Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
1.4 Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
1.4 Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
- Keluarga Nabi Muhammad s.a.w dikenali sebagai Bani Hasyim. Kewibawaan kepimpinan Bani Hasyim dapat di lihat pada zaman Abdul Mutalib. Nabi Muhammad s.a.w berjaya menyelesaikan masalah peletakan semula Hajar al-Aswad yang menjadi rebutan dalam kalangan ketua-ketua kabilah di Makkah. Di Madinah, beliau dilantik sebagai pemimpin tertinggi negara Islam dan sekali gus dapat membawa masyarakat Islam Madinah meraih pelbagai kejayaan.
- Sifat-sifat kenabian dan kerasulan yang terdapat pada diri baginda seperti bercakap benar (siddiq), amanah, menyampaikan wahyu (tabligh), bijaksana (fatanah), berakhlak, lemah lembut, berbudi pekerti, penyabar, toleran, berdikasi dan lain-lain. Akhir sekali, mukjizat yang dianugerahkan kepada baginda. Contoh, mukjizat teragung ialah Al-Quran.
- Bersikap Adil
- Menyelesaikan pertikaian mengenai perletakan Hajar al-Aswad. Membela atau menghapuskan diskriminasi terhadap kaum wanita termasuk menghapuskan amalkan membunuh bayi perempuan.
- Memperkenalkan sistem ekonomi yang menghapuskan segala bentuk penindasan. Menghapuskan semangat ‘asabiyyah’ dan amalan diskriminasi antara kabilah.
- Bersifat Berani
- Mengetahui setiap kali ekspedisi peperangan. Umpamanya,dalam Perang Badar,Perang Uhud,Perang Khandak dan Perang Tabuk.
- Menanamkan semangat jihad dalam perjalanan Islam meskipun mempunyai bilangan tentera yang sedikit berbanding dengan musuh.Contohnya ketika Perang Badar dan Perang Khandak.
- Bijak
- Bijak dalam merencana Perlembagaan Madinah yang merangkumi semua aspek dan semua kaum.
- Merencana strategi peperangan bagi mengatasi ancaman musuh. Contohnya, menggunakan taktik menguasai tempat strategik dalam Perang Badar dan strategi bertahan dalam Perang Khandak.
- Berpandangan jauh
- Menerima syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Hudaibiayah; bersetuju dengan fasal menghantar semula orang-orang Makkah yang berhijrah tanpa kebenaran wali mereka.
- Tindakan tersebut merupakan strategi dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
- Bersifat Tegas
- Menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah. Bani Qainuqa’ diusir kerana memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam Perang Badar dan bertindak menjatuhkan maruah seorang wanita Islam.
- Bani Nadhir di usir kerana merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w. dan Bani Quraizah diusir disebabkan bersekongkol dengan tentera Ahzab.
- Mahir berpolitik ( bijak bersiasah )
- Merencana proses Hijrah; dimulai dengan memeterai perjanjian Aqabah I dan II bagi menanam “benih” Islam di Madinah agar memudahkan baginda berhijrah kelak. Mengubal Piagam Madinah; bersumberkan wahyu dan norma-norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. 47 fasal yang terkandung dalam Piagam Madinah dipersetujui oleh masyarakat tanpa mengira agama.
- Mengasaskan hubungan diplomatik dengan negara lain, bukan sahaja mengukuhkan negara Islam bahkan melalui penghantaran utusan ia dapat menyebarkan agama Islam dengan lebih luas sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab.
- Cekal dan Sabar
- Meskipun menghadapi cabaran hebat daripada kaum Quraisy di Makkah, baginda tetap tegar mempertahankan akidah Islam walaupun menghadapi cabaran serta halangan sama ada dalam bentuk fizikal, psikologi mahupun kewangan.
- Tidak berputus asa walaupun misi dakwah di Ta’if menemui kebuntuan. Kesabaran baginda meninggalkan impak positif apabila wakil kaum Aus dan Khazraj menemui baginda untuk menyatakan pengislaman, memeterai Perjanjian Aqabah dan menjemput baginda berhijrah ke Madinah.
- Bertoleransi
- Sedia memaafkan golongan Quraisy yang selama ini mengkhianati pejuangan Islam. Buktinya, tawanan Perang Badar tidak dijatuhkan hukuman bunuh, sebaiknya baginda menetapkan supaya mengajar kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai sebagai syarat untuk menebus diri.
- Memperkenalkan etika peperangan; bukan sekadar menggambarkan sikap tentera Islam yang berdisiplin malah menolak tanggapan bahawa tentera Islam berperang berdasarkan dendam dan mementingkan habuan dunia. Mengamalkan musyawarah dalam pemerintahan; mengelak rasa tidak puas hati dalam kalangan warga Madinah.
- Nabi Muhammad s.a.w dianggap oleh sejarahwan Islam sebagai negarawan yang unggul.
- Dengan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin politik, pemimpin masyarakat, perancang ekonomi, panglima tentera, ketua hakim yang adil, role model dalam pembentukan institusi keluarga Islam, pemimpin agama dan penaung kegiatan keilmuan.
Pendahuluan:
- Nabi Muhammad s.a.w b Abdullah telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah 570 Masihi. Baginda telah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610 Masihi. Dengan ini baginda secara rasmi telah dilantik sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Kerasulan Baginda telah tercatat dalam ayat al-Quran iaitu dalam surah al Muddathir ayat 1 hingga 7. Baginda telah diseru agar berdakwah secara senyap dan secara terang-terangan.
- Akibat tentangan yang hebat oleh kaum Musyrikin Makkah baginda terpaksa berhijrah ke Madinah dan berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang kuat dan disegani di sana. Al-Quran menyifatkan nabi Muhammad s.a.w. sebagai ‘Contoh Terbaik’atau Uswah Hasanah. Baginda mempunyai akhlak sebagaimana akhlak yang diajar dalam al-Quran.
- Sifat-sifat kenabian dan kerasulan yang terdapat pada diri baginda seperti bercakap benar (siddiq), amanah, menyampaikan wahyu (tabligh), bijaksana (fatanah), berakhlak, lemah lembut, berbudi pekerti, penyabar, toleran, berdikasi dan lain-lain. Akhir sekali, mukjizat yang dianugerahkan kepada baginda. Contoh, mukjizat teragung ialah Al-Quran.
- Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin negara dan masyarakat. Pada awalnya beliau cuma terkenal sebagai nabi dan rasul namun akhirnya baginda muncul sebagai panglima tentera dan pemimpin negara yang disegani.
Isi-isi penting:
- Sebagai Pemimpin Masyarakat dan Negarawan
- Baginda terkenal sebagai seorang yang sangat amanah atau digelar al-Amin dalam kalangan masyarakat Makkah. Sewaktu berada di Madinah baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah berlaku perpecahan begitu lama. Kemudian baginda telah mempereratkan hubungan persaudaran antara kaum Muhajirin dan Ansar. Bagi mengekalkan perpaduan nabi Muhammad s.a.w menyeru semua kaum yang terdapat di Madinah bersama-sama berganding bahu dan bertanggungjawab mempertahankan Madinah daripada serangan musuh-musuh Islam. Perkara ini terkandung dalam piagam Madinah yang menjelaskan tanggungjawab orang Islam dan orang bukan Islam dalam mempertahankan Madinah.
- Konsep keadilan beliau dalam masyarakat terserlah dalam kes komplot kaum yahudi bani Quraizah yang berkomplot dengan kaum Musyrikin Quraisy untuk menentang Islam. Dalam kes ini beliau telah menyerahkannya kepada ketua-ketua suku iaitu Sa’d b. Ubadah ketua kaum Khazraj dan Sa’d b. Mu’adh ketua suku Aus untuk menjalankan siasatan. Setelah siasatan selesai nabi menyerahkan kuasa menjatuhkan hukuman kepada Sa’d b. Mu’adh kerana beliau lebih arif tentang kedudukan bani Quraizah.
- Sebagai Pemimpin Politik
- Kepimpinan politik Nabi Muhammad s.a.w. terserlah sejak beliau berada di Makkah lagi iaitu ketika beliau menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya di Kaabah. Kepimpinan politik beliau juga tergambar diperingkat antarabangsa apabila baginda dianggap sebagai seorang diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka. Kesan daripada misi diplomatik ini lah telah menyebabkan Negara-negara tersebut akhirnya telah tunduk dibawah pemerintahan Islam.
- Baginda juga telah memperkenalkan sistem syura (musywarah). Sistem ini telah dilaksanakan di semua peringkat pentadbiran dalam semua bidang. Sebagai contoh pengadilan terhadap tawanan Yahudi bani Quraizah dilakukan secara sistem Syura. Lanjutan daripada ini lah suatu Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar b al- Khattab.
