Empat Kualiti yang perlu anda pada seorang affiliate
Empat Kualiti yang perlu anda pada seorang affiliate.
Terdapat ramai newbie yang terlalu teruja dengan betapa mudahnya menjana pendapatan melalui affiliate. Mereka leka dengan angan-angan dan akhirnya tidak mampu bersaing dengan affiliate yang lain. Kebenaran pemasaran affiliate adalah ia tidak semudah yang di sangka. Usaha perlu ada dan ia mengambil masa untuk berjaya.
Di sebalik keghairahan untuk menjana ribuan ringgit melalui affiliate, berikut adalah empat kualiti yang perlu ada pada anda sebelum anda boleh bergelar seorang affiliate yang berjaya.
Anda keinginan untuk belajar.
Jika anda newbie, anda perlu rendahkan diri untuk belajar. Anda tidak boleh masuk gelanggang dan terus menerkam pesaing-pesaing affiliate yang lain. Jika anda ingin menjadi affliate yang berjaya, anda perlu tanamkan sifat untuk belajar. Anda tidak boleh riak dengan pemikiran anda sendiri. Anda perlu rendah diri dan belajar dari mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pemasaran affilaite.
Aktiviti kebiasaan para newbie adalah membaca forum-forum make money online, blog – blog affiliate yang berjaya dan sign up newsletter Internet marketer yang popular. Di internet terdapat banyak panduan percuma yang anda boleh dapat dan ada sesetengah forum di internet menyediakan panduan lengkap mengenai affiliate untuk anda baca dan praktikkan.
Anda jangan takut untuk bertanya dan sedia untuk di kritik. Jangan lemah semangat di sebabkan anda salah bertindak. Contohnya di sebabkan keghairahan anda memberi bonus pada pembeli yang membeli melalui link anda, anda mungkin tersilap langkah dengan memberi produk secara salah iaitu tanpa right yang sah. Jangan gusar dengan kritikan kerana anda sedang belajar bagaimana hendak hidup sebagai affilaite.
Laburkan masa dan tenaga.
Anda tidak akan berjaya jika anda habiskan masa anda menonton rancangan kegemaran anda atau habiskan masa berhibur dengan rakan-rakan. Untuk berjaya dalam affiliate anda perlu laburkan tenaga dan masa anda. Jika anda tidak dapat luangkan masa untuk melakukan kerja-kerja affiliate, kerjaya affiliate anda tidak akan kemana – mana.
Anda perlu realistik dan sentiasa berfikir bahawa kejayaan tidak akan datang dalam masa yang sekejap. Kadangkala, newbie affiliate ini tidak faham bahawa sebelum mereka boleh memiliki kejayaan yang banyak, mereka harus dahulu menyumbang tenaga dan masa untuk merealisasikannya.
Kesungguhan anda.
Kualiti ketiga yang perlu ada dalam diri anda adalah kesungguhan. Orang biasa akan tidur lapan jam sehari manakala orang yang luar biasa akan tidur pada masa yang secukupnya sahaja bagi memastikan impian mereka tercapai. Untuk membangkitkan rasa bersungguh anda, anda boleh menetapkan matlamat anda dalam perniagaan affiliate.
Apa yang membuatkan anda rasa bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan affiliate ini? adakah di sebabkan keperluan anda untuk memiliki wang yang banyak? Adakah di sebabkan masalah kewangan yang melanda diri dan keluarga anda? Anda perlu fokus dengan matlamat anda dan dari sini kesungguhan anda akan datang. Mereka yang bersungguh-sungguh selalunya akan berjaya.
Optimistik.
Kualiti yang terakhir yang perlu ada pada seorang affiliate adalah bersikap optimistik. Anda perlu sentiasa positif dan berani untuk menjual sesuatu dengan cara anda sendiri. Perkara yang membezakan antara anda dan affiliate yang lain adalah cara anda melakukan promosi. Untuk ingatan anda juga, kaedah promosi tidak terhad pada satu sahaja, terdapat banyak kaedah promosi yang anda boleh belajar dan cuba.
Setiap kejayaan pasti di dahului dengan kegagalan. Anda perlu bersedian dan menerima kegagalan dengan aura positif.
Keempat-empat kualiti ini sebenarnya berkait rapat antara satu dan yang lain. Adanya keempat – empat kualiti ini pada diri anda, anda boleh bergelar seorang super affiliate yang berjaya. Sekarang, apa tunggu lagi, terapkan ke empat – empat nilai ini dalam diri anda, insyaAllah anda akan berjaya nanti