Masyarakat Maritim – Nota Sejarah STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

Masyarakat Maritim – Nota Sejarah STPM Semester 1

 

1.3 Masyarakat Maritim

1.3.1 Masyarakat Maritim Portugal


Soalan 10: Huraikan perkembangan masyarakat maritim di Portugal

Pendahuluan

Masyarakat maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah, berlaku Revolusi  Perdagangan di Eropah. Revolusi Perdangangan ini diketuai oleh neraga-negara bangsa Eropah yang mengamalkan dasar ekonomi mekantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Ekonomi mekantilisme menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.

Revolusi Perdagangan adalah berkonsepkan kepada perubahan atas kemajuan yang berlaku dalam bidang ekonomi sejak Zaman Pertengahan Awal dan berterusan sehingga penghujung abad ke-18 dan awal abad ke-19.

Isi-isi penting

Pemerintahan Putera Henry

Portugal merupakan negara Eropah yang paling awal memulakan penerokaan dan pelayaran ke dunia luar. Orang Portugis yang mendiami Semenanjung Iberia mempunyai keluarga kerabat diraja yang mempunyai cara-cara yang sangat tinggi serta mengalakkan para pelayar mencari jalan ke dunia baru. Di bawah pemerintahan Putera Henry atau dikenali sebagai Henry The Navigator, kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Beliau telah menubuhkan Akademi Laut di Segres dan mengundang ahli  pelayaran, pakar matematik, kartografi, serta astronomi dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal.

Selepas kemangkatan Putera Henry pada tahun 1460, orang Portugal telah menjelajah lebih jauh lagi. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah Berjaya sampai ke bahagian paling selatan benua Afrika iaitu Cape of Good Hope.Pada tahun 1497, Vasco da Gama Berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan meneruskan pelayarannya di pantai timur Afrika menuju ke Madini. Di sini Vasco da Gama telah meminta pertolongan pelayar Arab untuk memandunya menyeberangi Lautan Hindi menuju ke India. Vasco da Gama tiba Kalikat pada tahun 1499 dan mendirikan tugu memperingati pelayarannya dari Eropah ke Timur.

Vasco da Gama kembali ke Lisbon pada tahun 1499 dengan kapal yang sarat dengan muatan barangan berharga dari Timur. Kejayaan tersebut menemui jalan laut baru ke Timur dan dipergunakan sepenuhnya oleh Raja Manual I  untuk menawan Kalikat sebagai langkah permulaan untuk menjajah kawasan di Timur.

Matlamat penguasaan rempah, hasil hutan dan sumber galian

Di Melaka pada tahun 1509 Lopez de Sequeira dihantar untuk menyerahkan surat daripada Portugal kepada Sultan Melaka bagi membenarkan pedagang Portugal berdagangan. Namun saudagar-saudagar dari Gujerat telah memaklumkan kepada Sultan  Melaka. Seterusnya, saudagar-saudagar Portugal telah mendirikan pangalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Jawa atau dikenali sebagai Kepuluan Rempah. Semua tindakan tersebut membuktikan kesungguhan Portugal dalam menguasai perdagangan rempah.

Di Brazil, Portugal berjaya membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup. Selain itu, Portugal juga membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, serta menternak lembu dan kuda. Kesemua hasil tersebut telah didagangankan dan memberi keuntungan kepada Portugal. Pada abad ke-17, emas telah dijumpai pada tahun 1693 di Selatan Brazil dan telah meningkatkan pendapatan pedagang Portugal.bMenjelang awal abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan. Kapal-kapal Portugal ini membawa pulang rempah-ratus, lada hitam ,sutera dan batu permata.

Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, perdagangan Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagangan di Venice, Itali dengan haraga yang mahal. Pedangang Venice pula sebagai orang tengah telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang tinggi.

Portugal melantik Casa da India atau House of India untuk menguruskan perdagangan di luar negara pada abad ke-16. Casa da India Berjaya memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis dan bunga cengkih, serta mengenakan cukai sebanyak 30 peratus ke atas keuntungan pelbagai aktiviti perdagangan lain.

Perdagangan Portugal di Jepun

Pada tahun 1542, pedagangan Portugal Berjaya memasuki  Jepun .Pada tahun 1543, kapal-kapal pedagangan Porugal mula memasuki pelabuhan di Kyushu. Ramai daimyo menerima kedatangan pedagang Porugal kerana mengetahui keuntungan perdagangan dengan neraga asing.

Pada tahun 1517, pedangang Portugal sampai ke Canton dan menjalankan perdagangan di Canton. Dari sini, Portugal mula meluaskan perdagangannya. Pada tahun 1557, perdagangan Portugal sampai ke Macau dan mendapatkan kebenaran berdagangan dengan membayar bayaran tahunan kepada kerajaan China.

Pedagangan Portugal seterusnya menerokai perdagangan hamba di China kerana mendapat kelulusan daripada maharaja China. Hamba-hamba dari China dibawa ke Eropah dan dijual kepada golongan bangsawan di Eropah atau bekerja sebagai buruh dalam bidang pertanian. Namun, perdagangan hamba itu tidak bertahan lama kerana pada tahun 1595, undang-undang dikuatkuasakan di Portugal yang mengharamkan sebarang pembelian dan penjualan hamba dari China.

Penutup

Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.

Soalan  11: Bincangkan faktor-faktor kemunculan masyarakat maritim di Portugal abad ke-16 dan 17.

Pendahuluan

  • Masyarakat maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah. Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan 16. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang terkenal. Pelayar Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan dan penjajahan.
  • Peranan Putera Henry dalam bidang penerokaan menjadi faktor kemunculan masyarakat maritim apabila satu institusi yang diasas beliau menjadikan pelayaran Portugal lebih baik.

Isi-Isi Penting:

  1. Kedudukan Geografi
  • Kedudukan Portugal berhampiran dengan laut mendorong masyarakatnya melibatkan diri dalam bidang maritim. Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan Atlantik. Mempunyai kawasan pantai yang panjang dan mempunyai pelabuhan yang baik seperti Lisbon dan Antwerp.
  • Pelabuhan ini berperanan sebagai pusat pengedaran barang dagangan dan pusat pengagihan rempah ratus yang dibawa dari Timur kepada pedagang Eropah. Masyarakatnya menjadi pelaut mahir kerana pengaruh kelautan yang membolehkan mereka perolehi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelayaran.
  1. Kestabilan Politik
  • Faktor kebangkitan Portugal sebagai kuasa maritim.Ini menyebabkan raja Portugal memberi tumpuan kepada kegiatan maritim. Raja daripada Dinasti Avis (1383-1577) beri galakan kepada masyarakat Portugal melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perkapalan.
  • Keadaan politik bdi negara Eropah lain tidak stabil seperti Sepanyol,Perancis dan England.Ini kerana,negara kota Itali bersaing sama sendiridi Laut Mediterranean. Pada ketika itu juga, Sepanyol dan Belanda belum menjadi negara bangsa.Perancis dan England pula terlibat dalam Perang Seratus Tahun. Ini menjadikan Portugal mempunyai ruang untuk muncul menjadi kuasa maritim.
  1. Peranan Putera Henry
  • Beliau merupakan tokoh yang berperanan dalam bidang penerokaan dan penjelajahan.Seorang saintis dan bekas tentera salib yang mengetahui ilmu kartografi. Digelar Henry The Navigator kerana mengasas institut pelayaran di Sagres.Institut ini berperanan sebagai pemberi latihan dan kemahiran kepada pelayar. Ia menjalankan aktiviti penyelidikan, penciptaan peralatan pelayaran dan membaiki kapal.
  • Pelayar yang dapat latihan telah menakluki Kepulauan Madeira(1419)dan Azores(1427). Tahun 1460, Portugis  menguasai rangkaian pelabuhan dari Kepulauan Madeira hingga  ke Cape Verde.
  1. Pengaruh Renaisans
  •  Gerakan ini menyebabkan Portugis muncul sebagai kuasa maritim dan menyebabkan perubahan dalam pemikiran bangsa Eropah. Renaisans mempunyai ciri-ciri seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat kritikal, dan rasional.
  • Peranan institut gereja mengongkong pemikiran masyarakat mula hilang.Ini menyebabkan muncul era baru yang mementingkan sains dan teknologi serta kebebasan manusia berfikir. Era baru ini melahirkan semangat ingin tahu di kalangan masyarakat dan mula meneroka kawasan yang belum ditemui.
  1. Perang Salib
  • Perang ini memberi peluang kepada Portugal dan bangsa Eropah lain mengenali peradaban dan kebudayaan Timur. Keadaan ini menjadikan bangsa Eropah berfikiran terbuka dan cara pemikiran yang lebih baik,menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup bangsa Eropah. Masyarakat Eropah merantau dan belayar serata tempat. Mereka belayar ke Timur mendapatkaan barangan berharga.
  • Penerokaan wilayah Islam di Sepanyol mendedahkan orang Eropah kepada ilmu pelayaran. Mereka  menimba ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan. Ini membantu Eropah melibatkan diri dalam penjelajahan.
  1. Penemuan Baharu
  •  Penemuan dalam teknologi pelayaran dan perkapalan membantu penerokaan. Pelayar Portugal cipta peralatan seperti astrolab,carta pelayaran, kompas magnetik, dan reka bentuk kapal. Peralatan ini digunakan untuk menentukan arah dan longitud.
  • Berpengetahuan dalam bidang geografi dan ilmu pelayaran. Portugal mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel. Kapal ini berupaya untuk mengharungi lautan yang luas dan digunakan dalam pelayaran jarak jauh.
  1. Perkembangan Kapitalisme
  • Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal,hak milik persendirian,dan persaingan dalam perniagaan. Ini menyebabkan raja negara bangsa dan Portugal mempelopori perkembangan ini dan mengamalkan dasar merkantilisme yang memberi penekanan terhadap pengumpulan kekayaan,kekuasaan,jaga kebajikan penduduk tempatan.
  • Menguasai pelayaran melalui pelaburan baharu  dan menjadi galakan kepada pelayar dan raja menaja pelayaran.
  1. Dorongan Daripada Pengembara Terdahulu
  • Pengembara memberi inspirasi kepada pelayar Portugal adalah seperti Marco Polo,Odoric Perdenone.Catatan mereka menarik minat pengembara Portugal mencari jalan laut seperti buku The Travels of  Marco Polo. John Monte pula merekod pengalamannya berkhidmat di Parsi,India,China.Ini medorong Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur.
  • Mitos Prestor John diidentifikasikan sebagai Raja Ethiophia mendorong kepada kegiatan penerokaan dan penjelajahan orang Portugal.

Penutup

  • Masyarakat maritim di Portugal lebih kepada perdagangan dan kelautan. Mereka berjaya membina empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan Lautan Hindi lebih dari satu kurun. Masyarakat Portugal juga berjaya menjadi perintis dan meluaskan kuasa tersebut. Pusat perdagangan didirikan di kawasan pantai sahaja.

Soalan 12: Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan 17

Pendahuluan

  •   Masyarakat maritim bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut dan perkapalan. Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai, lembah sungai, pelabuhan atau Bandar pelabuhan. Masyarakat maritim menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut. Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nahkoda , anak kapal dan peneroka .
  • Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul sejak abad ke-15 dan 16. Munculnya golongan pelayar dan peneroka terkenal. Pelayar Portugal terlibat dalam penerokaan, penjajahan, penjelajahan dan perdagangan .

Isi-Isi penting :

  1. Kegiatan Ekonomi
  •  Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal ialah perdagangan yang di jalankan di pelabuhan seperti Lisbon dan Antwerp.Masyarakat maritim melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah . Pedagang Portugal memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus, sutera dan batu permata.
  • Mereka membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil. Selain berdagang masyarakat maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan mempunyai kemahiran membina kapal.

