Kmy Kmo

Lirik Lagu Sifar – Kmy Kmo, Asfan Shah, Tripdisz ( OST Filem Warkah)

By Jack

December 03, 2019

Lirik Lagu Sifar – Kmy Kmo, Asfan Shah, Tripdisz ( OST Filem Warkah)

Lirik Lagu Sifar

Andainya aku tahu Betapa diriku hilang tiadamu

Seperti biasa Selepas bangkit dari beradu Sudah terbiasa nafas dan degup diatur dulu Dah pun selesai Yang itu Terus ku rujuk

Kelengkapan di diri Serba-serbi harus cukup Penglihatan yang mana kabur dilekapkan kanta Tenaga badan makin uzur dilengkapkan herba Dan pada minda Minda yang makin bebal Nak dikental

Zikir dan wirid cukup mujarabnya paras kebal Nah bekal Kan semuanya bila berjalan Biar berpayung Sebelum berhujan sesalan Walau dilambung ombak dunia menguji iman dan Taqwa ku kekal teguh tiap kali diuji Tuhan

Kenali pintu halal Pagar yang mana haram Bijak perlu di akal Tak sekadar melaram Kembali pada asal Fahami hukum alam Dugaan tak disangkal Datang bermacam ragam

Usah bertanya pada yang duka Pandangan dunia yang Tak mungkin sama

Usah bertanya pada yang alpa Apa mungkin bahagia jika Hilang segala

Persoalan ku kerap Singgah dibibir ramai Apakah dah ditetapkan manusia mudah mamai Yang lalai jauh dari jadi khalifah

Kemudi kapal karam dihanyutkan laut khilaf Dan insaf Nya datang pun jarang sekali Saat diri dihempas rugi baru kucup bumi

Kan sunyi Bila tiada nikmat dipuji Dicuci Nikmat yang selama ni dikunci Dan suci Kan lubuk hati dengan ikhlas

Jauhkan dari sombong riak saat kau dikipas Yang rimas Yang lemas Yang dikilas dibidas Semuanya akan hadir bila iman hanya bias Harus diakur

Makin jauh makin hancur Bila tanpamu luluh hati lebur dari luhur Jadi ku jujur Saat bersamamu tak teratur Hidup rapi tak serapi seperti asal kau dilentur

Andai saja ku tahu Betapa diriku hilang tiadamu

Maafkanku yang tak pernah tahu Berikanlah ku waktu Untuk aku untuk kamu

Usah bertanya pada yang duka Pandangan dunia yang Tak mungkin sama

Usah bertanya pada yang alpa Apa mungkin bahagia jika Hilang segala

Sifarkan dosa Tuk sifarkan segala musibah Muhibah akan hadir tanpa henti berturut-turut Minda jumud diselaputi lumut disetiap sudut

Maksum yang semakin Susut pulang ke bermukin zuhud “Hud ayat enam” kan yakinkan titik soal Bilamana pasti datang besar ataupun setimpal

Lut pada kalam maka yang rugi ditinggal Hubungan semanusia lestari takkan kritikal

Andai saja ku tahu Betapa diriku hilang tiadamu

Maafkanku yang tak pernah tahu Berikanlah ku waktu Untuk aku untuk kamu

 

 

Baca Juga Lirik Lagu Cinta – Ismail Izzani

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya.  adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman. Sumber rujukan lirik