Blog Sejarah STPM

Negara Bangsa Nota Sejarah STPM Semester 1

By Jack

August 06, 2019

Negara Bangsa Nota Sejarah STPM Semester 1

 

2.2 Negara Bangsa

2.2  Negara Bangsa (England, Perancis, Amerika Syarikat, Itali dan Jerman)

Pendahuluan

Isi-isi penting:

Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak

  1. Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku.  Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh  Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka. Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam).
  1. Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi kaya daripada golongan bangsawan. Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan. Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords. Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik). Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.  Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional. Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik.
  1. Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland. Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648). Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja,  dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa. Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab Katolik. Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik. Tindakan baginda yang membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan Raja James I dengan golongan puritan.
  1. Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan. Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka. Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja. Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di parlimen.  Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.
  1. Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen. Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan.  Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan baginda. Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.
  1. Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen. Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.  Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya. Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell. Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting:

  1. Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688. Raja Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.
  1. Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
  1. Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaanadalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.
  1. Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik. Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen. Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang
  1. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif. Sistem pemerintahan beraja mutlak di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.

Penutup

Pendahuluan :

Isi-isi penting :

  1. Meskipun raja-raja Dinasti Tudor (1485-1603) mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak,  namun mereka masih menghormati prinsip perbatasan pemerintahan seperti yang terkandung dalam Magna Carta. Raja-raja Tudor seperti Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu Elizabeth I tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka. Pada abad ke-17, wujud pergeseran antara mazhab Kristian di England. Terdapat sebilangan kecil penganut mazhab Protestan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican kerana gereja Anglican mengamalkan sifat gereja tradisional Kristian (Katolik), walaupun kebanyakkan ahli gereja Anglican merupakan penganut faham Calvin. Golongan yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican dikenali sebagai golonganpuritan. Matlamat perjuangan  mereka ialah membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom. Kumpulan ini juga mahukan gereja di England bebas daripada kawalan politik.
  1. Raja-raja Stuart pula mengambil sikap yang berbeza daripada raja-raja Dinasti Tudor. Raja-raja Stuart terpaksa berhadapan dengan penentangan ahli-ahli parlimen dan kebangkitan golongan Puritan. Kesan penentangan tersebut mencetuskan perang saudara di England yang dikenali sebagai Revolusi Puritan yang berlaku antara tahun 1642 hingga 1648. Pemerintahan Raja James I dan anaknya Raja Charles I dari Dinasti Stuart tidak memahami tradisi politik England. James I merupakan raja yang berpegang kuh kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi segala undang-undang yang digubal oleh manusia. Hal ini bermakna semua institusi pemerintahan diwujudkan untuk berkhidmat kepada raja bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.
  1. Krisis antara Raja James I dengan parlimen semkain meruncing ekoran isu pengenaan cukai oleh Raja James I tanpa persetujuan parlimen. Menurut baginda, sebagai raja yang memerintah, baginda mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai dan kewangan. Ahli parlimen menuduh baginda menjalankan pemerintahan tanpa mengikut perlembagaan dan membelakangkan parlimen. Ekoran pertelagahan tersebut, pada tahun 1611, Raja James I bertindak membubarkan parlimen dan keadaan politik di England semakin bercelaru. Keadaan diburukkan lagi dengan kematian Raja James I pada tahun 1625. Baginda digantikan dengan puteranya, Raja Charles I. Rasa tidak puas hati terhadap penggunaan kuasa mutlak raja telah dibuat secara rasmi pada tahun 1628 apabila parlimen mengemukakan Petition of Rightkepada Raja Charles I. Petisyen ini mengutuk tindakan raja yang bersikap autokratik dan menentang amalan raja memungut cukai tanpa kelulusan parlimen. Raja juga tidak boleh menahan dan memenjarakan seseorang dengan sesuka hati tanpa mengikut peraturan dan proses undang-undang.
  1. Raja Charles I membubarkan parlimen dan menjalankan pemerintahan secara mutlak.Baginda menjalankan pemerintahan tanpa parlimen selama 11 tahun. Dengan membubarkan parlimen, Raja Charles I bebas memerintah dan memperkenalkan pelbagai jenis cukai dan membentuk agensi pemungut cukai bagi menjalankan urusan pungutan cukai. Bagaimanapun,Raja Charles I menubuhkan kembali parlimen yang beliau mansuhkan 11 tahun lalubertujuan mendapatkan kelulusan parlimen untuk mendapat peruntukan yang beliau perlukan. Majoriti ahli parlimen yang kebanyakkannya golongan puritan daripada gerejaPresbytrian enggan bekerjasama. Ahli parlimen menuntut baginda memansuhkan undang-undang yang diluluskan tanpa persetujuan parlimen, menghapuskan undang-undang yang tidak disenangi parlimen, dan memecat pegawai kerajaan yang rasuah. Jika baginda bersetuju, barulah ahli parlimen meluluskan peruntukan yang dimintanya.
  1. Peperangan antara kedua-dua pihak tidak dapat dielakkan. Tentera parlimen yang dipimpin Oliver Cromwell berjaya menewaskan tentera Raja Charles I pada tahun 1645. Pergeseran antara kedua-dua kumpulan tersebut memberi ruang kepada Raja Charles I melancarkan peperangan sekali lagi pada tahun 1648. Bagaimanapun, Raja Charles I dapat ditumpaskan. Dalam persidangan yang diadakan selepas itu, parlimen mengambil keputusan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Raja Charles I. Parlimen juga mengisytiharkan England sebagai negara republik dan Cromwell sebagai ketua negara yang baharu. Kesukaran mendapat kerjasama daripada ahli-ahli parlimen untuk menjalankan pemerintahannya menyebabkan Cromwell mengambil tindakan membubarkan parlimen pada tahun 1653 dan membentuk sebuah kerajaan baharu yang dikenali sebagai Protectorate. Beliau memegang jawatan Lord Protectorate. Parlimen dibentuk dan kerajaan baharu ini berasaskan satu perlembagaan bertulis. Meskipun Cromwell memerintah mengikut perlembagaan namun pemerintahan yag diamalkannya bercorak kediktatoran tentera. Banyak kejayaan yang dicapai oleh Cromwell dalam bidang perdagangan dan dasar luar.
  1. Pada tahun 1658, Cromwell meninggal dunia dan digantikan oleh anaknya, iaitu Richard Cromwell. Bagaimanapun, Richard Cromwell meletakkan jawatan setelah tidak sampai setahun memerintah. Pemulihan sistem monarki di England dilakukan berasaskan kompromi dan persefahaman antara raja dengan parlimen. Raja Charles II (putera Charles I) ditabalkan sebagai raja England. Pada peringkat awal pemerintahannya, Raja Charles II cuba melaksanakan dasar yang tidak mencetuskan perasaan tidak puas hati parlimen. Sekali lagi, soal agama menjadi punca pertelagahan antara parlimen dan raja. Raja Charles II seterusnya telah membuat perisytiharan diraja yang dikenali sebagai Declaration of Indulgence (1672) yang bertujuan memansuhkan undang-undang yang menyekat penganut Katolik melakukan amalan tradisi mazhab mereka. Perisytiharan itu juga menandakan tiada lagi sekatan kepada golongan Katolik untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan.
  1. Pihak parlimen bertindak balas dengan meluluskan Test Act (1673) yang melarang orang Katolik daripada memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. Satu lagi akta digubal pada tahun 1679 yang dinamakan Habeas Corpus Act bertujuan membolehkan rakyat mendapat penjelasan daripada pihak berkuasa sekiranya mereka ditangkap dan ditahan. Raja Charles II meninggla dunia pada tahun 1685 setelah memerintah England selama 25 tahun. Adiknya, Raja James II menaiki takhta. Baginda mempunyai kecenderungan untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Tentangan terhadap Raja James II menjadi semakin terbuka apabila baginda menjalankan dasar agama yang lebih condong kepada mazhab Katolik. Raja James II akhirnya disingkirkan daripada takhtanya. Mary II dan suaminya Willian of Orange dijemput dari Belanda dan ditabalkan sebagai Raja England.

