Blog Sejarah STPM

Peluasan Kuasa Asing STPM Semester 3

By Jack

April 19, 2020

Peluasan Kuasa Asing STPM Semester 3

Peluasan Kuasa Asing STPM Semester 3

 

2.1 Peluasan Kuasa Asing

2.1 Peluasan Kuasa Asing

Pendahuluan:

Isi-isi penting:

  1. Faktor Ekonomi
  1. Bimbang campur tangan kuasa barat lain
  1. Perubahan politik dan dasar Britain
  1. Pembukaan Terusan Suez
  1. Keadaan huru-hara di nergei-negeri Melayu

Penutup:

  1. Perjanjian Burney 1826 telah berjaya menyelamatkan negeri-negeri Melayu Utara daripada perluasan kuasa Siam. Walaubagaimanapun perjanjian ini merupakan permulaan kepada campurtangan kuasa British di Tanah Melayu.
  2. Inggeris meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tiga perjanjian:  Perjanjian Sulit (1897), Perjanjian Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909).
  1. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897)
  1. Sebab:
  1. Khabar angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah.
  2. Terusan ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura.

iii.      Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.

  1. British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.
  1. Syarat-syarat:
  1. British mengiktiraf  kedaulatan Siam terhadap mana-mana wilayahnya di selatan garis lintang 11 darjah Utara kepada kuasa lain.
  2. Siam berjanji tidak akan memberi konsensi perdangan kepada mana-mana kuasan asing tanpa persetujuan kerajaan British.

iii.      British berjanji akan membantu Siam sekiranya di serang musuh.

  1. Kesan-kesan
  1. Menandakan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap NNMU
  2. NNMU akan dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa British dan Siam.
  1. Perjanjian/Pengistiharan Inggeris-Siam 1902.
  1. Sebab:
  1. Kebimbangan campur tangan kuasa asing.
  1. Peranan Frank Swettenham

iii.      Kegiatan R W Duff di Kelantan

  1. Syarat-syarat
  1. Siam diberi kuasa melantik penasihat dan penolong British di negeri-negeri tersebut.
  2. Siam akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu.
  1. Kesan-kesan
  1. Sultan Kelantan dan Terengganu mendakwa mereka tidak dibawa berunding Mengenai pengistiharan itu.  Sultan Terengganu enggan mengakui pengistiharan itu.
  2. Pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.
  1. Perjanjian Bangkok 1909
  1. Sebab-sebab
  2. Pakatan Inggeris – Perancis 1904.
  3. Kebimbangan campurtangan asing yang lain.

iii.      Pembatalan hak-hak wilayah asing.

  1. Masalah kewangan Siam.
  1. Syarat-syarat
  2. Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.
  3. Inggeris pula akan menyerahkan hak wilayah asingnya di Siam.

iii.      Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.

  1. Kesan:
  2. NNMU berpindah tangan dari Siam ke Inggeris.
  3. Penerimaan seorang penasihat Inggeris di NNMU.

iii.      Menetapkan sempadan antara Siam dengan Tanah Melayu.

  1. Menjamin Inggeris menjalankan dasar monopoli perdagangan di Tanah Melayu.

Isi-isi penting:

Syarat Perjanjian Inggeeris-Belanda 1824.

  1. Pembahagian wilayah takluk masing-masing. Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak milik British dan bersedia melepaskan segala tuntutannya ke atas Singapura. Belanda juga bersetuju menyerahkan semua loji/pusat perdagangannya di India, di samping penyerahan Melaka dan segala jajahan takluk di utara Singapura kepada British.
  2. Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan. British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. British juga berjanji tidak akan membuka petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan . Kedua-dua pihak juga bersetuju menduduki tempat tersebut jika mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasan dan setiap wilayah tidak boleh diserahkan kepada kuasa asing.
  3. Menghadkan kawasan perdagangan bagi kedua-dua pihak. Belanda diberikan monopoli ke atas kepulauan rempah sahaja. Dan kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas. Manakala perjanjian  bijih timah antara Belanda dengan Selangor, Perak dan Kedah berakhir. Belanda tidak akan menganiaya pedagang-pedagang British dengan mengenakan cukai yang tinggi. Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara bebas dengan pelabuhan-pelabuhan kedua-dua pihak di samping bekerjasama menghapuskan kegiatan lanun.
  4. Belanda membayar hutangnya sebanyak 100,000 pound  kepada British dan kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan negeri-negeri tempatan yang boleh menjejaskan perdagangan pihak lain.

Implikasi Perjanjian Inggeris Belanda:

  1. Kepulauan Melayu dibahagi kepada dua iaitu Singapura dan kawasan utaranya Terletak di bawah naungan British, manakala kawasan di Selatan Singapura di bawah naungan Belanda.
  2. British bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan mana-mana pihak. Melalui perjanjian ini, British mempunyai tiga buah penempatan iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang akhirnya dikenali sebagai Negeri-negeri Selat pada 1863.
  3. Perpecahan empayar Johor yang dahulunya terdiri daripada kepulauan Riau –Lingga di bawah pemerintahan Sultan Husin(pengaruh British) dan kepulauan Riau-Lingga di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman (pengaruh Belanda). Pahang telah membebaskan diri daripada empayar Johor dan diperintah oleh keluarga bendahara.
  4. Perdagangan Singapura semakin berkembang maju.

1)       Cara Peluasan Kuasa British di Singapura

2)       Perjanjian Persahabatan 1855

3)       Penglibatan British dalam peristiwa Pengilhakan Muar (1877)

4)       Penubuhan Lembaga Penasihat Johor

  1. Berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Belanda telah menyerahkan Melaka kepada british. Ini bermakna british mula melibatkan dirinya di Melaka. Perang Naning meletus apabila Robert Fullerton, Gabenor Negeri-negeri Selat menganggap Naning sebahagian daripada Melaka. Beliau cuba melaksanakan sistem undang-undang tanah dan kehakiman Melaka di Naning. Pada masa yang sama beliau cuba mengutip hasil cukai setempat yang berhak dimiliki oleh Melaka menurut perjanjian awal dengan Belanda.
  2. Dakwaan dan tindakan British ini berdasarkan kepada perjanjian pada tahun 1801 antara Kolonel Aldwell Taylor, wakil british dengan penghulu dan Empat Suku Naning, bagi Naning pula, perjanjian ini berasaskan kepada perjanjian antara Belanda dengan Naning pada tahun 1643 dan tidak melibatkan British.
  3. Oleh sebab british mendakwa naning sebahagian daripada Melaka, ini bermakna naning di bawah pertadbiran british. Oleh yang demikian, kes-kes jenayah yang berlaku di naning harus dibawah ke Melaka dan undang-undang negeri-negeri selat patut dilaksanakan di naning. Tindakan british ini telah mencabar kedudukan tradisi penghulu Dol Said, pemerintah naning. Beliau tidak boleh menghakimi kes-kes jenayah naning. Apabila penghulu Dol Said menyelesaikan kes jenayah di naning, beliau telah diberi amaran dan dituduh tidak mematuhi arahan british di Melaka.
  4. Dol Said tidak menghiraukan dakwaan british. Beliau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak mematuhi arahan british yang cuba menjalankan bancian di naning. Tindakan Dol Said adalah berdasarkan pendapatnya bahawa naning sebuah negeri bebas dan merdeka.
  5. Cara-cara perluasan kuasa british di naning. Peperangan berlaku antara melayu naning di bawah pimpinan penghulu Dol Said dengan british antara tahun 1831 dan 1832. Naning mencapai kejayaan pada tahun 1831, tetapi tewas di tangan british pada tahun 1832. Ini kerana pada mulanya naning mendapat bantuaan daripada Yamtuan Ali dari Rembau dan beberapa pemimpin negeri Sembilan yang lain. Pada tahun 1832, brtish telah membuat persetiaan dengan Rembau. Rembau berjanji tidak akan membantu naning.
  6. Pada bulan Mac 1832, Kolonel Herbert mengetuai tentera menyerang naning. Pakatan british dengan Rembau telah Berjaya mengalahkan naning. Taboh, iaitu pusat pentadbiran naning telah ditawan dan rumah penduduk naning dibakar. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak british. Selepas itu, british menyatukan daerah naning dengan Melaka.

Penutup

Pengenalan

Isi-isi Penting:

  1. a)British berjaya meluaskan pengaruh di Terengganu melalui Perjanjian Bangkok yang di tandatangani pada tahun 1909. Pada mulanya, Sultan Terengganu, iaitu Sultan Zainal Abidin III enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok yang dipersetujui antara Siam dengan British kerana baginda tidak dibawa berunding semasa perjanjian tersebut di buat.
  2. b)Namun, setelah didesak oleh British, baginda terpaksa menerima seorang wakil British di Terengganu. Selepas Sultan Zainal Abidin III mangkat, seorang penasihat British dilantik di Terengganu pada tahun 1919.
  3. c)Selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali (pemerintah Pahang) pada tahun 1857, rimbul perbalahan antara dua orang anaknya, Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Hal ini menyebabkan tercetusnya perang saudara. Wan Ahmad meminta bantuan daripada kerajaan Siam. Siam ingin menjadikan Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan serangan keatas Pahang.
  4. d)Kerja-kerja melombong bijih timah milik syarikat British di Kuantan terjejas. Demi menjaga kepentingan ekonomi di Pahang dan menyekat perluasan kuasa Siam di Negeri-negeri Melayu, Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Orfeur Cavenagh memberi amaran kepada sultan Terengganu supaya tidak terlibat dalam perang saudara di Pahang, namun amaran tersebut langsung tidak dipedulikan.
  5. e)Hal ini menyebabkan Gabenor Orfeur Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk menyerang Terengganu. Apabila rundingan dengan sultan Terengganu gagal, British menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala Terengganu. Kesan daripada serangan tersebut menyebabkan : British berjaya campur tangan secara tidak langsung di Terengganu, British berjaya menyekat perluasan pengaruh Siam dan British berjaya menjamin kepentingan ekonominya.