    2.      Petempatan
  •   Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran pesisir pantai , lembah sungai dan kepulauan. Petempatan mereka berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan kegiatan seperti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
  •   Masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai . Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan ialah Pelabuhan Libson dan Antwerp yang memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan Portugal.

    3.      Teknologi perkapalan dan pelayaran
  • Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu seperti kemahiran membina kapal jenis Caravel  seberat 2000 tan .Kapal jenis ini dibina dengan teknologi tinggi kerana akan digunakan untuk pelayaran jarak jauh.
  •   Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran teknologi pelayaran di mana tokohnya ialah Putera Henry yang telah mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres. Sekolah tersebut terlibat dalam penciptaan peralatan bagi memudahkan pelayaran seperti kompas magnetik, astrolab dan carta pelayaran.Kewujudan sekolah ini juga membolehkan masyarakat Portugal terdedah kepada ilmu nautika.

  1. Penjelajahan & penerokaan
  •  Masyarakat maritim di Portugal terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan dan telah melancarkan ekspedisi mencari jalan laut ke Timur .
  • Bartholomew Diaz belayar ke Tanjung Harapan dan berjaya mengelilingi Tanjung Harapan sampai ke Malindi kemudian beliau meneruskan pelayaran ke Calicut , India .
  1. Memiliki sifat ingin tahu
  •  Masyarakat maritim mempunyai semangat ingin tahu yang kuat yang menyebabkan mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah masyarakat lain . Semangat ingin tahu ini mendorong mereka mengkaji bentuk muka bumi , iklim dan cuaca sesuatu tempat
  • Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat yang berani menghadapi cabaran. Sebagai contoh, ekspedisi yang di lancarkan oleh Ferdinand Magellan di mana beliau terpaksa menghadapi cabaran kekurangan makanan dan kerosakan kapal namun meneruskan perjalanan walaupun telah didesak oleh anak kapal untuk berpatah balik. Ini menunjukkan Magellan merupakan tokoh yang berani menghadapi pelbagai cabaran sepanjang pelayaran .
  1. Kemahiran membina kapal
  • Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal. Mampu membina kapal yang besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas
  • Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal
  1. Kemahiran teknologi pelayaran
  • Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran. Masyarakat maritim mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik dan astrolabe. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu nautical
  • Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.
  1. Penjelajahan dan penerokaan
  • Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang terdedah kepada kegiatan  penerokaan dan penjelajahan. Mempunyai kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan
  • Menjelang abad ke-15M, orang Portugis melancarkan beberapa ekspedisi mencari jalan laut ke Timur. Contohnya Vasco da Gama melancarkan ekspedisi atas permintaan Raja Manuel I sekitar tahun 1497.
  1.    Semangat keterbukaan
  • Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan. Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke negara-negara lain
  • Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Hasilnya berlaku pemindahan idea dan teknologi. Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan baru
  1. Memiliki sifat berani
  • Masyarakat maritim berani hadapi cabaran. Mempunyai kemampuan untuk hadapi pelbagai cabaran ketika belayar di lautan luas. Contohnya Ferdinand Magellan melancarkan ekspedisi ke Timur pada tahun 1519
  • Pengalaman yang diperoleh masyarakat maritime ketika di laut menjadikan mereka bangsa yang berani
  1. Keupayaan menguasai laluan laut
  •  Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut. Mengatur langkah untuk mencari dan menguasai laluan laut ke Timur
  • Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah

Penutup

  • Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke-17 di Eropah selain Belanda dan Inggeris .
  • Portugal menjadi masyarakat maritim oleh faktor kedudukan geografi , kestabilan politik , perkembangan kapitalisme dan sebagainya.

Soalan 13: Huraikan sumbangan masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan ke-17

Pendahuluan

  • Masyarakat maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah. Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan 16. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang terkenal.
  • Pelayar Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan dan penjajahan. Peranan Putera Henry dalam bidang penerokaan menjadi faktor kemunculan masyarakat maritim apabila satu institusi yang diasas beliau menjadikan pelayaran Portugal lebih baik.

Isi-isi Penting:

