di Sarawak ialah perkembangan dalam pertanian perdagangan iaitu lada hitam dan gambir, getah, kayu balak, dan sagu.
  • Seterusnya ialah kegiatan perlombongan emas, antimoni dan minyak.

Soalan 58: Jelaskan perubahan sistem pendidikan di negeri-negeri melayu pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan

  • Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebagsaan ditanah melayu semasa penjajahan british.  Dasar british yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular.
  • Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan british, iaitu sekolah agama islam, sekolah vernakular melayu, cina, tamil, dan aliran inggeris.

Isi-isi penting

  1. Sekolah agama islam
  • Sebelum penjajahan british, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid, dan sekolah  pondok. Kurikulumnya ialah membaca dan memahami al-quran, mempelajari bahasa arab, hukum-hukum agama serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selepas penjajahan british, sistem pendidikan pondok atau madrasah menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih teratur
  • Ciri-ciri pendidikan madrasah adalah Berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan, Dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, Tahap pengajian ialah tahap permulaan, pertengahan, dan pengkhususan dan Mudir atau guru besar bertanggungjawab mengawasi perjalanan sistem madrasah
  1. Sekolah vernakular melayu
  • Semasa pentadbiran british, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca, dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan pekebunan. Sekolah melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam
  • Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada  asas-asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Perkembangan sekolah melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan
  1. Sekolah vernakular cina
  • Pendidikan cina di tanah melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik confucius. Sekolah-sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks confucius atau klasik cina tanpa memahami maknanya, penggunaan sempoa adalah penting
  • Sekolah cina menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan pelajaran dan buku dibawa dari negara cina
  1. Sekolah vernakular tamil
  • Pendidikan tamil secara formal di tanah melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat india. Perkembangan sekolah vernakular tamildi pengaruhi oleh perkembangan ekonomi di tanah melayu, orang india berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah. Sekolah-sokolah tamil didirikan dikawasan ladang  di seberang perai, pulau pinang dan johor
  • Bahasa pengantar digunakan ialah bahasa tamil dan kadangkala bahasa telegu, malayalam, punjabi atau hindi
  1. Sekolah aliran inggeris
  • Sekolah inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di tanah melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh kristian dan badan-badan awam
  • Sekolah inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian.

Penutup

  • Kesan daripada perubahan sistem pendidikan, wujud perbezaan politik, ekonomi dan sosial sehingga perpaduan kaum terhalang. Setiap kaum terpisah mengikut kebudayaan masing-masing. Tiada wujud satu bahasa kebangsaan yang boleh menyatukan semua kaum

Soalan 59:Jelaskan perubahan sistem pendidikan di Sabah pada abad ke-19 hingga abad ke-20

Pendahuluan:

  • Sebelum tahun 1963, perkembangan system pendidkan di Sabah tidak begitu maju jika dibandingkan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini deisebabkan oleh dasar pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang tidak memberi keutamaan kepada perkembengan pendidikan di negeri itu.

Isi-isi penting:

Sekolah Mubaligh Kristian

  • Percubaan awal dilakukan oleh Gabenor W.H Treacher dengan mendirikan sekolah agama, tetapi gagal kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk yang beragama Islam. Mereka mencurigai tujuan W.H Treacher. Sekolah pertama yang telah didirikan di negeri Sabah pada awal abad ke-19 terletak di daerah Sandakan, yang telah ditubuhkan oleh mubaligh Roman Katolik dan dinamakan sebagai  Institut Bryon.
  • Namun apabila sebuah Jabatan Pelajaran dibentuk , nazir-nazir telah ditempatkan di kawasan-kawasan pantai timur dan barat Sabah bagi mengawasi perkembangan sekolah persendirian oleh golongan mubaligh Kristian dan masyarakat Cina.

Sekolah Melayu

  • Sekolah Melayu Kota Kinabalu telah didirikan pada tahun 1915 bertujuan untuk melatih anak-anak Ketua Anak Negeri. Penekanannya lebih kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dan al-Quran. Sekolah Melayu yang pertama ditubuhkan di Kota Belud pada tahun 1921. Pada tahun 1930, hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang murid.
  • Sekolah Melayu di Sabah sama dengan sekolah Melayu di Tanah Melayu yang memberi penekanan kepada latihan jasmani, berkebun, Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar,mata pelajaran Ilmu Hisab dan Kesihatan. Sekolah Melayu hanya pada peringkat rendah sahaja.