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting

  1. Perang Larut
  1. Perebutan takhta kerajaan perak
  1. Perang saudara di perak
  1. Cara peluasan kuasa british di perak
  1.  Syarat-syarat perjanjian pangkor 1874

1.Perjanjian antara Dato’ Kelana dengan British 1874

  1. Cara perluasan kuasa British di Sungai Ujong dan syarat-syarat perjanjian.
  1. Kesan-kesan perjanjian

Penutup:

Pendahuluan

Isi-isi penting

Cara-cara perluasan kuasa di Selangor

  1. a)British mencari alasan untuk memaksa Sultan Abdul Samad menerima Residen British.
  2. b)Pada pertengahan November 1873, sebuah kapal dagang British dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka diserang oleh lanun berhampiran Sungai Jugra,Langat.
  3. c)Orang Jugra dituduh dan Sembilan orang diberkas. Sultan Abdul Samad telah menjatuhkan hukuman mati ke atas orangJugra ini.
  4. d)Pada tahun 1874, rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado diserang di perairan Selangor. Sir Andrew Clarke, Gabenor Negeri-Negeri Selat memaksa Sultan Abdul Samad menerima Residen baru.
  5. e)G Davison dilantik sebagai Residen British yang pertama dan Frank Swettenham sebagai penolongnya.
  6. f)Selangor menjadi negeri naungan British. British dengan rasminya mengiktiraf Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor.

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting

1 .  Persekutuan Crawfurd 1882

2 . Perjanjian Burney 1826

3 . Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting

  1. a)Perluasan kuasa asing di Sabah melibatkan beberapa tokoh pedagang bermula pada tahun 1865. Seorang warga Amerika iaitu Claude Lee moses mendapatkan dua konsesi pajakan beberapa kawasan daripada kesultanan Brunei.
  2. b)Bagi mendapatkan keuntungan , Moses telah menjual hak pajakannya kepada pedagang Amerika ( joseph William torrey dan Thomas B.Haris) dan hong kong ( wo hang) Dan telah menubuhkan The American Trading Company untuk memajukan kawasan tersebut.
  3. c)Disebabkan kekurangan modal, Overback telah menjalankan usahasama dengan british ( Dent Brother) tahun 1877 dan telah mencetuskan satu perjanjian baru.
  4. d)Bagi mengatasi pertindihan kuasa, Overback diiringi dengan William hood gabenor Labuan, berjumpa dengan kesultanan sulu dan telah menandatangani perjanjian pada 22 jan 1878. Dalam perjanjian tersebut kesultanan sulu bersetuju menyerahkan kesemua tanah kepada syt Overback dan Dent.

Penutup

Pendahuluan

Isi-Isi penting

  1. a) Perluasan kuasa Brooke di Sarawak

Penentangan di Sarawak 1836-184. Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya, kerajaan Brunei tidak campur tangan dalam pentadbiran Sarawak dan Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja. Sultan Omar Ali telah menghantar pangeran Indera mahkota sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.

  1. b) Pangeran Indera Mahkota bertindak

Merampas kuasa politik dan ekonomi. pembesar-pembesar melayu. Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimony yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu. Mengenakan cukai yang tinggi keatas orang melayu dan Membeli hasil orang melayu dengan harga rendah. Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, maka isteri dan anak akan dijadikan sebagai hamba abdi. Akibatnya, orang bidayuh dan orang melayu yang dipimpin oleh Datu patinggi Ali dan orang dayak  memulakan penentangan pada tahun 1836.

  1. c) Pakatan Panggeran Raja Muda Hashim dengan james Brooke

Pangeran Raja Muda mengambil keputusan meminta bantuan orang luar. Kebetulan ketika itu james Brooke seorang bekas SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Panggeran raja Muda dengan segeranya meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching. Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebagai wakil sultan Brunei.

  1. d) Cara perluasan kuasa Brooke di Sarawak

Satu perjanjian telah ditandatangani antara james Brooke dengan pengeran Raja Muda Hashim (1841). Syarat-syarat James Brooke di beri kuasa memerintah Sarawak serta jajahannya, James diberi hak untuk memungut cukai di sarawak, Bertanggungjawab dalam hal kewangan Sarawak dan Dikehendaki menghormati dan memelihara undang-undang serta adat istiadat orang melayu di Sarawak.

Penutup

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM