Blog

Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela

By Jack

March 04, 2019

Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela

Panduan Pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Melalui Pengesahan Biometrik

  1. Pemilik berdaftar(penjual) dan pemunya baharu(pembeli) bagi kenderaan persendirian individu hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik;
  2. Wakil hanya boleh dilantik bagi pihak pemilik berdaftar atau pemunya baharu bagi kenderaan selain milik persendirian individu;
  3. Dokumen asas:
  1. Pengesahan identiti individu: Pemilik berdaftar dan Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myTentera, myPR dan passport.
  2. Pengesahan identiti Kerajaan / bank / syarikat kewangan / insurans /  Pertubuhan /  Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa:

 

  1. Surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;syarat di 1.a.i adalah juga terpakai ke atas wakil.
  2. Borang JPJK3 yang lengkap diisi;
  3. Perakuan pendaftaran kenderaan motor.
  1. Tiada sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya;
  2. Kenderaan motor kecuali motosikal hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM;
  3. Permit kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu;
  4. Fi dibayar seperti yang ditetapkan.

 

 

a) Pemilik berdaftar yang berada di luar negara

i. Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada;

ii. Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan

oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.

b) Pemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi

i. Perintah Mahkamah.

c) Kenderaan milik syarikat / perkongsian yang telah digulungkan / dalam proses pembubaran yang

diuruskan oleh Receivers and Managers / Liquidators

i. Surat persetujuan penjualan kenderaan;

ii. Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM;atau

iii. Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM;atau

iv. Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM;

 

d) Kenderaan Perdagangan

i. Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih

dahulu;

ii. Khusus untuk kenderaan jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah

menjalani pemeriksaan awalan PG11A / PG13B;

iii. Surat pembatalan permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian

Pelancongan

iv. Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;

v. Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai

decontrolled;atau

vi. Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;

vii. Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika

berkenaan).