Blog Sejarah STPM

Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa STPM Semester 3

By Jack

April 21, 2020

Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa Perhubungan Luar

Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa Perhubungan Luar

 

 

4.4 Perhubungan Luar

4.4.1 :  Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa

Pendahuluan

Isi-isi Penting: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

  1. a)Filipina menyertai PBB tahun 1946.  Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.
  2. b)Filipina berjuang dalam PBB untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di dunia dan hantar tentera pengaman PBB seramai 6,000 orang dalam krisis Perang Korea.
  3. c)Filipina berjaya mempengerusikan Kajian 2010 “Non-Proliferation Treaty” (NPT) bertujuan mencegah penularan senjata nuklear dan teknologi senjata, menggalakkan kerjasama dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman.
  4. d)Terlibat dalam forum serantau dan antarabangsa seperti “Asia Pacific Ekonomic Cooperation” (APEC), “World Trade Nations Conference on Trade dan Development” (UNCTAD) dan lain-lain South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
  5. a)Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dibentuk bulan Sep. 1954.  Filipina merupakan salah sebuah negara penaja utama penubuhannya. Penglibatannya disebabkan oleh hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan perasaan bimbang terhadap perkembangan ideologi komunis di Filipina.
  6. b)Pembentukan SEATO merupakan tindak balas daripada permintaan bahawa kawasan Asia Tenggara akan dilindungi daripada pengaruh komunis.
  7. c)Penglibatan Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi dan pembangunan sosial. Contohnya projek latihan pekerja mahir.  Namun penglibatan Filipina dalam SEATO agak terhad kerana SEATO tidak memainkan peranan seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak berfungsi.

Association of South East Asian Nation (ASEAN)

  1. a)Filipina menyertai Pertubuhan Asia Tenggara bersama-sama Thailand dan Tanah Melayu pada tahun 1962. Gabungan ketiga-tiga buah negara ini di namakan sebagai MAPHILINDO.
  2. b)ASEAN merupakan jalinan hubungan dan kerjasama serantau melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.  Dalam Deklarasi Kuala Lumpur,  ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali.  Tujuannya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau ini dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana blok.
  3. c)Filipina mencadangkan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN 1984 bahawa ASEAN sebagai kawasan Zon Bebas Senjata Nuklear dan bekerjasama dengan negara-negara lain mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
  4. d)Filipina melibatkan diri dalam pelbagai projek ASEAN seperti projek Fabrikasi Tembaga dan sebagainya.

Kesimpulan

Pendahuluan

Isi-isi Penting: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946.  Thailand juga memberi bantuan kepada PBB dalam Perang Korea. Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Ekonomi. Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering dijadikan tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB. Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan untuk memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.

Pendahuluan

Isi-isi Penting:

  1. Sering terlibat sebagai tentera pengamanan PBB
  1. Tuan rumah kepada pejabat serantau agensi khusus PBB.
  1. Sumbangan kewangan ke arah operasi pengaman PBB di seluruh dunia
  1. Sumbangan penyelesaian politik melalui resolusi Perhimpunan Agung
  1. Menjadi Tuan rumah dalam dua mesyuarat di Pattaya

Kesimpulan

 

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM