Blog Sejarah STPM

Masyarakat Maritim – Nota Sejarah STPM Semester 1

By Jack

August 06, 2019

Masyarakat Maritim – Nota Sejarah STPM Semester 1

 

1.3 Masyarakat Maritim

1.3.1 Masyarakat Maritim Portugal

Soalan 10: Huraikan perkembangan masyarakat maritim di Portugal

Pendahuluan

Masyarakat maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah, berlaku Revolusi  Perdagangan di Eropah. Revolusi Perdangangan ini diketuai oleh neraga-negara bangsa Eropah yang mengamalkan dasar ekonomi mekantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Ekonomi mekantilisme menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.

Revolusi Perdagangan adalah berkonsepkan kepada perubahan atas kemajuan yang berlaku dalam bidang ekonomi sejak Zaman Pertengahan Awal dan berterusan sehingga penghujung abad ke-18 dan awal abad ke-19.

Isi-isi penting Pemerintahan Putera Henry

Portugal merupakan negara Eropah yang paling awal memulakan penerokaan dan pelayaran ke dunia luar. Orang Portugis yang mendiami Semenanjung Iberia mempunyai keluarga kerabat diraja yang mempunyai cara-cara yang sangat tinggi serta mengalakkan para pelayar mencari jalan ke dunia baru. Di bawah pemerintahan Putera Henry atau dikenali sebagai Henry The Navigator, kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Beliau telah menubuhkan Akademi Laut di Segres dan mengundang ahli  pelayaran, pakar matematik, kartografi, serta astronomi dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal.

Selepas kemangkatan Putera Henry pada tahun 1460, orang Portugal telah menjelajah lebih jauh lagi. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah Berjaya sampai ke bahagian paling selatan benua Afrika iaitu Cape of Good Hope.Pada tahun 1497, Vasco da Gama Berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan meneruskan pelayarannya di pantai timur Afrika menuju ke Madini. Di sini Vasco da Gama telah meminta pertolongan pelayar Arab untuk memandunya menyeberangi Lautan Hindi menuju ke India. Vasco da Gama tiba Kalikat pada tahun 1499 dan mendirikan tugu memperingati pelayarannya dari Eropah ke Timur.

Vasco da Gama kembali ke Lisbon pada tahun 1499 dengan kapal yang sarat dengan muatan barangan berharga dari Timur. Kejayaan tersebut menemui jalan laut baru ke Timur dan dipergunakan sepenuhnya oleh Raja Manual I  untuk menawan Kalikat sebagai langkah permulaan untuk menjajah kawasan di Timur. Matlamat penguasaan rempah, hasil hutan dan sumber galian

Di Melaka pada tahun 1509 Lopez de Sequeira dihantar untuk menyerahkan surat daripada Portugal kepada Sultan Melaka bagi membenarkan pedagang Portugal berdagangan. Namun saudagar-saudagar dari Gujerat telah memaklumkan kepada Sultan  Melaka. Seterusnya, saudagar-saudagar Portugal telah mendirikan pangalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Jawa atau dikenali sebagai Kepuluan Rempah. Semua tindakan tersebut membuktikan kesungguhan Portugal dalam menguasai perdagangan rempah.

Di Brazil, Portugal berjaya membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup. Selain itu, Portugal juga membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, serta menternak lembu dan kuda. Kesemua hasil tersebut telah didagangankan dan memberi keuntungan kepada Portugal. Pada abad ke-17, emas telah dijumpai pada tahun 1693 di Selatan Brazil dan telah meningkatkan pendapatan pedagang Portugal.bMenjelang awal abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan. Kapal-kapal Portugal ini membawa pulang rempah-ratus, lada hitam ,sutera dan batu permata.

Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, perdagangan Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagangan di Venice, Itali dengan haraga yang mahal. Pedangang Venice pula sebagai orang tengah telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang tinggi.

Portugal melantik Casa da India atau House of India untuk menguruskan perdagangan di luar negara pada abad ke-16. Casa da India Berjaya memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis dan bunga cengkih, serta mengenakan cukai sebanyak 30 peratus ke atas keuntungan pelbagai aktiviti perdagangan lain. Perdagangan Portugal di Jepun

Pada tahun 1542, pedagangan Portugal Berjaya memasuki  Jepun .Pada tahun 1543, kapal-kapal pedagangan Porugal mula memasuki pelabuhan di Kyushu. Ramai daimyo menerima kedatangan pedagang Porugal kerana mengetahui keuntungan perdagangan dengan neraga asing.

Pada tahun 1517, pedangang Portugal sampai ke Canton dan menjalankan perdagangan di Canton. Dari sini, Portugal mula meluaskan perdagangannya. Pada tahun 1557, perdagangan Portugal sampai ke Macau dan mendapatkan kebenaran berdagangan dengan membayar bayaran tahunan kepada kerajaan China.

Pedagangan Portugal seterusnya menerokai perdagangan hamba di China kerana mendapat kelulusan daripada maharaja China. Hamba-hamba dari China dibawa ke Eropah dan dijual kepada golongan bangsawan di Eropah atau bekerja sebagai buruh dalam bidang pertanian. Namun, perdagangan hamba itu tidak bertahan lama kerana pada tahun 1595, undang-undang dikuatkuasakan di Portugal yang mengharamkan sebarang pembelian dan penjualan hamba dari China. Penutup

Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.

