Gerakan Nasionalisme Sejarah STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Gerakan Nasionalisme Sejarah STPM Semester 3

Gerakan Nasionalisme Sejarah STPM Semester 3

 

3.1 Gerakan Nasionalisme

3.1 Gerakan Nasionalisme

Soalan 69: Huraikan Faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu

Pendahuluan

  • Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.
  • Gerakan nasionalisme di tanah melayu adalah sama dengan gerakan di negara asia lain (kecuali thailand). Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. Gerakan nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.

Isi-isi penting

  1. Pengaruh Agama Islam
  • Peranan agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh dinafikan. Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir. Pelajar yang menuntut di Universwiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Mereka memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.
  • Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.
  1.  Peranan Bahasa dan Kesusasteraan
  • Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan semangat mereka untuk bersatu padu.
  • Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum memperjuangkan emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam cerpennya, iaitu Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau, iaitu Putera Gunung Tahan. Hal ini kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad dapat di lihat melalui penceritaan beliau tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British dalam pemerintahandi negeri-negeri Melayu.
  1. Pengaruh Kewartawanan
  • Pada tahun 1990-an  dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah kerana masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media cetak sebagai alat pembuka fikiran. Melalui majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka.
  • Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politk orang Melayu ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini memperdebatkan soal penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan Malayan Union. Majlis merupakan akhbar kebangsaan yang pertama memeinkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik.
  1. Peranan Pendidikan
  • Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intektual yang memainkan  Melayu pada awal abad ke-20. Sistem pendidikan agama, Sistem pendidikan ini dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarat Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir. Semasa di Timur Tengah mereka dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah Universiti Al-Azhar.
  • Sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris. Mereka yang berada di Singapura mendapat pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Instituation. Antara tokoh yang mendapat pendidikan Inggeris ialah Raja Chulan dan Mohammad Eunos Abdullah. Beliau merupakan ahli majlis mesyuarat Negeri-negeri selat dan Raja Chulan merupakan ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Mereka menngunakan peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan pentadbiran.
  • Sistem pendidikan Melayu. Pada abad ke-20, sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang dan menyebabkan kekurangan tenaga pengajar. Untuk memenuhi kekurangan ini pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruaan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI telah menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu. Pergaulan dan perbincangan mereka telah membangkitkan kesedaran ingin memajukan dan memperbaiki nasib orang Melayu. Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini
  1. Peranan Golongan Intelektual
  2.      Golongan intelektual berpendidikan Timur Tengah
  • Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu tidak mungkin muncul tanpa sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Isla. Golongan intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya diberipetunjuk pada hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang termaktub dalam al Quran dan Hadis.
  • Kaum Muda menggesa mengwujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Gerakan Isla oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang dikeluakan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda.
  • Pada pertengahan abad ke -20, perjuangan golongan ini semakin pudar. Perjuangan nasionalisme telah diambil alih oleh golongan inteleliktual berpendidikan Inggeris danMelayu.
  1.           Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris
  • Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris muncul apabila orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi olah bangsa asing. Golongan ini bersikap sederhana dan sanggup berkerjasama dengan penjajah.
  • Sebagai langkah ke arah kesedaran tentang perlunya orang Melayu bersatu mempertahankan hak-hak mereka, Mohammad Eunos Abdullah menubuhkan Kesatuan Melayu Singgapura(KMS).

                iii.          Golongan Intelektual Berpendidikan Melayu

  • Golongan ini lebih redikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan Timur Tengah dan Inggeris.  Kewujudan golongan redikal ini telah menyebabkan perjuangan orang Melayu antara tahun 1937-1941 berubah corak daripada sederhana kepada berunsur politik dan agresif.
  • Golongan ini menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menydarkan bangsa Melayu. Golongan ini berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua dengan harapan Jepun dapat membebaskan tanah air mereka dari penjajahan British.

Penutup

  • Menjelang awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah Melayu, iaitu penghijraan beramai-ramai imigran Cina dan India akibat perkembanganekonomi Tanah Melayu yang pesat.
  • Pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di dunia turut membangkitkan kesedaran bangsa Melayu tentang kemunduran mereka.

Soalan 70: Bincangkan peranan pendidikan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu

Pendahuluan:

  • Perkembangan pendidikan sama ada di dalam atau luar Negara telah melahirkan golongan intelektual yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Isi-isi penting:

1.Sistem pendidikan agama

  • Sistem pendidikan masyarakat Melayu yang terpenting ialah sisitem pendidikan Islam.sistem ini juga dikenali sebagai sistem pondok. Pondok memainkan peranan sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok,ramai orang Melayu akan melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah,sama ada di Mekah atau di Mesir.
  • Semasa di Timur Tengah,mereka akan dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh,pensyarah di Universiti Al-Azhar.apabila mereka kembali ke Tanah Melayu,mereka ingin melihat pemulihan dalam agama Islam dengan perjuangan melalui akbar dan majalah.

 2.Sistem pendidikan Inggeris

  • Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris.Golongan berpendidikan Inggeris mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar.mereka yang berada di Singapura mendapat pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Institution.

3.Sistem pendidikan Melayu

  • Pada awal abad ke-20,sekolah Melayu di Tanah Melayu mula berkembang. namun, kekurangan dalam jumlah tanaga pengajar.kerana itu, pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922.  MPSI menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu.
  • Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini. mereka terdiri daripada guru-guru melayu yang memainkan peranan sebagai pemimpin masyarakat dan berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama demi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Penutup:

  • Golongan intelektual yang mendapat pendidikan agama,Melayu,dan Inggeris menerajui kepimpinan dan bertindak sebagai egen perubahan.

Soalan 71: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

Pendahuluan:

  • Nasionalisme merupakan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing dengan menegakkan nilai dan institusi-institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.
  • Golongan intelektual merupakan golongan yang membekalkan kepimpinan untuk mewujudkan satu gerakan kebangsaan di Tanah Melayu.

Isi-isi penting:

  1. Golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah
  • Antara golongan intelektual yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan nasionalisme di Tanah Melayu ialah golongan intelektual berpendidikan di Timur Tengah.
  • Golongan ini terdiri daripada Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dan Syeikh Muhammad Salim Al-Kalali. Perjuangan golongan ini adalah melalui majalah Al-Iman iaitu Kaum Muda. Golongan ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya deberi petunjuk kepada hakikat dan ajaran Islam yang sebenar.
  1. Kaum Muda
  • Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk mewujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan memasukkan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab.
  • Walau bagaimanapun, idea pembaharuan yang dilakukan oleh Kaum Muda mendapat tentangan daripada Kaum Tua.
  1. Golongan intelektual berpendidikan Inggeris
  • Golongan intelektual berpendidikan Inggeris merupakan perjuangan yang muncul apabila orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh bangsa asing.  Golongan ini juga merupakan golongan yang bersikap sederhana dan sanggup bekerjasama dengan pihak penjajah.
  • Antara golongan intelektual berpendidikan Inggeris ialah Raja Chulan, Dato’ Abdullah bin Haji Dahlan, Dato’ Onn bin Jaafar, dan Mohammad Eunos bin Abdullah. Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan oleh Mohammad Eunos bin Abdullah bertujuan untuk memajukan orang Melayu dalam sistem pendidikan dan bidang politik.
  1. Golongan intelektual berpendidikan Melayu
  • Golongan intelektual berpendidikan Melayu menyebabkan perjuangan orang Melayu antara tahun 1937 hingga 1941 yang berunsurkan politik dan agresif. Ibrahim Haji Yaakob menubuhkan Belia Malaya pada tahun 1930 bagi meningkatkan taraf hidup orang Melayu dan menentang penjajahan British.
  • Harun Aminurrashid membangkitkan kesedaran kebangsaan melalui penulisan puisi. Manakala, Harun Hadi Hassan merupakan pensyarah MPSI sentiasa menanamkan semangat nasionalisme kepada pelajarnya.

Penutup:

  • Kesimpulannya, usaha tokoh-tokoh nasionalis ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
  • Mereka berganding bahu bersama bagi menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Soalan 72: Bincangkan peranan pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.

Pendahuluan:

  • Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu merupakan tindak balas terhadap penjajahan asing dengan hasrat untuk menegakkan perasaan cintakan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan asing.
  • Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu bermula pada abad ke-20 disebabkan British telah memperkenalkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.

Isi-Isi Penting:

  1. Golongan yang menganjurkan Gerakan Islah.
  • Golongan kesedaran Melayu dipelopori oleh golongan yang menganjurkan gerakan Islah Islamiah dari Timur Tengah pada tahun 1906.
  • Gerakan Islah Islamiah memperjuangkan Konsep Pan-Islamisme, iaitu satu gerakan menyatukan semua umat Islam di seluruh dunia dalam penentangan mereka terhadap perluasan Barat. Gerakan ini juga mendesak umat Islam supaya kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis.
  1. Gerakan Pan-Islamisme
  • Gerakan Pan-Islamisme diperkenalkan oleh Sultan Turki yang dianggap sebagaii Khalifah sangat dihormati oleh seluruh dunia Islam.  Pada tahun 1876 hingga 1909, Sultan Abdul Hamid merupakan penyokong kuat gerakan Pan-Islamisme.
  • Gerakan ini merebak di kebanyakan negara Islam termasuk Tanah Melayu. Dunia Islam diseru supaya bersatu-padu di bawah satu naungan empayar Turki Uthmaniyah untuk menyekat perluasan kuasa Barat.
  1. Gerakan Turki Muda
  • Gerakan Turki Muda di bawah pimpinan Mustapha Kamal Attaturk. Gerakan ini mempengaruhi golongan intelektual di Tanah Melayu yang menganggapnya sebagai satu gerakan nasionalisme Islam yang berjaya mengatasi kelemahan dan kemunduran rakyat Turki.
  • Di Tanah Melayu, pengaruh gerakan Turki Muda ini tersebar dalam bidang politik pada tahun 1930.
  1. Pengaruh dari Indonesia
  • Pengaruh dari Indonesia mempunyai impak yang sangat besar kepada orang Melayu.  Hal ini kerana, golongan intelektual di Tanah Melayu telah membaca akhbar dan majalah dari Indonesia. Sarekat Islam di Indonesia yang diketuai oleh Sayid Muhammad yang berasal dari Johor meluaskan pengaruh di Tanah Melayu.
  • Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia telah berjaya mempengaruhi golongan nasionalis Tanah Melayu.
  1. Pengaruh dari negara lain
  • Pengaruh dari negara lain seperti India dan China masuk ke Tanah Melayu. Pengaruh ini bertujuan membebaskan India daripada penjajahan British.
  • Manakala, perkembangan di China seperti Revolusi China berjaya menggulingkan kerajaan Manchu telah membangkitkan kesedaran di Tanah Melayu.

Penutup:

  • Kesimpulannya,  pengaruh luar dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran dalam aspek ekonomi, sosial dan politik dalam kalangan orang Melayu.

Soalan 73: Huraikan gerakan Islah di tanah melayu pada abad ke-20

Pendahuluan

  • Pembaharuan yang diperkenalkan oleh British telah  membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang melayu.
  • Pada tahun 1900-1920, golongan intelektual berpendidikan  Timur tengah memainkan peranan penting dalam gerakan kebangsaan di Tanah melayu. Dengan itu, Golongan ini dikenali sebagai kaum muda.

Isi-isi penting

  1. a)Tujuan perjuanan kaum muda ialah memajukam kaum melayu melalui ajaran islam sebenar, membebaskan islam daripada ajaran kuno, menyeru orang melayumenggunakan akal dalam mengamalkan agama mereka, dan menyedarkan orang melayu tentang kemunduran ekonomi dan social mereka.
  2. b)Tokoh yang memainkan peranan penting ialah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Sheikh al-Hadi,Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Sheikh Muhammad Salim al- kalali. Golongan ini dipengaruhi oleh Gerakan Reformis islam ditimur tengah yang memerjuangkan konsep Pan-Islamismedan membebaskan agama islam daripada kepercayaan kuno.
  3. c)Perjuangan kaum muda disalurkan melalui akhbar dan majala seperti al-imam, Neracha, Idaran zaman, dan Pengasuh. Tujuan al-imam ialah mengingatkan mana yang lalai dan manjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru kepada kebajikan.
  4. d)Demi mencapai kemajuan dalam bidang Sosial dan ekonomi, Kaum muda memerjuangkan beberapa pembaharuan seperti: Agama diajar dengan menggunakan akal fikiran, Kebebasan wanita dalam bidang pendidikan dan social, Sistem agama yang lebih liberal yang meliputi pengajaran bahasa inggeris dan mata pelajaran moden.
  5. e)Kaum muda mendirikan beberapa madrasah untuk menyalurkan idea perjuangan mereka. Contohnya, Madrasah Al- Masyhur al- islamiah dan Madrasah II-Ihya Assyariff. Kaum muda ditentang oleh kaum tua melalui majala seperti Suara benar dan Lidah benar. Selepas tahun 1920-an, pengaruh kaum muda semakin pudar.Kepimpinan gerakan kebangsaan diambil ahli oleh golongan intelektual yang lebih radikal. Kaum muda gagal mewujudkan satu gerakan massa dalam kalangan orang melayu.

Penutup

  • Walaupun kaum muda gagal mengekalkan kepimpinan gerakan kebangsaan pada tahun 1920-an, namun kaum muda memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran social dan politikdalam kalangan orang melayu. Perjuangan kaum muda menjadi pelopor kepada gerakan kebangsaan seterusnya.

Soalan 74: Huraikan gerakan persatuan dan kelab di negeri-negeri Melayu pada abad ke-20

Pendahuluan

  • Gerakan islah, kelab, kesatuan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan negeri memainkan peranan sangat penting dalam gerakan memberikan kesedaran kebangsaan dalam kalangan oarng melayu. Gerakan islah, kelab  dan persatuan memperjuangkan isu berkaitan dengan agama, ekonomi, dan politik
  • Perjuangan melalui kelab dan persatuan lebih berorganisasikan dan teratur. Hanya pada tahun 1938 , perjuangan berubah menjadi radikal dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Isi-isi Penting:

  1.  Gerakan Islah
  • Gerakan islah ialah satu gerakan yang menyeru masyarakat melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap islam. Pendorong gerakan ini di tanah melayu ialah , Syed Syeikh al-hadi , Syeikh Tahir Jalaludin , Haji Abbas bin Mohd. Golongan ini mengelar diri mereka sebagai Kaum Muda . Mereka berpendidikan agama dari timur tengah.
  • Mereka menerima pengaruh dari gerakan reformis islam yang diketuai oleh Syed Jamaludin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Saluran gerakan islah Melalui akhbar dan majalah seperi Al imam , neracha , edaran zaman  dan pengasuh. Serta melalui masjid dan madrasah (kaum muda mengadakan ceramah dan perbincangan agama di masjid dan madrasah)
  1.  Perjuangan Kaum muda
  • Menjana ajaran islam dari sudut kemajuan dunia dan menyeru orang melayu berpengang pada al-Quraan dan hadis.orang melayu juga dinasihati mengetepikan amalan-amalan khurafat yang dilarang dalam agama islam. Menyematkan sikap menkritik penjajah ke dalam fikiran orang islam terutamanya bangsa Melayu.
  • Dari segi pendidikan , kaum muda amat mementingkan soal pendidikan bagi memajukan orang melayu . bagi mereka pendidikan merupakan kunci kepada kemajuan. Kaum Muda menkritik raja dan pembesar melayu yang tidak memelihara kepentingan orang melayu.
  1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
  • Ditubuhan di Singapura pada tahun 1926. Pengasas ialah , Muhammad Eunus Abdullah dan Tengku Abdul Kadir. KMS bertujuan menyedarkan orang melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi. Bertujuan menyedarkan orang  melayu tentang kepentingan pendidikan peringkat tinggi.
  • Mengingatkan kaum melayu tentang kesan penjajahan British. Menyedarkan orang melayu tentang kepentingan melibatkan diri dalam politik dan Memajukan sosiekonomi orang Melayu
  1. Kesatuan Melayu Muda (KMM)
  • Ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob iaitu wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Penubuhannya lebih bersifat radikal. Nama KMM diilhamkan oleh sultan Djenain iaitu , pelarian politik dari Indonesia.
  • Objektif KMM mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh  semenanjung dan untuk meningkatkan taraf pendidikan orang melayu. KMM berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua untuk menghalau british dari tanah melayu

Penutup

  • Gerakan persatuan dan kelab di negeri – negeri melayu banyak membangkitkan semangat Nasionallisme dalam kalangan pemikiran orang melayu untuk bangkit menentang penjajah.
  •  Sebagai contoh geraka Islah yang menyeru orang melayu untuk memperbetulkan pandangan mereka terhadap islam.

Soalan 75: Jelaskan persatuan-persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan

  • Kesedaran untuk membentuk persatuan bermula pada akhir abad ke 19. Tumpuan diberikan kepada aspek kebajikan, sosial , pelajaran dan sukan kerana ketika itu minat kearah politik dan perjuangan kebangsaan masih belum wujud. Kesedaran awal untuk membentuk persatuan yang bertujuan meningkatkan tahap sosial dan ekonomi rakyat tempatan timbul sekitar tahun 1927 – 1936.
  • Terdapat beberapa persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua.

Isi-isi Penting:

  1. Kesatuan Melayu Singapura ( KMS )
  • Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926 oleh Mohamad Eunos Abdullah bersama Tengku Abdul Kadir , Imam Haji Mohd Yusof dan Emboh Suloh. Merupakan pertubuhan awal orang Melayu yang bercorak separa politik. Menjurus kearah nasionalisme walaupun perkembangan semangat kebangsaan ketika itu belum begitu mendalam dan kegiatannya berkisar di Singapura.
  • Memberi tumpuan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan di kalangan orang Melayu serta membaiki kedudukan sosio-ekonomi mereka. Matlamat penubuhan KMS, menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam bidang politik, pentadbiran dan urusan umum, Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam pelbagai bidang serta mewakili suara dan tuntutan mereka terhadap kerajaan dan Menggalakkan orang Melayu yang berpendidikan tinggi membantu kerajaan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak Melayu.
  • Sebuah pertubuhan bersifat sederhana  – memberi kerjasama kepada British. Satu hasil perjuangan KMS ialah berjaya memperolehi tanah seluas 620 ekar pada 1928 daripada kerajaan British untuk menubuhkan sebuah petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura – dikenali sebagai Kg Melayu. Memberi ilham kepada pemimpin Melayu negeri lain untuk menggunakan persatuan sebagai alat untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Mendorong kepada penubuhan beberapa buah cawangan di Tanah Melayu.
  1. Pertumbuhan Persatuan-persatuan Negeri
  • Penubuhan kesatuan  sebagai cara untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu semakin diberi perhatian. September 1937 pemimpin-pemimpin KMS mengadakan perjumpaan di Melaka – membawa kepada penubuhan cawangan KMS di negeri itu, diikuti cawangan KMS di Pulau Pinang. Perkembangan ini membawa kepada kemunculan beberapa buah persatuan Melayu di Perak, Pahang , Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
  • Penubuhan di peringkat negeri bertujuan membaiki kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial. Pemimpin persatuan terdiri daripada golongan istana dan elit. Persatuan Melayu Negeri yang diterahui oleh golongan istana cenderung untuk menyokong pemerintahan British. Kesatuan Melayu yang bercorak politik masih bersifat kenegerian kerana wujudnya perasaan cemburu dan semangat kenegerian yang tebal.
  • 1930 Majalah Pengasuh mencadangkan supaya ditubuhkan persatuan bersifat kebangsaan yang dinamakan Persatuan Melayu Semenanjung – tiada sambutan. Akhbar Saudara memperuntukan satu ruangan iaitu Sahabat Pena untuk membolehkan penulis baru dari pelbagai negeri berinteraksi dan menghasilkan karya. April 1934 PASPAM diasaskan oleh akhbar Saudara untuk memajukan minat orang Melayu dalam semua lapangan kehidupan – menjadi sebuah pertubuhan yang berjaya melangkaui sempanan negeri dan bergiat di peringkat kebangsaan.
  1. Kesatuan Melayu Muda  ( KMM )
  • Perjuangan bercorak politik di Tanah Melayu mulai ketara akhir 1930an. Ogos 1938 golongan nasionalis berpendidikan Melayu dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia menubuhkan parti politik yang dikenali sebagai KMM di Kuala Lumpur  –  diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob. Antara pemimpin utama ialah Onan Haji Siraj, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad dll
  • Merupakan pertubuhan politik bersifat radikal pertama di Tanah Melayu – menganuti Fahaman aliran kiri dan enggan bekerjasama dengan kerajaan British. Tujuan penubuhan KMM; mengabungkan semua orang Melayu tanpa mengira negeri asal untuk mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu, Menghindarkan orang Melayu dari ditindas oleh kaum lain dan Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya.
  • Menggunakan akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyalurkan pandangan dan    Menyebarkan dasar perjuangan. Menubuhkan beberapa cawangan di seluruh Tanah Melayu dengan dipelopori oleh Pelajar MPSI. Tidak berjaya menarik banyak sokongan dari kalangan golongan bawahan dan birokrat  Melayu berpendidikan Inggeris.

