Blog Sejarah STPM

Gerakan Nasionalisme STPM Semester 3

By Jack

April 21, 2020

Gerakan Nasionalisme STPM Semester 3

Gerakan Nasionalisme STPM Semester 3

 

3.1.1 Gerakan Nasionalisme

3.1 Gerakan Nasionalisme

3.1.1. Faktor kemunculan

Pendahuluan:

  1. Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah

 

  1. Perang Rusia – Jepun (1904 – 1905)

 

  1. Kebangkitan di India        
  1. Revolusi 1917
  1. Revolusi Eropah

 

Pendahuluan

Perenggan Isi

  1. Pengaruh Agama
  1. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan
  1. Pengaruh Kewartawanan
  1. Peranan Pendidikan
  1. Peranan Golongan Intelektual
  1. Pengaruh Luar

Penutup

Pendahuluan

Isi-isi penting

  1. Pengaruh agama

Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan . Agama buddha menjadi mekanisme penting untuk meraih sokongan rakyat. Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya diketuai oleh golongan sami Buddha kerana kedudukan dan pengaruhnya terancam ekoran penjajahan British di Myanmar. Pertubuhan terawal ialah sasanadara (1897) dan diikuti Persatuan Agama Maktab Rangoon (1904).

  1. Peranan Bahasa Dan Kesusasteraan

Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh buah kumpulan etnik yang terbesar yang mempunyai bahasa dan kesusteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon , Arakan, dan Shan. Bahasa Myanmar menjadi alat penting dalam menyatukan ideology politik dan nasionalisme. Penggunaan bahasa Myanmar memudahkan ide nasionalisme disampaikan ke seluruh Negara melalui propaganda dan ceramah yang disampaikan oleh pejuang nasionalis. Mereka banyak menulis karya kesusasteraan seperti sajak,cerpen, dan novel yang mengkritik penjajah British dan menyampaikan idea-idea Demokrasi dan kemerdekaan.

  1. Peranan Golongan Intelektual

Di Myanmar, golongan intelektual menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Mreka terdiri daripada golongan berpendidikan Barat seperti Dr.Ba Maw, U Pu, U Thein Maung, dan U Ba Pe. Golongan ini telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha dan telah bergabung dengan pemimpin pelajar di Universiti Rangoon untuk melancarkan mogok dan bantahan menentang dasar British. Peranan golongan intelek telah menyebabkan penyebaran idea nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh Myanmar serta mendapat sokongan rakyat.

  1. Pengaruh Kewartawanan

Surat khabar dan majalah juga menjadi pemangkin kepada penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar. Akhbar dan majalah yang dicetak dalam bahasa inggeris dan bahasa Myanmar serta suku minoriti lain membolehkan idea-idea nasionalime disebarkan dengan cepat dan meluas dalam kalangan penduduk peribumi. Kebanyakkan wartawan dan penulis mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British di Myanmar, dan kedudukan agama Buddha serta masyarakat peribumi yang ditindas semasa pemerintahan British.

Penutup

Pengenalan

Isi-isi Penting:

  1. a)Perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Myanmar. Pertubuhan agama terawal ialah Persatuan Sasanadara yang ditubuhkan pada tahun 1897 di Mandalay oleh U Shway Thwin.  Persatuan ini bertujuan memajukan kehidupan sosial orang Myanmar dengan menganjurkan sekolah-sekolah agama Buddha.  Pada tahun 1904 pelajar dari Maktab Rangoon menubuhkan Persatuan Agama Maktab Rangoon bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan agama.
  2. b)Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama, Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, Oleh itu, golongan pongyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur merosakan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS). Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang beragama Buddha serta keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami pergerakan nasionalis dengan cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah menukarkan pergerakan nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang disukai ramai.
  1. c)Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Myanmar amat dibimbangi oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun 1906.
  1. d)YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon (Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”, untuk memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka. YMBA mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat sederhana. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali membangkitkan isu kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar menghormati agama masyarakat pribumi. Hali ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang mencemar dan melanggar peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil. Ini dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat Myanmar. “Masalah kasut” menjadi satu agenda utama dalam persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British memandang ringan hal tersebut.
  1. e)YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan, jika ia mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar. Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan “masalah kasut”. Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah kasut”. Kerajaan telah mengambil tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.
  1. f)Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Saya San dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme. Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. kira-kira 1500 orang datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931. Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Myanmar. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin, Myanmar Tengah akibat pemilikan tanah oleh golongan ceti secara melampau.

Kesimpulan

Pendahuluan

Isi-isi penting

Raden Adjeng Kartini

Dr. Wahidin Sudiro Husodo

Omar Said Tjokroaminoto

Kiyai Haji Ahmad Dahlan

Soekarno

Penutup

Pengenalan

Isi-isi penting

  1. Melancarkan Pemogokan
  1. Penglibatan dalam Pilihanraya
  1. Menubuhkan Persatuan-Persatuan
  1. Menubuhkan Blok Kebebasan
  1. Mengadakan Pakatan Dengan Jepun
  1. Membantu Serangan Jepun ke atas Burma dan Kemerdekaan Burma 1943.
  1. Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist (LPRAF)
  1. Kemerdekaan Burma 1948

Kesimpulan

Pendahuluan

Isi-isi Penting:

  1. Reformis islam di Timur Tengah
  1. Dasar perjuangan Mahatma  Gandhi di India.

Kesimpulan

  1. Gerakan kongres india
  1. Perang dunia pertama (1914-1918)
  1. Revolusi Rusia 1917

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM