Blog

CONTOH PENGHARGAAN KERJA KURSUS P. AM

By Jack

August 05, 2019

CONTOH PENGHARGAAN KERJA KURSUS P. AM

 

PENGHARGAAN

            Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK TANDEK khasnya Pengetua Tuan Jackler John dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Puan Helley  kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

            Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Sukri Bin Tengah selaku guru Pengajian Am saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

            Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu John Tundang dan PuanRalima Ongkilas jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

            Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Fendery Onsibin  dan semua rakan lain atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temubual.

            Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

 

Berikut merupakan contoh Penghargaan.

Baca juga:  Kerja Kursus Ekonomi Tingkatan 6