Blog Sejarah STPM

Negara Kesatuan dan Persekutuan Nota Sejarah STPM Semester 1

By Jack

August 06, 2019

Negara Kesatuan dan Persekutuan Nota Sejarah STPM Semester 1

2.2.2 Negara Kesatuan

Pelaksanaan Negara kesatuan di perancis

  1. Perancis melaksanakan sistem negara kesatuan berdasarkan ciri-ciri yang berikut;  Kesemua urusan Negara adalah dipusatkan;Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir. Kuasa mentadbir disalurkan dari pusat pemerintahan dan kuasa ini boleh di tarik balik dan disebabkan kuasa wilayah, bahagian atau cawangan ini diberi boleh dipindah, atau ditarik balik, maka wilayah atau bahagian merupakan agen kepada pemerintahan pusat
  2. Sistem kesatuan dilaksanakan di Negara-negara yang tidak terlalu luas kawasan geografinya.Jika saiz sesebuah Negara kecil dan sedarhana serta jumlah penduduknya tidak terlalu ramai, sistem kesatuan sesuai dilaksanakan. Geografi perancis tidak seperti amerika syarikat atau India. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas, lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.
  3. Sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan di perancis, pentadbiran baharu telah di lantik.Perancis telah dibahagikan kepada 83 departmen t(kawasan), dan setiap department dibahagikan kepada cantons(daerah) dan yang akhir sekali ialah commune. Setiap department diwujudkan sebuah majlis yang dinamakan general council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Department merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan di peringkat pusat.
  4. Commune dibentuk bagi mentadbir kawasan Bandar. Institusi ini diketuai oleh datuk Bandar (mayor) sebagai ketua eksekutif.Antara tugas commune termasuklah mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di Bandar seperti meluluskan permit bangunan,menjaga keselamatan penduduk,dan menguruskan pentadbiran perkahwinan. Commune merupakan institusi yang di bentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran,mahkamah jabatan kerja raya,polis tempatan dan sebagainya.

Pendahuluan

  1. Kelemahan struktur Parlimen Perancis dikatakan menjadi salah satu punca merosotnya pengaruh pemerintahan beraja mutlak di Negara tersebut.Tindakan raja yang menyebelahi golongan bangsawan dan paderi akhirnya membawa kepada keruntuhan pemerintahan beraja mutlak di perancis pada akhir abad ke-18. Ahli-ahli parlimen dibahagikan kepada 3 estet atau 3 blok. Mereka dibahagikan berdasarkan golongan masing-masing. Estet pertama terdiri daripada golongan paderi. Estet kedua pula terdiri daripada golongan bangsawan dan seterusnya estet ketiga pula terdiri daripada golongan Bourjois dan petani. Mengikut tradisi, ahli-ahli parlimen diminta untuk mengemukakan senarai rungutan atau dikenali juga sebagai ‘Cahiers’ oleh pihak kerajaan. Setelah mengetahui Cahiers itu, pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan aduan tersebut. Cahiers daripada estet pertama dan kedua mengandungi tuntutan yang tidak selaras. Estet pertama menuntut pengurangan hak istemewa golongan bangsawan manakala estet kedua pula berusaha untuk mengurangkan hak istimewa golongan paderi. Seterusnya , peraturan mengundi di parlimen adalah dengan mengikut estet , bukannya secara  undian individu. Sekiranya estet pertama yang terdiri daripada golongan paderi dan estet kedua terdiri daripada golongan bangsawan meluluskan sesuatu usul , bermakna estet ketiga yang terdiri daripada rakyat biasa tiada kuasa untuk membantah usul tersebut.
  1. Peranan ketiga-tiga estet itu menyerupai sebuah parlimen yang yang membenarkan perbincangan berkaitan hal-hal di daerah masing-masing.Parlimen yang pertama kalinya bersidang pada 5 Mei 1789 masih mengikuti peraturan cara lama. Semua upacara lama dikekalkan dan peraturan tersebut memberi keistimewaan kepada estet pertama dan estet kedua. Cara persidangan di parlimen juga digunakan menggunakan cara lama , iaitu selepas membincangkan sesuatu usul , ahli-ahli dewan akan mengundi sama ada untuk menyokong atau membangkang usul tersebut. Keadaan ini tidak akan menyebelahi estet ketiga , kerana jika estet pertama dan estet kedua tidak menyokong , ini bermakna undian akan menjadi satu melawan dua. Oleh itu , estet ketiga menuntut supaya ketiga-tiga estet disatukan dan pengiraan undi adalah berdasarkan undi individu yang terdiri daripada seluruh anggota parlimen. Raja Louis XVI membuat keputusan agar peraturan lama mesti diguna pakai. Namun , estet ketiga mengingkari perintah Raja Louis XVI dan menjemput ahli anggota estet pertama dan kedua untuk berunding dengan mereka. Setelah perundingan dijalankan lebih kurang dua minggu , kebanyakkan anggota estet pertama dan kedua menolak cadangan untuk menggabungkan ketiga-tiga estet tersebut.
  1. Seterusnya , pada 12 Jun 1789 , estet ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau dikenali juga sebagai Parlimen Negara.Revolusi Perancis bermula dengan pengisytiharan estet ketiga sebagai Perhimpunan Kebangsaan. Bagaimanapun , apabila ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan bersama-sama pemimpin mereka menuju ke dewan , mereka mendapati pintu-pintu dewan telah dikunci dan dikawal oleh tentera. Ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan melarikan diri ke bangunan lain apabila khabar angin menyatakan Raja Louis XVI hendak menggunakan tentera untuk menentang ahli Perhimpunan Kebangsaan. Implikasinya ialah mereka telah berhimpun di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka menggubal Perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘Sumpah Padang Tenis’. Prinsip perjuangan golongan estate ketiga yang terdiri daripada kelas menengah menjadi semakin ketara kerana mereka mahu konsep persamaan dan keadilan di praktikkan bukannya di beri sesuatu keistimewaan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Mereka menginginkan hak individu golongan yang berkemampuan dan berbakti, khasnya agar kelas pertengahan di beri perhatian yang sewajarnya. Namun, walaupun golongan bangsawan istana dan ahli keluarga raja mahu menggagalkan Perhimpunan Kebangsaan dengan menubuhkan satu pasukan tentera dibawah pimpinan Marshall de Broglie, tetapi mereka tidak mampu menghalang kehendak rakyat menghapuskan sistem monarki, malah sebahagian tentera de Broglie turut menyertai Perhimpunan Kebangsaan.
  1. Pada 14 Julai 1789, bangunan bestille telah jatuh ke tangan pemberontak.Bangunan tersebut menempatkan tahanan politik seperti Voltaire dan Diderot. Kejatuhan bangunan ini memberi kepada golongan revolusi dikawasan bandar dan desa. Kejatuhan bestille tidak dilupakan oleh orang Perancis sehingga kini , malah , Hari Kebangsaan Perancis dirayakan ada 14 Julai setiap tahun sempena mengingati peristiwa ini. Dengan ini, Perhimpunan Kebangsaan berjaya menghapuskan sistem feudal, penghambaan dan golongan istemewa. Monopoli golongan bangsawan dihapuskan tanpa pampasan , seterusnya cukai yang diberi adalah sama untuk semua golongan , menghapuskan buruh paksa dan semua hak istimewa gereja di tarik balik. Selepas itu, berlaku hari Ogos yang mengesahkan penghapusan masyarakat feudal di Perancis yang diamalakan sejak turun-temurun. Ahli Parlimen dengan sendirinya memansuhkan sendiri hak-hak istimewa feudal mereka. Golongan feudal yang lain juga berlumba-lumba menyerahkan hak-hak lama mereka  dan pada masa yang sama , golongan paderi memberi kutipan cukai gereja dan hak-hak gereja. Satu dikri telah dikeluarkan yang menandakan bahawa seluruh pemerintahan feudal telah dimusnahkan. Maka seterusnya ialah memperjuangkan kebebasan memiliki harta benda , perlindungan dan menentang penindasan. Oleh itu , pada 26 Ogos 1789 , Parlimen telah meluluskan perisytiharan hak-hak manusia dan warganegara. Perisytiharan ini mengiktiraf semua manusia dilahirkan kekal bebas dan mempunyai hak yang sama dan perbezaan hanya boleh diwujudkan berdasarkan kemanfaatan umum.
  1. Pada Julai 1790, Perlembagaan Sivil Gereja telah diluluskan.Melalui Perlembagaan ini , golongan paderi akan dipilih oleh rakyat dan diberikan gaji. Golongan paderi dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada perlembagaan awam. Menjelang tahun 1791 , majlis perhimpunan kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Louis XVI. Berdasarkan idea ‘MOSTESTQUIE’ melalui teori pengasingan kuasa, kerajaan dibahagikan kepada Badan Legislatif, Badan Eksekutif, dan Badan Judisiari.  Pemerintahan raja berpelembagaan berlangsung selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik. Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette dipancung menggunakan gilotin oleh puak-puak yang menyokong parlimen. Selepas kematian Robespierre pada Julai 1794, berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte yang mengambil alih kuasa pemerintahan di Perancis pada penghujung tahun 1799.

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting :

Ciri-ciri Negara Persekutuan

Perubahan kedudukan kerajaan selepas  abad ke 18 konvensyen Philadelphia

Kuasa presiden dan kongres

Pelaksanaan negara Persekutuan

  1. Perlembagaan Amerika Syarikat tetap  memberi  kebebasan  negeri-negeri  menggubal  undang-undangyang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana setiap  negeri  mempunyai latar belakang dan sejarah berlainan. Keadaan geografi dan saiz sesebuah Negara tidak menghalang daripada mencapai perpaduan dan kemajuan Negara. Di Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas, penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun perpaduan rakyat masih utuh.
  1. Kekurangan kuasa kerajaan persekutuan memberi beberapa kesan.Pertama, kerajaan baharu tidak dapat melaksanakan banyak projek pembagunan kerana tidak mempunyai  sumber kewangan yang mencukupi disebabkan tiada kuasa untuk memungut cukai . Kedudukan kewangan  kerajaan persekutuan bergantung daripada sumbangan kerajaan negeri.
  1. Selain itu, kerajaan persekutuan juga tidak  dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri mahupun Negara lain. Oleh yang demikian, kelemahan kerajaan persekutuan tersebut perlu diperbaiki dan mempunyai persetujuan negeri-negeri yang diperlukan bagi menambah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
  1. Persidangan Konvensyen Philadelphia 1787 telah membawa kepada pembentukan Pelembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam 13 buah negeri. Mejelang tahun 1788, Sembilan buah negeri mengesahkan  perlembagaan tersebut  kerana pihak  anti federal mempunyai  pengaruh kuat terutama di kawasan luar bandar. Dalam pada itu , beberapa pemimpin seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison cuba mempengaruhi penduduk awan supaya menyokong perlembagaan baharu itu dengan menerbitkan buku yang dikenali sebagai The Federalist  dan akhirnya New York .
  1. Kejayaan golongan federalis ini merupakan kejayaan peringkat awal.Kejayaan persekutuan perlu mengatasi beberapa masalah di peringkat kebangsaan seperti had kuasa persekutuan  dalam masa yang sama memelihara hak rakyat dan kedaulatan negeri-negeri. Beberapa pindahan telah dibuat .antaranya member kuasa kepada kerajaan persekutuan dalam membuat keputusan dalam hal mat wang, pengistiharan peperangan,mengenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan kehakiman, dan menguasai perdagangan.

Penutup

Pendahuluan

  1. Perang Tujuh Tahun (1756-1763)
  1. Dasar Campur Tangan England
  1.     Pengenalan Akta-Akta Baharu
  1.      Peristiwa Pembuangan Teh Boston

Pendahuluan

Isi-Isi Penting:

  1. Masalah Hamba Abdi
  1. Negeri-Negeri Selatan Menarik Diri Daripada Kesatuan Amerika Syarikat
  1. Perbezaan Antara Negeri-Negeri Utara Dan Negeri-Negeri Selatan
  1. Tidak Berpuas Hati Terhadap Undang-Undang Kerajaan Pusat

Penutup

 

Baca Juga >> Negara Bangsa Nota Sejarah STPM Semester 1

 

Sumber Nota Blog Sejarah