Soalan  11: Bincangkan faktor-faktor kemunculan masyarakat maritim di Portugal abad ke-16 dan 17.

Pendahuluan

Isi-Isi Penting:

  1. Kedudukan Geografi
  1. Kestabilan Politik
  1. Peranan Putera Henry
  1. Pengaruh Renaisans
  1. Perang Salib
  1. Penemuan Baharu
  1. Perkembangan Kapitalisme
  1. Dorongan Daripada Pengembara Terdahulu

Penutup

Soalan 12: Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan 17

Pendahuluan

  1. Kegiatan Ekonomi
  1. Penjelajahan & penerokaan
  1. Memiliki sifat ingin tahu
  1. Kemahiran membina kapal
  1. Kemahiran teknologi pelayaran
  1. Penjelajahan dan penerokaan
  1.     Semangat keterbukaan
  1. Memiliki sifat berani
  1. Keupayaan menguasai laluan laut

Soalan 13: Huraikan sumbangan masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan ke-17

Pendahuluan

Isi-isi Penting:

  1. Penjelajahan
  1. Perdagangan
  1. Penguasaan tanah dan wilayah
  1.   Perkapalan
  1.    Penyebaran agama Kristian

Kesimpulan

1.3.2 Masyarakat Maritim Jepun

Soalan 14: Huraikan perkembangan  masyarakat Maritim yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan

Isi-isi Penting:

Era Pemerintahan Ashikaga

Era Pemerintahan Leyasu

Era Pemerintahan Tokugawa

Penutup

Soalan 15: Bincangkan faktor-faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun abad ke-16 dan 17.

Isi-Isi Penting:

  1. Kedudukan Geografi
  1. Perdagangan
  1.  Kemunculan Pelabuhan
  1. Kemajuan Dalam Bidang Teknologi Pelayaran
  1. Dasar Kerajaan Jepun
  1. Galakan Pemerintah
  1. Pengaruh Luar

Penutup

Soalan 16: Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun abad ke-16 dan 17

Pendahuluan

  1.               Kegiatan ekonomi
  1.    Petempatan
  1.    Teknologi perkapalan
  1.     Teknologi pelayaran
  1.      Penjelajahan  dan penerokaan
  1.     Masyarakat pelbagai Budaya.
  1. Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.
  1. Pelabuhan Entreport.
  1. Menerima Pengaruh Luar.

Soalan 17: Huraikan sumbangan masyarakat Maritim di Jepun pada abad ke-16 dan 17.

Pendahuluan:

Isi-isi Penting: Penggunaan mata wang

Perdagangan luar negeri

    Perkembangan pesat dalam perdagangan telah meyebabkan muncul Persatuan Dagang di Jepun. Pedagang-pedagang menubuhkan Persatuan Dagang (guild) di pecan dan bandar-bandar besar.Sebagai contoh,orang Belanda menubuhkan Persatuan Perdagangan di Kyushu pada tahun 1609.

Selain persatuan dagang,Persatuan Kewangan yang dikenali sebagai Mujinko juga ditubuhkan. Selain itu,pusat pertukaran wang juga ditubuhkan di bandar-bandar besar di Jepun.

Perkembangan sektor perlombongan

Perkembangan aktiviti perdagangan merangsang pertumbuhan kegiatan perlombongan di Jepun. Penggunaan mata wang dalam urus niaga menggalakkan kegiatan perlombongan di Jepun. Perkembangan ini menyebabkan pengeluaran emas,perak,dan tembaga meningkat.

Pengkhususan kerja

Kemunculan kelas pedagang

Perkembangan perindustrian

Petempatan komuniti Jepun

Kemunculan bandar

P elayaran

Perkapalan

Masyarakat Maritim Jepun mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan kapal layar untuk digunakan dalam aktiviti perdagangan jarak jauh. Meraka mempunyai kepakaran membina kapal yang dilengkapi dengan senjata yang dikenali sebagai Shuinsen. Kapal jenis Higaki dihantar ke Genna oleh seorang pedagang dari Sakai pada tahun 1619.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut barang dagangan seperti kapas,minyak,sake,dan lain-lain ke Edo

Kapal jenis Taru digunakan oleh pedagang dari Settsu untuk menghantar barang dagangan terus ke Edo.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut tong-tong yang mengandungi sake dan barangan lain selain sebagai alat pengangkutan utama sejak zaman kambun(1661-1672). Pada awal abad ke-17,lebih 124 buah kapal dagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam.

Penyebaran agama kristian

Pengaruh asing dalam bahasa Jepun

Penutup.

Soalan 18: Huraikan sumbangan masyarakat maritim di Jepun dalam bidang perdagangan

  1. Penggunaan mata wang
  1. Perdagangan luar Negara
  1. Persatuan perdagang
  1.   Pengkhususan kerja
  1.   Kemunculan kelas pedagang

Penutup.

Dengan sumbangan masyarakat maritim dari segi perdagangan telah membantu masyarakatJepun berkembang dengan pesat. ini dapat di lihat dari kemunulan pedagang-pegang dari luar Negara.

 

Baca juga >> Masyarakat Agraria – Nota Sejarah STPM Semester 1

Sumber >> Nota Blog Sejara Cikgu Mohammadia