Lirik Lagu

Lirik Lagu Teman Pengganti – Black

By Jack

September 27, 2019

Lirik Lagu Teman Pengganti – Black

 

Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi Bila celik juga bila mimpi Aku nampak kau tapi bukan aku yang di sisi Dia membelaimu dengan izin dan permisi Sentuhan katanya semuanya kau iakan Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan Aku redha walau tidak ku damba Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta Kenangan dibina kita indah belaka Ketawa bersama menangis bersama Ku bersumpah harap kita mati pun bersama Namun hakikatnya bukan mudah Aku sembunyikan gulana gundah Segalanya kan berubah Dengarkan apa yang ku mahu luah

Chorus Rahsia ini Telah lama aku pendamkan Tiba masanya Segala-galanya Ku ceritakan Aku kan pergi Pergiku tak akan kembali Tiba masanya Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya prejudis dan bias Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias Tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks Bila dunia seolah tak memahami Kau sudi selami dalami dan mengalami

Setia mendengar sentiasa hadir Ingat setiap ulangtahun setiap hari lahir Tiba pagi Syawal kaulah yang terawal Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal 70 000 hijab harus ku singkap Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap Dalam diam ada seorang yang ku puja Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang Chorus

Sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan Dalam persekitaran yang penuh kejumudan Terperangkap dalam jasad ku keliru Mujur ada kau si peneutralisasi pilu Namun aku tetap murung berkurung Tubuh makin susut menunggu tarikh luput Komplikasi di halaman rusuk kiri Makin sukar nak bernafas nak bergerak nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan Jaga diri jangan makan hati Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti Bilik dah ku kemas katil dah ku rapi Cincin kunci dompet dalam laci Ada sikit wang itu saja baki Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi Bertemu kekasih abadi Tiba masanya Kau cari teman pengganti

 

Baca juga Lirik Original >> Lirik Lagu Ha Tepuk MK- MeerFly – Kidd Santhe

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya.Lirik Lagu Teman Pengganti – Black adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman.  Terima Kasih