Ahli Fiqir

Lirik Angguk Angguk Geleng Geleng – Ahli Fiqir

By Jack

December 23, 2019

Lirik Angguk Angguk Geleng Geleng – Ahli Fiqir

Lirik Angguk Angguk Geleng Geleng

 

Apa khabar teman-teman sefikir

Chorus Angguk-angguk geleng-geleng Tunduk-tunduk ikut tunjuk Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk Biarkan terhantuk tak usah dipujuk Relakan dipatuk ingat pesan atuk Sabar sabar sabar sabar!

Tak apa tak kisah tak rugi Tak mati tak ambil peduli Berserah dan pasrah Biar dada didabik adat pasang turun naik

Didera dijajah terus kita dipenjara Jadi hamba jadi kuli Jadi batu diam diri Kita tunggu kita lihat Kita nanti kita perhati Jangan merungut biar bertangguh Diam akur kita mesti patuh

Acuh tak acuh endah tak endah Buat lawak bodoh selamba Biar kita melopong biar kita menganga Biar mereka buat apa mereka suka Biar

Jangan melawan jangan membantah Janganlah degil kena ikut perintah Kena banyak diam biar apa orang kata Kita tawa dalam duka Kecut takut kalut kolot terkunci mulut Terkatup tertutup Kalah sabung menang sorak Senduk nasi tinggal kerak

Ulang Chorus

Dik mari dik Ye kak Nama adik siapa? Mia.. Adik tahu nyanyi tak? Tahu Ah mari ikut kakak nyanyi sama-sama

Angguk-angguk geleng-geleng Tunduk-tunduk ikut tunjuk Angguk-angguk geleng-geleng Tunduk-tunduk ikut tunjuk

Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja Iya iya saya saya kiri kanan ikut saja

Tolak tambah kali ganda Hitung kira skala nisbah Maju mundur tinggi rendah Berapa jumlah nilai bangsa

(Kak sekupang ke, dua kupang ke, tiga kupang?)

Sawah sebendang Ladang sebidang Tanah sekangkang Pohon sebatang Kerana wang semua hilang Hanya sehelai sepinggang

Yang jenin yang lebai yang pandir yang luncai Yang angannya tinggi Yang dibuai mimpi Yang sawah terjual maruah tergadai

(Kamu mahu lagi?)

(Ahli Fiqir……)

Sabar Sabar Sabar Sabar Sabar Sabar

Ulang Chorus

 

 

Baca Juga Lirik Lagu Cinta – Ismail Izzani

 

Di blog ini, kami hanya memaparkan lirik lagu. Anda juga boleh membuat carian ataupun pembelian di media streaming online seperti Google Play Music, Apple Music dan iTunes, Amazon, Qobuz, Joox, Langit Musik, Spotify, Deezer, KKBOX, Youtube dan lainnya.  adalah seperti berikut:

Blog lirik lagu ini tidak menyediakan sebarang link untuk download lagu mp3 * dari * samada dalam format mp3 atau sebarang format audio yang lain. Untuk pembelian lagu sila beli melalui laman media streaming yang sah, atau pun apa-apa saluran lain yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengikut saluran yang betul. Paparan lirik lagu * didalam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman. Sumber rujukan lirik