Sekolah Inggeris

  • Sekolah Inggeris lebih tinggi mutunya jika dibandingkan dengan sekolah lain. Pada tahun 1933, murid dari sekolah Inggeris boleh menduduki peperiksaan Junior dan  Senior Cambridge serta berpeluang menjadi kakitangan kerajaan kolonial.
  • Semua sekolah berkembang secara berasingan dan tidak dibiayai oleh SBUB. SBUB hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja. Ini disebabkan SBUB menghadapi masalah kewangan dan menganggap bidang pendidikan tidak mendatangkan keuntungan.

Maktab Perguruan dan Laporan Woodhead 1953

  • Bagi menampung keperluan tenaga pengajar untuk sistem pendidikan di negeri Sabah, Maktab Perguruan Kent, Tuaran telah ditubuhkan pada tahun 1952. Maktab ini telah melatih lebih ramai guru sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah sekitar Sabah.
  • Laporan Woodhead pula merupakan satu laporan bagi mencadangkan beberapa perkara khusus mengenai sistem pendidikan di Sabah temasuklah Peruntukan Kewangan; Langkah meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah, menengah, vokasional dan dewasa; dan Sistem pendidikan baharu diwujudkan di Sabahdan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan sistem persekolahan.

Penutup

  • Dasar Pentadbiran British di negeri Sabah sememangnya membawa perubahan dalam sistem pendidikan masyarakat pribumi. Akhirnya, pada tahun 1956 Lembaga Pelajaran ditubuhkan, dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan dengan tujuan mengangkat martabat pendidikan di negeri Sabah agar menjadi satu sistem yang lebih sistematik dan teratur.

Soalan 60: Bincangkan perubahan sistem pendidikan di Sarawak pada abad ke 19 hingga abad ke 20

Pendahuluan

  • Masyarakat tempatan dan bumiputera mempunyai sisitem pendidikan sendiri sebelum kedatangan british iaitu berbentuk formal dan tidak formal.Sebelum kedatangan British, masyarakat tempatan sudah mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan untuk anak-anak mereka walaupun berorentasikan pengajian agama islam. Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.  Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.
  • Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik dan tidak terbuka kepada setiap orang.Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.

Isi-isi Penting

  1. Dasar pendidikan Brooke tidak banyak mengubah masyarakat tempatan Sarawak. Brooke enggan mengubah gaya hidup masyarakat tempatan khasnya orang iban melalui sistem pendidikan barat.  Namun, Brooke tidak menghalang para mubaligh menjalankan usaha menyebarkan pendidikan.
  2. Atas desakan untuk memenuhi kekurangna yang besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong pengarah pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu.Beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) pada tahun 1992.
  3. Sungguhpun penubuhan MPSI dikatakan satu peristiwa yang bersejarah dalam pendidikan melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit.Kerajaan British masih tetap degna dasar ingin mengekalkan status quo orang melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan melayu yang tahu menulis dan membaca.Menurut Tan Din Eing “…perhatian yang lebih berat diberikan supaya tiada orang Melayu keluardari Kampung-kampungya untuk mendapat pekerjaan.”
  4. Pendidikan vernakular melayu adalah rendah mutunya.Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas seperti membaca,menulis,dan mempelajari asas kira-kira.Antara tahun 1914-1940,tidak terdapat sekolah menengah aliran melayu di Tanah Melayu.Perkembangan sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan sahaja.
  5. Selepas tahun 1950-an perkembangan pendidikan di Sarawak semakin bertambah baik terutama setelah laporan woodhead 1955 memperakuhkan beberapa cadangan untuk memperbaiki sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak.
  6. Hasil laporan itu, sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak diperkemaskan dengan penubuhan lembaga pelajaran pada tahun 1956.  Lembaga ini dianggotai oleh orang awam bagi mewakili kaum masing-masing dengan setiausaha majlis tempatan dilantik menjadi pengerusi dan pengarah pelajaran sebagai ahli

Penutup

  • Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.  Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam.
  • Sistem pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik tidak terbuka kepada setiap orang pendidikan inggeris.  Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.

Soalan 61: Bincangkan usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka pada tahun 1946-1957 dan Dasar pendidikan negara selepas merdeka selepas 1957.

Pendahuluan :

  • Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular.
  • Lima aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British, iaitu sekolah agama islam, sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan aliran inggeris. Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah berusaha untuk memperbaiki sistem pendidikan di negara ini.

Isi-isi penting :

Usaha Pendidikan British sebelum merdeka

  1. Rancangan Cheeseman
  • Bertujuan menyusun semula dasar pendidikan di bawah Malayan Union.  Syor yang dicadangkan ialah pendidikan percuma di peringkat rendah, pengajaran bahasa inggeris di semua sekolah rendah dan penubuhan dua jenis sekolah.
  • Tidak dapat dilaksanakan disebabkan Jabatan Pelajaran terlalu sibuk dengan kerja membaiki sekolah-sekolah yang rosak akibat peperangan.  Pada tahun 1949, satu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran telah ditugaskan untuk mengkaji semula dasar pendidikan di bawah kerajaan Persekutuan. Namun cadangan ditolak oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
  1. Laporan Barnes
  • Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di sekolah vernakular melayu. Mencadangkan rombakan semula semua sistem persekolahan termasuk sekolah melayu.
  • Syor yang dicadangkan ialah sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum hendaklah dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem persekolahan yang dinamakan sekolah kebangsaan., pendidikan percuma untuk semua sekolah kebangsaan., sekolah rendah diberi sokongan kewangan dan bahasa melayu menjadi bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah dan bahasa inggeris akan menjadi bahasa penghantar di sekolah menengah.
  1. Laporan Fenn-Wu
  • Ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan vernakular cina dan diketuai oleh dua orang pakar pendidikan cina iaitu Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao.
  • Syor yang dicadangkan ialah bahasa Melayu, Cina, dan Tamil dikekalkan sebagai bahasa penghantar, pelajar-pelajar dari semua kaum digalakkan mempelajari semua bahasa, sekolah cina dikekalkan tetapi sukatan pelajarannya hendaklah berorentasikan kepada keadaan dan sejarah tempatan dan kerajaan patut menambahkan bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah cina.
  1. Ordinan Pelajaran 1952
  • Oleh sebab perbezaan pandangan antara Laporan Barnes dengan laporan Fenn-Wu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan-cadangan mereka. Laporan jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
  • Cadangannya ialah dua sistem persekolahan yang menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar sekiranya terdapat permintaan, pendidikan vokasional diperluaskan di peringkat sekolah menengah dan bahasa melayu dan bahasa inggeris diajar di peringkat sekolah rendah selama enam tahun. Tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan daripada masyarakat cina dan india, kekurangan kewangaan dan ancaman komunis ketika itu.
  1. Penyata Razak 1956
  • 1955, kerajaan persekutuan telah melantik Tun Abdul Razak untuk mempengerusikan sebuah jawatankuasa pelajaran. Ditugaskan mengkaji semula sistem pendidikan di tanah melayu. Tugas jawatankuasa Razak ialah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang kaum, menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar, manjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1956 dan membuat pindaan jika perlu.
  • Cadangan diluluskan dikenali Penyata Razak. Cadangan penyata Razak ialah penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa  penghantar dan sekolah jenis umum (rendah) yang menggunakan bahasa inggeris, cina, dan tamil sebagai bahasa penghantar. Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah menengah inggeris menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar. Bahasa melayu dan bahasa inggeris wajib diajar di semua sekolah.
  • Dua elemen yang dapat memupuk semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.

Dasar Pendidikan selepas merdeka

1)        Akta Pelajaran 1961

  • Semua syor dalam Laporan Rahman Talib digubal dan diterima sebagai Akta Pelajaran 1961. System pendidikan aneka jurusan ditubuhkan pada 1965 bg sekolah menengah rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan.

2)        Jawatankuasa cabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979

  • 1974, kerajaan persekutuan telah menubuhkan jawatankuasa cabinet yang telah dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana MEnteri ketika itu, Dr.Mahathir Mohammad.
  • Laporan ini bertujuan untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya selaras dengan keperluan semasa Negara dengan mempertimbangkan pelbagai aspek spt keperluan tenaga kerja, pembangunan Negara dan identity kebangsaan.

3)        Akta Pendidikan 1996

  • Diperkenalkan oleh YDPA setelah diluluskan Parlimen pd 15 Julai 1996. Diwartakan 1 Ogos 1996 dan dikuatkuasakan 31 disembe 1997. Konsep system pendidikan kebangsaan dimantapkan dgn melipti semua peringkat persekolahan dari pra sekolah hingga peringkat pengajian tinggi serta meliputi semua jenis sekolah. Memperlihatkan secara jelas halatuju dan wawasan pendidikan Negara Malaysia. ini berdasarkan hasrat pemimpin Negara yang ingin menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan  daripada pelbagai aspek
  • Dengan adanya akta ini, sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti utk mencapai aspirasi Negara seperti  yang termaktub dalam Wawasan 2020 dan semangat 1Malaysia.

Penutup :

  • Usaha British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka telah membawa banyak perubahan kepada sistem pendidikan di negara kita.

Soalan 62: Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka.

Pengenalan.

  • Dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan pelajar mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain. Jenis2 sekolah tersebut ialah sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil. Pengenalan kepada isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan dengan dasar pecah dan perintah yg diamalkan oleh pemerintah Inggeris di Tanah Melayu.

Isi-isi penting:

  1. Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah.
  • Tiap-tiap sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan anak2 Melayu, Cina dan India sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk bergaul bg ketiga-tiga kaum ini hanya terdapat di sekolah inggeris yg terletak di bandar sahaja. Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan al-Quoran dilakukan di surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak memungkinkan bangsa lain utk turut serta.
  • Sementara pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan atau kelompok berteraskan kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara sambilan berdasrka buku2 teks klasik dari China. Org India tidak dihiraukan pendidikannya hanya pd 1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan. Pd 1923 Akta Buruh diperkenalkan iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek Tamil dan pengurusannya diserah kpd pihak lading.
  1. Tiada Bahasa Penghantar Tunggal
  • Tidak ada dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan Sek Melayu menggunakan BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian kominikasi menjadi sukar disebabkab tiada medium yg sesuai utk menyatukan mereka.
  1. Perbezaan Kawasan tempat tinggal.
  • Kebanyakkan sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan org Melayu di kg2. Sek Cina pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat di Klang dan Kanching. Di Negeri Sembilan terdapat di Lukut.
  • Sementara di sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang.
  1. Tiada Keseragaman Kurikulum
  • Kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai kurikulumnya sendiri.  Sek Inggeris menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain. Guru2 yg mengajar di sekolah ini di bawa dr sana. Begitu juga dengan  buku2 teks.
  • Sek Melayu pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran membaca dan menulis dan mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi perkebunan dan pertukangan. Sek Cina dan Tamil menggunakan kurikulum yg sama dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg mrk.Menggunakan bhs ibunda sbg bhs pengantar. Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik krn mrk diserapkan kedlm sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah Melayu. Sementara lulusan India hanya berpeluang meneruskan kerjaya diestet atau sekiranya mampu membayar yuran yg tinggi boleh meneruskan pemgajian sek Inggeris di bandar.

Kesimpulan.

  • Dasar pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan perbezaan ras yg begitu ketara di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris sistem pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah Melayu. Dengan cara ini kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak mempunyai asas dan kekuatan bagi menetang Inggeris.

Soalan 63: Bincangkan sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas merdeka dari tahun 1961-1996

Pengenalan

  • Sistem pendidikan zaman penjajah lebih bersifat  terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak seragam
  • Dianggap terbaik dan terbuka kepada semua orang. British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing.

Isi-isi Penting:

Sistem Pendidikan

  1. Pendidikan Melayu
  • Penang Free School dibuka 1815 dan beberapa sekolah lagi dibuka oleh persatuan Mubaligh Kristian. 1856, dua buah sekoalh dibuka di Singapura iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. Pada mulanya sambutan ibu bapa terhadap sekolah melayu tidak begitu menggalakkan, tetapi setelah pengajian al-Quran disediakan, ibu bapa mula membenarkan anak mereka bersekolah di sekoalh itu.
  • Apabila orang Melayu menyedari kepentingan pendidikan, lebih banyak sekolah melayu didirikan. Pendidikan melayu zaman penjajah tidak bertujuan menyediakan kanak-kanak melayu supaya dapat perbaiki tartaf hidup yang sedia ada atau membolehkan mereka menyertai sector ekonomi moden.