Penutup:

Pendahuluan :

Isi-isi penting :

Raja Mutlak Perancis

  1. Raja sebagai sumber kuasa Negara
  1. Raja berkuasa ke atas gereja
  1. Dibantu oleh golongan bangsawan.
  1. Kuasa untuk memungut cukai mereka sendiri tanpa sekatan.
  1. Raja telah menggunakan bala tenteranya
  1. Berkuasa Ekonomi.
  1. Gemilang Kesusasteraan dan keseniaan.

Penutup :

Pendahuluan :

Isi-isi penting :

Pelaksanaan Raja Berperlembagaan Perancis

  1. Perhimpunan orang-orang Kenamaan 1787
  1. a)Raja Louis XVI telah memutuskan untuk mengadakan perjumpaan, iaitu Perhimpunan Orang-orang Kenamaan (1787) sebagai langkah untuk mengatasi masalah kewangan Perancis. Hal ini dipersetujui golongan bangsawan dengan dengan syarat diberi keutamaan mnejawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Mereka juga mahukan Mennteri Kewangan Perancis, Colonne dipecat.Parlimen yang bersidang buat kali pertamanya (5 Mei 1789) masih mengikuti perturan cara lama yang dimana peraturan tersebut memberi keistimewaan kepada Estet Pertama dan Estet Kedua.
  1. b)Rakyat tidak puas hati terhadap struktur parlimen Perancis yang terbahagi kepada tiga Estet iaitu Estet Pertama terdiri daripada golongan paderi, Estet Kedua adalah bangsawan dan Estet Ketiga pula ialah  golongan borjouis dan petani. Parlimen masih bersidang mengikut kaedah lama yang memberi keistimewaan kepada Estet Pertama dan Kedua.
  1. c)Estet ketiga mengingkari perintah Raja Louis XVI dan berunding dengan Estet Pertama dan Kedua. Namun gagal menggabungkan suara. Kesannya, pada 12 Jun 1789, Estet Ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan Kebangsaan dan bermula revolusi.
  1. Perhimpunan Kebangsaan menuntut Konsep persamaan dan keadilan
  1. telah Berhimpun di gelanggang tenis – Sumpah Padang Tenis yang menuntut Konsep persamaan dan keadilanHak individu golongan berkemampuan dan berbakat diberi perhatian.
  2. Perhimpunan ini telah Berjaya menjatuhan Bangunan Bastille pada 14 Julai 1789. Mereka Menghapuskan sistem feudal, perhambaan dan golongan istimewa. Monopoli golongan bangsawan dihapuskan. Pengesahan pada ‘Hari Ogos’.
  1. Parlimen meluluskan Perisytiharan Hak Manusia dan Warganegara
  1. Persidangan Diraja  berkenaan pemulihan untuk pertimbangan estet-estet
  1. Perlembagaan Sivil Gereja diluluskan

Penutup :

Dasar Dalam Negara

Dasar Ekonomi Merkantilisme

Dasar Ketenteraan

Dasar Agama

Dasar Luar Negara

Pelaksanaan Negara kesatuan di perancis

  1. Perancis melaksanakan sistem negara kesatuan berdasarkan ciri-ciri yang berikut;  Kesemua urusan Negara adalah dipusatkan; Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir. Kuasa mentadbir disalurkan dari pusat pemerintahan dan kuasa ini boleh di tarik balik dan disebabkan kuasa wilayah, bahagian atau cawangan ini diberi boleh dipindah, atau ditarik balik, maka wilayah atau bahagian merupakan agen kepada pemerintahan pusat
  1. Sistem kesatuan dilaksanakan di Negara-negara yang tidak terlalu luas kawasan geografinya. Jika saiz sesebuah Negara kecil dan sedarhana serta jumlah penduduknya tidak terlalu ramai, sistem kesatuan sesuai dilaksanakan. Geografi perancis tidak seperti amerika syarikat atau India. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas, lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.
  1. Sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan di perancis, pentadbiran baharu telah di lantik.Perancis telah dibahagikan kepada 83 departmen t(kawasan), dan setiap department dibahagikan kepada cantons(daerah) dan yang akhir sekali ialah commune. Setiap department diwujudkan sebuah majlis yang dinamakan general council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Department merupakan institusi peringkat tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan di peringkat pusat.
  1. Commune dibentuk bagi mentadbir kawasan Bandar. Institusi ini diketuai oleh datuk Bandar (mayor) sebagai ketua eksekutif. Antara tugas commune termasuklah mengendalikan perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di Bandar seperti meluluskan permit bangunan,menjaga keselamatan penduduk,dan menguruskan pentadbiran perkahwinan. Commune merupakan institusi yang di bentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran,mahkamah jabatan kerja raya,polis tempatan dan sebagainya.

Pendahuluan

  1. Kelemahan struktur Parlimen Perancis dikatakan menjadi salah satu punca merosotnya pengaruh pemerintahan beraja mutlak di Negara tersebut. Tindakan raja yang menyebelahi golongan bangsawan dan paderi akhirnya membawa kepada keruntuhan pemerintahan beraja mutlak di perancis pada akhir abad ke-18. Ahli-ahli parlimen dibahagikan kepada 3 estet atau 3 blok. Mereka dibahagikan berdasarkan golongan masing-masing. Estet pertama terdiri daripada golongan paderi. Estet kedua pula terdiri daripada golongan bangsawan dan seterusnya estet ketiga pula terdiri daripada golongan Bourjois dan petani. Mengikut tradisi, ahli-ahli parlimen diminta untuk mengemukakan senarai rungutan atau dikenali juga sebagai ‘Cahiers’ oleh pihak kerajaan. Setelah mengetahui Cahiers itu, pihak kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan aduan tersebut. Cahiers daripada estet pertama dan kedua mengandungi tuntutan yang tidak selaras. Estet pertama menuntut pengurangan hak istemewa golongan bangsawan manakala estet kedua pula berusaha untuk mengurangkan hak istimewa golongan paderi. Seterusnya , peraturan mengundi di parlimen adalah dengan mengikut estet , bukannya secara  undian individu. Sekiranya estet pertama yang terdiri daripada golongan paderi dan estet kedua terdiri daripada golongan bangsawan meluluskan sesuatu usul , bermakna estet ketiga yang terdiri daripada rakyat biasa tiada kuasa untuk membantah usul tersebut.
  1. Peranan ketiga-tiga estet itu menyerupai sebuah parlimen yang yang membenarkan perbincangan berkaitan hal-hal di daerah masing-masing. Parlimen yang pertama kalinya bersidang pada 5 Mei 1789 masih mengikuti peraturan cara lama. Semua upacara lama dikekalkan dan peraturan tersebut memberi keistimewaan kepada estet pertama dan estet kedua. Cara persidangan di parlimen juga digunakan menggunakan cara lama , iaitu selepas membincangkan sesuatu usul , ahli-ahli dewan akan mengundi sama ada untuk menyokong atau membangkang usul tersebut. Keadaan ini tidak akan menyebelahi estet ketiga , kerana jika estet pertama dan estet kedua tidak menyokong , ini bermakna undian akan menjadi satu melawan dua. Oleh itu , estet ketiga menuntut supaya ketiga-tiga estet disatukan dan pengiraan undi adalah berdasarkan undi individu yang terdiri daripada seluruh anggota parlimen. Raja Louis XVI membuat keputusan agar peraturan lama mesti diguna pakai. Namun , estet ketiga mengingkari perintah Raja Louis XVI dan menjemput ahli anggota estet pertama dan kedua untuk berunding dengan mereka. Setelah perundingan dijalankan lebih kurang dua minggu , kebanyakkan anggota estet pertama dan kedua menolak cadangan untuk menggabungkan ketiga-tiga estet tersebut.
  1. Seterusnya , pada 12 Jun 1789 , estet ketiga mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau dikenali juga sebagai Parlimen Negara. Revolusi Perancis bermula dengan pengisytiharan estet ketiga sebagai Perhimpunan Kebangsaan. Bagaimanapun , apabila ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan bersama-sama pemimpin mereka menuju ke dewan , mereka mendapati pintu-pintu dewan telah dikunci dan dikawal oleh tentera. Ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan melarikan diri ke bangunan lain apabila khabar angin menyatakan Raja Louis XVI hendak menggunakan tentera untuk menentang ahli Perhimpunan Kebangsaan. Implikasinya ialah mereka telah berhimpun di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka menggubal Perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘Sumpah Padang Tenis’. Prinsip perjuangan golongan estate ketiga yang terdiri daripada kelas menengah menjadi semakin ketara kerana mereka mahu konsep persamaan dan keadilan di praktikkan bukannya di beri sesuatu keistimewaan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Mereka menginginkan hak individu golongan yang berkemampuan dan berbakti, khasnya agar kelas pertengahan di beri perhatian yang sewajarnya. Namun, walaupun golongan bangsawan istana dan ahli keluarga raja mahu menggagalkan Perhimpunan Kebangsaan dengan menubuhkan satu pasukan tentera dibawah pimpinan Marshall de Broglie, tetapi mereka tidak mampu menghalang kehendak rakyat menghapuskan sistem monarki, malah sebahagian tentera de Broglie turut menyertai Perhimpunan Kebangsaan.
  1. Pada 14 Julai 1789, bangunan bestille telah jatuh ke tangan pemberontak. Bangunan tersebut menempatkan tahanan politik seperti Voltaire dan Diderot. Kejatuhan bangunan ini memberi kepada golongan revolusi dikawasan bandar dan desa. Kejatuhan bestille tidak dilupakan oleh orang Perancis sehingga kini , malah , Hari Kebangsaan Perancis dirayakan ada 14 Julai setiap tahun sempena mengingati peristiwa ini. Dengan ini, Perhimpunan Kebangsaan berjaya menghapuskan sistem feudal, penghambaan dan golongan istemewa. Monopoli golongan bangsawan dihapuskan tanpa pampasan , seterusnya cukai yang diberi adalah sama untuk semua golongan , menghapuskan buruh paksa dan semua hak istimewa gereja di tarik balik. Selepas itu, berlaku hari Ogos yang mengesahkan penghapusan masyarakat feudal di Perancis yang diamalakan sejak turun-temurun. Ahli Parlimen dengan sendirinya memansuhkan sendiri hak-hak istimewa feudal mereka. Golongan feudal yang lain juga berlumba-lumba menyerahkan hak-hak lama mereka  dan pada masa yang sama , golongan paderi memberi kutipan cukai gereja dan hak-hak gereja. Satu dikri telah dikeluarkan yang menandakan bahawa seluruh pemerintahan feudal telah dimusnahkan. Maka seterusnya ialah memperjuangkan kebebasan memiliki harta benda , perlindungan dan menentang penindasan. Oleh itu , pada 26 Ogos 1789 , Parlimen telah meluluskan perisytiharan hak-hak manusia dan warganegara. Perisytiharan ini mengiktiraf semua manusia dilahirkan kekal bebas dan mempunyai hak yang sama dan perbezaan hanya boleh diwujudkan berdasarkan kemanfaatan umum.
  1. Pada Julai 1790, Perlembagaan Sivil Gereja telah diluluskan. Melalui Perlembagaan ini , golongan paderi akan dipilih oleh rakyat dan diberikan gaji. Golongan paderi dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada perlembagaan awam. Menjelang tahun 1791 , majlis perhimpunan kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan baru yang ditandatangani oleh Raja Louis XVI. Berdasarkan idea ‘MOSTESTQUIE’ melalui teori pengasingan kuasa, kerajaan dibahagikan kepada Badan Legislatif, Badan Eksekutif, dan Badan Judisiari.  Pemerintahan raja berpelembagaan berlangsung selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik. Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette dipancung menggunakan gilotin oleh puak-puak yang menyokong parlimen. Selepas kematian Robespierre pada Julai 1794, berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis. Keadaan tidak stabil berlarutan sehinggalah munculnya Napoleon Bonaparte yang mengambil alih kuasa pemerintahan di Perancis pada penghujung tahun 1799.

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting :

Ciri-ciri Negara Persekutuan

Perubahan kedudukan kerajaan selepas  abad ke 18 konvensyen Philadelphia

Kuasa presiden dan kongres

Pelaksanaan negara Persekutuan

  1. Perlembagaan Amerika Syarikat tetap  memberi  kebebasan  negeri-negeri  menggubal  undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana setiap  negeri  mempunyai latar belakang dan sejarah berlainan. Keadaan geografi dan saiz sesebuah Negara tidak menghalang daripada mencapai perpaduan dan kemajuan Negara. Di Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas, penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun perpaduan rakyat masih utuh.
  1. Kekurangan kuasa kerajaan persekutuan memberi beberapa kesan. Pertama, kerajaan baharu tidak dapat melaksanakan banyak projek pembagunan kerana tidak mempunyai  sumber kewangan yang mencukupi disebabkan tiada kuasa untuk memungut cukai . Kedudukan kewangan  kerajaan persekutuan bergantung daripada sumbangan kerajaan negeri.
  1. Selain itu, kerajaan persekutuan juga tidak  dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri mahupun Negara lain. Oleh yang demikian, kelemahan kerajaan persekutuan tersebut perlu diperbaiki dan mempunyai persetujuan negeri-negeri yang diperlukan bagi menambah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
  1. Persidangan Konvensyen Philadelphia 1787 telah membawa kepada pembentukan Pelembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam 13 buah negeri. Mejelang tahun 1788, Sembilan buah negeri mengesahkan  perlembagaan tersebut  kerana pihak  anti federal  mempunyai  pengaruh kuat terutama di kawasan luar bandar. Dalam pada itu , beberapa pemimpin seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison cuba mempengaruhi penduduk awan supaya menyokong perlembagaan baharu itu dengan menerbitkan buku yang dikenali sebagai The Federalist  dan akhirnya New York .
  1. Kejayaan golongan federalis ini merupakan kejayaan peringkat awal. Kejayaan persekutuan perlu mengatasi beberapa masalah di peringkat kebangsaan seperti had kuasa persekutuan  dalam masa yang sama memelihara hak rakyat dan kedaulatan negeri-negeri. Beberapa pindahan telah dibuat .antaranya member kuasa kepada kerajaan persekutuan dalam membuat keputusan dalam hal mat wang, pengistiharan peperangan,mengenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan kehakiman, dan menguasai perdagangan.

Penutup

Pendahuluan

  1. Perang Tujuh Tahun (1756-1763)
  1. Dasar Campur Tangan England
  1.     Pengenalan Akta-Akta Baharu
  1.      Peristiwa Pembuangan Teh Boston

Pendahuluan

Isi-Isi Penting:

  1. Masalah Hamba Abdi
  1. Negeri-Negeri Selatan Menarik Diri Daripada Kesatuan Amerika Syarikat
  1. Perbezaan Antara Negeri-Negeri Utara Dan Negeri-Negeri Selatan
  1. Tidak Berpuas Hati Terhadap Undang-Undang Kerajaan Pusat

Penutup

 

Baca Juga >> Sistem Pembesar Nota Sejarah STPM Semester 1

 

Sumber nota Blog Sejarah