Like Share App Buat Duit Scam Atau Tidak
Like Share App Buat Duit Scam
like share app buat duit Scam Atau Tidak
Pendahuluan : 0:00:00 Apa itu Like Share : 0:00:50 Kenapa Saya Meragui Apps ini: 0:03:00 Penutup : 0:08:32
Apps ini kena daftar. Selepas daftar anda Jadi Ahli Biasa dan diberi tugas sehari 3 tugasan selama 30 hari anda akan dapat 90 tugasan dan pendapatan rm90. Tapi Miniumum Pengeluaran Rm100.
Untuk Dapatkan minimum pengeluaran dengan cepat dan rasa tamak Anda Terpaksa untuk Upgrade ke Level VIP yang lebih tinggi. ada yang Rm100,RM300,RM600, Rm1000, Malah ada yang lebih tinggi RM3000, Rm5000. Tamak sangat tu yang sampai rm5000.
Kenapa Saya Meragui Apps ini?.
1. Apps Like Share ini tiada di Google Play dan APP Store. Maksudnya Apps ini sudah tentu tidak selamat bagi data peribadi dan berisiko untuk digunakan untuk tujuan lain. kebanyakan App yang bagus ada di Play Soter dan App Store. Apps yang boleh percayai Mesti ada didalam Play Store okay.
2. Ada Bayaran di Kenakan untuk mendapatakan Tugasan. Mengapa perlu ada bayaran untuk dapatkan tugasan yang lebih banyak? Contohnya Rm100,RM300,RM600, Rm1000, Malah ada yang lebih tinggi RM3000, Rm5000. kenapa tidak bagi free saja tugasan? kan mudah tu siapa rajin dia yang dapat banyak tugasan. bukan siapa banyak duit dia yang banyak tugasan.
3. Task yang diberikan bukan bersifat bisnes tapi bersifat persendirian atau personal. Tidak ada orang biasa mau servis macam ini. Kebiasanya servis ini di guna untuk syarikat-syarikat yang serius dalam bisnes saja. Lagi pun Servis Like Share ini agak Mahal untuk dapatkan 1 klik share dan Like rm1 bai. Murah Lagi jika anda guna Google Ads dan Facebook Ads bagi mendapatkan Like dan Share ini.
Penutup: Nasihat saya sila berhati-hati dengan Like Share app ini. Sila buat pencarian terlebih dahulu untuk mengetahui kebaikan dan keburukannya. Saya cuma bagi Nasihat sebab itu semua duit anda, kalau rugi duit anda, kalau untung duit anda juga. Jangan Lupa Like Komen dan Share video ini jika bermanfaat. Terim Kasih.