Lirik Lagu Bukan Mudah – Nukilan
Lirik Lagu Bukan Mudah
[Chorus – Kelana] Hampir lelah hampir jatuh diri ini Bila separuh semangat tiada di sisi Tak mengapa ku tempuhi dugaan Bukan mudah berjalan berseorangan
[Agenda] Tubuh yang mengah lesu, berkais dan melombong Pulang menapak laju dalam langkah yang melonjong Yang menegur khabarku, berpaling bukan sombong Titikku kini satu senyumkan yang dah melolong Kadang terkena pedang bermata dua kurebah Sedang terleka pandang permata disengat lebah Biarpun lelah, lara takkan gundah dalam lemah Ku sedar bukan mudah diludah beransur kebah Pecah jari-jemari tekan tubi pensil kayu Resah harianku telan ubi berkipas bayu Bangkit hadap mentari biar terik ku tak layu Berlari kerah lagi selagi ku dirgahayu
Tiada yang ringan dalam hal yang dititik-beratkan Tekanan, perjalanan jadi pengalaman beratkan Bermula dari angan bergiat sampai ke tua Masih terngiang suara ibu membisik petua
[Chorus – Kelana]
[Zizi Kirana] Berjaya melangkah pagar kawat berduri Percaya, adakah hidup ini berjuri? Sentiasa dihakim, dihukum darah sendiri Berjasa pun dihakim, dihukum jasa dicuri Bersuara lantang ku tiada cara dipertengah Berdiri tegak aku nak diendah hingga megah Berdiam diri pula dibakar hati disergah Menyiram benih cita nak bercambah bukan mudah Ke langit tidak sampai ke bumi tidak terpijak Sesak nafas tergapai, maka tangkis dengan bijak Mana langit kujunjung di situ bumi kupijak Usaha yang kan usung pergerakan harus bijak Bersedia di zahir mahirkan dari dirantai Usah endah yang diraptai gusar hilang nak bersantai Rujuklah awal akhir sebelum merempuh badai Demi yang menanti jangan sekali maruah digadai
[Chorus – Kelana]
[Malique] Dengarkan, fikirkan, zikirkan, dikirkan Serapah pejuang-ulang sehingga mahkota dijulang Dari putih mata, biar putus tunjang, putih tulang Walaupun terbuang, dampar dasar cerun curam suram Kalau hati bercahaya pasti temui jalan pulang Tukar orientasi, modifikasi modus operandi Digantikan cogan, gantikan slogan, hidup lataif nan mati Diasahkan taji, kibarkan panji-panji, ingati janji-janji Serikandi masih menanti-nanti di menara candi
Ya, menara candi Masih menantikanmu di menara candi
(Chorus: Kelana)
(Outro: Malique) Damba domba putih atau domba emas jati Hanya satu punya sakti tikam hati-hati Patah-patah yang bercambah menambah risiko Muncul kemenangan bila terhapusnya ego
Baca Juga Lirik Lagu Cinta – Ismail Izzani
Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya. adalah seperti berikut:
Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman. Sumber rujukan lirik