Kesimpulan

  • Penubuhan persatuan-persatuan bercorak politik sebelum Perang Dunia Kedua telah berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
  • Selepas Perang Dunia Kedua lebih banyak persatuan dan kelab ditubuhkan – pertubuhan didorong oleh perubahan cara hidup.

Soalan 76: Huraikan matlamat perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu serta kaedah perjuangan  mereka.

Pengenalan

  • Nasionalisme di Tanah Melayu bermula awal kurun ke 20. Pada peringkat awal gerakan ini dipelopori oleh golongan berpendidikan agama/ Arab.
  • Mereka menyebarkan idea reformasi dari Timur Tengah ke Tanah Melayu.

Isi-isi Penting:

  1. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda
  • Tokoh utama ialah Syed Sheikh Al- Hadi, Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Muhammad Taha. Mendapat pendidikan di Timur Tengah
  • Menjadi pelopor kepada gerakan pemulihan Islam iaitu pengamalan ajaran Islam sebenar.
  1. Matlamat perjuangan
  1. Meningkatkan kemajuan orang Melayu yang beragama Islam
  • menuntut ilmu pengetahuan keduniaan dan akhirat. menceburi bidang perniagaan walau pun secara kecil-kecilan kerana Islam menggalakkan perniagaan.
  • Taraf ekonomi orang Melayu dapat ditingkatkan.
  1. Menyeru orang Melayu supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar.
  • menentang ajaran kurafat dan bidaah yang menyeleweng daripada ajaran dan akidah Islam sebenar. meninggalkan amalan taklid buta
  • mengikuti apa yang terkandung dalam al-quran dan hadis.

iii.  Emansipasi wanita

  • meningkatkan taraf wanita. wanita perlu menuntut ilmu untuk memajukan diri sendiri
  • tinggalkan amalan tradisi ( golongan wanita hanya duduk di dapur )
  • membebaskan diri dan negara daripada penjajahan
  • bersatu memajukan diri supaya dapat menentang penjajah.
  1. Kaedah perjuangan

Secara langsung 

  • melalui media seperti majalah dan surat khabar cth Al-Iman, Neracha, Idaran Zaman, Saudara.
  • melalui cerpen dan novel spt Hikayat Faridah Hanum, Hikayat Nurul Ain.

Secara Tidak Langsung

  • Melalui madrasah yang dibina.
  • Mengajar ilmu dunia dan agama. Idea diterap dalam pengajaran

Tentangan daripada Kaum Tua.