Maktab Latihan Perguruan

  • Usaha member latihan kepada guru sekolah melayu dibuat pd 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga.. namun usaha ini tidak berjaya kerana gaji guru terlalu rendah menyebabkan tidak ramai orang berminat utk kekal menjadi guru.. walaupun maktab ini tidak melashirkan ramai guru pelatih tetapi penubuhannya memulakan satu tradisi latihan kebangsaan perguruan di Tanah Melayu.

       Pengajian Tinggi

  • Penubuhan Maktab Perubatan King Edward VII pd 1905 menandakan bermulanya pengajian tinggi di Tanah Melayu. 1949, maktad tersebut digabung dengan Raffles College utk menjadi UM di Singapura.
  • Bagi bidang teknikal, Sekolah Teknik dibuka di KL utk melatih pembantu teknik dalam Jabatan Ukur, Jabatan Kereta Api dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, Maktab Pertanian didirikan di Serdang Selangor dan setelah dinaik taraf kini dikenali sbg UPM.
  1. Pendidikan Cina
  • Penubuhan sekolah cina menandakan keinginan orang cina utk bermastautin secara tetap. Sekolah-sekolah cina lebih tertumpu di kawasan Bandar sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan spt Singapura, Melaka dan Perak.
  • Pada 1920, terdapat 494 buah sekolah cina di Tanah Melayu.

Peringkat Pengajian Kurikulum dan Perkembangan.

  • Orang cina memastikan sekoalh yang ditubuhkan di TM sama coraknya dgn yg terdapat di China. Sekolah cina menjadi pusat penyebaran ideology yg bercanggah antara pihak Koumintang dan Komunis.
  • 1902, peraturan mewajibkan semua sekolah cina didaftarkan. Ini bertujuan mengawal perkembangan sekolah cina di TM.  Jabatan Penolong pengarah cina juga ditubuhkan utk mengawasi sekolah cina.
  1. Pendidikan Tamil
  • Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yg mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap ladang getah yg mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yg berumur 10-12 tahun.
  • Seelepas 1920-an semakin banyak sekolah tamil didirikan di TM. 1932,  British mula memberi bantuan kewangan kpd sekolah tamil.

                 Peringkat pengajian dan Kurikulum

  • Bahan bacaan dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India dan tidak ada matapelajaran BM mahupun BI. Ketiadaan kemahiran bahasa menyebabkan kesukaran utk  melanjutkan pelajaran ke aliran sekolah lain.
  • Pihak majikan menyediakan menyediakan kemudahan pendidikan hanya bagi mematuhi arahan kerajaan dan selepas itu sekolah tamil di lading hanya bertujuan utk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh.
  1. Pendidikan Inggeris
  • Dibiayai melalui pungutan yuran dan derma drpd badan persendirian dan orang ramai. Tertumpu di Bandar-bandar seperti di Perak dimana sekolah aliran Inggeris dibuka di kawasan perlombongan utama seperti Taiping dan Ipoh.
  • 1930-an anak-anak melayu mula dibenarkan bersekolah di sekolah Inggeris dan mereka perlu belajar selama 2 tahun sebelum memasuki tahun 4 di sekolah Inggeris.

                Peringkat  Pengajian

  • Kurikulum dibentuk dgn memberi tumpuan kepada pelajaran akademik. Dalam sesetengah matapelajaran, murid-murid hanya didedahkan sejarah keagungan British spt peperangan dan sejarah Eropah. Mereka tidak mempelajari perkara berkaitan masyarakat tempatan.
  1. Sekolah Agama Madrasah
  • Kaum Muda berusaha menubuhkan sekolah agama bagi menyaingi sekolah aliran melayu dan inggeris. Madras ad pertama ditubuhkan ialah madrasah al-Iqbal di Singapura tetapi kurang mendapat sambutan. Keseragaman dari segi sukatan dan sistem pendbiran juga tidak ada. Kekurangan ini menyebabkan sekolah madrasah tidak menepati kehendak moden.

Penutup

  • Terdapat pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British terhadap pendidikan di TM terutamanya di sekolah-sekolah Melayu,, Inggeris, Cina dan Tamil.

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version