  1. Penjelajahan
  • Masyarakat maritim di Portugal memberi sumbangan dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. Penglibatan orang Portugal dalam bidang penjelajahan dan penerokaan dapat dikesan sejak awal abad ke-15. Pelayar Portugal berjaya menyeberangi Selat gibraltar dan menawan pantai barat Afrika.
  • Menjelang pertengahan abad ke-15, pelayar Portugal berjaya menguasai Kepulauan Madeira dan Azores. Diego Cam belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika antara tahun 1482-1484. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan berjaya mengelilingi Tanjung Harapan. Pada masa yang sama, Sepanyol juga amat aktif dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Keadaan ini menimbulkan persaingan dan membawa kepada Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494.
  • Vasco da Gama melancarkan ekspedisi ke Timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan serta 180 orang pelaut. Pada tahun 1497, Vasco da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan belayar sepanjang pantai hingga ke Malindi. Dari Malindi, Vasco da Gama berjaya merentasi Lautan Hindi dengan bantuan Ibn Majid dan sampai di Calicut, India pada tahun 1498. Kejayaan Vasco da Gama meletakkan asas bagi Portugal melakukan penjelajahan ke Asia Tenggara, China, dan Jepun.
  1. Perdagangan
  • Penglibatan masyarakat maritim Portugal dalam kegiatan perdagangan dapat dikesan sejak awal abad ke-15. Menjelang pertengahan abad ke-15, pelayar yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang amat menguntungkan. Menjelang tahun 1460, Portugal berjaya menguasai rangakaian pelabuhan yang menganjur dari Kepulauan Madeira hingga Cape Verda.
  • Kejayaan Vasco da Gama sampai ke timur memberi dorongan kepada pelayar Portugal melancarkan ekspedisi perdagangan ke Timur. Ekspedisi perdagangan dihantar ke Timur untuk mendapatkan barang dagangan seperti rempah, lada hitam, sutera, dan batu permata.
  • Pedagang-pedagang Portugal mendirikan pangakalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Pulau Jawa, dan Kepulauan Rempah. Pada tahun 1503, Francisco de Almeida memulakan usaha menguasai laluan perdagangan ke Timur. Selain itu, beliau berhasrat untuk menghapuskan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar Islam. Menjelang tahun 1505, Alfonso de Albuquerque mengatur gerakan menguasai jalan perdagangan ke Asia Tenggara.
  • Selepas menguasai Kepulauan Rempah, Portugal mengasaskan pusat perdagangan di Canton pada tahun 1517. Pada tahun 1542, pedagang-pedagang Portugal berjaya mengasaskan pusat perdagangan di Jepun. Portugal juga menubuhkan pangkalan perdagangan di Afrika khususnya di Mozambique pada tahun 1520. Pangkalan perdagangan ini memainkan peranan sebagai pusat persinggahan bagi kapal dagang yang dalam pelayaran dari Eropah ke Asia.
  • Selepas berjaya menubuhkan pusat perdagangan, Portugal memeterai perjanjian perdagangan denagan raja-raja tempatan. Melalui perjanjian ini, saudagar lain tidak dibenarkan berdagang di pelabuhan tersebut kecuali dengan lesen yang dikeluarkan oleh Portugal. Perkembangan ini menyebabkan orang Portugal berjaya menguasai laluan perdagangan ke Timur. Ini meletakkan asas bagi orang Portugal menguasai perdagangan rempah daripada Saudagar Islam.
  • Kekayaan dan kemakmuran yang diperoleh oleh Portugal menyebabkan kuasa Barat yang lain berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi ke Timur.
  1. Penguasaan tanah dan wilayah
  • Masyarakat maritim d Portugal juga melibatkan diri dalam penguasaan tanah jajahan bermula sejak abad ke-15 Masihi.  Pada tahun 1415, orang Portugal berjaya menawan Ceuta yang terletak di Maghribi daripada orang Islam. Pada tahun 1419, pelayar Portugal yang menerima latihan di sekolah pelayaran yang diasaskan oleh Putera Henry berjaya menakluki Kepulauan Madeira. Pada tahun 1427, orang Portugal berjaya menguasai Azores dan seterusnya belayar sepanjang pantai ke selatan benua Afrika. Pada tahun 1503, Portugal berjaya menguasai Cochin yang terletak di pantai barat India dan seterusnya djadikan sebagai ibu pejabat, pentadbiran Portugal di Timur.
  • Pada tahun 1508, angkatan tentera Portugal berjaya menewaskan angkatan tentera Mesir di Diu. Peristiwa ini meletakkan asas bagi Portugal untuk meneruskan penguasaan mereka terhadap dunia di Timur. Pada 11 september 1508, angakatan tentera Portugal yang diketuai oleh Lopez de Sequira tiba d Melaka. Angkatan ini berundur dari Melaka setelah mengetahui rancangan Melaka yang berhasrat menyerang mereka atas hasutan pedagang Gujerat.
  • Pada tahun 1510, angkatan tentera Portugal berjaya menguasai Goa di India. Selepas itu, Portugal mengatur gerakan untuk menguasai laluan perdagangan di Asia Tenggara. Pada tahun 1511, Portugal menguasai Melaka dan seterusnya usha dilakukan untuk menguasai Kepulauan Maluku. Selepas menguasai kepulauan rempah, Portugal mendapatkan tanah jajahan di Macau pada tahun 1517.
  • Portugal mengukuhkan kedudukannya dengan menguasai tanah jajahan di Amerika Syarikat khususnya di Brazil. Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan pada abad ke-16.
  1.  Perkapalan
  • Masyarakat martim di Portugal mencapai kemajuan yang pesat dalam bdang perkapalan. Mereka mempunyai kepakaran dalam pembinaan kapal serta kemajuan dalam teknologi perkapalan. Mereka mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal yang mampu belayar di lautan luas. Sebagai contoh mereka memiliki teknologi membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Antara peralatan baharu yang dicipta oleh mereka ialah catra pelayaran, kompas dan astrolab. Mereka juga memiliki peta-peta yang lengkap bag memudahkan kgiatan penerokaan dan penjelajahan.
  • Institusi pelayaran: Masyarakat maritim di Portugal merupakam masyarakat Eropah yang pertama mendirikan sekolah pelayaran yang didirikan oleh Henry the Navigator di Sagres yang ditubuhkan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pelayar Portugal. Sekolah ini memberi galakan dan dorongan kepada pelayar-pelayar melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menguasai Kepulauan Madeira, Azores dan belayar sepanjang pantai selatan benua Afrika.
  1.   Penyebaran agama Kristian
  • Masyarakat maritim di Portugal juga terlibat dalam penyebaran agama Kristian. Dalam hal ini, mubaligh Kristian turut dihantar dalam ekspedisi pelayaran ke Timur.
  • Mubaligh Kristian telah memulakan usaha untuk mengkristiankan penduduk di tanah jajahan. Umpamanya penduduk Portugal dan mubaligh Kristian datang beramai-ramai ke Brazil dan menetap di petempatan baharu seperti di Sao Paolo, Pernambuco, dan Bahia.

Kesimpulan

  • Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke-17 di Eropah selain Belanda dan Inggeris .
  • Portugal menjadi masyarakat maritim oleh faktor kedudukan geografi, kestabilan politik, perkembangan kapitalisme dan sebagainya.

1.3.2 Masyarakat Maritim Jepun

Soalan 14: Huraikan perkembangan  masyarakat Maritim yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan

  • Masyarakat maritim adalah sejurus zaman Renaisans dan revolusi agama di Eropah, berlaku Revolusi Perdagangan di Eropah. revolusi Perdagangan ini diketuai oleh negara-negara bangsa Eropah yang mengamalkan dasar Ekonomi mekantilisme menekankan kekayaan, kekuasaan  dan kebajikan.
  • Negara Jepun, Revolusi Perdagangan hanya tertumpu pada negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara. Hal ini berikutan dasar pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintan Jepun.
  • Jepun hanya menjuruskan aktivity perdagangan dengan negara China dan negaara-negara Asia Tengara bagi mengawal rakyatnya serta Diamyo-diamyo di bawah kekuasaan Shogan. Namun begitu, Jepun membuka pintu negaranya kepada negara Barat tetapi mengadakan perdagangan yang terhad dan pelbagai peraturan dikenakan.

Isi-isi Penting:

Era Pemerintahan Ashikaga

  • Ketika era Ashikaga, masyarakat Jepun telah melalui perubahan ekonomi. Perdagangan dan pusat pembuatan kertas ,baranganlogam,tenunan dan sebagainya berkembang maju di selurauh negara. Perusahan tempatan turut b berkembang di Jepun. wujud pengeluaran berasaskan daerah di Jepun dan pemasaran antara daerah. Contohnya, pengeluaran kain kapas di KInai dab pengeliuaran ulat sutera serta alat tenunan di Fukushima ,Yamanashi dan Gumma. Satsuma menjadi pusat pengeluaran gula yang kemudiannya  dipasarkan ke selurh Jepun
  • Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga yang membenarkan POrugal berdagang di pelabuhan Nagasaki . pembukaan perdaganggan di Nagasaki telah menyebabkan peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.
  • Penduduk Jepun telah mengimport barabngan tropika dari Asia Tenggara, barangan pengeluaran dari China seperti sutera , tembikar, buku, lukisan , dan wang tembaga. Bandar Seto di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun.
  • Menjelang abad ke-15 dan ke-16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain. Antaranya barangan termasuklah pedang, kipas berlipat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan yang tinggi di China .
  • Pedang buatan Jepun yang melengkung diperbuat daripada besi keluli yang bersadur dikatakan lebih baik buatannya daripada pedang Damaskus atau Toledo telah mendapat permintaan yang tinggi dan dieksport dalam jumlah yang besar

Era Pemerintahan Leyasu

  • Mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara luar. Ieyasu berharap dapat memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam pardagangan dan mahu melayan semua negara dengan saksama dan adil
  • Rentetan daripada perkembangan ekonomi perdangangan di Jepun , penggunaan mata wang tembaga telah digunakan secara meluas dan amat bernilai. Penggunaan mata wang im=ni telah menggantikan penggunaan beras dan kain sebagai cara berjual beli barangan di Jepun
  • Perkembangan perdagangan Jepun dengan negara luar seperti P0tugis, Sepany0l, British dan Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak.Keadaan ini menggalakkan industri perlombongan berkembang pesat dan pengeluaran emas, perak dan tembaga
  • Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara Barat,hubungan yang terjalin adalah terbatas. Buktinya, pedagang Belanda hanya dibenarkan berdagang di Pulau Dashima sahaja. Malahan, mereka tidak dibenarkan mengadakan sebarang hubungan dengan rakyat Jepun kecuali pegawai-pegawai Jepun yang bertugas di PUlau Dashima

Era Pemerintahan Tokugawa

  • Pertambahan hasil pengeluaran industri pada zaman Tokugawa telah membawa perkembangan pengeluaran dalam industri kesenian. Masyarakat Jepun terkenal dalam penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan kesenian tembikar diajar oleh pembuatan tembikar Korea yang dibawa masuk oleh tentera Hideyoshi dan perkembangan menjadai industri penting di Jepun
  • Seterusnya, Industri teksil berkembang pesat dengan menghasilkan broked sutera yang cantik.Jepun juga menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang mempunyai nilai hiasan yang sangat indah.Keunikan barangan keluaran Jepun ini ialah dapat menyeimbangkan teknikal dan nilai-nilai estetika yang hampir tidak dapat ditandingi oleh dunia moden
  • Perdagangan dengan negara luar telah diharamkan dan semua perdagang diusir keluar dari Jepun kerana pemerintahan Tokugawa mengambil keputusan mengamalkan dasar pemencilan dari dunia Jepun.Perlaksanaan arahan di keluarkan . Arahan pada tahun 1633, melarang kapal-kapal Jepun meninggal negara kecuali mempunyai lessen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu, rakyat Jepun dilarang meningal kan negara kecuali mendapat kebenaran daaripada Keshogunan Tokugawa dan rakyat Jepun yang tinggal di luar akan di hokum bunuh jika mereka pulang ke Jepun. Arahan tahun 1635, mengaharamkan semua kapal Jepun belayar ke seberang laut dan rakyat Jepun dilarang keluar negara.Araahan tahun 1639, menharamkan perdagangan asing dan menutup negara Jepun dengan negara luar.

Penutup

  • Perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun Tokugawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.

Soalan 15: Bincangkan faktor-faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun abad ke-16 dan 17.

Pendahuluan

  • Kemunculan masyarakat maritim dJepun dapat dikesan sejak abad ke-3 Masihi. Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangandengan China, Vietnam,dan Korea. Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan kegiatan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
  • Menjelang abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran pedagang Barat ke negara tersebut. Kehadiran pedagang Barat menyebabkan pedagang Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa maritim di Asia.

Isi-Isi Penting:

  1. Kedudukan Geografi
  • Dari segi geografi,negara ini terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut. Antara pulau yang jadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu. Oleh kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang bergunung-ganang,maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai.
  • Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan berasaskan laut. Perkembangan ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
  1. Perdagangan
  • Perkembangan perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Pada Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun.Pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara.
  • Menjelang zaman Tokugawa,hubungan perdagangan terjalin denngan China, Korea dan Vietnam. Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke Jepun. Di zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun.Kedatangan pedagang asing ini menyebabkan muncul masyarakat maritim.
  1.  Kemunculan Pelabuhan
  • Kemunculan pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun. Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot. Antara pelabuhan entrepot terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda yang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun dan pedagang  luar negara.
  • Menjelang pertengahan abad ke-16,kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu. Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun.
  1. Kemajuan Dalam Bidang Teknologi Pelayaran
  • Kemajuan pesat dalam pelayaran ini menyebabkan masyarakat maritim di Jepun mampu untuk belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara. Kemajuan yang dicapai dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal menjadikan negara Jepun berjaya muncul sebagai masyarakat maritim. Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.
  • Menjelang abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun.Masyarakatnya juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal besar yang sesuai untuk pelayaran jaraj jauh. Kapal Shuinsen merupakan kapal yang diguna pedagang Jepun belayar ke Asia Tenggara.
  1. Dasar Kerajaan Jepun
  •  Dasar buka pintu  yang diamalkan kerajaan Jepun menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Dasar ini juga menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah pengaruh dari luar seperti Asia dan juga Barat. Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun. Selain pedagang,golongan mubaligh Kristian juga terlibat dalam menyebarkan dakwah dikalangan penduduk Jepun.
  • Hubungan dengan Portugal menyebabkan  masyarakat maritim Jepun menerima  teknologi baharu dari Barat iaitu perkapalan. Perkembangan ini memainkan peranan dalamm merancakkan kegiatan maritim.
  1. Galakan Pemerintah
  •  Pemerintah juga memainkan peranan penting. Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan. Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut. Semasa pemerintahannya, Jepun menjalinkan hubungan  perdagangan dengan China dan Korea. Beliau mengawal  kegiatan perdagangan dengan negara-negara asing  dengan mengawal segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587. Ekoran itu, pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantar ekspedisi ke Asia Tenggara.
  • Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk libatkan diri  dalam perdagangan maritim. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan Shuinsen diperkenalkan. Berdasarkan dasar ini kapal dagang yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara asing dikehendaki memiliki mohor merah. Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim.Abad ke-17, banyak kapal dagang Shuinsen terlibat dalam perdagangan dengan Vietnam. Ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim.
  1. Pengaruh Luar
  • Kemunculan masyarakat maritim disebabkan oleh hubungan antara Jepun dengan negara-negara lain. Menjelang abad ke-16,Jepun jalinkan hubungan perdagangan dengan Portugal. Akhir abad pula, ramai pedagang dari Portugal melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan.
  • Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan Nagasaki. Menjelang abad ke-17, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan perdagangan dengan Jepun. Kedatangan pedagang Barat menyebabkan aktiviti perdagangan berkembang pesat dan meletakkan kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

Penutup

  • Secara keseluruhannya, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan perdagangan. Dari segi pengaruh luar, kedudukan geografi, pelabuhan, teknologi pelayaran atau pemerintah adalah berasaskan perdagangan.
  • Malahan, pada zaman pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan diperkenalkan. Pelbagai dasar diperkenalkan bagi mengukuhkan perdagangan masyarakat maritim di Jepun dan menjadi faktor-faktor kemunculannya.

Soalan 16: Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun abad ke-16 dan 17

Pendahuluan

  • Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan penjelajaan. Masyarakat nya tinggal di kawasan pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau Bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai. Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat menyimpan barang, tempat penginapan, bekalan air, dan pusat berjual-beli. Masyarakat maritim yang menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengumpul hasil laut biasanya tinggal di kawasan perkampungan nelayan.
  •   Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal, dan peneroka. Perkembangan ini didorong oleh kemunculan kerajaan maritim di  Eropah pada abad ke-17. Antara kuasa maritim yang unggul pada abad tersebut ialah Portugal, Belanda, dan Inggeris. Di Asia pula, kemunculan Jepun sebagai sebuah kerajaan maritim talah dikesan lebih awal, iaitu sejak abad ke-4 Masihi lagi.

Isi-isi Penting:

  1.               Kegiatan ekonomi
  • Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Jepun ialahperdagangan. Pedagang-pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara. Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Barat. Pedagang-pedang Jepun mengeksport barangan seperti tembaga, berlian, dan perak.

  • Antara barangan yang diimport oleh pedagangan Jepun ialah sutera, tembikar, dan tembaga dari China. Barangan tropika pula diimport dari pelabuhan di Asia Tenggara.
  1.    Petempatan
  • Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisir pantai dan kepulauan. Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, menangkap ikan, dan mengutip hasil laut.
  • Selain itu, masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai. Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan masyarakat maritim ialah pelabuhan Kyushu, Hiroshima, Nagasaki dan shimoda.
  1.    Teknologi perkapalan
  • Masyarakat maritim Jepun terdedah kepada kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu. Mereka mempunyai kemahiran membina kapal layar yang dikenali sebagai shuinsen. Kapal layar ini digunakan oleh pedagangan-pedagangan Jepun untuk pelayaran jarak jauh seperti ke pelabuhan di Asia Tenggara.
  • Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga mempunyai kemahiran membina kapal seperti Higaki-kaisen dan Taru-kaisenKapal jenis ini digunakan dalam perdagangan dalam negara yang melibatkan laluan antara Osaka dan Edo.
  1.     Teknologi pelayaran
  • Masyarakat maritim di Jepun mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran. Mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran, ilmu nautika dan kartografi.
  • Masyarakat maritim menerima pengetahuan mengenai teknologi perkapalan daripada pedagangan portugal. Shogun Leyasumendapat bantuan daripada orang sepanyol dalam teknologi perkapalan.
  1.     Penjelajahan  dan penerokaan
  • Masyarakat maritim di Jepun terlibat dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Menjelang awal abad ke-17, lebih daripada 350 buah kapal terlibat dalam pelayaran ke luar negeri.
  • Secara purata, Jepun menghantar 14 ekspedisi perdagangan ke negara-negara lain setiap tahun. Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga melancarkan ekspedisi pelayaran ke China, Korea, dan Amerika Selatan.

  1.     Masyarakat pelbagai Budaya.
  • Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan.
  • Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.
  1. Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.
  • Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China.
  • Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepunyang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.
  1. Pelabuhan Entreport.
  • Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan  entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport  perak,  berliantembagapedang, dan barang-barang lainnya.
  • Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.
  1. Menerima Pengaruh Luar.
  • Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban).
  • Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan

Penutup

  • Kesimpulannya, masyarakat maritim di negara Jepun memberi sumbangan dalam bidang perdagangan, penjelajahan, dan penerokaan. Kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan perdagangan. Dari segi pengaruh luar, kedudukan geografi, pelabuhan, teknologi pelayaran atau pemerintah adalah berasaskan perdagangan.
  • Malahan, pada zaman pemerintahan Tokugawa Ieyasu,dasar perdagangan diperkenalkan. Pelbagai dasar diperkenalkan bagi mengukuhkan perdagangan masyarakat maritim di Jepun dan menjadi faktor-faktor kemunculannya.

Soalan 17: Huraikan sumbangan masyarakat Maritim di Jepun pada abad ke-16 dan 17.

Pendahuluan:

  • Masyarakat Maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan penjelajahan. Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai. Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat menyimpan barang, tempat penginapan, bekalan air, dan pusat berjual beli.
  •  Masyarakat maritim di Jepun terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal, dan peneroka. Perkembangan ini didorong oleh kemunculan kerajaan maritim di  Eropah pada abad ke-17. Antara kuasa maritim yang unggul pada abad tersebut ialah Portugal, Belanda, dan Inggeris. Di Asia pula, kemunculan Jepun sebagai sebuah kerajaan maritim talah dikesan lebih awal, iaitu sejak abad ke-4 Masihi lagi.

Isi-isi Penting:

Penggunaan mata wang

  • Masyarakat Maritim di Jepun menjalankan aktiviti perdagangan yang melibatkan penggunaan mata wang. Menjelang abad  ke-15, kerajaan Jepun mengimport mata wang tembaga bagi memastikan bekalan mencukupi. kehadiran pedagang asing dari Portugal, Belanda, Sepanyol dan British tela menyebabkan penggunaan mata wang perak meningkat kerana digunakan dalam urusniaga.
  • Shogun Tokugawa mendirikan kilang pembuatan mata wang di Nagasaki untuk menghasilkan mata wang. Pada zaman Sengoku Jidai, syiling tembaga digunakan secara meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang meyebabakan muncul pasar dan bandar-bandar baharu di Jepun.

Perdagangan luar negeri

  • Hubungan perdagangan antara Jepun dengan dunia luar berkembang pesat sejak Zaman Ashikaga. Jepun turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea sejak abad ke-3.Hubungan ini berterusan hingga abad ke-16 dan 17.
  • Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa barat. Orang Portugal mendarat di Pelabuhan Kyushu pada tahun 1542. Menjelang tahun 1550,banyak kapal dagang Portugal berlabuh di Pelabuhan Kyushu. Pada zaman Tokugawa, langkah-langkah diambil untuk memecahkan monopoli   perdagangan Portugal dengan menggalakkan hubungan perdagangan dengan kuasa Barat seperti Sepanyol, Belanda  dan British.

          Persatuan pedagang

    Perkembangan pesat dalam perdagangan telah meyebabkan muncul Persatuan Dagang di Jepun. Pedagang-pedagang menubuhkan Persatuan Dagang (guild) di pecan dan bandar-bandar besar.Sebagai contoh,orang Belanda menubuhkan Persatuan Perdagangan di Kyushu pada tahun 1609.

Selain persatuan dagang,Persatuan Kewangan yang dikenali sebagai Mujinko juga ditubuhkan. Selain itu,pusat pertukaran wang juga ditubuhkan di bandar-bandar besar di Jepun.

Perkembangan sektor perlombongan

Perkembangan aktiviti perdagangan merangsang pertumbuhan kegiatan perlombongan di Jepun. Penggunaan mata wang dalam urus niaga menggalakkan kegiatan perlombongan di Jepun. Perkembangan ini menyebabkan pengeluaran emas,perak,dan tembaga meningkat.

Pengkhususan kerja

  • Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan berlaku pengkhususan kerja.Penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti pertukangan,perlombongan dan perdagangan. Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan golongan artisan .
  • Golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang menarik dengan menggunakan teknologi dari Korea. Selain itu,orang Jepun juga melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang bermutu tinggi.

Kemunculan kelas pedagang

  •  Perkembangan pesat dalam sektor perdagangan menyebabkan muncul golongan pedagang di Jepun. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah.
  •   Menjelang abad ke-17,golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi mengendalikan urusan perniagaan. Pedagang-pedagang Jepun menubuhkan persatuan pedagang di bandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan mereka.

Perkembangan perindustrian

  •  Menjelang abad ke-16,sektor perindustrian mengalami perkembangan pesat. Antara industri yang berkembang pesat di Jepun ialah industri tekstil,tembikar,industri kertas dan barangan logam.
  • Menjelang abad ke-17,industri tembikar dan porselin  merupakan industri penting di Jepun.Begitu juga industri tekstil tekstil.Sebagai contoh,industri kain kapas berkembang di Kinai manakala industri sutera berkembang di Fukushima.

Petempatan komuniti Jepun

  • Perkembangan pesat dalam kegiatan perdagangan,menyebabkan ramai pedagang Jepun tinggal menetap di Negara asing. Ini menyebabkan muncul petempatan masyarakat Jepun di Taiwan, Macao, Maluku, Filipina, Borneo, Siam dan semenanjung Tanah Melayu.
  •  Rekod sejarah menunjukkan terdapat ramai orang Jepun yang meneetap di pelabuhan Hoi An (Vietnam) pada abad ke-17. Bagi menangani kehadiran ramai pedagang Jepun,pihak berkuasa pelabuhan Hoi An menubuhkan satu petempatan yang dikenali sebagai Nihomachi.

Kemunculan bandar

  •  Perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan menyebabkan muncul bandar baharu di Jepun. Antara bandar-bandar baharu yang muncul di Jepun ialah Kyoto, Seto, Edo dan Osaka. Osaka merupakan pelabuhan bebas yang ditadbir oleh komuniti pedagang tempatan. Bandar-bandar ini muncul sebagai pusat perdagangan dan perindustrian di Jepun.

Pelayaran

  •   Masyarakat maritim di Jepun mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pelayaran, berkemahiran dalam ilmu astronomi,kartografi dan nautika serta mempunyai pengetahuan dalam pembinaan kapal layar. Mereka menerima pengetahuan dalam bidang perkapalan daripada pedagang barat seperti Portugal,S epanyol, British dan Belanda.
  • Pengetahuan yang tinggi dalam bidang pelayaran menyebabkan mereka melancarkan ekspedisi ke seberang laut. Menjelang abad ke-16, padagang-pedagang Jepun terlibat dalam kegiatan perdagangan di Asia Tenggara.

Perkapalan

Masyarakat Maritim Jepun mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan kapal layar untuk digunakan dalam aktiviti perdagangan jarak jauh. Meraka mempunyai kepakaran membina kapal yang dilengkapi dengan senjata yang dikenali sebagai Shuinsen. Kapal jenis Higaki dihantar ke Genna oleh seorang pedagang dari Sakai pada tahun 1619.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut barang dagangan seperti kapas,minyak,sake,dan lain-lain ke Edo

Kapal jenis Taru digunakan oleh pedagang dari Settsu untuk menghantar barang dagangan terus ke Edo.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut tong-tong yang mengandungi sake dan barangan lain selain sebagai alat pengangkutan utama sejak zaman kambun(1661-1672). Pada awal abad ke-17,lebih 124 buah kapal dagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam.

Penyebaran agama kristian

  • Paderi-paderi kristian daripada mahzab seperti Jesuit, Franciscan dan Dominican menyebarkan agama kristian di Jepun. Pada tahun 1582,terdapat 150 000 orang kristian dan lebih daripada 200 buah gereja di Jepun. Penganut agama kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan golongan bangsawan.

Pengaruh asing dalam bahasa Jepun

  • Perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata Jepun. Umpamanya perkataan Portugis,iaitu pao (roti) dan bosan (butang). Perkataan Sepanyol yang diterima dalam perbendaharaan kata Jepun adalah jabon (sabun). Perkataan Belanda yang diterima dalm bahasa Jepun ialah doek (itik).

Penutup.

  • Dengan sumbangan masyarakat maritim dari segi perdagangan telah membantu masyarakatJepun berkembang dengan pesat.
  • ini dapat di lihat dari kemunulan pedagang-pegang dari luar Negara.

Soalan 18: Huraikan sumbangan masyarakat maritim di Jepun dalam bidang perdagangan

Pendahuluan

  • Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasakkan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan penjelajahan.
  • Masyarakatnya tinggal di kawasan pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau Bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai.

Isi-isi Penting:

  1. Penggunaan mata wang
  • Masyarakat maritim di Jepun menjalankan akktiviti perdagangan yang melibatkan mata wang. Menjelang abad ke-14, perdagangan Jepun menggunakan mata wang secara meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang menyebabkan kegiatan perdagangan kegiatan perdagangan dapat berkembang dengan pesat.
  •   Kehadiran pedagang asing dari Portugal, Belanda, Sepanyol dan British telah menyebabkan penggunaa mata wang perak meningkat kerana digunakan dalam urus niaga.
  1. Perdagangan luar Negara
  •  Hubungan antara Jepun dengan dunia luar berkembang pesat sejak zaman Ashikaga. Pada zaman tersebut, perdagangan Jepun menjalankan perdagangan dengan Negara di Asia Tenggara. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan Vietnam berkembang pesat pada abad ke-16, ini di sebabkan oleh dasar kerajaan Ming yang menghentikan segala aktiviti perdagangandengan Jepun.
  •  Dasar kerajaan Ming menyebabkan pedagang-pedagang Jepun mengalami kesukaran unuk mendapatkan barang dagangan dari China. Keadaan ini menyebabkan pedagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam untuk mendapatkan barang dagangan.
  1. Persatuan perdagang
  •  Perkembangan pesat dalam perdagangan telah menyebabkan muncul persatuan dagang di Jepun. pedagang-pedagang mrnubuhkan persatuan dagang (guild) di pecan dan bandar-bandar  besar. Sebagai contoh, orang Belanda menubuhkan persatuan perdaganagn di khusyu pada tahun 1609.
  • Selain persatuan dagang, persatuan kewangan yang di kenali sebagai mujinko juga ditubuhkan. selain itu, pusat pertukaran wang juga ditubuhkan di Bandar-bandar besar di Jepun.
  1.   Pengkhususan kerja
  • Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan berlaku pengkhususan kerja. penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti pertukangan, perlombongan dan perdagangan.
  •  Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan golongan artisan. golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin  yang menarik dengan menggunakan teknologi dari korea. selain itu, orang Jepun juga melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang bermutu tinggi.
  1.   Kemunculan kelas pedagang
  •  Perkembangan pesat dalam sector perdagangan menyebabkan muncul golongan pedagang di Jepun. perkembangan pesat dalam  bidang ekonomi menyebabkan pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah.
  •  menjelang abad ke-17, golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi mengendalikan urusan perdagangan. pedagang-pedagang Jepun menubuhkan persatuan pedagang di Bandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan mereka.

Penutup.

Dengan sumbangan masyarakat maritim dari segi perdagangan telah membantu masyarakatJepun berkembang dengan pesat. ini dapat di lihat dari kemunulan pedagang-pegang dari luar Negara.

 

Baca juga >> Masyarakat Agraria – Nota Sejarah STPM Semester 1

Sumber >> Nota Blog Sejara Cikgu Mohammadia

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version