  • Terdiri darpada ulama konservatif. Memusuhi pembaharuan agama dan idea nasionalisme yang dibawa oleh kaum muda.
  • Percanggahan pendapat hebat dilakukan dalam khutbah-khutbah jumaat, ceramah- ceramah agama serta disiarkan dalam akhbar dan majalah. Menerbitkan majalah seperti Pengasoh, Lidah Benar dan Panduan.

Kesimpulan

  • Memainkan peranan dalam memupuk kesedaran walaupun perjuangan tidak menampakkan kejayaan cemerlang
  • Mendapat tentangan daripada Kaum Tua.

Soalan 77: Huraikan Gerakan Kesatuan Melayu Muda (KMM)  di tanah melayu pada abad ke-20.

Pendahuluan.

  • Kesatuan Melayu muda ialah persatuan berbentuk separa politik yang pertama di tanah melayu dan ditubuhkan pada tahun 1939 yang di pimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob,iaitu wartawan akhbar majlis kuala lumpur. Nama KMM diilhamkan oleh sultan Djenain, iaitu pelarian politik dari Indonesia.
  • Tujuan penubuhan KMM lebih bersifat politik. Objektif KMM ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung, meningkatkan taraf pendidikan orang melayu,menentang penjajahan orang british di tanah melayu,menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing,dan menuntut kemerdekaan bersama Indonesia dalam gagasan Indonesia raya.

Isi-isi penting

  1. Cawangan KMM didirikan di Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, pergerakan KMM sering di awasi oleh pihak british. Pemimpin utama KMM, Ibrahim Yaacob menggunakan akbar rasmi KMM iaitu Warta Malaya untuk membangkitkan semangat nasionalisme melayu dan sentiment anti-british.Cara di salurkan ialah melalui ceramah yang di buat oleh pemimpin utama KMM.
  2. Tindakan radikal KMM menyebabkan british menangkap dan memenjarakan pemimpin-pemimpin KMM seperti Ibrahim Yaacob dan Ishak Haji Muhammad. Secara keseluruhannya KMM gagal mendapat sokongan meluas kerana ,keradikalan KMM dan perjuangan penyatuan dengan Indonesia,sikap KMM yang anti-biokrasi, dan tiada sokongan kewangan dan kemahiraan.
  3. Sebaik sahaja Jepun Berjaya menawan tanah melayu, mereka mebebaskan pemimpin-pemimpin KMM yang di penjarakan. pemimpin KMM Ibrahim Yaacob telah memberi bantuan kepada pihak jepun dengan menubuhkan pembela tanahair (PETA), Sebuah ketenteraan yang di pimpin oleh Ibrahim Yaacob.
  4. Menjelang akhir pendudukan jepun, usaha di buat untuk memberikan kemerdekaan kepada Indonesia. Ibrahim Haji Yaacob meminta jepun memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu bersama-sama Indonesia ini sesuai dengan matlamat kesatuan melayu muda KMM,untuk menubuhkan Melayu Raya dan Indonesia Raya.
  5. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah mengadakan perbincangan di kuala lumpur untuk persediaan kemerdekaan bersama Indonesia. Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 ogos 1945, tetapi kerana kekalahan jepun secara tiba-tiba soekarno telah mengisytiharkan kemerdekaan lebih awal , iaitu 15 ogos 1945. Keadaan ini telah menyebabkan persidangan KRIS di kuala lumpur di batalkan, Ibrahim Yaacob, isterinya dan orang kanannya terpaksa mendapatkan perlindungan di Indonesia.

Penutup

  • KMM ini adalah untuk menentang penjajahan British di tanah melayu ,dan untuk mewujudkan semangat perpaduan dan meningkatkan pendidikan dalam kalangan pemuda melayu di seluruh semenanjung.
  • Perjuangan KMM di pengaruhi oleh pergerakan politik yang berlaku di luar tanah melayu seperti, perjuangan parti nasional indonesia pimpinan soekarno,perjuangan dan ketetapan sumpah pemuda di Indonesia, gerakan parti komunis Indonesia pimpinan Tan Malaka.

 

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version