- Sebagai Pemimpin dan Perancang Ekonomi
- Nabi s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari kekayaan dan kesenangan di dunia adalah diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba serta menunaikan bayaran zakat setelah sampai haul dan nisabnya.
- Baginda sendiri telah berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Umpamanya tanah-tanah yang terbiar telah diusahakan semula serta tanah-tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi berjaya ditebus semula dan dikerjakan.
- Selain itu, baginda juga berjaya menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli aktiviti perdagangan terutamanya yang berkaitan dengan ekspedisi-ekspedisi kafilah pedagang kaum Quraisy pada zaman itu.
- Sebagai pemimpin Tentera
- Nabi Muhammad s.a.w telah mengetuai beberapa ekspedisi peperangan yang besar. Kepimpinan beliau dalam bidang ketenteraan adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Menerusi akidah baginda dan para sahabatnya berkeyakinan untuk menghadapi musuh walaupun jumlah tentera Islam lebih kecil berbanding tentera musuh seperti dalam peperangan Badar.
- Melalui peraturan-peraturan peperangan yang disyariatkan oleh Allah, baginda dan para sahabatnya bertindak mengikut batas-batas yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan yang lemah dan orang yang tidak bersenjata, tidak memusnahkan harta benda seperti bangunan rumah ibadat dan tanam-tanaman.
- Dalam perang di Hunayn dan Ta’if, baginda telah menunjukkan contoh-contoh akhlak yang baik dengan menggambarkan sifat perikemanusiaan dengan memulangkan semula harta benda yang telah ditawan kepada pihak musuh. Tindakan baginda ini telah memikat hati pihak musuh untuk memeluk agama Islam.
- Baginda juga seorang pemikir ketenteraan yang bijak dengan mengatur pelbagai strategi peperangan yang berkesan dan membawa kejayaan kepada umat Islam. Antara perang yang mengandungi strategi yang diatur oleh Baginda ialah dalam perang Badar, Perang Uhud dan perang Khandak.
- Sebagai contoh dalam perang Khandak baginda telah menggunakan strategi bertahan dengan menggali parit disekeliling dan strategi ini telah menyebabkan anggota musuh mengaku kalah terhadap tentera Islam.
- Sebagai Ketua hakim
- Baginda menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama. Baginda menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana-mana hakim. Contohnya, keadilan yang dipaparkan oleh baginda ialah ketegasan tentang hokum memotong tangan terhadap pencuri, walaupun pencuri itu ialah Fatimah r.a anak yang paling disayang oleh baginda.
- Tindakan tegas baginda jelas apabila kaum Yahudi diusir dari bumi Madinah kerana pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka.
Kesimpulan
- Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul malahan baginda juga adalah sebagai pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi dan panglima angkatan tentera yang berjaya. Hal ini menunjukkan agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek akidah semata-mata malahan merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
- Justeru itulah, baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula pada zaman Khalifah dan zaman-zaman seterusnya. Baginda juga telah menjadi contoh teladan yang terbaik kepada umat manusia khususnya masyarakat yang beragama Islam
- Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W telah terserlah sewaktu sewaktu baginda berada di Kota Makkah atau lebih tepat sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul.
- Kepimpinan baginda terserlah setelah berhijrah ke Madinah; diiktiraf sebagai pemimpin tertinggi Negara Islam Madinah melalui penggubalan Piagam Madinah.
- Mendirikan Negara Islam dan menggubal Piagam Madinah; simbol Negara Islam yang berdaulat dan menjadi asaqs perundangan Negara.
- Melaksanakan amalan Syura bagi mencerminkan sikap toleransi baginda dan mendapat kerjasama daripada warga Madinah.
- Menghapuskan semangat ‘asabiyyah’ dilakukan melalui penerapan semangat persaudaraan, contohnya, kaum Aus dan Khazraj dipersaudarakan atas dasar akidah.
- Memperkenalkan sistem ekonomi Islam; menghapuskan eksploitasi kaum Yahudi serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil.
- Membentuk angkatan tentera; meniup semangat jihad bagi mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan Negara dan maruah diri.
- Menyingkirkan kaum Yahudi; pengancam keselamatan Negara dan diibaratkan ‘barah’ dalam kerajaan Islam di Madinah.
- Kejayaan menyelesaikan pelbagai permasalahan di Madinah menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin di Madinah.
Kerdit Sumber Blog Sejarah