Lirik Lagu

Lirik Lagu Apa Khabar – Joe Flizzow ft SonaOne

By Jack

October 28, 2019

Lirik Lagu Apa Khabar – Joe Flizzow ft SonaOne

 

Lirik Lagu Apa Khabar

Merenung ke luar jendela Bayu pagi meniup lembut Lihat bintang di angkasa Purnama menerangi gelapku Dan bila fajar menjelma Itu permulaan hari baru Dunia gamat bunyinya Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan Di mana kita bertukar arah Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti Ku toleh ke sisi Engkau tiada di sampingku Tapi lebih seringkali Bertemu dalam mimpi Semuka dengan sahabatku Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah Lirik dan rap kami bak anugerah Ini semua sebelum semua anugerah Masa bila lapar semua makan mee segera Show pertama luar KL di Pulau Pinang Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang Dua bilik empat katil jadi empat di lantai Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai Dan kali pertama kita diserbu peminat Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat Setiap langkah bersama seakan tidak percaya Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya Permulaan pengembaraan yang berliku Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu Kau kembarku hari ini dan semalam Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti Ku toleh ke sisi Engkau tiada di sampingku Tapi lebih seringkali Bertemu dalam mimpi Semuka dengan sahabatku Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah Lagu-lagu bahasa penjajah Dan kita berdua budak belasan Kau pandai buat percaturan Industri penuh dengan peraturan Semua kita bahas dan pidatokan Sebab ini dua budak bijak Kita kata ya mereka tidak Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal Ku masih ingat pesanmu Ingat Zal kita Z paling handal Zal Suntikan semangat untukku Setiap persembahan phenomenal Beribu lagi fans luar stadium Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Kadang-kala waktu berhenti Ku toleh ke sisi Engkau tiada di sampingku Tapi lebih seringkali Bertemu dalam mimpi Semuka dengan sahabatku Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar semua

Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar Aku tanya apa khabar semua

Video Klip Lagu Apa Khabar – Joe Flizzow ft SonaOne 

Baca Juga Lirik Lagu Cinta – Ismail Izzani

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya. Lirik Lagu Apa Khabar – Joe Flizzow ft SonaOne adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman.