Lirik Lagu

Lirik Lagu Hikayat Benladin – Ben Ladin

By Jack

September 15, 2019

Lirik Lagu Hikayat Benladin – Ben Ladin

 

Lirik Hikayat Benladin – Ben Ladin

Mereka keluar masuk gua Mencuba mencari di mana ada Mencuba meneka di mana saya Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Suara dah bergema, suara sakti hamba Dalam gelombang bawa aura ke udara Separa manusia, separa luar biasa Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga

Kalau main api, janganlah tambah gasolin Mesti hati-hati janganlah seperti lilin Jika mahu terang, biar terang dengan betul Jangan jadi arang, jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci Maka hias ia biar terpampang seri Akulah ilustrasi, definisi gergasi terhasil dari eksperimentasi radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan Nenek tua sebongkok tiga, cubalah nenek cari cucu di mana ada

Mereka keluar masuk gua Mencuba mencari di mana ada Mencuba meneka di mana saya Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng Akulah benladin, Hikayat Benladin

Masuk tempat orang, jadi kucing bukan singa Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda Jika mulut murai tukar paruh jadi tiung Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiung

Setakat dua tangan janganlah nak berangan Si tikus datang bekal dua belas beruk baran Telan lauk enak lepas makan pandai simpan Pandai-pandailah tanggung binasa perbuatan Pecut laju-laju sampai dia terpelanting Bukan pekara bijak lari-lari bawa gunting Diajak berteman rupanya musang berjanggut Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali Hidup punya hukum karma kau harus mengerti Salam perkenalan dengan ritma dan puisi Nama patik Benladin mengundurkan diri

Putih-putih melati Ali Baba Merah-merah mawarnya si Norsiah Jika diikutkan rasa Kassim Baba Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua Mencuba mencari di mana ada Mencuba meneka di mana saya Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Putih-putih melati Ali Baba Merah-merah mawarnya si Norsiah Jika diikutkan rasa Kassim Baba Kelak akhirnya berputih mata

 

Baca juga Lirik Original >> Lirik Lagu Ha Tepuk MK- MeerFly – Kidd Santhe

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya. Lirik Lagu Hikayat Benladin – Ben Ladin adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman.  Terima Kasih