Lirik Lagu Aku Maafkan Kamu – Jamal Abdillah
Lirik Lagu Aku Maafkan Kamu
Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil Detik dua usul ditutup satu lagi tampil Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan Halusinasi susuli ketandusan ihsan Ubat parut auditori kesan artileri insan gagal dikesan
Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu yang aku maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam Acapkali terpendam, acapkali tersergam Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku timbang tanpa neraca di awal usia Ku dihukum masuk neraka oleh manusia Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu Mereka tidak fasih malah fasik guna kata Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan Mari ku ramit kucup lehernya Terlalu rahi dendam di angan Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu yang aku maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham Mereka mula kiri, aku kanan bila baca Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif) Ada teratak di hujung kampung
(Ba) Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta) Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu yang aku maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Baca Juga Lirik Lagu Cinta – Ismail Izzani
Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya. adalah seperti berikut:
Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman. Sumber rujukan lirik