Blog Sejarah STPM

Masyarakat Agraria – Nota Sejarah STPM Semester 1

By Jack

August 06, 2019

Masyarakat Agraria – Nota Sejarah STPM Semester 1

 

1.2 Masyarakat Agraria

1.2.1  Masyarakat Agraria Belanda

Soalan 7: Terangkan perkembangan masyarakat agraria yang diamalkan di Belanda.

Pengenalan

Ekonomi negara Belanda mula berlaku perkembangan terutama selepas Belanda berjaya bebas daripada cengkaman kuasa Sepanyol pada tahun 1585.

Taraf hidup masyarakat Belanda semakin meningkat apabila berlaku revolusi pertanian dan revolusi perkapalan telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah serta menjadikan pelabuhan Amsterdam sebagai pelabuhan yang sibuk pada abad ke-16 dan 17. Isi – isi penting

  1. Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian secara kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja. Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagi kepada bidang tanah iaitu setiap bidang tanah dibahagi kepada beberapa lajur tanah secara memanjang untuk diusahakan oleh petani. Petani hanya akan mengusahakan beberapa bidang tanah sahaja dan sebidang lagi akan dibiarkan kosong atau tanah rang sahaja untuk mengembalikan kesuburan tanah bagi musim akan datang. Masyarakat agraria Belanda menggunakan kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijirin seperti gamdum, barli, oat yang menjadi sumber utama Belanda. Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan. Hasil-hasil ini akan dieksport keluar negara.
  1. Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga mengusahakan kegiatan penternakan binatang terutama lembu tenusu untuk pengeluaran hasil tenusu.Belanda telah menjadi pusat utama penternakan lembu ini. Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660. Masyarakat agraria Belanda di desa turut mengusahakan industri tekstilterutama di Flanders dan Brabant. Mereka mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula, menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan sehingga tahun 1568. Pada abad ke-17, industri tekstil di Leiden semakin berkembang terutama dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets. Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah.
  2. Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda telah mengusahakan kegiatanmenangkap ikan terutama di kawasan Holland dan Zealand merupakan perairan yang kaya dengan ikan herring berkualiti tinggi. Pada abad ke-17, masyarakat Belanda telah menangkap ikan dari Laut Utara hingga ke Selat Inggeris dengan menggunakan kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga menjangkau 30 tan beratnya. Mereka berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk menguasai pasaran ikan di kawasan Baltik. Mereka akan berada di laut selama 8 minggu dengan anak kapal antara 10 hingga 15 orang.
  1. Masyarakat agraria Belanda juga terkenal dalam industri pembinaan kapal yang terbaik di Eropah iaitu bermutu tinggi, tahan lasak, dan boleh memuatkan muatan yang lebih.Industri ini telah mendapat kepercayaan masyarakat pedagang di Eropah pada abad ke-17. Perkembangan industri perkapalan ini telah mendorong perkembangan perdagangan Belanda terutama pada tahun 1648. Kapal-kapal Belanda telah digunakan untuk mengangkut gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia, seterusnya ke Perancis, Sepanyol dan Mediterranean. Kapal-kapal ini juga turut digunakan untuk mengangkut besi dari Sweden dan barangan perdagangan dari Rusia, Timur HIndia, Brazil, Jepun, Asia Tenggara dan Kepulauan Barat Afrika. Perkembangan ini membolehkan Belanda menguasai perdagangan Eropah pada abad ke-16.
  1.    Pada abad ke ke-16, hubungan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat.Apabila pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1585, aktiviti perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan telah muncul sebagai pusat perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh orang Belanda di bahagian utara telah mendorong Raja Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari Belanda memasuki pelabuhan Lisbon. Keadaan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Belanda mencari sendiri barangan mereka sehingga mendorong Belanda menawan Kepulauan Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda bertindak demikian untuk menguasai perdagangan di Timur, menghapuskan monopoli Portugal dan Sepanyol, mengumpul kewangan untuk menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda dan menawan pusat perdagangan Portugal di Timur. Mereka telah mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan di Kepulauan Rempah di Asia Tenggara dengan memberi perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan Pulau Ambon (1600) dan Pulau Banda (1602).
  1. Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan Belanda di Kepulauan Rempah ini, maka pada tahun 1602, parlimen Belanda bersetuju menubuhkan Syarikat HIndia Timur Belanda atau Vereenigde Oostindische Compagine (VOC).Dengan bermodal sebanyak 6½ juta guilder. Pengusaaan ini telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import seperti lada hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun 1690, VOC telah memperkenalkan tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam tanaman rempah. Pada awal abad ke-17, usahawan atau pemodal Belanda yang berjaya telah menceburi perniagaan insuran dan perdagangan mata wang asing serta turut memberi pinjaman kepada negara Denmark, Austria dan Sepanyol. Sebagai contoh, usahawan atau pemodal Nouis de Geer telah mengusahakan kilang senjata di Sweden dan ada usahawan Belanda memonopoli perdagangan eksport di Rusia.
  2. Bank Amsterdam adalah bank yang paling berjaya di Eropahiaitu antara tahun 1611 hingga tahun 1701, deposit Bank Amsterdam meningkat daripada 1 juta florin kepada 16 juta florin. Perkembangan perdagangan luar negara, industri dan pertanian di Belanda telah menarik kedatangan pedagang luar dan tempat ke Amsterdam pada tahun 1609. Perkembangan dan pengukuhan perdagangan dan mata wang telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di Amsterdam.  Penubuhan bank dan badan kewangan yang lain telah meningkatkan urusan perdagangan seperti Bank Amsterdam. Penubuhan bank ini telah memudahkan lagi pemindahan wang dan pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang. Keadaan ini telah meningkatkan keupayaan pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa

                           Penutup

Pendahuluan

Isi-isi Penting:

1        Kegiatan ekonomi    Pertanian menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat terutama di kawasan Bandar di Belanda.  Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat di jalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-sayuran, bijirin, dan tanaman dagangan. Antara sayur-sayuran yang di tanam ialah bebawang, bijirin, biji cole, ketumbar, lobak, dan teasel. Menurut  K.H.D. Halley, massyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.     Industri berasaskan pertanian yang berkembang pesat ialah linen, pakaian, dan minuman keras. Penanaman madder merangsang pertumbuhan industri tekstil. Akar tanaman ini di jadikan serbuk pewarna dalam industri tekstil. Belanda mengeksport madder ke England untuk kegunaan industri tekstil.  Pada peringkat awal, industri tekstil berpusat di Wilayah Brabant dan Flanders. Penanaman madder menyebabkan kilang-kilang tekstil didirikan di Leiden. Selain madder, tanaman teasel juga digunakan dalam industri tekstil. La digunakan dalam menenun kain.    Aktiviti penternakan juga dijalankan secara giat di bahagian timur Belanda. Kegiatan penternakan juga dijalankan di sekitar Bandar seperti Hertogenbosch, Lier, dan Diest. Perkambangan sektor penternakan didorong oleh pertambahn penduduk yang berlaku di Belanda sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Petani dan Penternak di Belanda terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan kambing.

2         Petempatan

     Petempatan masyarakat agrarian di Beland terletak di kawasan pinggir pantai yang amat subur untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di Belanda berada di bawah paras laut. Masyarakat agraria Belanda menjalan kan usaha menebus guna tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang tahun 1680 tanah seluas 127 000 hektar ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Petempatan masyarakat agrarian yang terletak di Pinggir pantai merupakan tanah yng telah ditebus guna. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang di tebus guna ialah Pulau Zuid-beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland. Selain itu, petempatan masyarakat agraria terletak di Kawasan Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utrect.

3         Sistem pengairan

   Masyarakat agrarian di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang di tebus guna bagi tujuan pertanian. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras laut.

Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna tanah untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara Sungai Middelzee ditembak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut   untuk tujuan pertanian. Menjelang pertengahan  abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian.

Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang di tebus guna meningkat kepada 49% iaitu daripada 85000 hektar kpada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-beijerland (1582) menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna.

4         Peningkatan teknologi

     Menjelang abad ke-16 dan ke-17 , berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda. Pengembara-pengembara di England, Prancis, Jerman dan Itali yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Belanda. Menurut mereka, kegiatan pertanian di Belanda amat maju berbanding dengan Negara-negara Eropah yang lain.

Banyak kaedah pertanian yang diamalkan di Belanda telah di sebarkan ke Negara-negara lain. Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda dan Sistem pinggiliran Tanaman.

5         Pembinaan sistem pengairan

     Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan pertanian.

Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara insentif.

masyarakat Agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

6         Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah

    Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.

Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang  ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.

7         Pengenalan kaedah pertanian baru

Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tengala baru telah dicipta dan digunakandi Gelderland.

Kaedah pengiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuan dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di wilayah Waes pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800

8         Penambakan laut untuk kawasan pertanian

Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian

Penutup

Usaha kerajaan Belanda ini telah member peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangan pada abad ke-17.

Pada abad ke-17, kejayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan bekalan bijirin untuk tempoh dua belas tahun. Apabila peperangan berlaku antara England dan Prancis pada tahun 1672, Belanda masih boleh menjual bijirin dalam pasaran di Eropah.

Namun, awal abad ke-18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan daripada Negara Eropah yang lain seperti England.

1.2.2  Masyarakat Agraria China

Soalan 9: Terangkan  ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di negara China

Pendahuluan:

  1. Kegiatan sistem ekonomi feudal
  1. Petempatan
  1. Sistem pengairan
  1. Kesuburan tanah
  1. Peningkatan teknologi
  2. Pemilikan tanah pertanian

7       Pengkhususan pengeluaran pertanian

  Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kingsu; kapas di Kiangsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan  pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

8       Sistem cukai

Petani yang tidak  memiliki tanah menyewa tanah dengan tuan-tuan tanah (bangsawan) dengan kadar yang ditetapkan oleh tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-petani membayar sewa tanah dalam bentuk hasil pertanian.

Petani dikehendaki menyerahkan antara 50 – 60% daripada hasil pertanian yang diperoleh sebagai cukai. Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai baru diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’ melalui cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu jenis cukai sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.

9       Sistem pengairan

  Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan dibina untuk menyalurkan  air ke kawasan pertanian dan mengelakkan banjir. Terusan juga digunakan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar. Petani di China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.

10   Pegkhususan pengeluaran barangan

  Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan  di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang danselatanKingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

Penutup:

Kesimpulannya, masyarakat agraria di China merupakan tulang belakang kepada perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut.

 

Baca juga >> Masyarakat Feudal England Dan Jepun

 

Sumber >> Nota Blog Sejara Cikgu Mohammadia