Lirik Lagu

Lirik Lagu 7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

By Jack

February 21, 2020

Lirik Lagu 7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik Lagu 7 Nasihat

( Dato Siti Nurhaliza )

Anak pipit jangan tak dihirau Gusar esok ke sarang si rimau Anak didik harusnya dirisau Gusar esok engkau yang dipisau Dulu tunggu diturut balik Dulu diam sekarang celik Dulu tahu waktu balik Dulu diam sekarang cerdik Nak dilenturnya buluh Biar dari rebungnya Kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya Nak dibentukkan tubuh Bukan dari bengkungnya Susun atur mereka sebelum kenal dunia

Habis main di tanah sebelum senja ke rumah Takut nanti tersalah bawa pulang masalah Tak endah yang sekarang cakap jangan sebarang Elok awal dilarang untuk kau jadi orang Dulu tunggu diturut balik Dulu diam sekarang celik Dulu tahu waktu balik Dulu diam sekarang cerdik

( Verse )

Satu Hendak berjaya mendada jangan pastikan Jika malu bertanya sesat jalan Biar Lapar sehari asalkan kenyang bertahun Biar berkerut dahi asahkan minda beralun Kedua Semua nasihat cam petua Ketua perlu jua nak sihat sampai tua Masuk semua benua pelusuk dalam luar Hormat tanpa bersua walau darjah sempoa Tiga Lain liga lain cara elak geliga dalam rasa media masa Dahulu kerna lidah badankan binasa Sekarang kerna mata jemari berbicara Cara bicara yang ke 4 semua telinga harus peka Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka Terlena Dibuai mimpi dek dunia cereka Hanyut dihempas ombak gah lupa mereka Lima Usah dikira kanan kiri Cermin untuk kerna hidup tiada siri Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam Lupakan kisah silam nilam usah disiram Kusiram yang ke 6 biar mekar dalam hati Ingati putus urat dan tenaga urat besi Korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari Bajakan jasa mereka dengan budi budi

( Dato Siti Nuhaliza )

Anak pipit jangan tak dihirau Gusar esok ke sarang si rimau Anak didik harusnya dirisau Gusar esok engkau yang dipisau Dulu tunggu diturut balik Dulu diam sekarang celik Dulu tahu waktu balik Dulu diam sekarang cerdik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca Juga Lirik Lagu Cinta – Ismail Izzani

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya.  adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman. Sumber rujukan lirik