Lirik Lagu

Lirik Pejamkan Mata – Malique ft Dayang Nurfaizah

By Jack

October 25, 2019

Lirik Pejamkan Mata – Malique ft Dayang Nurfaizah

 

Versa 1

(Malique) Sebermula maka dipaksa diam Dengar, patuh dan terpaku tunduk Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan Si Hering menyorak, ngoyak Awan canggung dan berantakan Dah diragut total, cinta resiprokal Bila dipersoal kekal equivokal Katanya tanggal tali leher itu Cukuplah seharian digembala. Lupuskan logaritma yang menghantui kepala Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur Karektor kartun kantor dan karikatur diktator Dikabur takbur shabab yang bermusim Tak punya tempat di benakku jiwaku Jemaah mereka bermukim. Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur Masyghur, runsing…

Versa 2

(Dayang) Pejamkan mata Mata yang lesu itu Dan mimpikan yang indah Mimpikan aku Biarkan gelita Menghapus derita Pejamkanlah matamu

Versa 3

(Malique) Aku terdengar suara itu lagi Dari tenggara namaku diseru Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru Katanya mata penamu tak mencoret solusi Kata magismu takkan mampu cetus revolusi Manusia ‘kan sentiasa menyakiti Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi Masa untuk koktel lorazepam, ambien, risperdal Semoga afdalmu bertemu di astral Selamat tiba kita ke republik cinta Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan Arasy yang tiada penghuni mengugut buli Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersembunyi sakan Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi Menyanyinya tanpa bunyi, Keghaibannya kita raikan.

(Dayang) Pejamkan mata Mata yang lesu itu Dan mimpikan yang indah Mimpikan aku Biarkan gelita Menghapus derita Pejamkanlah matamu

Versa 4

(Malique) Hakikatnya nirvana di sana Di sini masih lagi samsara Cuba tak diperhambanya dunia Sukar tapi aku cuba (2x) ya

Versa 5

(Dayang) Kembalikan senyuman serimu yang dulu Kembalikan ke dakapanku perlindunganmu Walaupun gerhananya seakan tak berakhir Selagiku di sisi Tak usah khuatir.

 

Baca juga Lirik Original >> Lirik Lagu Ha Tepuk MK- MeerFly – Kidd Santhe

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya. Lirik Pejamkan Mata – Malique ft Dayang Nurfaizah adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman.  Terima Kasih